Friday, July 12, 2013

Kayuhan Muhibah Bandung: Tanjakan Ciwidey & Kawah Putih

P6210907

Tarikh  :  21 Jun 2013, Jumaat    
Laluan : Cimahi – Soreang - Ciwidey – Kawah Putih – Ciwidey
Jarak   :  ± 66km 
Coordinate :  S7 10.001 E107 24.209 (Kawah Putih)   
Ketinggian  :  ± 2220 meter

PERHATIAN : Waktu dinyatakan adalah waktu Malaysia

Jalur Kawah Puteh

Kayuhan Hari Kedua : - Doa dibaca dan kayuhan bermula pada jam 8.00 pagi. Melalui jalan Raya Cibatat yang bersimpang siur dengan kenderaan sebelum membelok ke jalan Gatot Subroto. Aku berada di belakang sekali, maka aku dan sweeper terpaksa mengambil jalan Leuwigajah. Jalan yang sangat sesak kerana pembinaan/pembaikan jalan. Aku tiba awal di Margaasih dan menunggu rakan-rakan lain tiba dan meneruskan kayuhan melewati kawasan tanaman padi berhampiran Jatisari. Alhamdulillah keluar dari kesesakan dan menikmati pemandangan hijau bagai berada di negara sendiri. Di sini kami memasuki kawasan perkampungan yang menjalankan perniagaan sendiri (ala IKS di Malaysia) melewati stadium Jalak Harupat(S6 59.766 E107 31.831)   sebuah stadium terbesar di Jawa Barat dan menjadi kebanggaan masyarakat Kabupaten Bandung. Ia menjadi stadium Persikab (Persatuan Sepak Bola Indonesia Kabupaten Bandung) Kabupaten Bandung. Ia dibina dalam bulan Januari 2003 dan kedudukannya menarik kerana dikelilingi oleh sawah padi.

Setelah ± 22km mengayuh akhirnya kami berhenti untuk berkumpul semula dan bergabung dengan beberapa  lagi ahli Team Triple C di Masjid Besar Soreang. Sambung lagi ± 15km mengayuh sebelum tiba ke penginapan kami di Kota Ciwidey iaitu Hotel Abang (S7 06.748 E107 26.922). Disini kami sudah berada pada ketinggian lebih dari 1200 meter, maka suasana yang dingin dan nyaman dapat dirasai. Bahkan disebelah hotel kami ada kebun strawberi yang boleh dipetik terus dari pokoknya. Setelah check-in, kami menikmati makan tengahari dan sempat bersolat Jumaat di Masjid Al-Hidayah yang unik kerana terletak dicelah-celah perumahan dan kawasan pertanian. Selepas solat pada jam 2.00 petang kami memulakan semula kayuhan menuju kawah Putih. Bermula dari sini pendakian yang mencabar dirasakan. Kekuatan mental dan fizikal amat diperlukan. Pendakian sejauh hampir 9km dari ketinggian 1200 meter ke 1800 meter sahaja, namun kudrat yang dikerah hampir melemahkan semangatku tetapi dengan bermain dan menguatkan mental aku berjaya juga sampai hingga ke Pintu Gerbang/parkir bas pada jam 3.30petang, dimana kami semua akan menaiki van khas yang akan membawa kami ke Kawah Putih.

Selepas berlegar lebih dari satu jam di Kawah Putih, akhirnya kamipun turun ke kawasan parkir dengan mobil, cuma Sumi yang turun dengan basikalnya bersama Team Triple C yang mencecah kelajuan hampir 70km/j. Sebelum penurunan cuaca memang sejuk, beberapa rakan sudah memakai sweater atau windbreaker, aku dengan baju sediada. Semasa penurunan aku mengeletar kesejukkan nasib baik singgah dipertengahan jalan menikmati durian Ciwidey. Kemudian sambung semula perjalanan dan selamat tiba ke Hotel Abang pada jam 6.30 petang. Tidak sempat ronda kawasan sekitar dan menikmati strawberry petik sendiri.

