Sunday, November 08, 2009

KAYUHAN 07/11/2009

07/11/2009  aku bersama anakku ke kedai  Kedai Yeh D'Pallas, Jalan Hospital. untuk projek kayuhan hujung minggu ke trek Bukit Wang dan Ladang Jati. Kayuhan diketuai oleh Yeh D'Pallass, saudara Senu, Zaim, Cikgu Lotfi, Sham, AT bata, zn dan 2 orang rider cilik adik Amirul Aiman dan adik Audi. 

Jauh kayuhan lebihkurang 35 KM satu cabaran baru bagi aku kerana selama ni dok kayuh on road jer...


Monday, November 02, 2009

BONSAI: PAMERAN MINI MAHA 2009

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MINI MAHA), 2009 telah diadakan selama tiga hari di daerah Kubang Pasu iaitu bertempat di padang letak kereta Kompleks Changlun di sini bermula pada 23 Oktober lalu hingga 25 Oktober dan disambung sehari lagi hingga 26/10/2009.

Mini MAHA 2009 yang dirasmikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar itu menarik pelbagai penyertaan termasuk agensi kerajaan khususnya di bawah kementerian tersebut, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institusi pengajian tinggi (IPT) dan usahawan tempatan serta dari negeri lain.

Kami PERSATUAN SENI BONSAI KEDAH/PERLIS juga dijemput sebagai peserta.






Bagi yang berminat untk menyertai Persatuan Seni Bonsai Kedah/Perlis bolehlah hubungi        Setiausahanya, En. Mohd. Hafizon B Yaakub di alamat: - 
246, Taman Mutiara Naga, Kepala Batas

06000 Jitra, 

Kedah Darul Aman

No. Tel: - 014-254 6954
SAIFUDDIN BIN YAAKUB - No. Tel.  0194800 116


Monday, October 26, 2009

PAMERAN BONSAI 2009

MALAYSIA ART AND BONSAI Exhibition & Competition 2009 telah diadakan pada 16/10/2009 hingga 25/10/2009 di CMC Centre, Giant - Taman Counaught, Cheras. Bersempena dengan pameran juga dilancarkan cawangan Bonsai Club International(BCI) Malaysia.
Maba Buxifolia (Pokok Ribut)
Juniper
Premna Microphylla (Bebuas Pulau)
Wrightia religiosa(Jeliti,@Melati@Santalia)
Beackea Frutescens (cucur atap)

Selain dari pameran ada juga Demo bonsai oleh seniman antarabangsa dan tempatan iaitu
Cheng Cheng Kung dari Taiwan
Robert Steven dari Indonesia
Mohd Bahori Che Mokhtar
Haji Abdul Halim Bin Haji Salleh
Nor Yadi Noruddin

Demo dari mastar Cheng Cheng Kung
http://sidiao.myweb.hinet.net/index_e.htm
Rombongan PSBKPs bersama Master Cheng Cheng Kung
Demo pokok Bebuas

Kesempatan dengan kedatangan Master Robert Steven ke Malaysia, beliau telah dijemput ke satu Bengkel Amal anjuran bersama PERSATUAN SENI BONSAI KELANTAN (PSBK) dan Bonsai Stone Academy yang diadakan pada 18/10/2009 di Desa Petaling.

Friday, October 02, 2009

Mesyuarat Agung PSBKPs

Mesyuarat Agung kali pertama PERSATUAN SENI BONSAI KEDAH/PERLIS telahpun diadakan pada 25 Julai 2009 di Restoren D’Angsana, Batu 6, Titi Gajah, Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Pendaftaran Peserta

Dari kiri - Setiausaha, Bndahari, Wan Amirul & En. Ikram

Ahli dari Perlis

Pengerusi Penaja sedang berucap - kirinya pengerusi majlis

Jeliti(Wrightia) - Bengkel  selepas mesyuarat

Mesyuarat Penaja PERSATUAN diadakan pada 07 Februari 2009 di rumah saudara Yusri Bin Abd. Rahman, 29, Kg. Pulau Pisang, Tunjang, Jitra.

Mesyurat Penaja

Hasilnya Persatuan telah diluluskan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan pada 22 April 2009.  


Lahirnya Persatuan Seni Bonsai Kedah/Perlis ini diharapkan dapat memberi satu ruang kepada peminat-peminat bonsai untuk berada di bawah satu payung dan menyatupadukan di bawah satu persatuan yang berdaftar. Secara tidak langsung kalangan ahli dapat bertukar pandangan dan pendapat dalam usaha untuk memajukan dan mempertingkatkan seni bonsai di negeri Kedah dan Perlis.