Thursday, July 07, 2011
Kedah EcØ-Challange 2011 - 1102011
Sunday, July 03, 2011
Satu Rekod: 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia !
Tarikh: Sabtu, 02 Julai 2011 = 30 Rejab 1432
Masa: 7:45 Pagi
Pagi ini seramai 4,137,126 pelajar daripada 9,980 buah sekolah menengah dan sekolah rendah seluruh negara menyertai larian serentak. Satu rekod Malaysia Book of Records (MBR) bagi kategori larian pelajar sekolah serentak terbesar telah tercipta.
TUJUAN: memupuk budaya sukan di kalangan pelajar sekolah serta mempertingkatkan kesedaran masyarakat terhadap penyertaan murid dalam aktiviti sukan.
Sebagai waris, mengawasi dari jauh anak yang turut sama menyertai (SKTG)
Bersemangat
Gembira
Riang
Hampir penamat ; masih bersemangat
No. 6 …. Bolehla tuuuu ..semangat kena ada
Thursday, June 30, 2011
Gunung Jerai: Medan Turunan Dari Puncak Ke Kaki
Tarikh : 29/06/2011 = 27 Rejab 2011, Rabu- Hari cuti umum seluruh negara sempena Isra’ Mikraj.
Lokasi : Gunung Jerai
Rider : 18 Orang
Masa : 2 jam
Hari ini aku bukan mengayuh mendaki sebaliknya aku mendaki menaiki lori. Dari ketinggian 1,200 meter bermula dari The Regency Jerai, kami akan DH turun 8km ke Titi Hayun, Yan di kaki gunung Jerai.
8.00 pagi kami berhimpun dikedai makan simpang ke Pantai Murni, Yan, menanti kehadiran rakan-rakan. 8.30am berkumpul di kawasan rekreasi Hutan Lipur Titi Hayun sambil memuatkan basikal kami ke dalam lori untuk diangkut ke puncak Jerai. Jarak 17km ke kaki gunung dan 13km lagi mendaki menyebabkan mustahil untuk mengayuh mendaki. Apatah lagi basikal yang nak di bawa adalah basikal (DH, AMT dan Fullsus.)
Laluan menurun melalui Tangga Kenari Seribu Tahun(1342 anak tangga) yang dibina hasil inspirasi mantan MB Kedah TS Sanusi Junid dalam tahun 1996 lalu. Laluan yang sungguh mencabar. Kecerunan adakalanya sehingga 45°, akar-akar pokok melintangi laluan, batu-batu yang terbungkin dan pokok-pokok renek yang mengadang laluan.
Benar sekalilah kata-kata editor Redflag ‘ Guts 1st Skill Later’. Kalaulah tanpa keberanian dan kecekalan pastinya aku akan habiskan Quality Time ini dengan tuntun jer. Berkata jua guruku .. terjah sahaja rintangan didepan, lepastu biarkan basikal yang buat kerjanya. Memang permulaan agak gerun, tapi selepas dah terpaksa maka secara tak langsung skill diperolehi. Apa yang meletihkan(Aduhh), apabila terpaksa tuntun basikal turun di Tangga Kenari hampir 1km. Yang lain .. TERBAIKKKKKKK
Lagi gambar di FACEBOOK
Basikal di angkut ke atas ngan lori la
Tuan beskal naik van
Kapten Jamal yang mahir kendali urusan persiapan tempat dan Geng Kedah DH
Posing dulu – sambil dengar taklimat dari Nasrul
Man BAnk Rakyat dengan Proton
Amri dengan Giant Reign X – tarak masalah la camni
Cikgu dok bagi markah ni
CP1
Aduihhhh
Geng Kedah DH ,,laluan cam ni celah gigi jer
Yus dengan Mangoose
Sham Mangoose lalu celah akar tua
Tester dari MDHA – saudara Ikram
Zamir – menanti saingan
Ane – kayuh hardtail jer
CP2
Tuuuu .. lihat akaq dok berselerat tu..
Titi Hayun – sudah usang
12.30pm sampai Titi Hayun
Mandi dulu – segarkan badan
Tuesday, June 21, 2011
Mengulang Di Trek UUM: Kayuhan Pelbagai Lapisan
Kayuhan pelbagai lapisan usia - Junior hingga Senior

Tarikh: 18 June 2011, Rabu
Rider: 26 Orang
Hari ini bukan SHIMANO menjadi penaja, SRAM juga tidak teringin .. yang pasti penajanya adalah diri sendiri. Penganjurnya adalah Saudara Nasir, Penunjuk arah adalah Am dan sweepernya adalah Tandop. Kayuhan kali ini disertai oleh beberapa team dari Perlis, seperti Tunton, GB, V2 dan beberapa orang otai(Pak Non, Bro Them & Pak Bakar). Aku mewakili GB Jitra, membawa bersama 2 orang rider junor( Mat Carband dan Along Aiman)
Sementara menunggu beberapa rakan tiba, kami berpusing di dalam kampus UUM. Kayuhan agak lewat, jam 9.20am baru bermula. Agak lewat bergerak ni, banyak faktur akan mempengaruhi rentak kayuhan.
Laluannya adalah laluan UUM Challenge dahulu yang melalui kandang kambing, memasuki Bukit Risda, merentasi ladang getah, kelapa sawit dan hutan buluh dan seterusnya ke Sungai Kechik. Semasa kejohanan UMM Challange tempohari, beberapa orang rider mendapat kemalangan di sini. Hari inipun 2 orang terjatuh akibat mengelak dan melanggar lurah-lurah dalam akibat hakisan air.
LAGI Gambar di FACEBOOK KLIK
Laaa ..sahih baru mangkit tidoq .. dia sorang bawak RB
Gang Changloon .. Tandope, Am dan Azizul
Geng Hijau
Masuk UUM
9.20pg .. baru nak mula kayuh nih
Halangan pertama
Menanti rakan
Rintangan
Cabaran dan Kesabaran
Rilek sat
mencari Anak buluh betong: Nizam
Nasir bukan Tuntun
Laju DH …
Penunjuk jalan
Pernah ada sejarah di sini .. beberapa orang pernah jatuh disini ..harini pun sejarah berulang ..alhamdulillah ..tiada yang cedera
Puak2 PALAPES nak menchicken run
Bukit Terakhir