Memulakan kayuhan dari Hotel Tjimahi

Alamak sesaknya dijalan akibat pembaikan

Dah dapat melihat kehijauan sawah padi seperti di Tanahairku

Melewati kawasan perkampungan

Jambatan

Stadium Jalak Harupat yang diambil  dari nama jolokan Oto Iskandar Di Nata, seorang pahlawan kenamaan Jawa Barat dari Bojongsoang, Bandung. Sering igunakan oleh kelab semipro Persib Bandung dan Pelita Jaya. Dapat menampung  sehingga 40 ribu penonton.

Solat sunat di Masjid Soreang

Penggunaan kereta kuda sebagai pengangkutan adalah biasa di sini

Selepas melewati kota Soreang maka tanjakan pun bermula

Menanti rakan untuk berkumpul di Masjid Besar Ciwidey

Masjid di celah rumah (tanda anak panah)

Masjid Al Hidayah

Pendakian ke Kawah Putih

Tiket masuk  sebanyak Rp 15.000 seorang. Perjalanan dari Pintu Gerbang (Parkir) ke Kawah Putih menggunakan kereta yang digelar ontang anting (maknanya mundar mandir). Jaraknya ± 5km dan bayaran dikenakan sebanyak Rp 10.000 (pergi balik) seorang.

PERINGATAN: Sebelum turun ke Kawah Putih, namun kami berada lebih dari satu jam di sana..

Kawah Putih adalah sebuah danau yang sememangnya cantik dan unik. Terjadi akibat letusan Gunung  Patuha.  Air danaunya boleh berubah warna seperti hijau, kebiru-biruan bila cuaca terang terkena pantulan matahari, coklat susu, namun kita sering melihat airnya yang berwarna putih disertai kabus tebal di atasnya.

Kawah Putih berada pada ketinggian 2,434 meter dan seluas ± 10 hektar. Suhunya antara 8°C – 22°C

Sempat berada dihadapan Gua Belanda namun mulut guanya dihalangi dari dimasuki  dan ada peringatan yang melarang berdiri terlalu lama di depan mulut gua tersebut. Kenapa ya?

Kang Coe mengayuh naik ke Kawah Putih

Sumi di Kawah Putih

Riang ria gumbira

Selepas penurunan berkumpul di Pintu Gerbang sebelum memulakan kayuhan untuk turun ke Hotel Abang

Menikmati durian Ciwidey. Sama rasa dan harga seperti di Malaysia

Sejuk ooooo, mengeletar aku menuruninya

Menarik! Malamnya makan bersila menikmati hidangan sup sapi di Rumah Makan (Restoren) Dapur Sunda


CORETAN BERKAITAN : Sila KLIK Lain di Bawah

1. PENGENALAN
2. HARI PERTAMA & SUAI KENAL
3. KAYUHAN HARI PERTAMA KE TANGKUBAN PERAHU
4. KAYUHAN HARI KEDUA KE KAWAH PUTIH
5. KAYUHAN HARI KETIGA KE GARUT
6. LAWATAN KE KILANG TEH GAMBUNG
7. KAYUHAN HARI KEEMPAT KEMBALI KE BANDUNG

Friday, July 05, 2013

Kayuhan Muhibah Bandung: Road To Tangkuban Perahu Offroad To Cimahi

P6200606

Tarikh  :  20 Jun 2013, Khamis     
Laluan  : Kota Bandung – Lembang - Tangkuban Perahu - Jayagiri - Cimahi
Jarak   :  ± 52km 
Coordinate :  S6 45.702 E107 37.052 (Tangkuban Perahu)   
Ketinggian  :  ± 1855 meter

