Wednesday, July 13, 2011

Pedal Clip: Kaki Melekap

Rabu: 13 Julai 2011

Rm175

Sudah lama teringin nak pakai pedal clip. Memandangkan basikal digunakan untuk off road jadi tangguhkan dahulu. Kini setelah aku memiliki 2 buah basikal, maka Gary Fisher aku yang digunakan untuk kayuhan road perlu juga ditukar Pedal clipnya

Hari ini pakai jua pedal clip Shimano XT

image

      

Model Number PD-M770
Series   DEORE XT
Pedal System SPD
SPD Cleat Surfaces  both surfaces
Pedal Body Material aluminum / painted
Average Weight    350g (pair)

 

SH087G

Dipadankan pula dengan kasut Shimano - SH-R087G tampak secocok kot?

Kelebihan

  • • UPPER: Tough stretch resistant synthetic leather and mesh
    • Micro-adjust buckle and dual asymmetrical straps
    • Snug, durable and breathable comfort
    • LAST: Wide Fit
    • SOLE: Fibreglass reinforced polyamide midsole plate
    • Durable rubber tread offers excellent traction and walking comfort

Basikal & Bonsai: Satu Pilihan!


Tarikh: 09 Julai 2011
Lokasi: Jitra, Kedah
Seramai 14 orang rider tampil di tempat takung (pinjam istilah dari PK rider) di Kedai Alias D’Pallas, Taman Suria. 2 orang wakil dari Perlis (TQ- Fitri DBos) juga hadir. Hari ini hampir kesemua tampil dengan ekor lembut. Mereka menuju ke CP3 yang amat sesuai dengan FullSus yang mereka bawa.
TETAPI aku tak dapat join kerana terlibat dengan Karnival Pendidikan, Parlimen Kubang Pasu. Persatuan kami ditawarkan 2 lot  untuk acara tersebut. Perlu berkorban kerana sudah lama aku tidak bersama persatuan ini, sejak aku aktif berbasikal, jarang aku ‘menjengah’ mereka. Dengan acara ini mungkin satu permulaan baru untuk kami bergerak aktif semula.
Karnival  ini menampilkan pameran pendidikan dari pelbagai institusi pengajian tinggi, gerai-gerai jualan, pameran dari Pusat Sains Negara dan yang menarik kehadiran dan ceramah dari Dr. Sheikh Muszaphar Shukor
Karnival berlansung dari 09 – 13 Julai 2011 bertempat di Dewan Jitra, Kedah
_MG_5461
Wakil Dato’ Ali Rustam dan Dato’ Joe, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.
IMG_2539
Bebuas laut @ Premna .. kini menjadi pilihan penggemar bonsai
IMG_2459
Jejawi = Ficus : sebelum sentuhan
IMG_2531
Premna – lasak dan mudah diperolehi sekitar pesisir pantai Kedah(dulu la)
IMG_2533 Premna – dikacuk dengan species taiwan – Sold: RM100.00 jer
IMG_2538
Kemuning @ Sedap malam = Murraya Paniculata
IMG_2544 IMG_2546 Cucur Atap @ coreng atap @ sapu2 = Beackea Frutescens – Pokok ini  diperolehi dari Besut, Terengganu
IMG_2548 Premna – ada ‘shari’
IMG_2549
Kesinai = Streblus Asper

Thursday, July 07, 2011

Kedah EcØ-Challange 2011 - 1102011

Pernah menonton Mark Burnett Eco-Challenge: The Expedition Race diakhir tahun 1990an atau Explorace (terbitan TV3) atau Amazing Race?
Sukan lasak  seumpama  tersebut akan direalisasikan dalam tempoh terdekat dan dinamakan  ' KEDAH ECO CHALLENGE 2011 '.  Tarikh cadangan 01 Oktober 2011. Tapak permulaan/penamat di  kawasan rekreasi Gunung Keriang
Semalam(06/07/2011)  satu pra mesyuarat ke arah perlaksaannya telah diadakan di Pejabat RNA Design. Format acara merangkumi 5 disiplin sukan iaitu    mendaki, berbasikal, berkayak, berlari dan memanjat. Penyertaan hanya dihadkan kepada 20 kumpulan yang terdiri dari 4 orang ahli yang harus menamatkan 5 disiplin acara tersebut dengan teratur.
Maklumat lanjut akan disusuli
Mungkin 4 - 5jam diperlukan untuk menamatkan kesemua acara

Sunday, July 03, 2011

Satu Rekod: 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia !

