Translator

Friday, February 28, 2014

Bukit Jambul : Kayuhan Singkat Di Pagi Terik

Tarikh :    Februari 2014
Mula   : 9.30 pagi  
Elev   :  ± 130 meter 
Lokasi :  Batu 8, Jalan Junun, Pendang, Kedah DA
Coordinate: N5 56.764 E100 28.314

Bukit Jambul terletak lebih kurang 8 km dari pekan Pendang, Kedah. Jika melalui Lebuhraya PLUS (dari Alor Setar ke Kuala Lumpur), ia jelas kelihatan pada km70. Bukit setinggi 160 meter sahaja dengan berbentuk bulat membujur. Terdapat beberapa buah buah bukit lagi yang berdekatan seperti Bukit Pinang (130 meter) Bukit Langkap yang kurang dari 90 meter.

Sudah lama aku bercadang untuk mendaki bukit ini. Apabila melihat ladang getah berhampiran mula diterangi untuk projek perumahan (Syarikat Perumahan Negara), maka aku perlu melakukan sesuatu sebelum lanskapnya bakal berubah.

Aku memulakan kayuhan berhampiran MRSM Pendang (N5 56.798 E100 28.698) pada jam 9.30 pagi. Mengikuti jalan kuari tanah yang sangat berdebu dan terus mendaki bukit ini melalui teres  sediada. Kelihatan dan kedengaran jentera berat sedang menolak dan memotong pokok getah. Paginya yang agak terik kerana matahari sudah agak tinggi membuat aku cepat dahaga dan agak keletihan sambil terkial-kial menolak dilaluan yang longgar dan berdebu,  sesekali aku menuruni untuk merasai nikmat DH disini dengan berwaspada sekali dan akhirnya aku berjaya sampai ke puncak. Berhenti seketika menikmati panorama. Sambil memerhati aku mengkaji laluan. Diatas aku terlihat ladang kelapa sawit lantas aku menuruni melalui ladang ini untuk melihat sehingga mana ladang ini bermula. Rupanya ia adalah ladang yang pernah aku masuki dan lalui suatu ketika dahulu (KLIK) bersama AdiHariman.

bukit jambul

Laluan hari ini yang berwarna biru dan laluan warna kuning adalah laluan yang ku jelajah tempohari

MRSM Pendang nun di bawah sana

Berwaspada menuruni di laluan berdebu lagi longgar

Ada ladang kelapa sawit disini

menuruni jalan ladang

cabaran melangkah parit sempadan

Tuesday, February 25, 2014

Bukit Resam: Melakar Jalinan Selanjar

Tarikh :22 Februari 2014
Mula   : 8.00 pagi  
Elev   :  ± 270 m
Jarak : 20 km
Coordinate: N6 13.981 E100 30.114

Sudah beberapa minggu aku menjelajah di gugusan bukit di kawasan ini. Sentiasa mencari sesuatu yang baru. Kalau minggu lalu aku bersendiri, minggu ini ditemani bersama saudara AdiHariman dan Rohizam. 

Seperti sebelumnya kereta diparkir di masjid Kampung Baru. Misiku: mewujudkan satu jalinan laluan yang bersambungan dari Padang Tembusu sehingga ke Panchor. Sebelum bermula, bersarapan di gerai berhampiran. Kesempatan menemuramah beberapa penduduk mengenai laluan dan nama bukit. Jam 8.00 Kami memulakan kayuhan mengikut laluan yang aku ikuti minggu lalu tetapi secara songsang. Kayuhan santai dengan laluan dalam kebun sehingga ke persimpangan yang telah aku ‘tandakan’. Dari sini kami menelusuri kebun getah dan memasuki kawasan hutan kecil. Menelusuri denai dalam hutan kecil ini dengan  mengikuti caruk (anak sungai) (sepertimana panduan dari penduduk setempat) sehingga berjumpa kawasan yang baru diterokai (ditolak sebagai teres untuk tanaman getah) kami meneruskan perjalanan  dengan menuruni bukit hingga ke kawasan kebun getah. Terpandang sebuah bukit yang seperti gondol tetapi ditumbuhi dengan rumput renek. Antara Pancor atau puncak, kami sepakat menuju ke puncak tersebut. Kayuhan merentas beberapa kebun getah sehingga terjumpa lorong hingga ke puncak. Laluan yang curam dengan batu-batu besar dan longgar memberi cabaran sebenar semasa mendaki. Dipuncak pula bersua dengan ‘Sang Penunggu’ (anjing). Pelbagai kaedah dan petua dicuba dan alhamdulillah berjaya ditenteramkan.