PERHATIAN : Waktu dinyatakan adalah waktu MalaysiaBandung Day 1

Hari ini hari pertama kami  memulakan kayuhan di Bandung. Selepas sarapan dan menunggu rakan Triple C (bergambar dan berkenalan) kami memulakan kayuhan pada jam 7.45 pagi. Kayuhan permulaan di dalam Kota Bandung yang sentiasa macet (sibuk). Manakan tidak, dengan kepadatan lebih dari 2.3 juta penduduk dan Kota ketiga terbesar di Indonesia yang juga menjadi  ibu kota Provinsi Jawa Barat. Terpaksa menyelinap dicelah kenderaan dijalan utama sebelum dibawa oleh Kang memasuki laluan suburban yang kurang sesak (Pasir Muncang Maribaya). Laluan mendaki yang selesa diselang seli dengan kelompok basikal yang sering menggunakan laluan ini. Setelah hampir 10km kami berhenti rehat di Warung Bandrek Sepeda BHHH 2 (S6 50.909 E107 37.572) di Jalan Dago Giri, Bandung. Warong ini menjadi tempat singgahan geng sepeda. Disini menikmati kuih Balok dan cincau organik yang diperah limau ke dalamnya.

Setelah 15 minit berehat kami menyambung perjalanan dengan mendaki lagi yang melalui jalan-jalan yang menarik pemandangannya disamping dapat melihat secara dekat kehidupan penduduk di sini. Apa yang menarik dilaluan ini ialah jalan-jalan kampung ini dikenakan tol oleh penduduk tempatan untuk tujuan penyelenggaraannya. Setelah ± 10km barulah kami bertemu semula dengan jalan utama (Raya Lembang – Cikole) dan berhenti di Kawasan Rehat Cikole Jayagiri. Bermula dari sini laluan semakin kurang kenderaannya dan kesejukan sudah mula terasa. Ini kerana kami sudah berada pada ketinggian lebih dari 1,300 meter. Kayuhan mendaki  yang dingin dan dinaungi oleh pokok pine.  Pendakian yang sederhana curam dalam suasana berkabus. Pada jam 1.00 tgh kami tiba dipuncak Tangkuban Perahu.

Disini aku menikmati keindahan alam Ciptaan Ilahi yang mengkagumkan.  Hasil dari letusan gunung berapi mewujudkan kawah-kawah. Ada sembilan kawah, Kawah Ratu merupakan kawah yang terbesar, dikuti dengan Kawah Upas yang terletak bersebelahan dengan kawah Ratu (masing-masing berdiameter 1,000 meter dengan kedalaman kawah 400 meter). Beberapa kawah mengeluarkan bau asap belerang, bahkan ada kawah yang dilarang untuk dituruni, karena bau asapnya mengandung racun. Aku dimaklumkan bahawa kawasan ini ditutup dalam bulan Mac lalu ekoran letusan dari kawah ini yang mengakibatkan abunya bertebaran di sekitaran. Untuk makluman Gunung Tangkuban Perahu ialah sebuah gunung berapi yang masih aktif. 

Pukul 2.00 pm barulah turun semula ke kawasan Parkir Bas. Penurunan yang sungguh menerujakan kerana downhill yang laju. Dari parkir kami mengambil keputusan untuk ke Cimahi dengan mengikuti laluan offroad Jayagiri. Perjalanan melalui off road ini kami menjimatkan jarak hampir 12 km disamping mengelak mengikuti laluan yang sama bila balik .

Laluan ofroad di dalam kawasan pokok pine dan disulami dengan pohon kopi. Laluan yang menarik dengan berbagai drop akar yang menguji kecekapan. Dengan basikal hardtail sudah tentu keseronokkan terbatas ditambah lagi laluan yang licin. Laluan sejauh ± 6km dan seterusnya laluan jalanraya yang menurun sehinggalah kami tiba ke Hotel Tjimahi (S6 52.665 E107 32.912) pada jam 5.20 pm.

Antara Team Triple C yang mengiringi kayuhan kami, sentiasa mengambil berat

Mulanya bervest

CP1 – ada yang lekat brek dah!