Tarikh: Sabtu, 02 Julai 2011 = 30 Rejab 1432

Masa: 7:45 Pagi

Pagi ini seramai 4,137,126 pelajar daripada 9,980 buah sekolah menengah dan sekolah rendah seluruh negara menyertai larian serentak. Satu rekod Malaysia Book of Records (MBR) bagi kategori larian pelajar sekolah serentak terbesar telah tercipta.

TUJUAN:  memupuk budaya sukan di kalangan pelajar sekolah serta mempertingkatkan kesedaran masyarakat terhadap penyertaan murid dalam aktiviti sukan.

Sebagai waris,  mengawasi dari jauh anak yang turut sama menyertai (SKTG)

_MG_5416

Bersemangat

_MG_5428

Gembira

_MG_5429

Riang

_MG_5435

Hampir penamat ; masih bersemangat

_MG_5436

No. 6 …. Bolehla tuuuu ..semangat kena ada

Thursday, June 30, 2011

Gunung Jerai: Medan Turunan Dari Puncak Ke Kaki

Tarikh : 29/06/2011 = 27 Rejab 2011, Rabu- Hari cuti umum seluruh negara sempena Isra’ Mikraj.

Lokasi : Gunung Jerai

Rider : 18 Orang

Masa : 2 jam

Hari ini aku bukan mengayuh mendaki sebaliknya aku mendaki menaiki lori. Dari ketinggian 1,200 meter bermula dari The Regency Jerai, kami akan DH turun 8km ke Titi Hayun, Yan di kaki gunung Jerai.

8.00 pagi kami berhimpun dikedai makan simpang ke Pantai Murni, Yan, menanti kehadiran rakan-rakan. 8.30am berkumpul di kawasan rekreasi Hutan Lipur Titi Hayun sambil memuatkan basikal kami ke dalam lori untuk diangkut ke puncak Jerai. Jarak 17km ke kaki gunung dan 13km lagi mendaki menyebabkan mustahil untuk mengayuh mendaki. Apatah lagi basikal yang nak di bawa adalah basikal (DH, AMT dan Fullsus.)

Laluan menurun melalui Tangga Kenari Seribu Tahun(1342 anak tangga) yang dibina hasil inspirasi mantan MB Kedah TS Sanusi Junid dalam tahun 1996 lalu. Laluan yang sungguh mencabar. Kecerunan adakalanya sehingga 45°, akar-akar pokok melintangi laluan, batu-batu yang terbungkin dan pokok-pokok renek yang mengadang laluan.

Benar sekalilah kata-kata editor Redflag ‘ Guts 1st Skill Later’. Kalaulah tanpa keberanian dan kecekalan pastinya aku akan habiskan Quality Time ini dengan tuntun jer. Berkata jua guruku .. terjah sahaja rintangan didepan, lepastu biarkan basikal yang buat kerjanya. Memang permulaan agak gerun, tapi selepas dah terpaksa maka secara tak langsung skill diperolehi. Apa yang meletihkan(Aduhh), apabila terpaksa tuntun basikal turun di Tangga Kenari hampir 1km. Yang lain .. TERBAIKKKKKKK

Lagi gambar di FACEBOOK

IMG_2188

Basikal di angkut ke atas ngan lori la

IMG_2189

Tuan beskal naik van

IMG_2205

Kapten Jamal yang mahir kendali urusan persiapan tempat dan Geng Kedah DH

IMG_2211

Posing dulu – sambil dengar taklimat dari Nasrul

IMG_2222

Man BAnk Rakyat dengan Proton

IMG_2227

Amri dengan Giant Reign X – tarak masalah la camni

IMG_2243

Cikgu dok bagi markah ni

IMG_2247

CP1

IMG_2255

Aduihhhh

IMG_2264

Geng Kedah DH ,,laluan cam ni celah gigi jer

IMG_2273

Yus dengan Mangoose

IMG_2277

Sham Mangoose lalu celah akar tua

IMG_2279

Tester dari MDHA – saudara Ikram

IMG_2280

Zamir – menanti saingan

IMG_2294

Ane – kayuh hardtail jer

IMG_2297

CP2

IMG_2306

Tuuuu .. lihat akaq dok berselerat tu..

IMG_2323

Titi Hayun – sudah usang

IMG_2326

12.30pm sampai Titi Hayun

IMG_2327

Mandi dulu – segarkan badan