Translator

Friday, September 20, 2013

Gua Kajang: Menikmati Keindahan Warisan Alam

_MG_5972

Tarikh : 15 September 2013, Ahad 
Lokasi : Gua Puyu, Taman Negara Thale Ban, Thailand 
Coordinate : N6° 32.390 E100° 08.306

Setoi(Satun) sudah menjadi salah satu destinasi pilihan percutianku. Selain makanan, penduduk, keindahan alam juga menjadi salah satu tarikan. Faktur sejarah dan pertalian dengan penduduk membuat aku selesa berkunjung ke sana.

Aku sukakan riadah alam, mahu mendidik anak-anak menyayangi khazanah alam maka aku mengajak mereka ke kawasan hutan bakau yang bersempadanan dengan negeri Perlis di kawasan Puyu(Puju) di Taman Negara Thailand di Sungai Kajang(Kayang).

Puju (N6° 29.999 E100° 05.998) adalah perkampungan nelayan dimana ramai penduduknya adalah dari kalangan orang Melayu Perlis. Mereka bertutur bahasa melayu pelat Perlis dan ada sesetengahnya mempunyai 2 kerakyatan. Jaraknya hanya 20 minit sahaja dari Kuala Perlis. Pernah sahabatku mengajakku ke Kajang sebelum ini melalui Kula Perlis untuk memburu pohon bebuas dan kayu hitam untuk dijadikan bonsai.

Aku sekeluarga bermalam di hotel Rin Nam, Satun (N6° 36.602 E100° 04.510). Paginya selepas sarapan kami bertolak ke Tamalang yang jaraknya hanya ±11km sahaja. Menuju ke jeti penambang (N6° 32.223 E100° 03.884) ke Puju dan mendapatkan bot panjang dengan dikenakan kos THB1500 untuk ke Kajang/Gua Puyu. Sebelum itu kami membeli dahulu bekalan makanan untuk melapik perut semasa berada di sana kerana perjalanan ke sana memgambil masa ± 2 jam.

Sungai hutan bakau ini dipulihara dengan sebaiknya oleh pihak berkuasa Thailand. Ia adalah sebahagian dari Taman Negara Thale Ban. Kami memasuki beberapa gua tembus dan juga menyusuri satu gua yang gelap. Kelihatan stalaktit yang indah yang terbentuk dari titisan air ribuan tahun lalu dan stalagmit yang terdiri diatas batu-dan dinding gua. Pemandu bot menasihati kami untuk tidak ke gua Kajang kerana perlu mendaki dan agak bahaya, banyak ular berbisa disekitar gua.

Chalet terapung dan beberapa kemudahan yang dibina sebelum ini kelihatan sudah usang dan terbiar. Sayang kerana keunikkan dan kecantikkan tempat ini tidak dijaga(mungkin tak ramai pelancung yang bertandang).

Kajang

P9153385

Di Jeti Tam Malang – Pemeriksaan imigresen disini dan bot ke Kuala Perlis dan Koh Lipe

P9153387

Di Jeti Penambang Puju

P9153390

Menaiki bot menuju muara

P9153414

Memasuki sungai bakau Kajang

_MG_5976

menghampiri salah satu gua

_MG_6004

diatas chalet terapung

_MG_6006

hasrat hati hendak berkanu apakan daya pendayung tiada

 

 

P9153424

anak-anak dan anak saudaraku

P9153427

diatas seketul batu di belakangku disebalik bukit adalah Perlis

P9153496

Tiba semula ke Jeti

P9153498

di atas pelantar pendaratan ikan

Friday, September 13, 2013

Taman Rekreasi Air Panas (TRAP) Sungai Klah: Meraup Kesegaran Dari Sumber Alami

Tarikh  :  07 September 2013, Sabtu   
Lokasi  :  Felda Residence Hot Springs, Sungai Klah, Sungkai 36000, Perak , Malaysia.
Coordinate : N3° 59.805 E101° 23.441

Kempunan tidak dapat berendam di Air Panas Trong maka aku meneruskan perjalanan ke Sungkai untuk ke lokasi yang dikatakan sebagai rezab air panas terbesar di Malaysia iaitu di Felda Sungai Klah. Terletak di dalam kawasan kelapa sawit milik Felda dengan berlatarkan Banjaran Titiwangsa yang kini menawarkan satu kawasan rekereasi yang menarik dan dikenali sebagai Taman Rekreasi Air Panas (TRAP) Sungai Klah yang dimiliki oleh pihak Felda.

Dari utara aku mengambil Lebuhraya Utara Selatan dan menyusur keluar (exit  128) ke tol Sungkai Perak. Keluar dari tol, belok ke kiri dengan mengambil jalanraya Ipoh – KL. Pandu lebihkurang 1km akan jumpa papan tanda lalu belok ke kiri dan ikut jalanraya dengan berpandukan papan tanda sejauh  ± 7 km sehingga jumpa Penginapan milik Felda.

