Translator

Saturday, November 30, 2013

Surau Kampung Balun: Khazanah Berharga Yang Dipulihara

Tarikh  :  27 November 2013  
Lokasi  :  Kampung Balun, 35820 Slim River, Perak
Coordinate : N3° 49.517 E101° 25.438

Minatku dalam senibina lama meruntun hatiku untuk melawati salah satu warisan yang telah dipulihara iaitu Surau Tinggi di Kampung Balun, Slim River, Perak.

Ia terletak berhampiran dengan Sekolah Agama Rakyat Irsyadunnas, 35820 Kampung Balun, Slim River, Perak. Untuk ke sana, dari Lebuhraya Utara Selatan ambil susur keluar (Exit 126) Slim River. Selepas keluar dari tol dipersimpangan jalan, belok ke kiri menghala ke Tanjung Malim dan ± 3km selepas melintasi sungai (±120m) belok ke kiri (Landmark: Gerbang Selamat Datang Ke Kampung Balun) dan Surau ini terletak ± 2km dari simpang ini.

Surau ini dibina atas usaha pengasas kampung berkenaan iaitu Mohd. Ibrahim Bujang sekitar tahun 1920an. Ia dibina secara gotong royong oleh penduduk kampong. Surau tiga tingkat yang mempunyai keunikan tersendiri kerana binaannya tidak menggunakan paku, mimbar terletak di tengah-tengah surau dan tingkat tertingginya dijadikan tempat tinjauan untuk memerhati ke seluruh kampung. Pernah suatu ketika dahulu dijadikan sebagai masjid.

Sekian lama ia ditinggalkan kerana uzur. Kerja-kerja baik pulih pada beberapa strukturnya bermula pada awal tahun 2013 dan kerja-kerja pembaikkan siap sepenuhnya pada Ramadan lalu. Semoga usaha pemuliharaan bangunan lama dapat diteruskan agar warisan dan sejarah dapat dikekalkan untuk tatapan generasi terkemudian.

Surau Tinggi

IMG_2743

Lokasinya berhampiran dengan madrasah ini

_MG_6921

Pandangan Hadapan

 _MG_6913

Tampak sisi

IMG_2751

Pandangan dalam – ruang imam

IMG_2761

pandangan dari tingkat 2

IMG_2765

Tangga untuk ke tingkat 2

IMG_2753-horz

Tingkat atas - menara

IMG_2757

Pandangan dari menara ke arah Madrasah Irsyadunnas

IMG_2770

Thursday, November 28, 2013

Kapal Korek Tanjung Tualang: Warisan Terakhir Yang Dipulihara

Alamat : Batu 5, Jalan Tanjung Tualang, 31000 Batu Gajah, Perak Darul Ridzuan, Malaysia
Coordinate: N4° 23.798 E101° 03.141

Perak terkenal dengan pengeluaran bijih timah. Ia memainkan peranan penting dalam ekonomi dan pembangunan negeri Perak dan Malaysia. Sebelum tahun 1820, perlombongan bijih timah diusahakan oleh orang Melayu secara tradisional dengan menggunakan kaedah mendulang dan melampan. Penggunaan kapal korek yang diperkenalkan oleh pihak British telah meningkatkan lagi pengeluaran bahan galian ini.

Tanjung Tualang amat dikenali sebagai kawasan perlombong bijih timah yang beroperasi dalam skala besar. Beberapa syarikat-syarikat antarabangsa dan multinasional pernah bertapak dan beroperasi di Tanjung Tualang ialah Lower Perak Tin Dredging, Southern Kinta Consolidated, Southern Malayan Tin Dredging, Austral Amalgamated Tin, Osborne & Chapple, dan Pernas Chartered Management. Paling utama yang menonjolkan Tanjung Tualang ialah dengan terdapatnya beberapa buah Kapal Korek Bijih Timah yang terbesar didunia. Sekitar tahun 70'an terdapat lima buah Kapal di Tanjung Tualang.

