Monday, March 15, 2010

RUN10 - Run smooth


PERLIS MOUNTAINBIKE JAMBOREE 2010
RIDE UP NORTH - RUN10
Venue : Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Ulu Pauh
Date : 14th March 2010
Time :07:30 am (Flag Off)
1412 peserta

Bukanlah nak bodek, bukanlah nak mengampu, kerana tiada untung diperolehiku, namun Perlis Jamboree 2010 ini, aku merumuskan adalah penganjuran yang terbaik. Ketepatan masa dan Flag Off oleh DYTM Raja Muda(sentuhan DiRaja ni..) Oleh itu, dengan mengambil kira beberapa aspek penting, secara peribadi aku menarafkan Jamboree ini - 8/10(kira OK la tu.).

Dengan jarak kayuhan 47km, beberapa bukit yang perlu didaki, kepanasan(antara tempat paling panas di Malaysia) yang terlindung oleh dedaun pokok dan bantuan hujan yang turun sehari sebelumnya telah membantu kesegaran kayuhanku dan hasilnya aku berjaya menamatkan kayuhan dalam masa 3 jam 19 min dengan memperolehi No. 357(Plet aku 356) – kira OK la tu, kerana berhenti merata tempat untuk tangkap gambar. Apapun ini bukanlah alasan sebenarnya, yang penting aku berjaya menamatkan kayuhan ini dengan sempurna.

Difahamkan, 15/03/2010 - Pihak penganjur telah mengadakan satu gotongroyong membersih segala sisa tinggalan riders(bekas ayer, sampah dll).



SYABAS PERLISMTB CLUB DAN PIHAK-PIHAK YANG TERLIBAT


7.20AM Dah bersedia.. 5.30am dah bertolak pi Ulu Pauh.
Malam tidurpun tak terlelap, mungkin teruja sangat nak kayuh kot?


Flag Off jam 7.30 pg oleh D.Y.T.M Raja Muda Perlis(SYED FAIZUDDIN PUTRA JAMALULLAIL) dan dikirinya YAB Dato' Seri Dr. Md. Isa Bin Sabu, Menteri Besar Perlis.


2km Pertama - kayuhan atas jalanraya


KM12 - CP2 - ART:Kacang jer kayuhan ni ... satgi???
Sebelum tu:Masuk sahaja offroad(km6) udah ramai rider mengalami masalah tayar.





Selepas km13 - kawasan Laka Temin.
Hujan sehari sebelumnya banyak membantu mengurangkan debu-debu merah, jika tidak ???


Saudara Senu .. Huah ! dia potong tang ni sampai tak jumpa dah di laluan ni.


KM 17 - FP1 - Air Mineral dan Pisang. Aku serbat 3 biji pisang - yerla, sempat makan roti jer tadi pagi.


Ada tasik disini, cantik pemandangannya.
Tangni jumpa Tandope bersama D90 nya



Saudara Pudin saling membelakangi Tandope. - Posing sat!


Ah..Rush Done ..Come on ..rush rush ...


Pendakian Genting Kandahar - Udah tolak ..
Ada rider yg jatuh +- 6 kaki ke bawah semasa mendaki tadi.


KM 23 - CP3


Mendaki Jejantas - Art masih tersenyum


KM25 - FP2 - SUNTONIC percuma


Siap beratur - utk menikmati bekalan air


Kayuhan di dalam kebun Getah - lindungan dari terik matahari




KM 30 - CP4


Blogger ODD .. dari kejauhan mudah dikenalpasti dari jersey itam dan seluar ala sojarnya,
OIT aku tang ni laaa.. tunggu aku laa... lepas bukit air cond dia kayuh lesap piii


Bukit Air Cond .. Agak lanjut dan landai. Lepas ni DH lak la..


Laluan dua batang kayu .. menyeberangi anak sungai.


Tudia Bukit Botak - benarlah gelaran yg diberi padanya ..selepas ni bila tumbuh jambul, jadi Bukit apa lak?


Saudara Alan .. dari KBS team



BAnyak yg menolak dek keletihan kerana pecutan awal tadi.



KM37 FP 3 - Ayer mineral dan pisang(siap dikupas - cuma tak disuap jer)


KM45 -CP5


Dah dekat nak sampai ..Pak Ndak(Bazli)
Sepanjang kayuhan, ramai juga rider yg bukan setakat kejang kaki, leher pun kejang juga.


Disinilah Bermula dan Berakhir
Dok alpa tangkap gambar..orang dah potong


10.49am ..aku berjaya sampai ke garis penamat ..
Ada kalungan pingat lak...


Inilah ..hasil dari kayuhan. Kira OKlah tu. janji tamat dan enjoy
Kalaulah kealpaan aku tadi tidak diambil kira..maka jadilah no ku sama spt no. plet


Hadiah yang menanti pada yg bertuah


Aik .. baru jumpa.. Saudara Alias dan SAudara Badrisyam.
Mereka menduduki carta 100 terbaik - Impian terhasil 
Lepas kayuh ..makan kenduri lak ..


