Tarikh :17 Januari 2014
Mula : 9:10 pagi
Destinasi: Thale Noi – Lampam – Pak Payun
Jarak : ±75 km
Bersarapan dengan bekalan semalam, melapik perut dengan roti dan nasi. 9.10 pagi kami memulakan kayuhan. Kayuhan melalui jalan pendalaman yang bersebelahan tasik. Laluan yang mencanggah angin kayuhan melawan tiupannya. Alhamdulillah hari ini dikurniakanNYA kudrat yang membuat aku amat bersemangat, tanpa rasa keletihan, tak terasa penat, teruja benar di laluan ini. Tak sangka pulak boleh capai kelajuan 28km/h dengan bebanan di seret.
di Sae Suk Lampam Beach
±23km perjalanan maka kami berhenti merehatkan diri di Saen Suk Lampam Beach (N7 37.543 E100 09.515) sebuah kawasan rekreasi tepian Tasik (Thale Luang). Ikan Lampam menjadi ikon atau mercu tandanya bahkan ikan dolphin Irrawaddy dikesan kemunculannya di sini. Lampan juga mempunyai nilai sejarahnya kerana King Rama 5 pernah mengunjunginya suatu ketika dahulu. Hampir sejam kami berehat disini, membuka bekalan memasak makanan. Walaupun maggie dan bubur kanji menjadi santapan, kesedapan tak terhingga dirasai. Angin tasik yang menyejukkan badan, pemandangan cantik tasik cukup mempesonakan.
Hampir jam 12.00 tgh kami memulakan kembali kayuhan, kayuhan masih mengikuti jalan pendalaman tepian tasik. Jalan yang agak lengang cuma sesekali kereta motor lalu lalang. Memang cantik pemandangan sekitar tepian tasik ini. Banyak sungguh sungai kami seberangi, teluk dan tanjung aku amati. Melihat ikhtiar hidup penduduk tempatan dengan aktiviti berasaskan tasik. Cuaca yang redup membantu menyegarkan kayuhan kami. Uhhhhh! indah dan nyaman sekali. Sepanjang laluan ini tidak ada penduduk muslim apatah lagi kedai-kedai makanan halal sehinggalah kami menghampiri Pak Phayun.
Pak Phayun (N7 21.182 E100 19.449) sebuah pekan di pinggiran tasik yang boleh diseberangi dengan melalui beberapa buah pulau hingga ke Songkhla, iaitu Ko Mak & Ko Nam Kham. Kami tiba pada jam 4.30 petang dan terus check-in ke sebuah hotel (N7 21.177 E100 19.667) yang terletak berhampiran jambatan Ko Mak – Pak Phayun. Dimaklumkan Hotel milik Timbalan Dato’ Bandar yang beragama islam. Hotel yang baru dibina dengan bilik yang sederhana tetapi selesa dengan kadar THB50.00 – THB70.00. Aku memilih bilik menghadap tasik. Pemandangan jelas ke arah tasik dan pulau Ko Mak. Sungguh menenangkan jiwa
Pemandangan dari tingkap bilikku
Memasuki Pekan Melintasi Perkarangan Masjid Jamik Wilayah Phattalung
Pak Phayun adalah sebuah pekan yang majoriti penduduknya beragama Islam. Tetapi apa yang menghairan aku ialah terdapat beberapa buah masjid dibina berdekatan (antara 100 – 200 meter) dan kesemuanya digunakan untuk sembahyang Jumaat (???). Mungkin perbezaan fahaman kot! Salah sebuah masjid yang aku singgahi untuk berjemaah ialah Masjid Ansarul Husna (N7 21.166 E100 19.727). Imamnya adalah bekas pelajar dari Yaman yang berkahwin dengan penduduk tempatan. Manakala masjid yang utama (masjid kerajaan) ialah Masjid Jamik Phatthalung (N7 21.177 E100 19.559), Masjid Nuruddin (N7 20.906 E100 19.171) dan beberapa buah madrasah/surau.
Selepas mandi dan berehat seketika, kami keluar berbasikal meronda sekitar Pekan Pak Phayun sambil mencari makanan dan selepas itu mengunjungi Thalat @ pasar malam (N7 20.655 E100 19.876) buat menambah bekalan untuk makan malam. Selepas isya’ pekan terasa ‘mati’ maka tiada aktiviti yang boleh dibuat hanya bersembang sambil menikmati kopi dan merasai dinginnya angin dari tasik sebelum melelapkan mata.
Pak Payun sememangnya cantik, Insyaallah aku akan berkunjung lagi ke sini bersama keluargaku bagi menjelajah pulau yang berhampiran.
Awal pagi – keluar dari Chalet di Thale Noi
Menghampiri Lampam Beach
Meninggalkan Lampam
Jalan Pendalaman – jalannya agak rosak sejauh hampir 5 km
Tenang dan Lengang
Melewati pantai Pattong
Menghampiri Pak Phayun – sudah ada masjid ; terubat lapar
Pancit – risiko dilalui di jalan pendalaman
Memasuki pekan Pak Phayun
Hotel (entah apa nama) milik muslim Pak Phayun
Bersama saudara Faiz (penduduk Pak Phayun) seorang pensyarah di salah sebuah Universiti di Nakhon Si Thammarat
No comments:
Post a Comment