Tuesday, June 21, 2011

Mengulang Di Trek UUM: Kayuhan Pelbagai Lapisan

Kayuhan pelbagai lapisan usia - Junior hingga Senior

Tarikh: 18 June 2011, Rabu

Rider: 26 Orang

Hari ini bukan  SHIMANO menjadi penaja, SRAM juga tidak teringin .. yang pasti penajanya adalah diri sendiri. Penganjurnya adalah Saudara Nasir, Penunjuk arah adalah Am dan sweepernya adalah Tandop. Kayuhan kali ini disertai oleh beberapa team dari Perlis, seperti Tunton, GB, V2 dan beberapa orang otai(Pak Non, Bro Them & Pak Bakar). Aku mewakili GB Jitra, membawa bersama 2 orang rider junor( Mat Carband dan Along Aiman)

Sementara menunggu beberapa rakan tiba, kami berpusing di dalam kampus UUM. Kayuhan agak lewat, jam 9.20am baru bermula. Agak lewat bergerak ni, banyak faktur akan mempengaruhi rentak kayuhan.

Laluannya adalah laluan UUM Challenge dahulu yang melalui kandang kambing, memasuki Bukit Risda, merentasi  ladang getah, kelapa sawit dan hutan buluh dan seterusnya ke Sungai Kechik. Semasa kejohanan UMM Challange tempohari, beberapa orang rider mendapat kemalangan di sini. Hari inipun 2 orang terjatuh akibat mengelak dan melanggar lurah-lurah dalam akibat hakisan air.

LAGI Gambar di FACEBOOK KLIK

IMG_1942

Laaa ..sahih baru mangkit tidoq .. dia sorang bawak RB

IMG_1945

Gang Changloon .. Tandope, Am dan Azizul

IMG_1946

Geng Hijau

IMG_1947

Masuk UUM

IMG_1953

9.20pg .. baru nak mula kayuh nih

IMG_1956

Halangan pertama

IMG_1970

Menanti rakan

IMG_1975

Rintangan

IMG_1977

Cabaran dan Kesabaran

IMG_1981

Rilek sat

IMG_1984

mencari Anak buluh betong: Nizam

IMG_1985

IMG_1990

Nasir bukan Tuntun

IMG_1995

Laju DH …

IMG_2002

Penunjuk jalan

IMG_2018

Pernah ada sejarah di sini .. beberapa orang pernah jatuh disini ..harini pun sejarah berulang ..alhamdulillah ..tiada yang cedera

IMG_2019

IMG_2020

Puak2 PALAPES nak menchicken run

IMG_2022

Bukit Terakhir

Sunday, June 19, 2011

Dunia Tomoi: Cabaran Tomoi Dunia Z1

 

Acara: Cabaran Tomoi Dunia Z1 – Piala Diraja Kedah

Tarikh: 17 – 18 Jun 2011

Lokasi: Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Alor Setar, Kedah DA

Kejohanan ini dianjurkan oleh  Persatuan Tomoi Negeri Kedah dan Boxx Event. Kejohanan ini turut disokong sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dan diiktiraf sepenuhnya oleh World Muay Thai Council (WMC). TM menjadi penaja utama kejohanan ini.

Tidak sempat menyaksikan kejohanan ini pada 17 June kerana masih berada di Thailand. Terima kasih kepada En. Shafie atas ‘pelawaan’ dan iringan ke Stadium. Anaknya antara yang bertarung malam ini, namun kecundang di tangan peserta Thailand. Kekalahan ini adalah permulaannya ….

Dengan diringi oleh Exco Pelancongan, YB M. Manikumar, YTM Tunku Bendahara Kedah mewakili KDYMM Sultan Kedah menyampaikan hadiah dan cenderamata.

Keputusan: -

Perlawanan ke 3 Super Pertama / Superfight 1
Ali Shafie [White Tiger, Kuala Ketil] vs Ran Mongkun Lokkorian [Thailand]

Ali Shafie tewas dengan KO pada pusingan 3

Perlawanan Ke 4 Super Kedua / Superfight 2
Nasir Saad [Langkawi/Malaysia] vs Zubayraev [Russia]

Nasir Menang KO pada pusingan ke 2

Perlawanan Akhir "Super 4" Z1, 59.5 kg & Piala DiRaja Kedah  
Shirou Matsumoto [Japan] Vs win in first round over Dake Angkan [White Warriors / Thailand]

Matsumoto menang pada pusingan pertama .. Dake Angkan cedera di kaki

2 perlawanan lagi aku tidak menyaksikannya iaitu

Perlawanan Super Ketiga / Superfight 3
Q Eikkasit [Boxx Warriors / Thailand] vs Sarry Lokkorian [Thailand]

Perlawanan Super Keempat / Superfight 4 
Abbas Ahmadi [Boxx Warriors / Iran]  vs Summingnum Keatmani [Thailand]

BERITA sampingan – (jangan sampai sebegini)

_MG_5000

Ouch!

