Tarikh : 09/08/2020
Misi : Trip Pantai Timur – Hiking Bukit di Kemaman
Lokasi : Telok Kalong, Kemaman, Terengganu
Coordinate : N4.24006° E103.45312°
Meneruskan perjalanan di Terengganu, selepas singgah di Pasir Gajah, kami menuju ke Kemaman. Pusing-pusing bandar Kemaman dan singgah ke satu kawasan tanjung di muara sungai kemaman iaitu ke Telaga Simpul.
Telaga simpul merupakan sebuah mata air yang bertakung dan digunakan oleh penduduk tempatan dan tempat singgahan pelaut untuk mendapat air tawar suatu ketika dahulu. Pelbagai misteri dikaitkan dengan telaga ini seperti lokasi kediaman makhluk halus dan penduduk selalu meminjam pinggan mangkuk untuk urusan kenduri.
Tempat ini pernah dicatat oleh Munsyi Abdullah (pada tahun 1852) dalam pelayarannya ke Kelantan dimana beliau pernah singgah disini untuk mendapat bekalan air minuman dan mandi dan mencatatkan bahawa sesiapa yang mandi di telaga ini, apabila siap mestilah menyimpulkan satu Simpulan Daun Pandan (Ada juga menyatakan sesiapa yang mandi di telaga ini apabila siap mestilah membuat simpulan pada daun lalang). Kononnya terselamatlah mereka sepanjang pelayaran dari sebarang malapetaka.
Lokasi Pantai Telaga Simpul ialah di Teluk Kalong dalam daerah Kemaman, Terengganu. Ia sejauh ± 15 km dari Bandar Chukai dan menjadi tumpuan pengunjung terutama pada hari minggu dan hari kelepasan. Pantai yang cantik dengan pemandangan indah akan memberi ketenangan kepada pengunjung yang berkunjung ke sini.
Kami tidak melepas peluang untuk hiking ke bukit Pejajat setinggi ± 100 meter dengan menaiki 548 anak tangga hingga ke puncak. Di atas puncak ini ada sebuah Rumah Api Telaga. Kami mendaki rumah api ini (setinggi ± 20 meter) hingga ke puncak untuk mendapat pemandangan 360° yang indah dan menarik.
Atas rumah api di Bukit Pejajat. View 360° Rumah api setinggi ± 20 meter
No comments:
Post a Comment