Hampir separuh perjalanan perlu mendaki

Warong Bandrek & Kue Balok - Tempat persinggahan geng sepeda.

Kuih Balok adalah kuih tradisional yang popular di Jawa Barat. Kue balok adalah campuran dari tepung terigu, gula, telor, air dan mentega lalu bahan campurannya dimasak dengan cara dibakar dengan menggunakan arang hingga kecokelatan. Rasanya manis dan ada aroma harum seperti apom/baulu.

Nun disana Gunung Tangkuban Perahu. Diberi nama kerana puncaknya datar dan memanjang, mirip bentuk perahu.

Tol jalan kampung Lagensari (2000 utk mobil)

P6200595

Bayaran masuk ke Wisata Tangkuban Perahu adalah berbeza .

Tiket Pengunjung Nusantara(local):
    Pengunjung Nusantara Rp. 13,000/orang
    Kendaraan Roda Dua Rp. 5,000/kendaraan
    Kendaraan Roda Empat Rp. 10,000/kendaraan
    Kendaraan Roda Enam Rp. 20,000/kendaraan

Tiket Pengunjung Mancanegara (Pelancong luar):
    Tiket Perorang Rp. 50,000/orang
    Tiket Roda Dua Rp. 7,500/kendaraan
    Kendaraan Roda Empat Rp. 15,000/kendaraan
    Kendaraan Roda Enam Rp. 25,000/kendaraan

P6200597

Disini tempat parkir bas sebelum pelancong diangkut naik dengan mobil : Rp 3.000/orang

Pemandangan ke dasar Kawah Ratu

Lagenda Tangkuban Perahu  bersangkutan dengan Sangkuriang. Gunung Tangkuban Perahu yang dari kejauhan tampak seperti perahu terbalik, kononnya akibat dari tendangan Sangkuriang  hingga telungkup (telungkup dalam bahasa sunda = tangkuban)  akibat kegagalannya menyiapkan perahu dalam masa semalam sebagai syarat untuk menikahi Dayang Sumbi yang juga adalah adalah ibu kandungnya. Tetapi…  Lagenda pasai kawah?

Kalau ke sini  pasti akan di kerumun oleh penjual yang menjual souvenir dengan harga yang sangat-sangat mahal. Jadi janganlah terpedaya dengan pujuk rayu mereka. Aku  buat ‘donno’ jer dan alhamdulillah tidak mereka mengejarku. tetapi rakan-rakanku sentiasa diekori dengan dipujuk rayu untuk membeli barangan.

Aku suka menghayati alam, bersendirian merayau ke satu tempat yang menarik dan bergambar dengan sesuatu yang unik. Pohon ini menjadi tarikan kerana akanku adaptasi ke bonsaiku

Ulala … DH yang menerujakan

Offroad bermula dari kawasan Parkir bas (dekat surau)

Offroad di Hutan Jayagiri – banyak drop akar yang menarik. Jimatkan jarak

Rumah tol

Makan tengahari yang lewat ala Padang

5.15 petang disambut oleh Kang dan isterinya di Hotel Tjimahi


CORETAN BERKAITAN : Sila KLIK Lain di Bawah

1. PENGENALAN
2. HARI PERTAMA & SUAI KENAL
3. KAYUHAN HARI PERTAMA KE TANGKUBAN PERAHU
4. KAYUHAN HARI KEDUA KE KAWAH PUTIH
5. KAYUHAN HARI KETIGA KE GARUT
6. LAWATAN KE KILANG TEH GAMBUNG
7. KAYUHAN HARI KEEMPAT KEMBALI KE BANDUNG

Wednesday, July 03, 2013

Kayuhan Muhibah Bandung: Hari Pertama & Suai Kenal

Tarikh  :  18 & 19 Jun 2013     
Ahli Dari Alor Setar: Aku, Adi Harriman, Saiful Azman(Man), Md. Noor, Jamaludin(Din), Rohizam dan Shukri
Ahli Dari P. Pinang : Suheilmy(Sumi), Syahrulmizi dan Zafizal 
Coordinate :  S6 54.890 E107 37.757 (Mess LAPAN)