_MG_5025

Kenny Walker [England] Vs Dake Angkan [White Warriors / Thailand]

_MG_5055

_MG_5077

_MG_5093

_MG_5117

Ali Shafie kecundang

_MG_5124

Juara muda dari Thailand - Ran Mongkun Lokkorian

_MG_5126

Zubayraev [Russia]  anak didik Domenik Zidov

_MG_5197

Shirou Matsumoto [Japan] Vs Dake Angkan [White Warriors / Thailand]

_MG_5231

Tali pinggang rebutan

IMG_2047

Matsumoto menerima Talipinggang dan Hadiah dari YTM Tunku Bendahara Kedah

_MG_5233_MG_5244

Thursday, June 16, 2011

Nostalgia Mandi Sungai

Hari ini aku ‘outstation’. Dalam perjalanan pulang sengaja melalui jalan-jalan bendang, mencari laluan kayuhan petang. Bila terpandang situasi ini, mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak. Sungai menjadi tempatku mandi saban petang.

Melihat air yang penuh dalam taliair, kehijauan sawah padi dengan bau fresh bendang .. waduhhhh !! Kalaulah aku berbasikal time ni, pasti aku pun turut terjun bersama. Biarlah apa orang nak kata .. janji hati puas. (lain kali kena bawak seluar spare nih)

Alhamdulillah .. dengan mandi sungai, aku mendapat kelebihan  berenang (menyelam, mengapai dan berbagai skill lagilah termasuk aksi flip di atas) … Bukan semua orang reti berenangRasulullah bersabda, "Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah" (riwayat sahih bukhari/muslim)

IMG_1901

IMG_1908

Wajah-wajah riang, gumbira, bebas…..

Tuesday, June 14, 2011

Rutin Mingguan: Kayuhan Ciwi BMW

Tarikh: Sabtu – 11 June 2011

Mula: 7.45pg - D’Pallas Bike Shop, Taman Suria, Jitra

Rider: 8 Orang

Tiada berita, tiada hebahan yang dilakukan. Hanya mengharapkan ‘kaki kayuh’  yang menjadikan Sabtu sebagai rutin mingguan.  7.30pagi hanya 8 orang tampil untuk melaksanakan rutin mingguan ini. Yang lain masih dalam mode bercuti dan ada yang masih ‘baloq’ untuk beraksi.

Nah ..apapun kayuhan kali ini ke Bukit Malau, trek permainan kami. Trek yang diteroka oleh saudara Nasrun aka Lontruth bersama team Redflag dan Adihariman bagi merealisasikan Kedah Jamboree 2009 dan menjadikan bukit ini Check Point 3. (oleh itu ia dikenali sebagai CP3). Walau pembangunan sudah menjengah dengan jalan-jalan mini tar dan batu ‘kasaran’ mula dibina, namun tidak ada rasa jemu menjamah trek ini.  Trek yang sesuai untuk pelbagai peringkat dari beginner ke Expert. Ada laluan mudah dan ada yang mencabar ada jua laluan berteknikal yang menguji kemampuan dan kemahiran rider.. laluan asal yang berpecah kepada beberapa ranting laluan kecil pula.

Hari ini kami bermula dari Kedai Alias D’Palas, melalui kawasan ‘reban ayam’ mendaki bukit Malau .. memasuki laluan berteres tanaman getah, menuruni laluan berbatu dan seterusnya berpusing mengelilingi bukit untuk DH hingga ke laluan Talian Voltan Tinggi berhampiran Kilang DXN yang menjadi tempat kaki motorcross beraksi ..lalu mendaki pula Bukit Botak berhampiran Kampung Gajah Teriak.. DH memasuki kawasan sawah padi berhampiran Paya Pahlawan dan memasuki Kampung Pahana dan merentasi Ladang Kelapa Sawit milik Genting lalu keluar ke Kamunting berhampiran Pejabat Daerah Kubang Pasu lalu balik ke permulaannya. Segala bentuk rupa bumi dilalui, berbagai jenis tanaman di rentasi.

image

2 orang lagi mula beralih ke Fullsus .. hari ini ada dia membawa/menciwi BMW Enduro Bike. Tidak hairanlah segala lubang diharungnya, segala bukit yang berbatu pasti diterjahinya. Rasa seperti tidak cukup km kayuhan kali walaupun meter menunjukkan 40 km lebih.

BMWnya seberat 14.5 kg dengan fork Manitou Minute Platinum Air 140mm travel dan 5 in travel hadapan. Dilengkapi dengan SRAM X9 components dan Hayes Brakes.

Menuruni bukit dari ladang getah – memasuki laluan yang berakar – kemahiran diuji di sini

Awat lak ni ..tayar pancit ka?

Habis bukit digondolkan

Kena lalu kawasan semak

Sayup …

Naik Bukit Botak –

Kampung Palas di sana ..membelakangi sawah padi

Lintas sungai – masuk ladang kelapa sawit(kg . Pahana)

Jejambat berhampiran Pejabat Daerah