Tarikh :15 Februari 2014
Mula : 8.00 pagi
Elev : ± 230 m
Jarak : 15.3km
Coordinate: N6 13.074 E100 29.136
Minggu yang sebelumnya aku bersama AdiHariman dan Cik Li meninjau secara sepintas lalu ke kawasan ini. Sehari sebelumnya, aku meninjau dan bertanya khabar mengenai bukit dan laluan disamping mengkaji peta topo Garminku.
Hari ini aku sendirian meninjau laluan ini. Misiku bagi mewujudkan satu jaringan laluan baru. Bermula dengan bismillah aku memulakan langkah. Jam 8.00 pagi dari masjid Jamik Raudhatus Solihin, Kampung Bukit aku bermula. Aku mengikuti denai kebun getah dan bertekad meneruskan laluan sehingga keluar ke Kampung Padang Tembusu. Di antara dua bukit aku mencelah, mengikuti lereng laluan yang ada turun dan ada naiknya. Sesekali aku menegur beberapa orang penoreh yang bersua di kawasan ini. Sebelum mengakhiri perjalanan, aku mendaki sebuah bukit yang tingginya hanya ± 250 meter sahaja. Hampir 30 minit aku terkial-kial mendaki dan ada kalanya melongsor turun apabila jejaknya yang longgar. Di pertengahan puncak aku berhenti merehatkan diri. Sesekali angin menderu yang mendinginkan tubuh. Dari atas aku menilai semula perjalananku dan merancang perjalanan seterusnya. Selepas berehat aku meneruskan perjalanan hingga ke puncak. Laluan disini semakin sukar, curam dan longgar. Aku menggagahi mengikuti denai ini sehingga berjumpa satu kawasan simpanan balak. Inginku meneruskan namun memikirkan risiko, aku berpatah balik dan keluar ke kawasan perkampungan. Insyaallah aku pasti kembali bagi melengkapkan jalinan laluan ini.
Bermula dengan kayuhan bendang … disebelah kiriku Bukit Resam
Menelusuri kebun getah yang sedang meluruh
Meninjau Bukit di sana
Meninjau kampung dan laluan
Bagaikan berada di puncak Bukit Kelubi .. suasana dan panorama yang hampir sama
terhenti aku disini, tanah yang berdebu dan berpasir lagi curam
No comments:
Post a Comment