Tuesday, April 13, 2010
BUKIT TELIPONG - Harapan Awal
Sunday, April 11, 2010
CP3 - Bak Mini Jamboree Di Malam Hari
Hari : Jumaat - 10 April 2010
Mula: 9.00pm
Rider: 24 orang
Sebermula 'Seruan' Nasrul kali ini ternyata berbaloi dan berjaya menghimpun 24 orang rider dari 2 negeri berjiran. Team Jitra(Redflag & Gerek Baru), Team dari Perlis (NXT & Gedung MTB,GB team??), wakil Team Changlun,wakil KBS dan saudara Naim(Selamat Datang ke Dunia MTB Kedah).
Beliau telah bekerja keras utk menjayakan misi ini. Beberapa tempat berbahaya di trek ini telah 'ditandakan'nya sebelum misi bermula. Tidak hairanlah walau hujan sekalipun kayuhan ini lancar tanpa berlaku kemalangan yg serius(jatuh tu biasa laaa - licin)
Kepala Team NXT - Saudara Nizam dihadapan Kedai Redflag
Saudara Achong Fikri - MTB telah menjadikan beliau kehilangan berat sebanyak 11 kilo. Pandanglaahhh lihatlah ... pinggangku yg ramping dan dah slim oooo
Seruan utk berkumpul .......
Kelip-kelip
Menanti kehadiran 2 lagi rider sebelum cabaran pendakian bermula.
Harap selepas ni tuan tanah masih membenarkan rider melalui kawasan ini
Saudara Naim .. mungkin ada sesuatu yg anda terlupa?
Ni ex NXT .. berubah arah!
Kapten Jamal... Rantai 2 x putus
Siri-siri kayuhan malam akan berterusan dan ianya bukan hanya kerana KAYUHAN TERANG MALAM semata-mata, tetapi sebagai "pemangkin"
Wednesday, April 07, 2010
CP3, KEDAH JAMBOREE - Menjejaki di Malam Hari
Hari: Selasa 06 Aprik 2010
Jam: 9.00 Malam
Tempat Mula: Kedai Redflag, Pekan Jitra
Rider: 6 Org
Hujan yang turun tidak menghalang hasrat para rider (Pudin, Nasrul@Lontruth, Kapten Jamal, Art & Art dan Art IKBN) untuk mengayuh. “HUJAN YANG MEMBAWA RAHMAT”, ianya membasuhi jalan, trek menjadi lebih menarik dan mencabar. Cabaran yang menguji kecekapan para rider terutama semasa DH pada tempat2 yang berbatu dan lurah-lurah ayer.
Kayuhan malam offroad sememangnya memerlukan bantuan pencahayaan. Pencahayaan yang sempurna akan membantu para rider mengawal basikal terutama semasa DH. Pandangan yang jelas dan jauh penting terutama pada para rider yang tidak biasa dengan trek.
Tidak hairanlah saudara Nasrul sering mengingatkan, “Gunakanlah sekurang-kurangnya lampu
![]() |
Lampu China - Berbaloi membelinya, kadar pencahayaan pada tahap yg boleh membantu. Harga dlm lingkungan RM35.00 - RM45.00 : klik disini
CATEYE - Alah membelinya, alah memakai... pencapaiannya agak kurang bagi offroad .. onroad OK
PERINGATAN: Komen yg diberikan hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja. Ianya mungkin tidak benar pada yang lain..........
LAYAN pengembaraan kami:-
Hari ini ada 3 ART ... sekali panggil 3 menyahut .. bagus utk kayuhan malam kalu camni
Lampu Nasrul yg paling terang -- pada yg lampu bermasalah, sila ikut belakangnya
Ni pun lampu china juga - 'Lampu motong'
Kapten Jamal - rider yg aktif kayuh malam
Hujan menyebabkan jalan jadi licin - tolak laaa ..
Melepasi Rintangan dan halangan
Awat tu ..... Ingat pesanan ni ..jentera yg baik akan mempengaruhi kayuhan anda ..mana GIANT?
Kayuhan Malam offroad tenyata berbeza dgn kayuhan di jalanan. Bantuan dari peralatan amat penting disamping kemahiran. Oleh itu semua para rider terutama di bahagian utara Kedah adalah dipelawa utk menyertai team Redflag mengayuh dimalam hari.
Dari mereka yang mahir dgn laluan dan peralatan.. dapatkan beberapa petua menarik??!!
Monday, April 05, 2010
KEDAH JAMBOREE - Menelusuri Jejaknya
Tanggal 03/04/2010 Harinya Sabtu.
Masa : 7.45am
Jarak: 45km
Rider: 6 Orang
Permulaan: Kedai Alias De Pallas, Kg. Gelam, Jln. Hospital Jitra, Kedah
Kayuhan menelusuri beberapa trial Kedah Jamboree. (miss beberapa laluan). Bermula dari Jalan Hospital(roundabout) menghala ke Malau dan membuat pusingan mengelilingi Bukit-Bukau yg membelakangi Jitra(gambar atas) - Rujuk plan perjalanan.
(di kebun getah - Kota Mengkuang), berjumpa seorang pakcik yg memaklumkan bahawa ada beberapa laluan melalui kebun getahnya ke bukit yg boleh dituruni sehingga ke taman Tunku Sarena, ke kawasan ladang kuda(Al-Iskandari Equine Park) di Charok Tok Latah dan mungkin bersambungan sehingga ke CP3 (Rujuk kayuhan CP3 ke Trek Balak). -KIV