Team Jitra .. di Khemah wheeler


Syabas ART .. tabik atas keazamanmu !!





Monday, March 08, 2010

Bukit Wang

Tarikh: Sabtu, 06/03/2010
Lokasi: Bukit Wang, Jitra Kedah
Masa: 7.30am
Mula: Kedai Alias D'Pallas, Kampung Gelam, Jitra
Rider: 5 orang
Jarak : 30km

Trek Bukit Wang ..bukanlah statik, yang digambarkan hanya satu laluan merentasi Ayer Terjun, tetapi ia sebenarnya mempunyai banyak cabang-cabangnya. Persekitaran yg meliputi kawasan hutan, kawasan rekreasi, getah, kelapa sawit , bendang, bukit, Ladang Jati, CP3, Bukit Malau, Bukit Lengoh, Perik menyediakan satu persekitaran yg secukupnya dan bersambungan. Dek kerana itulah , "trail in the making" Bukit Wang dihasilkan oleh Saudara Nasrul aka Lontruth.
Cerita yang sama di Blog Zan Gerek Baru

Layannnn


DH Kebun Getah dan nak mendaki jalan tar Bukit Wang


Steady Art BAta (UUM) hang OK ka?



Dari Jalan Tar ..masuk kebun getah


Masuk Ladang Kelapa Sawit


Masuk Jalan Tar semula, Awat Zn..?


Scorpion King.. itulah Bukit Wang, kaya dengan flora, fauna tetapi berhati2 di awal pagi dgn haiwan mamalia ungulata yang bermancung panjang dan berhidung leper, sang sondol ..


Ha.. dari jalan Tar ..nak masuk ke "trail in the making" ,,best
Gambar semuanya blur di dalam trek ni ..awat tak tau , mungkin tak mintak ijin kot? Tinggi MARTABAT hang Lon .. semua kamera kami gambar jadi kelabu di dalam trek hang..


Berbincang tentang ancaman yg baru mendatang tadi ..خنزير melintas
Berada dipondok, jalan belakang Bukit Wang


Saudara Alias, ex Pascal .. Wheelie lak ..Teruja la tu
Dipintu masuk ke rekreasi Bukit Wang


Masuk kebun getah balik




Haaa itu dia bukit botak(Kena gelar Bukit Dogol) ..dekat pondok Gajah Teriak.


Mendaki Bukit Dogol ..


Ini belum dipuncak lagi ..


DH ..best ni .. jalan pun tak berbatu sangat
Turun bukit ni .. kita akan keluar ke Kg. Hutan Palas, dekat Paya Pahlawan




Ladang Kelapa Sawit ..dari Kampung Pana


Jejantas Dewan Wawasan , Jitra.

Sunday, March 07, 2010

KAYUHAN PERWAJA

TARIKH : JUMAAT  -  5, MAC 2010 
MASA KAYUHAN : 8.00
MASA SAMPAI : 11.00AM
START : MEDAN SELERA PERWAJA
ROUTE : PERMAIPURA-SG PUNTAR-HARVARD
DIST : 35KM
TEMPOH: 2 JAM
RIDER : 21 orang(Perwaja Team, SP TEam, Jitra Team & KBS Team)


Apa pun .. kena menyorok dulu .


Siap Sedia utk berlepas ..



Disamping kayuhan sosial ni .. Penekanan kepada perkara ini diberi keutamaan


Saudara Halim dari PERWAJA TEAM .. antara orang kuat yg menganjur kayuhan ini


Tuan presiden PERWAjA TEAM - Saudara Zailani & Saiful


Cikgu Din(Kuat Betoi ni) Ai (Redflag) dan KBS Team 


Hentian Pertama di PERMAIPURA


Zailani:Hai ..mana lagi 4 orang ni ... takkan sesat kot?


Hentian Kedua - Sg. Puntar


Team Jitra : Saudara AI - Ayam Tambatan Redflag



TEAM KBS .. yg dikepalai oleh Saudara Alan .. Bravoo


Team Jitra - Art Titi Besi dari Gerek Baru


Team Jitra ; Nasrul and Zaim




Di Perkarangan Suasana Harvard ...


Di Bukit Harvard ..Yeah Pak Tam


Huyooo Indahnya .. nampak pekan Gurun ka? Bukit Harvard


TEam PERWAJA


Agenda terakhir: minum dulu ..sebelum beransur pulang ..

TQ ..TEAM PERWAJA ..LAIN KALI ANJURKAN LAGI ..DAN KAMI TEAM JITRA MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN SAUDARA-SAUDARA RIDER UTK MENJAMAH LALUAN KAMI DI JITRA PULA .. BUKIT WANG (Mai cuba Trial Nasrul) JATI PERIK DLL 
Hubungilah kami ...