Wednesday, January 18, 2012

Tasik Banding: Kembali Ke Alam Semulajadi

HARI KE-2

Tarikh  :  14 Januari 2012 
Lokasi  :  Tasik Banding, Perak
Tujuan :  Kursus Pemantapan Pasukan Siri 1/2012.

Nama Hutan Belum diambil dari nama asal perkampungan Melayu, Kampung Belum Lama yang meliputi enam buah perkampungan kecil yang wujud sejak tahun 1952 dan terletak ke utara Tasik Banding. Kampung Belum itu sendiri pula dikatakan mendapat nama sempena bunyi “belum… belum…” yang dikeluarkan oleh sejenis belalang hijau besar.

Pembinaan Empangan Temenggor pada tahun 1975 bagaimanapun telah menenggelamkan masjid dan sekolah di satu lagi perkampungan Melayu iaitu Kampung Temenggor Lama yang terletak tidak jauh dari Pulau Perhilitan (Pulau Cendana).

Keluasan seluruh Hutan Belum (utara dan selatan) mencecah 3,110 kilometer persegi, berada di paras 250 meter hingga 2000 meter dari aras laut. Lembah Belum meliputi tasik buatan manusia terbesar yang berukuran 70 kilometer panjang dan 18,000 hektar lebar iaitu Tasik Banding yang mengandungi empat buah empangan terdiri daripada Empangan Temenggor, Empangan Bersia, Empangan Kenering dan Empangan Chenderoh.

Hari Kedua, kami akan melawat alam semulajadi hutan Belum dengan mengunjungi perkampungan orang asli dan meredah bukit dan hutan ke kawasan air terjun.

Perjalanan kami ke kampung Chuweh dengan menaiki bot yang mengambil masa ±20 minit. Orang asli dari suku Jahai yang masih mengekalkan gaya hidup turun-temurun. Pondok kecil yang menjadi kediaman suku Jahai masih menggunakan atap 'cucuh', atap nipah atau rumbia. Dinding dan lantai rumah dibuat daripada buluh. Tetapi mereka mempunyai generator untuk membekal elektrik pada sebelah malam bagi menonton video cakera padat atau astro. Mereka suka berpindah ke tempat baru (terutama selepas ada kematian).

Selepas itu, menaiki bot selama ±15 minit ke air terjun Kiroi yang setinggi 100 kaki. Terpaksa melawan cabaran alam, dengan kesan selepas hujan, pacat melata sebelum sampai ke kawasan air terjun ini.

image

Berlatarbelakangkan Tasik Banding dan Lebuhraya Timur Barat

Nyaman!- cuaca yang redup, indah pandangan

Antara perkampungan orang asli di Tasik Banding

 

Anak-anak orang asli suku Jahai

 

Di Ayer Terjun Kiroi

 

Di Pulau Talikail – ada chalet milik Jabatan Perhutanan

Monday, January 16, 2012

Tasik Banding: Memantap Pasukan, Menghayati Alam

Tarikh  :  13 – 14 Januari 2012 
Lokasi  :  Tasik Banding, Perak
Tujuan :  Kursus Pemantapan Pasukan(Team Building) Siri 1/2012

Seramai 21 orang kakitangan pejabatku  dari beberapa unit telah mengikuti kursus pemantapan pasukan untuk siri 1/2012. Kursus diketuai oleh Setiausaha, Tuan Haji Hakim Ariff Bin Md. Noor. Kali ini pemilihan ialah di tasik Banding, Perak. Disamping tujuan kursus ini  untuk memperkasakan pasukan ia juga untuk menanam minat cintakan alam sekitar.

Semua peserta dibawa dengan bas ke Banding  dan menginap di Banding Lake Side Inn. Pada hari pertama kami di dedahkan  dengan jungle trekking dan diuji keyakinan diri dan ‘keberanian’ dengan diletakkan terapung di dalam tasik. Hujan yang turun sepanjang hari tidak mengganggu aktiviti kami, bahkan menjadi semakin mencabar dan menyeronokkan.

2.30pm aktiviti bermula dan kami dibawa ke satu lokasi pulau yang dikenali sebagai X-ray untuk merentas hutan sambil melihat bunga Rafflesia di Taman Negeri Belum. Kemudian dibawa mengelilingi pulau sekitar tasik Banding dan ke  Telok Mejar, di sini kami di uji dan di ‘latu’ di dalam air. Walaubagaimanapun perlindungan dan keselamatan yang sempurna sentiasa dititkberatkan. Semua peserta dimestikan memakai jaket keselamatan. Bagi aku, berenang memang menyeronokkan dan secara tak langsung nostalgia dahulu (mandi sungai) dapat dikembalikan. Bila keseronokkan mula terasa, masa dah jadi suntuk pula ..kena balik … ishh

Untuk pelbagai aktiviti outdoor/memancing boleh hubungi: -

En. Zainurin Bin Zainon at 017-570 7003

Superior Room-305

3.00pm- At Jetty Point

Boat to X-Ray island & Telok Mejar

       

Di Telok Mejar atas Balak

       

Tengkorak Gajah

       

Wow … Keseronokan mandi @ Tasik Banding

Tak puas, sambung mandi kat swimming pool lak

Makan malam .. perghhhhh - sebarau bakar

Monday, January 09, 2012

Trek Hosba: Kayuhan Pembuka Tirai 2012 - Edisi Terhad

 

IMG_6329

Tarikh: 07 Jan 2012 – Sabtu

Lokasi : Trek Hosba, Fasa 2

Rider 24 orang

Biasanya setiap awal tahun kayuhanku bermula di area Changloon. Tetapi tahun 2012 ini, membuka tirai kayuhan offroad sedikit ke selatan iaitu di Trek Hosba.

