Tarikh : 03/01/2014 = 1 R’Awal 1435H - Jumaat
Rider : Faizal Tarihhuddin
Lokasi : Jitra, Kedah Darul Aman
En. Tarek atau Faizal Tarihhuddin (35 Tahun) adalah seorang pemuda yang gemarkan aktiviti lasak. Beliau banyak melibatkan diri dalam berbagai aktiviti ekstrem. Dalam dunia MTB beliau yang ku kenali lebih kepada aktiviti dalam DH bahkan pernah bersamaku menuruni Gunung Jerai tempohari.
Kini beliau maju setapak lagi, nekad meletak jawatan sebagai Pengurus Teknologi Maklumat (IT) di Hospital Pantai Kuala Lumpur(HPKL), rumah dan kereta juga dijual, segala hutang dilangsai demi untuk memenuhi impiannya berbasikal solo merentasi beberapa negara sejauh 16,000 km (stage 1) hingga ke Turki yang mengambil masa selama 8 bulan. Peringkat 2 – akan cuba direalisasikan dengan menjelajah hingga ke Afrika Selatan dan seterusnya ke Amerika (stage 2 & 3 bergantung kepada keadaan dan ‘kemampuan’).
Beliau pernah berbasikal hingga ke Thailand, Indonesia dan Singapura. Pengalaman dengan berbasikal secara solo dari Kuala Lumpur – Krabi sejauh 700 kilo meter dalam masa seminggu dan baru-baru ini mengelilingi Semenanjung Malaysia sejauh 2,291 kilometer selama 30 hari sebagai satu persiapan dan latihan ke arah misi ini.
Perjalanannya ditaja oleh beberapa organisasi seperti MIMPA, Marin(The Basikal), Fakawi Tribe, Ayam Brand dan lain-lain lagi. Bekalan makanan(halal) keluaran Ayam Brand akan diperolehinya dibeberapa lokasi tertentu sepanjang perjalanannya nanti. Sesungguhnya pengalamannya yang dikongsi menyemarakkan minatku untuk mengikuti jejaknya suatu hari nanti
Pengalamannya boleh diikuti di: http://www.tareh365.com/
Penyumbang: Gambar dari koleksi En. Tareh
Basikal Marin Chromoly – Brooks Flyer
Sebahagian barangan asas & perlu: Gambar dari Koleksi En. Tareh
Dari Jitra kayuhan bermula
Aku mengiringi dengan doa semoga selamat dalam perjalanan
No comments:
Post a Comment