Ban Prik, Sadao District, Songkhla 90120, Thailand
Coordinate: N6.67319° E100.43792°
Dari catatan ("on the Kedah-Singgora bounding" atau "Kedah-Siam frontier") aku mendapati Ban Prik adalah menjadi tempat perhentian laluan Jalan Alor Setar/Singgora. Ia juga sering disebut sebagai persempadanan terakhir Kedah/Singgora di pedalaman.
Sehubungan dengan itu, misi aku hari ini adalah untuk mencari sebuah batu sempadan tua (ทวดหลัก) tersebut yang terletak disebuah kampung tidak jauh dari laluan utama Bukit Kayu Hitam ke Hadyai (Phet Kasem road).
Batu ini adalah batu granit berbentuk octagon setinggi 99 cm dan kepala batu diukir bentuk lotus. Terletak dalam bangunan dan seperti di ‘hargai’ oleh penduduk tempatan.Ia terletak di Ban Hua Road, Village No. 8, Prik Sub-district, Sadao District ± 200 meter dari Phet Kasem road
Al kisah, King Rama IV telah mengarahkan dibina sebatang jalan bagi menghubungkan dengan negara jiran (Kedah) sebagai usaha mempertingkatkan hubungan dagangan dengan jiran. Dalam menentukan sempadan pembinaan jalan antara kedua pihak, kedua pihak akan membiarkan gajah dari kedua negara berjalan pada malam hari (dari Singhora & Alor Setar) dan dimana gajah-gajah ini bertemu sebelum ayam berkokok pada pagi hari akan menjadi lokasi akhir jalan. Dan lokasi pertemuan itu ialah di Ban Hua Thanon dan batu tanda ini dipacak untuk memperingati sempadan jalan antara kedua pihak.( Jalan yang telah dibina oleh Sultan Kedah pada tahun 1864 dari Alor Setar sampai ke tempat ini dan ke utara disambung pula oleh pemerintah Singgora.
Papan tanda batu di pinggir jalan .
“BAGAI BATU NISAN” – batu ini dianggap suci oleh masyarakat tempatan. Ada kisah menyayat hati disebalik batu ini. Kanan adalah sedikit catatan sejarah tentang batu ini.
Terletak dalam bangunan yang berbumbung. Jalan konkrit dibina hingga ke tempat ini. Ramai juga masyarakat tempatan datang untuk menyembah dan memberi penghormatan









Mat Arshad adalah kerani atau penterjemah kepada Residen British di Perak iaitu J.W.W. Birch. Beliau adalah dari suku Rawa yang berasal dari Sumatera. Pernah berkhidmat dengan kerajaan British di Pulau Pinang menyebabkan beliau mahir bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris.
Beliau dikebumikan di Bandar Baru dan kuburnya terletak ± 250 meter ke utara dari makam Almarhum Sultan Abdul Malik Mansur Shah (Sultan Perak ke 19) dan ± 450 meter ke selatan dari Kubur Birch. Kuburnya terletak dalam kawasan berpagar (telah roboh) tetapi tidak terjaga (terbiar) dan dikeliling oleh semak samun. Berpandukan garmin aku berjaya menjumpai kubur ini. Terima Kasih kepada mereka yang menanda koordinate dengan tepat.




Batu yang mempunyai mitos tersendiri, kononnya batu ini asal hanya sebesar kotak mancis dan lama kelamaan menjadi semakin besar. Ketika projek membuat jalan, batu ini cuba dipindahkan namun dek terlalu berat MAKA batu tersebut dijadikan tugu sahaja untuk memperingati para askar yang gugur semasa Perang Dunia Pertama.
Rangkap kata-kata di atas adalah sebahagian dari sebuah puisi nukilan Robert Laurence Binyon yang bertajuk “For the Fallen” ditulis pada pertengahan bulan September 1914 ketika Perang Dunia Pertama (1914 – 1918).