Dengan penurunan harga bijih timah sekitar tahun 80an menyebabkan kelembapan dalam industri ini dan banyak syarikat telah menutup lombongnya. Bahkah banyak kapal korek telah dijual.

Terdapat sebuah kapal korek dikenali sebagai TT5 (Tanjung Tualang 5) yang masih boleh dilihat dan dilawati. Tinggalan ini adalah dibawah kawalselia Jabatan Antikuiti dan Muzium Perak Darul Ridzuan. Kapal korek ini dibina pada 1938 oleh W.F. Payne & Sons untuk Pernas Chartered Management Sdn Bhd. Pernah dimiliki Southern Malayan Tin Dredging (M) Sdn Bhd. Ia telah diupgrade pada tahun 1963. Ia berhenti beroperasi pada 1992 ekoran kejatuhan industri pelombongan timah. Menurut Steven Ng, pengurus Osborne & Chappel Sdn Bhd (OCSB) kapal korek ini dibaikpulih pada tahun 2010 dengan kos hampir 2.5 juta Ringgit.

Sedikit Fakta tentang Kapal Korek TT5 ini :-

  • Keluasan Kapal Korek : Lebar 35 meter, Panjang 75 meter
  • Ketinggian : 5 Tingkat, Luas : 35m2
  • Berat : 4500 Tan
  • Tinggi Ponton: 3.8 eter
  • Tahun Operasi : 1938 hingga 1992
  • Kos pembinaan mencecah RM 30 Juta
  • Kos operasinya ±RM260,00.00 sebulan
  • Kuasa: 2274Hp
  • Kedalamanengorek sehingga 34 meter
  • terdapat 115 penyeduk (bucket)
  • Bilangan Pekerja seramai 90 orang dan hanya 30 orang yang boleh bekerja dalam satu shift.

Masa lawatan adalah dari jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang dan dibuka setiap hari
Tiket masuk: RM6.00 bagi Dewasa dan RM 3.00 bagi Kanak-Kanak
Pada yang berminat boleh hubungi En Steven Ng:-
Tel: 05-370 2253 ,H/Phone: 012-517 1260
E-mail: tt5dredge@yahoo.com

_MG_7055

Bagaikan Raksasa

_MG_7063

_MG_7068

Enjin : besi yang berkualiti

PB291285

PB291308

Teringat Kisah Mat Som karya Datuk Lat

PB291291

PB291304

_MG_7071

PB291305

ada 115 bucket

PB291313

sedang menemuramah Mr Steven Ng, pengurus Osborne & Chappel Sdn Bhd (OCSB) berkaitan TT5

PB291317

Dulang yang diperbuat dari kayu pokok Keledang

 

Tuesday, November 19, 2013

Bukit Kerong: Kecundang Ke Puncak

Tarikh :16 November 2013  (Sabtu)
Mula   : 8:00 pagi
Max Elev: 129 meter
Rider : 2 orang
Coordinate: N6 17.223 E100 30.993

Lebih dari setahun aku tidak menjelajahi kawasan ini. Satu kawasan yang pernah dicadangkan untuk diwartakan sebagai ‘Hutan Simpanan Bukit Kerong’. Terdapat beberapa buah bukit disini seperti Bukit Kerong (232M), Bukit Papan diutaranya setinggi 200 meter dan Bukit Mah Baharu diselatannya setinggi 189 meter.

Hari ini hanya aku bersama Along Aiman ke Bukit Kerong. Kami memulakan kayuhan dari Kampung Bayas lalu mengikuti bekas laluan balak. Permulaan kayuhan nampak mudah walau beberapa semak kecil dapat diredah. Bila sampai pada ketinggian 130m,  laluan sudah banyak yang runtuh lalu aku mengambil keputusan menerus perjalanan mengikuti  satu lagi laluan. Namun jalan ini hanya menuju ke lereng bukit bukan ke puncak. Untuk ke puncak terpaksa mendaki laluan yang lebih curam, tidak sesuai dengan berbasikal. Memandangkan jalan dihadapan semakin banyak yang rosak dan terhakis bahkan semak samun tumbuh merimbun yang menghalang pandangan(aku terlupa membawa parang) lalu aku memutuskan untuk berpatah balik kerana banyak masa dan tenaga diperlukan. Lagipun tengahari nanti aku akan menghadiri kenduri sahabat MTB di Perlis dan menziarahi bapaku yang demam di kampung.

