Lokasi : Gua Puyu, Taman Negara Thale Ban, Thailand
Coordinate : N6° 32.390 E100° 08.306
Setoi(Satun) sudah menjadi salah satu destinasi pilihan percutianku. Selain makanan, penduduk, keindahan alam juga menjadi salah satu tarikan. Faktur sejarah dan pertalian dengan penduduk membuat aku selesa berkunjung ke sana.
Aku sukakan riadah alam, mahu mendidik anak-anak menyayangi khazanah alam maka aku mengajak mereka ke kawasan hutan bakau yang bersempadanan dengan negeri Perlis di kawasan Puyu(Puju) di Taman Negara Thailand di Sungai Kajang(Kayang).
Puju (N6° 29.999 E100° 05.998) adalah perkampungan nelayan dimana ramai penduduknya adalah dari kalangan orang Melayu Perlis. Mereka bertutur bahasa melayu pelat Perlis dan ada sesetengahnya mempunyai 2 kerakyatan. Jaraknya hanya 20 minit sahaja dari Kuala Perlis. Pernah sahabatku mengajakku ke Kajang sebelum ini melalui Kula Perlis untuk memburu pohon bebuas dan kayu hitam untuk dijadikan bonsai.
Aku sekeluarga bermalam di hotel Rin Nam, Satun (N6° 36.602 E100° 04.510). Paginya selepas sarapan kami bertolak ke Tamalang yang jaraknya hanya ±11km sahaja. Menuju ke jeti penambang (N6° 32.223 E100° 03.884) ke Puju dan mendapatkan bot panjang dengan dikenakan kos THB1500 untuk ke Kajang/Gua Puyu. Sebelum itu kami membeli dahulu bekalan makanan untuk melapik perut semasa berada di sana kerana perjalanan ke sana memgambil masa ± 2 jam.
Sungai hutan bakau ini dipulihara dengan sebaiknya oleh pihak berkuasa Thailand. Ia adalah sebahagian dari Taman Negara Thale Ban. Kami memasuki beberapa gua tembus dan juga menyusuri satu gua yang gelap. Kelihatan stalaktit yang indah yang terbentuk dari titisan air ribuan tahun lalu dan stalagmit yang terdiri diatas batu-dan dinding gua. Pemandu bot menasihati kami untuk tidak ke gua Kajang kerana perlu mendaki dan agak bahaya, banyak ular berbisa disekitar gua.
Chalet terapung dan beberapa kemudahan yang dibina sebelum ini kelihatan sudah usang dan terbiar. Sayang kerana keunikkan dan kecantikkan tempat ini tidak dijaga(mungkin tak ramai pelancung yang bertandang).
Di Jeti Tam Malang – Pemeriksaan imigresen disini dan bot ke Kuala Perlis dan Koh Lipe
Di Jeti Penambang Puju
Menaiki bot menuju muara
Memasuki sungai bakau Kajang
menghampiri salah satu gua
diatas chalet terapung
hasrat hati hendak berkanu apakan daya pendayung tiada
anak-anak dan anak saudaraku
diatas seketul batu di belakangku disebalik bukit adalah Perlis
Tiba semula ke Jeti
di atas pelantar pendaratan ikan
No comments:
Post a Comment