Monday, May 23, 2011

Trek RUN 10: Menghenjut Ekor Lembut

Tarikh: 21 Mei 2011, Sabtu

Lokasi: Belakang Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Ulu Pauh, Perlis

Rider: 20 Orang

Dimana Ada Rintangan Disitu Ada Cabaran

Hujan yang turun diawal pagi tidak menghalang kami untuk beraksi. Aku tidak peduli, aku punya 2 misi. Kalau tak jadi kayuh aku ke mesyuarat Alumni. Apabila lampu hijau diberi oleh Che Azli (GB Team) untuk teruskan kayuhan, bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal. Masa untuk ‘menciwi’. Peluang menguji dan merasai keenakkan dan keempukan T-Rek.

Setahun lebih aku tidak ke sini. Nampaknya pembangunan sudah mula menapak. Cuba untuk mengingati jalan-jalan yang pernah ditempuhi semasa RUN’10 dahulu. Masih penat mendaki bukit aircond yang perlu mendaki, mendaki, mendaki lagi dan terus mendaki. Penurunan dari sini sememangnya menarik. Ternyata ekor lembut banyak membantu. Prestasi tidak menghampakan. Dengan sistem ABP(Macam ABS kot.. he he) .. kesan membrek menjadi lebih sempurna, DH yang laju, lancar dan lebih stabil. Ia memberi keyakinan kepada penunggangnya. Pendakian dikawasan berbatu menjadi lebih stabil. Tiada lagi masalah ‘pedal bob’ atau   ‘monkey motion’. Penyerap hentakkan depan dan belakang bermain serentak, mendaki bukit tidaklah sesukar seperti diperkatakanan, yang penting adalah.. kudrat dan dibantu dengan teknologi.  Apa yang boleh aku katakan  …SEDARPPPPPPP . Hanya jauhari mengenal manikam.

Lagi gambar di FACEBOOK

Dari kiri Nasron, Amli, Ai, Chan, Pudin, Jie/fikri, Ustaz Raja, Art IKBN, Che Azali, Bakar, Cipot Fitri, Zahir, Nasir, Syed, Zaim, Am, che Wan, Nazri, Them dan Abang Ronn

8:10am memulakan kayuhan – Nasir, Am sibudak changloon dan bro Them

MARA terus mara – Che Azali GB team

Bro BAkaq dok tengok cara BAng Ronn terjun ngan BMC baru

Fuhhh sedarpppp .. lain kali naik tang DH, baru tau nikmatnya

Laluan kepada pembangunan

Chewah .. up

Berkaparan basikal

Bergambor di CP2

Bro Them ..semakin mantap prestasi

Jangan ‘pedo’ ustaz ..lepas brek

Friday, May 20, 2011

Hadiah Cabutan Bertuah

Untuk memeriahkan acara juga bagi memanaskan suasana, setiap penyertaan adalah layak untuk mendapat cabutan bertuah.

New Frame,  glove AXO, stokin funn, saddle WTB dan Ada lagi …….

_MG_0261

Mesyuarat pada 20 Mei 2011 menerima sebahagian hadiah untuk penganjuran dan cabutan bertuah. Terima kasih kepada penyumbang.

Ozie Cycle
Pink Bike
KSH
Element DH
Suntonic

Habibah Textile
Che Wan.com
Jamhusnor
Lai Ka Hong
E-Office
Khairul Azuan
Pudin TTG
Zaim The Banshee
Chemigrow Sdn. Bhd.

_MG_0258

glove AXO, stokin funn, saddle WTB

_MG_0262

Darulaman Downhill Challenge: Test Trek

Trek yang dibina oleh rakan-rakan Downhiller ini memang best. ia terbina hasil dari  pengalaman dan pengamatan mereka ini yang pernah menyertai pelbagai kejohanan Downhill samada di dalam atau diluar negara. Apa yang aku perhatikan, laluan dibina untuk ‘menyusahkan’ lagi rider. Namun itu adalah cabaran. Ciri-ciri keselamatan memang dititikberatkan. Setiap corner, jump dan laluan akan diuji, diuji dan terus diuji agar ianya selamat dan mampu dilakukan oleh geng penerjun ini.

Aku di arena XC,  terus terang aku beritahu bahawa aku bukanlah ‘berhati kering’. Sememangnya beberapa terjunan dan laluan tak akan aku berani ambilnya. Tetapi dengan adanya trek ini dan basikal yang sesuai satu hari nanti aku akan mencuba jua trek Darulaman Challenge ini.

Sebelum kejohanan bermula, maka sudah pastilah beberapa team akan datang untuk ‘menserasikan’  trek ini dengan mereka. Baru-baru ini team dari Penang(Giant Dreamwerkz, Team Power Love, team  Tokun Rockstar) dan dari Taiping datang untuk mencuba trek ini. Mereka  akan datang lagi pada hujung minggu nanti dan akan datang lagi pada hari kejohanan bermula. Kenapa? kerana mereka merasakan trek yang dibina ini adalah trek baru dan agak unik dari lain-lain Trek yang ada.

Team GIANT Dreamwerkz dan  Team Power Love

Team dari Penang sedang berbincang mengenai cara dan laluan yang harus dilakukan di kawasan ‘rock garden’ ini.

Itu dia hasilnya

Thursday, May 19, 2011

Hadiah

Kami tidak menyediakan hadiah yang lumayan, apa yang kami tawarkan setakat apa yang mampu kami berikan. Bukan bulan atau bintang yang kami janjikan, hanyalah sejumlah hadiah sebagai penghargaan.

image

Wednesday, May 18, 2011

Gunung Jerai: Berjemaah Mengayuh

Tarikh: 17 Mei 2011; 7:45am

Rider Jitra: Ustaz, Haji Zaim, Ai, Rizal RB, Zn GB, Art TTBC, Pudin TTG, Hanif, Rosmaniza, Sham Radix,  Zam KBS, Lan EON, Qayyum, Man BR, cikgu Fisol dan anak saudaranya.

Hari ini adalah cuti umum sempena hari wesak. Team GB Perlis menjemput kami untuk meramaikan kayuhan mendaki gunung jerai ini. Perancangan awal adalah untuk menghala kayuhan ke Khao Nam Khang tetapi terpaksa tangguhkan kayuhan ini dan menghala ke Gunung Jerai pula.

Ramai sekali peserta yang hadir hari ini(+- 80 orang) dari Perlis, Changloon, Jitra, Alor Setar, sekitar Sungai Petani, Bertam, Penang dan beberapa rider dari Pengkalan Hulu.

Kayuhan aku sehingga The Regency Jerai sahaja.

Lagi gambar di FACEBOOK

Team Jitra: L: Abg. Ai, Man BR, Art TTBC dan Zn GB

Hanif dan isterinya Rosmaniza

Platoon awai

Basikal Muda: anuar – yeah berjaya

Hingga disini sahaja

Haji Zaim – meluncur laju

Lupa ka zambri?