Thursday, January 07, 2010

SETAHUN YG LALU

07 Januari 2010 – Hari ini genaplah setahun rumah lama yang aku diduduki dahulu dirobohkan.

Banyak nostalgia dan sejarah rumah ini dengan usianya melebihi seratus tahun. Tersergam bersama berderetan dengan 2 buah lagi rumah lama yang dibina di era pemerintahan Sultan Ahmad Tajudin II.(Semuanya bersaudara ni)

Rumah yang dirobohkan adalah milik Abdussalam @ Abdul Salam Bin Omar dan diturunkan kepada Haji Ali Bin Abdul Salam dan kini diwariskan kepada anaknya.

Begitu sayu dan sedihnya aku apabila ianya dirobohkan kerana banyak memoriku ada di situ. Namun jika dibiarkan ianya mungkin semakin usang. Kayu-kayu yang dirobohkan itu digunakan semula untuk membina 2 unit rumah berkembar berhampiran sungai yang dicadangkan untuk dijadikan homestay.

Satu deretan rumah batu berkembar 4 unit dibina ditapak rumah lama itu. Ianya adalah untuk sewaan. Jadi pada yang berminat, terutama yang bekerja di kawasan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Bandar Muadzam, Anak Bukit dipelawa untuk menyewanya. Jarak lebihkurang 1 km sahaja.

Rumah ini berkeluasan 38’ x 20’, mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air – Dijangka siap dalam bulan Februari

Pada yang berminat sila hubungi saya(019-4800 116) atau Puan Zakiah (019-4717 500).

TTG (2)
Suatu Ketika dahulu .. rumah yg membawa banyak memori

Canon 400D 044
IMG_5148
Berdekatan ada beberapa buah rumah lama (bersaudara semua ni)
Katanya ia dibina diera pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II (1803-1843). Dibina sebelum kedatangan British.

IMG_2812
IMG_2840
Proses meroboh yg dijalankan
IMG_2910
FILE48897
IMG_4723
Binaan dari kayu-kayu asal rumah lalu ..tujuan Homestay
IMG_6682
IMG_6684
IMG_6696
Rumah utk sewaan .. dihadapan homestay itu

Monday, January 04, 2010

2010 - Kayuhan Pembuka Tirai

02 Januari 2010 - Setelah pulang dari Taiping ..Aku tak kemana, pabila masej dari Tandope ajak terokai Bukit Lebai Husin ..pastinya peluang ini tak akan dilepaskan.
Sememangnya lama dah aku tak menjejaki Sintok ..sejak tahun 1995 aku hanya sesekali menjengahnya di awal tahun 2000.

Bukit Lebai Husin terletak di dalam Kawasan Hutan Sintok yg dahulunya kaya dengan bijih timah dan sarang komunis. Ianya pernah menjadi kubu kuat beberapa rejimen Tentera Pembebasan Malaya(MLA).

Kini ianya telah bertukar wajah ..dan Penerokaan ke Bukit Lebai Husin telah membuktikan bahawa kemakmuran telah menjelma .. kawasan itu kini mula diterokai dgn pembalakan.

Rider : 15 Orang (kalau salah bilang)
Jarak : 22 km
Mula : 8.30 am
Tamat :2.00pm

Layanlah penerokaan kami

Parking kereta disini
Ni semua rider Changlun..
Bantuan dari Pakar yang mahir selok belok hutan Sintok
Jalan masuk ..penuh berdebu ...
Jumpa sungai pertama
Abang Ron dia pantang jumpa sungai ..takkan diranduknya
Kan dah kata .. Sungai kedua
Haa. tengok tu .. Ni sungai ke3
Kedatangan kami .. disambut dgn dentuman mercun ..macam pengantin aih
Bergabung disini ..setelah menanti beberapa rider yg ketinggalan
apa yg lucunya tu..
dah mola naik dah ... time la masih bergaya ..satgi tahhuan la
Dan ada yg naik lori ..Sori Amir .. hang naik lori ..RUGIIII .. CUTIII
Rabat lagi ..
check .. Rantai OK..Crank OK.. Sadle OK .. kaki tak berapa OK
Bila dah masuk tidak boleh berpatah balik ..kerana jalan ditutup
Kesan dari pembalakan
Aku suka air terjun ni ...
Lihatlah alam ..
Marilah menuju kepuncak ... Tuuu semangat tuuu
Makan tengahari - bekalan air no problem ..pisang ada ..nasik lemak 3 bungkus kuota
heh..heh.. heh ..hampa tau 4 x4 pon takleh naik bukit ni ..
Sham tanya tinggi lagi ka .. nak ke puncak
Kira tang ni pon dah cukup tinggi!!
Gerombolan yang ada masalah .. kena balik awai sikit
Lalu bokbaik Art ..
Ahhh .. terkeleceh ..
TAkdak apa ..takdak apa .
Silap jalan ni ..patah balik
Sini POWERBAR takdak KURMA adala ..
Ikut orang yg berpengalaman
Hah..betoi..sah jalan ni betoi dah
Berlatarbelakangkan runtuhan lombong ..
Takdaaa... belakang tu gua komunis jahanam
Hasrat hati nak masuk ke dalam..tapi atas nasihat abang Ron(orang kuat WWF) di nasihat jangan masuk ..Aroma yg tak menyenangkan dan banyak lipas serta berair
Banyak-banyak gerek ..gerek mahai pi bocor