Dipuncak kami bertemu dengan salah seorang pengusaha kebun getah. Beliau memaklumkan bahawa bukit ini suatu ketika dahulu pernah menjadi tempat persembunyiaan komunis. Kesan-kesan kubu dan pendudukan kini sudah tiada kerana telah ditolak semasa projek pembangunan tanah ini. Kesempatan berada dipuncak digunakan sepenuhnya dengan meninjau dari kejauhan laluan dan panorama. Indah dan cantik sekali bumiku.

Kemudian kami turun di laluan yang berbatu dan terus memasuki laluan yang kelihatan usang. Laluan yang curam lagi berdebu. Tanahnya yang longgar memang membahayakan. Terpaksa menuntun basikal hingga ke kawasan perkampungan iaitu kampung Empa dan berjumpa dengan penduduk setempat yang sedang berkira-kira untuk terangi semula laluan ini.

Fuhhh berdebu jalan

Menuju ke denai di dalam hutan

AdiHariman - mengimbangi diri atas titi

keluar dari hutan renek

jom kita ke sana

dipuncak yang gondol

have a break have a chocolate! .. Kuari sungai nun di bawah

P2223327

Pemilik kebun ini, En. Sulaiman sedang menceritakan sesuatu sambil menunjuk lokasi

menuruni Bukit

curam dan berdebu

Si cilik seperti berminat

Tuesday, February 18, 2014

Sendiri di Laluan Sepi

Tarikh :15 Februari 2014
Mula   : 8.00 pagi  
Elev   :  ± 230 m
Jarak : 15.3km
Coordinate: N6 13.074 E100 29.136

Minggu yang sebelumnya aku bersama AdiHariman dan Cik Li meninjau secara sepintas lalu ke kawasan ini.  Sehari sebelumnya, aku meninjau dan bertanya khabar mengenai bukit dan laluan disamping mengkaji peta topo Garminku.

Hari ini aku sendirian meninjau laluan ini. Misiku bagi mewujudkan satu jaringan laluan baru. Bermula dengan bismillah aku memulakan langkah. Jam 8.00 pagi  dari masjid Jamik Raudhatus Solihin, Kampung Bukit aku bermula. Aku mengikuti denai kebun getah dan  bertekad meneruskan laluan sehingga keluar ke Kampung Padang Tembusu. Di antara dua bukit aku mencelah, mengikuti lereng  laluan yang ada turun dan ada naiknya. Sesekali aku menegur beberapa orang penoreh yang bersua di kawasan ini. Sebelum mengakhiri perjalanan, aku mendaki sebuah bukit yang tingginya hanya ± 250 meter sahaja. Hampir 30 minit aku terkial-kial mendaki dan ada kalanya melongsor turun apabila jejaknya yang longgar. Di pertengahan puncak aku berhenti merehatkan diri. Sesekali angin menderu yang mendinginkan tubuh. Dari atas aku menilai semula perjalananku dan merancang perjalanan seterusnya. Selepas berehat aku meneruskan perjalanan hingga ke puncak. Laluan disini semakin sukar, curam dan longgar. Aku menggagahi mengikuti denai ini sehingga berjumpa satu kawasan simpanan balak. Inginku meneruskan namun memikirkan risiko,  aku berpatah balik dan keluar ke kawasan perkampungan.  Insyaallah aku pasti kembali bagi melengkapkan jalinan laluan ini.

Bermula dengan kayuhan bendang … disebelah kiriku Bukit Resam

Menelusuri kebun getah yang sedang meluruh

Meninjau Bukit di sana

Meninjau kampung dan laluan

Bagaikan berada di puncak Bukit Kelubi .. suasana dan panorama yang hampir sama

terhenti aku disini, tanah yang berdebu dan berpasir lagi curam

Tuesday, February 11, 2014

Trek Ulu Pauh: Mengimbau Nostalgia Mengerat Ukhwah

Tarikh  :  08/02/2014 bersamaa 08 R’Akhir 1435   
Rider    :  18 orang
Lokasi  :  Ulu Pauh, Perlis Indera Kayangan, Malaysia. 
Jarak    : ±18 km 
Max Elev:  196 meter
Coordinate: N6° 25.906 E100° 21.458

Inisiatif saudara Zahir Zainol yang menjemput rakan kayuhan menyertai aktiviti yang dikenali ‘POLI PAUH ENDURO 888’. Mungkin persamaan tarikh Hijrah dan Masihi iaitu pada 8hb dan kebetulan jarak kayuhan sejauh ±18km yang dilalui oleh 18 orang rider dari kawasan utara. Satu kayuhan riadah bagi mengerat silaturahim dan mengembali nostalgia.

