Sunday, May 08, 2011

Elevation Trek Darulaman DH

Untuk perhatian semua rider  dan peminat:-

darulamandh

kedahdh trek

Terima kasih Abang Adihariman atas usahanya ini ..

Friday, May 06, 2011

Trek Revealed

Cabarankan bermula- Trek udah tersedia,  900meter bukalah panjang tetapi memadai. Pelbagai cabaran dan jump dihidang

LAYAN ….

Muqadimahnya yang sempurna .. memberi peluang dan keyakinan lalu membina kelajuan

ROCK GARDEN - Bermulalah cabaran sebenarnya disini .. unik

MAWAR BERDURI -  bersedialah anda dengan kesedarpan penurunannya. Tapi AWAS ..bak namanya jua yang INDAH tetapi kalau silap haribulan …!!

Thursday, May 05, 2011

YONEX-SUNRISE: Malaysia Open Grand Prix Gold 2011 Alor Setar

KEJOHANAN BADMINTON GRAND PRIX EMAS TERBUKA MALAYSIA YONEX SUNRISE 2011

TARIKH: 3 – 8 MEI 2011

VENUE: STADIUM SULTAN ABDUL HALIM, ALOR SETAR, KEDAH

Siri Kejohanan Badminton ini bermula dari 3 – 8 Mei 2011. Peserta tempatan dan luar negara hadir. Tiket masuk RM5.00(aku masuk free jer) Final nanti tiketnya RM20.00.

Bintang handalan Indonesia, Taufik Hidayat dan jaguh dari China seperti Chen Jin akan turut serta??

Peminat badminton dijemput hadir. Jadual perlawanan seperti berikut: -

Day

Date

Starting time

Match

Tuesday

3rd May 2011

0830

Qualifying Rounds

Wednesday

4th May 2011

0830

Championships Events

Thursday

5th May 2011

0830

Championships Events

Friday

6th May 2011

1500

Quarter Finals

Saturday

7th May 2011

1800

Semi Finals

Sunday

8th May 2011

1800

All Finals

Pastinya penulis menantikan Datuk Lee Chong Wei

Bergu campuran dari Japan(Mizuki Fujii-Reika Kakiiwa) melawan bergu campuran dari Thailand

Wednesday, April 27, 2011

Hatyai MTB Jamboree: Bahagian Kedua

Tarikh : SABTU 04 Jun 2011 (Cuti Sekolah dan Cuti Hari Keputeraan YDP Agong)

Jarak: ± 40km

Hadyai MTB Jamboree kembali lagi tahun ini(2011). Bagi yang berminat untuk menyertainya (terutama kawasan Jitra & Alor Setar) bolehlah mendaftar di Redflag Bike Shop, Jitra. (No. Tel: Abang Ai: 012-545 3293, Pudin:019-4800 116 )

Pihak Redflag tidak tertakluk untuk menyediakan kemudahan penginapan di Hadyai

Yuran Penyertaan seperti berikut: -

PAKEJ 1 – FEE RM75.00

PAKEJ 2 – FEE RM165.00

PAKEJ 3 – FEE RM55.00 UMUR DIBAWAH 15 TAHUN

  1. Bicycle Jersey
  2. T-Shirt
  3. Number Plate
  4. Goodies Beg
  5. Groups Insurance (Coverage)
  1. Bicycle Jersey
  2. Bicycle Short
  3. ARM Glove
  4. T-Shirt
  5. Number Plate
  6. Goodies Beg
  7. Groups Insurance (Coverage)
  1. Bicycle Jersey
  2. T-Shirt
  3. Number Plate
  4. Goodies Beg
  5. Groups Insurance (Coverage)

Borang boleh didapati di Kedai Redflag atau DOWNLOAD DI SINI

CEPAT : Tarikh tutup penyertaan 08 Mei 2011. Tarikh Tutup Penerimaan Borang di Redflag ialah 06 Mei 2011

Catatan Jamboree Hadyai 2010 lalu:-

1.  HARI PERTAMA – SAMBUTAN DI SADAO

2.  HARI KEDUA – KAYUHAN

3. MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH DAN PERTUNJUKAN KEBUDAYAAN

Jersey Jamboree: Tertakluk kepada Fe

Monday, April 25, 2011

CP3: Gabungan Kayuhan 2 Negeri

Tarikh: 23/04/2011, Sabtu : Masa 8:00am

Tempat: Taman Tasik Darulaman, Jitra, Kedah

Rider: ± 50 orang

Kembalinya kerjasama kayuhan team GB Kedah dan team GB Perlis. Disertai juga oleh Team Changloon, Team Toyota dan beberapa rider sekitar menjadikan acara ini meriah bak mini Jamboree.

Memulakan kayuhan memohon keberkatan, bacaan doa dipimpin oleh Ustaz Raja Azriffudin Al Hafiz. Kayuhan dikemudi oleh Art IKBN dan sweepernya adalah penulis. Kayuhan bermula dari Parkir Taman Tasik Darulaman melewati Kondo 900 terus ke Darulaman Bike Park bagi meninjau, melihat  dan mencuba sebahagian trek terjunan yang bakal mejadi gelanggang kejohanan Malaysian Downhill siri ke 3 pada 29/05/2011 nanti. Kemudian mendaki Bukit Malau(CP3) melalui kawasan ternakan ayam(reban ayam). Walaupun ada beberapa rider yang jatuh semasa DH, namun ini adalah asam garam dalam dunia MTB.

Sesungguhnya kayuhan ini berjaya mengeratkan lagi tali silaturahim sesama rider. Gabungan kayuhan sebegini akan diteruskan lagi dimasa akan datang bagi sama-sama menikmati laluan-laluan tertentu.

Dari Rokan ke Indragiri

Membawa tinta ke Kuala Linggi

Baliklah tuan rehatkan diri

Esok, lusa bersua lagi

LAGI GAMBAR DI FACEBOOK

2 kepala GB

Permulaan di Tasik Darulaman

GB Perlis

Di Tapak Darulaman Bike Park: Lokasi acara Malaysian DH Siri ke 3

Kerjasama: Dua-dua tayar bocor sekali

En. Bunyamin: Selamat Datang

Veyron & Tandope(Penghulu Team Changloon)

Zaim pastinya meluncur laju di sini

Oppss! hati-hati! Beberapa orang dah jatuh di sini