Saturday, October 02, 2010

Majlis Hari Raya : Gerek Baru Tandang Bersama

Tarikh: Jumaat - 1 Oktober 2010 = 22 Syawal 1431

Lokasi : Darulaman Heights, Jitra

22 hari telah berlalu, suasana Hari Raya masih di rasai,  banyak sudah majlis dihadiri. Tetapi kali ini, ahli Gerek Baru, saudara Zaim memulakan langkah. Di rumah barunya Majlis Hari Raya diadakan maka ramailah jiran tetangga, keluarga dan handai yg hadir, tidaklah  terkecuali rider sekitar Jitra dijemputnya.

Saudara Zaim adalah seorang usahawan yg berjaya, baru pulang mengerjakan umrah dan khabarnya akan menunaikan haji dalam masa terdekat ini.  Alhamdulillah! keberkatan dan kesihatan yg dicari.

Antara Team Gerek Baru Yg hadir. Dari Kiri..Senu, Zaim, Ustaz Raja, Zan dan Cikgu Lotfi

Hadir jua sdr Zambri dan isteri, Alias dan keluarga dan yehoooo - romantiknya Jeff  Redflag dan isterinya.

No comments:

Post a Comment