Di hadapan Klinik Desa, Malau - Menanti kehadiran Cikgu Lotfi.
(L2R) Zn, Senu, Syam dan Along
Menghala ke Dusun Hajjah Norsiah
Zaim hari ni naik motor
Kuari - top soil
Bersebelahan dgn Taman Tunku Sarina

Anak Alias - Along(12 Thn) - beliau menggalas cabaran mengganti tugas ayahnya hari ini



Kawasan Paip LPG
Sesuatu yg melucukan - Zn dok perati sign board tu yg tertulis
TTM Trans Thai-MAlaysia(M) Sdn. Bhd. - Gas Pipeline Passageway


Exit - Lubuk Batu
Offroad - laluan Kedah JAmboree
Rehat seketika ..
Mendaki - di jalan minitar Kota Mengkuang
DH - laju niii
Inilah Bukit lengoh ..memang lengoh nak mendaki
Agak panjang lagi lanjut
Thursday, April 01, 2010
KAYUHAN KALA BULAN MENGAMBANG

TARIKH: 15 Rabiul Akhir 1431 @ 31/03/2010 - Rabu
Tempat : Jati, Perik, Kuala Nerang, Kedah
Mula : 9.15pm
Tamat :11.30pm
Rider: 9 Orang
Hujan yang turun sepanjang minggu ini membimbangkan aku bahawa program ini tidak akan berjaya, namun setelah mendapati saudara Lontruth bersemangat dan bahawasanya walau hujan sekalipun tidak akan menggoyah hasratnya utk mengayuh, maka program ini berjalan jua. 9 orang peserta tampil utk kayuhan malam iaitu Nasrul, Jeff, Kapten Jamal, Alias, Zaim, Senu, Cikgu Lotfi, Pudin, Art IKBN(Geng NXT yang kini bermastautin di Jitra - Selamat Datang) hujan yang lebat di Alor Setar dan Jitra tidak mematahkan semangat team Jitra ini
Di Perik , tidak hujan pun....

Bersedia utk bermula - Ready, Steady ..kiraan dibuat oleh Nasrul

CP1 - Panas disini - air sebotol tidak mencukupi

Jati .. ada beberapa tempat yang memerlukan kemahiran, DH yang berbatu dan sbg -
SELEPAS INI CP3 Pulak ..




