Tanggal 18hb Juni 2013, jam 21:45 seramai 7 orang ahli GAT berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kelapa Batas, Kedah ke LCCT Kuala Lumpur dengan pesawat Air Asia (Flight No. AK601) . 3 orang lagi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Manakala seorang lagi (Sufian) menarik diri saat akhir lantaran kakinya yang bengkak akibat soft tissue infection.

Berhimpun di LTTC dan bertolak ke Bandung pada jam 6.20 pagi dengan pesawat Air Asia(AK 1328). 2 jam yang membosankan atas kapalterbang dan  selamat tiba di Bandara(Bandar Udara) Husein Sastranegara Bandung pada jam 8:30 pagi. Pagi yang nyaman di Bandung dan disambut oleh Kang Coe Waie Lah dan Pak Dedy. Kenderaan dan pickup telah siap disediakan. Namun masalah lain pulak timbul, bagasi Din Syawal (Basikalnya) tidak sampai bersama barangan kami. Terpaksa melaporkan perkara ini kepada pihak pengurusan Air Asia. Syukur Alhamdulillah, pihak Air Asia menghubungi kami pada jam 4.00 petang memaklumkan bahawa bagasi ini telahpun sampai di Lapanganterbang.

Setelah selesai segala urusan, maka kami dibawa ke Mess LAPAN (Lembaga Penerbangan Dan Antariksa  Nasional) Jalan LL RE Martadinata, No. 166, Bandung. Ianya sepatutnya untuk kakitangan Lapan dan keluarga. Bilik yang dikongsi tetapi sangat luas dengan bayaran yang amat berpatutan. Tandas dan bilik air diluar dan terpaksa dikongsi. Kami rehatkan diri sebelum agenda berikutnya bermula pada malam hari.

9.00 malamnya kami berjumpa dengan team Triple C (Cimahi Cycling Community) di Restoran Ayam Bakar Wong Solo yang terletak berhampiran dengan penginapan kami. Tugas membuka bicara dimulai oleh aku, sesi perkenalan diri dan agenda seterusnya dibincangkan. Majlis ditamatkan dengan penyerahan cenderahati kepada Team Triple C.

diiringi keluarga di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah

7 orang peserta GAT dari Alor Setar

Berat barangan (sport Equipment) lingkungan 18 kg jer (masa pi)

Bergabung dengan rakan dari Penang di LCCT, Kuala Lumpur

8.30 pagi selamat mendarat di Bandung

Bersama kang Woe Cae Lah

Mess LAPAN

Kereta Pengiring kami

Aku diberi tugas menukar duit. Tukaran dibuat di Golden Money Changer, 89 Ir H. Juanda, Bandung Indonesia. Sebuah pusat tukaran yang lengkap  dan antara terbesar di Bandung. Kadar tukaran yang lebih tinggi disini.

Petang – keluar kayuh santai mengelilingi  Kota Bandung

Menikmati ice cream yang sedap dikawasan perniagaan sepeda

Makan malam

Majlis Suaikenal dan perbincangan program

Backup team yang banyak membantu

Majlis penyerahan cenderahati

Team GAT bersama Triple C


CORETAN BERKAITAN : Sila KLIK Lain di Bawah

1. PENGENALAN
2. HARI PERTAMA & SUAI KENAL
3. KAYUHAN HARI PERTAMA KE TANGKUBAN PERAHU
4. KAYUHAN HARI KEDUA KE KAWAH PUTIH
5. KAYUHAN HARI KETIGA KE GARUT
6. LAWATAN KE KILANG TEH GAMBUNG
7. KAYUHAN HARI KEEMPAT KEMBALI KE BANDUNG