Tarikh : 24 Ogos 2013, Sabtu
Rider : Sendirian
Lokasi : Jitra, Kedah.
Jarak : 33 km
Ketinggian : 62 meter
Hari ini membawa hardtailku layan tarmac bagi mengembalikan rentak kayuhan dijalanan. Aku kayuh bersendirian kerana perlu menyesuaikan masa untuk menghadiri beberapa kenduri dan aktiviti. Berbekalkan tripod dan beberapa peralatan, memulakan kayuhan pada jam hampir 8.00 pagi dari rumahku di Titi Gajah ke Bukit Pinang melalui Lengkuas – Derang – Kampung Bukit - Lubuk Batu – Padang Teja – Alor Rambai – Kepala Bendang – TTG.
Di pertengahan jalan aku melihat sebuah bukit yang menarik untuk didaki. Bukit yang telah ditarah untuk tanaman semula getah. Nasib baik jumpa tuan tanah lalu aku meminta izin memasuki kawasan untuk ke puncak yang setinggi ±62 metar sahaja. Dari puncak aku dapat melihat beberapa buah bukit lagi sambil meninjau dari kejauhan dan mencari-cari ‘letaknya’ untuk episod seterusnya …
bermula di laluan Tarmac. Tripod berfungsi untuk aksi ini
Berada di sebuah kolam di kaki bukit
aku mengelilingi bukit ini dahulu sebelum berjumpa dengan tuan tanah untuk memohon izin ‘masuk’ kawasan
Pemandangan di sana. Bukit Bukau yang melatari Jitra
Tanah rata dipuncak
Luas pandangan – hampir 30 minit aku meninjau kawasan menikmati pemandangan. ‘Memahami’ lokasi bukit-bukit di sana
laluan turun yang agak curam
Di sebuah kuari pasir berhampiran Kampung Rambai. Aku bercadang untuk menyeberangi sungai ke Kampung Padang Hasan namun tidak kesampaian kerana ada sedikit masalah pada bot/feri tersebut.
No comments:
Post a Comment