Aku mewar-warkan dalam facebook Gerek Baru mengenai penganjuran “Kayuhan Pembuka Tirai 2012: Edisi Terhad”. Respon sahabat dari Sungai Petani yang teruja dengan DH trek Jati tempohari , lalu Ustaz Raja menjemput mereka untuk merasai keenakan henjutan di Trek ini. ‘Sapaan’ ustaz ternyata menarik perhatian beberapa rider dari Penang, Kulim, Sungai Petani, Yan, Alor Setar dan rider sekitar Jitra untuk turut serta ke Trek ini.

Pelbagai lapisan rider yang hadir dan  pasti kami akan melayan setiap tetamu seadanya. Dengan bantuan Sdr. Zaim, Yus, Cikgu Wan, Adlee dan Ustaz Raja dapat melancarkan kayuhan namun terpaksa langkau(skip) beberapa seksyen kerana masa yang agak suntuk. Ini kerana beberapa rider menghadapi masalah teknikal.

Untuk makluman,  kami menarafkan beberapa seksyen untuk kesesuaian dan kemampuan rider.

Sedikit aksi

IMG_6257

Dari Kiri Zol(selamat datang), Nazri Cleats, AdiHariman, Ustaz Raja dan Nizam Airod

IMG_6267

Pembukaan agenda, doa dipimpin oleh Ustaz Raja

image

IMG_6279

Wakil SAZA, Sg. Petani dan wakil Tok Arab Oman

IMG_6284

Dari Kiri Berdiri: Ustaz Raja, MatKri, Yusof, Rizal RB, Qamar, Mat Karan, Sumi, Shahrul Nizar, , Adihariman, Nizam, Nazri cleats, Zieta, Rosmah..Depan duduk: Cikgu Wan, Jas, Adlee, Yus, Pudin TTG, Am, Sufian & Zol – Tiada dalam gambar Zaim dan Hanif

IMG_6294

Oishh! Terkeleceh

image image

Wakil Cleats & sdr. Yusuf dari Yan(Kulim)

IMG_6321

 IMG_6299

Nizam – sudah ada konfiden – mencuba beberapa kali teres ini

image

Sedarppp …. gerek buat kerja ustaz

 IMG_6343

Qamar .. selamber jer terjun lopak

Monday, January 02, 2012

Trek Hosba: Kayuhan Penutup Tirai 2011

IMG_6189

Tarikh : 31 Disember 2011, Sabtu

Lokasi: Kg. Alor Janggus, Mk. Hosba, Jitra, Kedah  DA

Rider: 22 Orang

Tiba-tiba hari ini hujan turun dengan lebat sekali , hujan yang membawa seribu rahmat. Namun walau hujan mencurah, walau guruh berdentum, biar badai menghempas pantai dan biar bumi bergoncang sekalipun, kayuhan ini tetap dijalankan. Itu adalah prinsip Team Redflag yang menjadi host kayuhan kali ini. Dalam kedinginan pagi, seramai 22 penunggang yang berjiwa kental meneruskan kayuhan.

Kayuhan hari ini ialah kayuhan menutup tirai tahun 2011. Kayuhan untuk memperkenalkan trek ini kepada beberapa rider sambil meraikan sahabat dari Ipoh dan ‘mencuba’  2 ekor lembut(dok bau kedai lagi). Trek yang jaraknya hanya 22km sahaja tetapi mempunyai berbagai bentuk rupa bumi terutama DH nya. Climbing yang tidak terlalu tinggi dan cepat mendapat ‘reward’. Adrenalin yang meningkat terutama di pump treknya. Rider-rider Hardtail dibimbing dengan teknik penurunan yang betul secara langsung memberi ‘keyakinan’ dan nilai tambah dalam pengendalian MTB.

Lagi Gambar di FACEBOOK

IMG_6113

2 ekoq Specialized baru woooooo

IMG_6130

Sedarppppp

IMG_6158

Cikgu menunjukkan cara

IMG_6171   IMG_6200

IMG_6232

Dari Guar Napai untuk memasuki bukit buluh

IMG_6237   IMG_6210

Antara cabaran yang dilalui

IMG_6121

Dari Kiri Belakang: Veyron, Din KBS, Md. Noor, Suhaidi Celcom, Cik Li, Zahir GTG, Sham, Zaim, Fitri De Boss, Zn GB, Fauwaz, Art IKBN, Nasron & Cikgu Wann (Depan duduk: – Kapten Jamal, Cikgu Fisol, Pudin TTG, Ustaz Raja, Zam KBS, Adli Red Giantz, Yus dan Nasir