Tuesday, October 01, 2013

Bukit Tunjang: Mengulang Sambil Meninjau Laluan

Tarikh  :  28 September 2013, Sabtu    
Mula :  Kedai Alias D’ Palas, Kg. Gelam, Jitra, Kedah.  
Jarak : ± 37 km
Elev : 153 meter   
Rider: 10 orang – Pudin TTG, Adli, Md. Noor, Jaz, Zul Airforce, Bang Daud, Bang Ya, Che-E, Zam dan 
Coordinate : N6° 19.012 E100° 22.785

Bukit Tunjang terletak ± 10 km dari Jitra dengan menuju ke arah Kodiang. Bukit yang melatari pekan Tunjang dan memanjang sejauh ±4.5km. Terkenal sebagai kawasan pengeluaran buah-buahan terutamanya durian. Di Sebelah selatan bukit ini terdapat kuari tanah yang suatu ketika dahulu heboh berkaitan penemuan kalimah Allah terukir di atas sebuah batu.

Kali terakhir aku ke sini 3 tahun lalu (Klik) . Kalau dahulu aku mendaki dari arah Padang Perahu dan turun kearah jalan Telok Tenggiri tetapi kali ini pendakian secara songsang pula. Kayuhan kali ini sebagai satu permulaan untuk menghidupkan kembali aktiviti Geng Gerek Baru yang agak suram sejak kebelakangan ini. 

Kami memulakan kayuhan dari kedai Alias D’ Palas dengan melalui kawasan sawah padi, kebun getah dan seterusnya mendaki bukit Tunjang sebelum berpatah balik menelusuri sungai. Menarik kayuhan hari ini kerana cuaca yang redup dan turut disertai 4 orang ahli Team Redflag yang menunggu kami di pertengahan jalan. Mereka mahir mengenai selok belok kawasan sini bahkan turut mempunyai dusun di sini. Trek yang cantik melalui kawasan dusun dengan sedikit pendakian dan penurunan. Pada pengamatan aku trek ini menarik dan sedikit usaha diperlukan lagi untuk merintis denai membuat laluan bagi menambah  ‘kemanisan’. Ada beberapa ‘landmark’ menarik boleh diketengahkan.

tunjang

P9283587

Menguning!di kawasan sawah padi

P9283592

P9283597

liang liuk di kawasan kebun getah

P9283598

berjumpa dengan Team Redflag di Simpang 4 Bemban

P9283601

P9283602

P9283615

P9283617

Pemandangan dari puncak ..

P9283623

Reward …

P9283624

Laju Chae turun …

P9283628

menuju Kampung Imam

4 comments:

  1. ada berlaku hakisan tanah tak di kawasan bukit tunjang?

    ReplyDelete
  2. Salam bam... Kalau kita nak daki bukit nih... Kat mana starting pointnya dan apa yg ada di puncak cth beirut atau tagging peak

    ReplyDelete