Bkt poli

Kami berhimpun dan bermula di kawasan R & R Putra Pauh dan mula menuju ke arah bukit di belakang Politeknik Syed Sirajuddin. Trek yang digemari oleh team NXT suatu ketika dahulu. Lama benar aku tidak menjengah ke sini. Kali terakhir aku mengayuh sepenuhnya ialah pada tahun 2011 lalu (KLIK). Kayuhan kali ini adalah laluan terbalik yang selalu aku kayuh di sini. Pendakian menuju puncak tertinggi di trek ini yang dikenali sebagai ‘Bukit Air- Cond’ (196 meter). Dari sini jelas kelihatan bukit-bukit telah diteroka, tanaman getah kini diganti semula, laluan menjadi cerah. Laluan ini boleh di perbaiki dan disambungkan via Bukit Telipong hingga ke kampung Batu 8 dan Kg. Belukar Changloon, Kedah.

P2082976

Kudrat diuji disini

P2083003

Santai menikmati laluan dan pemandangan

P2083015

Kayuhan dikemudi oleh sdr Yaman. Sedang memerhati Bukit Air Cond: dibelakang sana Bukit Telipong

P2083027

Bukit Rawa dihujung sana

IMG_4965

Gambar lama lokasi sama sekitar awal tahun 2010

P2083039

Ada yang turun dan ada yang naik

P2083056

Disana Utara ! dahulu kawasan ini dirimbuni dengan pokok getah

P2083098

DH ..makan debu di sini

P2083110

P2083112

Disana UniMap (Universiti Malaysia Perlis)

P2083135

Ladang milik Felda

P2083132

Tuesday, February 04, 2014

Bukit Menerung: Meredah Bukit Menyusur Sungai

Tarikh :02 Februari 2014
Mula   : 8:00 pagi 
Destinasi: 
Jarak : ± 16.1 km

Cuti pada hari kedua Tahun Baru Cina, kesempatan diambil untuk mengulang ke Bukit Menerung. Kali ini ditemani oleh sdr Adi Hariman dan sdr Azali.

Memulakan kayuhan dari masjid Jamik Raudhatus Solihin, Kampung Bukit pada jam 8.00 pagi. Kayuhan menelusuri laluan kampung yang tenang menuju kampung Menerung dan seterusnya mendaki Bukit Menerung  setinggi 50 meter sahaja. Dipuncaknya dapat melihat jelas 360° pemandangan sekelilingnya. Tiupan angin pagi yang dingin memang nyaman sekali. Bagaikan pemandu pelancong, aku menerangkan lokasi-lokasi beberapa tempat yang terlihat kepada sahabat kayuhan disamping memaklumkan sasaran kayuhanku seterusnya. Menuruni bukit tersebut lalu mendaki bukit bersebelahan dan terus meredah teres menuruni ke sebalik ‘sana’ menuju perkampungan dan ke kawasan sawah padi. Merentas kawasan bendang dengan padi yang menguning dan sebahagian sudah dituai. Sengaja melalui batas/permatang di sawah padi untuk mencari cabaran dan menjimatkan perjalanan. Selepas itu kami memasuki denai yang redup menelusuri sungai singgah dikuari menikmati pemandangan.

Kayuhan ini ini melalui pelbagai pola mukabumi dan pelbagai bentuk tanaman. Dari hutan, getah, kelapa sawit dan sawah padi. 

P2012774

Tenang …. Pagi yang lengang

P2012778

Mendaki

P2012781

menuruti teres

P2012795

Meninjau .. bendang & laluan

P2012806

P2012827

Arah sini … Merentas Bukit

P2012852

Jalan yang berdebu: Merentas Bendang – meninjau Bukit

P2012858

Hati-hati : Meniti titian usang !

P2012862

Cabaran keseimbangan - Batas yang beralun

P2012868

ke sana lebih dekat

P2012873

P2012874

Padi sudah dituai

P2012880

Denai tepian sungai

P2012890

Melangkah pagar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...