Tarikh : Sabtu – 05 Mac 2016
Lokasi : Bukit 8888, Jalan Panchor, Pokok Sena, Kedah Darul Aman
Koordinate: N6.18404° E100.51581°
Max Elev: 190 meter
Jarak : ± 3 km
Kebelakangan ini aku semakin kurang berbasikal, minat mengayuh kian luntur, semangat semakin pudar. Namun .. aku perlu aktif, perlu keluar dari ‘baloq’. Selaras dengan beberapa program/aktiviti yang akan aku ikuti selepas ini, aku harus berbuat sesuatu, aktiviti perlu diteruskan, maka aku mengajak isteriku untuk berjinak dengan aktiviti mendaki bukit pula.
Selepas mendaki bukit Malau/Alor tempohari, isteriku kini semakin berminat dengan riadah sebegini, maka hari ini aku mengajaknya untuk hiking salah satu bukit yang menjadi tumpuan ramai iaitu Bukit 8888.
Bukit 888 terletak berhampiran Jalan Panchor, Pokok Sena. Sejauh ± 22 kilometer dari Alor Setar, Kedah. Ia mula menjadi perhatian selepas geng Hash (Persatuan 8888 Daerah Pokok Sena) merintis dan menjadikan bukit ini sebagai trek rentas mereka. Bukit ini menjadi tarikan pengunjung pada pagi dan petang terutama waktu cuti umum. Pelbagai peringkat usia dari serata daerah datang ke sini untuk mengadakan aktiviti pendakian. Bukit ini juga pernah menjadi lokasi untuk program FIT Malaysia Pokok Sena - "Cabaran Bukit 8888" sempena Hari Sukan Negara pada 10hb Oktober 2015.
Hari ini aku disertai bersama Adihariman dan isterinya. Setelah parkir kereta di kawasan lapang di 888 Hash House Harriers (HHH). (Hmm .. tak ramai pulak pengunjung hari ni). Kami memulakan dakian pada jam 8.00 pagi. Mukadimah pendakian dengan melalui kawasan kebun getah sebelum menempuhi kawasan hutan yang keseronokan dan cabarannya bermula. Laluan ini tak silap aku dikenali sebagai jalan Janda Bergetah. Laluan ini tidak terlalu curam, laluan yang mesra pengguna dan tali di laluan disediakan bagi memudahkan pendakian. Hampir 20 minit kami berjalan sebelum sampai ke kawasan rehat. Sebuah pondok didirikan disini untuk kemudahan pengunjung berehat.
Hampir 10 minit melepak di atas kerusi yang disediakan sambil menghela nafas melepas lelah, mengumpul tenaga untuk merintis laluan sejauh ± 380 meter lagi dengan kecerunan 8.1°, melalui laluan single trek untuk sampai ke pondok kedua (N6.18598° E100.50956°) yang berketinggian ± 174 meter. Disini pemandangan lebih cantik, kawasan yang agak luas. Kemudahan pondok dan kerusi hasil sumbangan beberapa persatuan Hash sekitar Kedah/Penang. Disini anda boleh menghayunkan diri di atas buaian yang digantung antara 2 pokok. Boleh membuat aktiviti mendagu dipalang besi yang disediakan. Sungguh bersih di sini, tenyata tempat ini diselia dengan baik oleh persatuan ini. Kami meneruskan lagi perjalanan ke puncak sebelum turun dan menikmati pemandangan lawas yang cantik. Pastinya tak lepaskan peluang bergambar dan kami meneruskan perjalanan dengan mengikuti laluan Tongkat Ali. Laluan yang agak curam tetapi ada tali dan anak tangga disediakan. Laluan ini bertembung dengan laluan mula taqdi iaitu sejauh ± 130 meter dari pondok pertama. Dipondok pertama berehat seketika dan meneruskan perjalanan dengan mengikut laluan Kacip Fatimah. Disini boleh kelihatan sebahagian bukit telah dicerahkan untuk projek pembangunan. Kami meneruskan perjalanan melalui kawasan kebun getah sebelum berjumpa semula di tempat letak kereta.
Sesungguhnya trek ini memang menarik dan amat sesuai untuk dilayan oleh pelbagai peringkat umur. Trek yang natural, cantik dan dijaga dengan teratur. Suasana bukit yang tenang, nyaman dengan pemandangan yang indah pasti menarik ramai pengunjung untuk datang lagi kesini.
Tongkat Ali Trail – sedikit mencabar dan agak curam
Cantik pemandangan disini
ada kerusi disediakan untuk melepaskan lelah
hmmm … pembangunan mula menghimpit .
Trail dia jelas tk?,
ReplyDeleteJangan bimbang Trailnya jelas ada ada petunjuk ..
DeleteIa diselenggara oleh geng 4H
Assalamalaikum.
ReplyDeleteAntara bukit malau dengan bukit 888 ni, mana yang tuan recommend untuk hiker amatur yang first time memanjat? Yang lebih senang la kiranya. Hehe
dua-dua ok .. cuma perlu sedikit stamina
ReplyDeleteKalau 1st time boleh cuba di Darulaman Trails (BDB)
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete