Tarikh :16 Januari 2014
Mula : 9:30 pagi
Destinasi: Hutan Paya Khuan Khi Sian, Thale Noi
Jarak : ±28 km
Masa : > 3 jam
Pagi ini tiada kayuhan, hanya tinjauan denai alam ke tasik yang dipulihara. Melihat kelestarian alam dan keindahannya. Memerhati unggas yang berterbangan dan hidupan yang berkeliaran. Semuanya di tasik kecil yang dikenali Thale Noi.
Thale Noi yang bermakna ‘small sea’ adalah sebuah tasik yang bersambung dengan Thale Sap (Songkhla Lake - yang merupakan tasik air tawar terbesar di Thailand). Meliputi kawasan di wilayah Nakhorn SiThammarat dan Songkhla. Ia adalah kawasan rizab hidupan air yang terbesar di Thailand. Ia meliputi kawasan seluas 450 kilometer persegi dengan 94% adalah kawasan tanah lembab (422 kilometer persegi) dan 6% (28 kilometer persegi ) diliputi air yang seluas 5 kilometer lebar dan 6 kilometer panjang dengan kedalaman purata 1.2 meter. Merupakan kawasan ‘wetland’ yang pertama di Thailand dan diwartakan dibawah Ramsar Wetland(Ramsar Convention) pada tahun 1998 dan yang ke 110 dalam senarai wetland antarabangsa. Kawasan ini dikenali sebagai hutan paya Khuan Khi Sian dan menjadi kawasan ‘Non Hunting Area’ sejak tahun 1975. Ia bertujuan untuk memelihara hidupan air disini dan menjaga ekosistemnya.
Pemuliharaannya amat penting kepada rantaian makanan bagi kehidupan haiwan dan unggas disini termasuk manusia. Menurut kajian, terdapat 187 spesis unggas dan hasil kajian pada tahun 2006 – 2007 hanya tinggal 95 spesis sahaja burung yang berhijrah dan singgah disini. Spesis reptilia amat serasi dengan kehidupan di sini. Persekitarannya membuat mereka sukar dicari namun hasil kajian terdapat 18 spesis ular , 13 spesis mamalia dan pelbagai spesis ikan air tawar.
Paginya selepas sarapan aku melakukan regangan untuk menyegarkan dan memanaskan badan. Kemudian kami ke kaunter hadapan Thale Noi Tourist Information Service Center bagi berunding harga bot untuk jelajah tasik. Kadar sebanyak THB400 sebuah bot (muatan 8 orang) untuk tempoh 1 jam perjalanan. Kami mahukan perjalanan yang lebih jauh maka kadar sebanyak THB600.00 dikenakan. Kami menyetujui sahaja tawaran ini dan mengikuti pemandu bot ke jeti. Perjalanan bermula pada jam 10:15 pagi. Menyusuri sungai di wetland, menyaksikan kepelbagaian habitat unggas, water buffalo dan pemandangan indah paya dan tasik.
Keindahan Thale Noi akan lebih terserlah apabila berkunjung pada bulan Februari – May kerana bunga teratai akan memenuhi tasik ini dan menjadikan ‘The Largest “Lotus Sea” in Thailand’.
Lebih dari 3 jam perjalanan memberi seribu kepuasan yang sangat bermakna. Tidak rugi berkunjung ke sini.
mencari rezeki
unggas dan hidupan air
Ramsar wetland – disebatang anak sungai yang jernih
burung-burung riang berterbangan mengiringi bot kami
wetland – menongkah
mendayung
inovasi di kawasan terpencil
membelakangi jambatan Thale Noi yang panjang
1.30 pm kembali ke pengkalan
Selepas berehat, pada jam 3.30 petang kami keluar ke pekan Phatthalung yang terletak lebihkurang 34km bagi mendapatkan makanan halal. Kami ke sana dengan menaiki Tut Tut dengan tambang THB35.00. Kami perlu memberi perhatian terhadap waktu perjalanan pulang kerana dimaklumkan perkhidmatan teksi(tuttut) adalah sehingga jam 5.00 petang ( waktu thailand) untuk balik semula ke Thale Noi.
Kami ke Masjid di Phatthalung, Masjid Al Islam (N7 37.017 E100 05.167) dan ke kedai makan saudara Abdul Malik (N7 36.992 E100 05.165) bagi menikmati makanan tengahari yang lewat disamping membungkus untuk malamnya.
Assalam nak tny kat sn sng x nak dpt transport? Ada taxi x?
ReplyDeleteWaa'laikumussalam
DeleteDari pekan phattalung ada banyak teksi atau Songthaew ke Thale noi
owhh ok terima kasih..
Delete