Walaubagaimanapun satu hari nanti aku akan tawan juga Bukit Kerong ini. Sebelum pulang aku meninjau dahulu beberapa laluan masuk untuk ke Bukit berhampiran.

PB161143

PB161147

Permulaan Jalan berbatu & terhakis

PB161150

di kanan gaung akibat runtuhan tanah

PB161153

PB161161

cabaran bermula – runtuhan teres

PB161176

Di bekas tapak pengumpulan balak – pertengahan laluan

PB161164

Berpatah balik – mengimbang badan, mengawasi laluan

PB161175

tumbuhan sebegini bukan halangan

IMG_2514

Tengahari - Bersama Geng Basikal, hadiri kenduri Ahmad Fitri
SELAMAT PENGANTIN BARU - Semoga berbahagia dan diberkati

Wednesday, November 13, 2013

Wang Panjang: Memperingati Laluan Menduga Kemahiran

Tarikh :9 November 2013  (Sabtu)
Mula   : 8:20 pagi
Jarak  : ± 8.9 Km
Max Elev: 250 meter 
Rider   : 12 orang – Cipon, Pudin, Che Ros, Shuib, Tuan Safwan, Cikgu Edie, Ronn, Amir, Cikgu Anuar, Suhaizi, dan Yaman

Trek Wang Panjang adalah antara trek berteknikal yang menarik. Ianya terletak berhampiran dengan Kompleks Basikal Lasak Perlis, Jalan Bukit Ayer, Batu Pahat, Perlis

Lama benar aku tidak menjengah trek ini. Kali terakhir aku ke sini pada tahun 2011 lalu(KLIK). Trek ini tidaklah panjang, hanya sejauh 9km sahaja namun bagiku ia cukup ‘rasanya’. Permulaan dengan mendaki sudah menguji ketahanan fizikal dan mental. Keindahan laluan dalam dusun mengubat kepenatan. Aliran air bagai satu terapi, aku menghayati bunyi-bunyian alam sambil mataku liar memerhati potensi dan buah buahan. Sampai ke permatang beberapa dangau dilewati, dusun durian dan buah-buahan masih perlu dinanti. Downhillnya pula menarik, akar-akar pokok merintang laluan, cabaran gaung bersebelahan. Sambil menurun aku meliuk mengikut laluan berbatu. Ia benar-benar menguji kecekapan diri mengendalikan basikal. Kalau dahulu aku masih ragu-ragu, harini trek itu aku melatu.

Dibeberapa lokasi yang jarang dilalui, rumput panjang menghalang laluan. Cabaran paling terkesan adalah serangan pacat dan adakala ular berbisa. Namun jika sedikit usaha dengan menebas dan mencerahkan laluan pastinya trek ini akan sentiasa dikunjungi.

Wang Panjang

Wang Panjang2

PB091023

Geng Perlis - Cikgu Anuar, Yaman & Ciponn

PB091031-horz

Menghening cipta – tahannuf seketika – (brainwave)

PB091032

pacak weiii tang ni

PB091042

Jejaka kesampaian

PB091055

Dusun

PB091058

Ada penduduk sedang clear dusun/laluan

PB091142

Membelah akar melintang

PB091084

mencelah antara banir

PB091099

meredah semak

PB091115

mengawal keseimbangan – dikanan gaung

PB091116

‘tackle’ halangan yang terhalang pandangan

PB091126

merehat minda merawat jiwa – melepas lelah

PB091128

hadangan – kudrat diguna untuk mengangkat, melangkah balak yang tumbang

PB091139

senyummm kepuasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...