Dengan harga RM180.00 aku daftar masuk sekeluarga ke bilik Deluxe yang agak luas lagi selesa. Harga ini termasuk pakej bayaran masuk ke kolam air panas dan sarapan pagi untuk 2 orang. Tambahan bayaran masuk ke kolam air panas dan kolam rekreasi untuk  kanak-kanak sebanyak RM13.00 dan dewasa RM20.00 seorang. Waktu urusan dari jam 8.00 pagi hingga 7.00 malam sahaja. Disamping itu terdapat juga Villa eksklusif yang menawarkan penginapan mewah sekeluarga yang luas dengan dilengkapi kemudahan terkini dan ada  hot tub  jacuzzi.

Berikut adalah kadar Sewa bilik 2013 :-

Bilik/Villa

Weekday
Rate

Weekend
Rate

Public Holiday & School Holiday Rate

  Deluxe Room       (2 Person)

RM 180

RM 220

RM 250

  Villa 1 Bedroom    (2 Person)

RM 500

RM 600

RM 700

  Villa 2 Bedrooms  (4 Person)

RM 600

RM 800

RM 900

  Villa 3 Bedrooms  (6 Person)

RM 700

RM 1,000

RM 1,100

  Green House 6 Bedrooms (12 Person)

RM 1,500

RM 1,800

RM 2,000

Tiada brosur dan maklumat yang disediakan mengenai kawasan air panas ini namun aku sempat berbual dengan  Tuan Haji Said Bin Saad (64 tahun) atau lebih dikenali sebagai Pak Said Hotspring. Beliau banyak mengetahui dan mahir mengenai air panas di sini. Beliau kini berkhidmat secara kontrak dengan pihak TRAP dan asalnya seorang peneroka felda disini sejak tahun 1979. Beliau   terlibat secara langsung dari permulaan pembangunan kawasan rekreasi iaitu pada bulan Jun 2003 sehingga kini. Menurutnya kawasan ini mula dijumpai oleh penduduk asli yang menggunakan air panas ini bagi mengubati pelbagai penyakit tertentu. Kawasan seluas 16 ekar ini dibangunkan oleh pihak Felda secara berperingkat dengan kos permulaan ± 2 juta. Pembangunan juga melibatkan pengambilan tanah-tanah berdekatan milik peneroka (dibeli oleh Felda). Ia dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak pada 12 Mei 2005.

TRAP mempunyai beberapa kolam. Kemudahan asas yang sempurna disediakan dan terjaga dengan baik. Pelbagai pokok herba ditanam disamping mengekalkan tumbuhan asal di sini. Kolam utama seluas 1,083 ka2  menjadi tarikan utama pengunjung kerana dapat berendam dalam air yang tidak terlalu panas.   Alga-alga atau lumut hijau yang mempunyai khasiat tertentu pada kulit dapat dilihat dimana-mana kolam air panasnya. Air panas ini mempunyai kadar sulfur yang rendah jadi ia tidak berbau dan tidak melekit pada badan. Ada juga Private jacuzzi yang selesa dengan kadar bayaran tertentu. Taman terapi yang menawarkan beberapa kolam untuk merendam kaki dan badan dan kawasan untuk pengunjung merebus telur dan tak ketinggalan kolam air gunung (mountain springs pool). Kolam ini seluas  2,400 ka2 dengan kedalaman 1 – 4 kaki. Air semulajadi dari pergunungan disalurkan ke kolam ini dan sentiasa mengalir (tidak bertakung). Beberapa air pancut, gua buatan dan papan luncur  seperti taman tema disediakan.

Sesungguhnya amat menarik percutian kami kesini kerana dapat juga bersatai bersama disamping menikmati keselesaan mandian sejuk dan panas.

Untuk maklumat lanjut bolehlah hubungi:-

FELDA TRAVEL SDN. BHD. KUALA LUMPUR
Tel: 03-2698 3833; Fax: 603-2694 5104

FELDA RESIDENCE HOT SPRINGS, SUNGKAI 
Tel: 05-4388 801/803; Fax: 605-4388 805

http://www.feldatravel.com.my/

TRAP

Peta lokasi dari tol Sungkai ke Felda Residence Hot springs

IMG_1853

P9073081

Pak Said Hotspring – masih gagah

P9073090

di salah satu sumber matair panas - sedang menceritakan khasiat alga

P9073096

Kolam utama : Kawasan asal dimana matair panas bertemu dengan sungai

IMG_1865

P9073094

IMG_1878-horz

IMG_1881

Merebus telur

IMG_1879

P9073113

Pak Said sedang menerangkan sesuatu – Pohon Leban (Vitex Pubescens) sentiasa tumbuh berdekatan punca air panas

IMG_1888

_MG_5883

_MG_5874

P9073104

Jacuzzi air panas

IMG_1885

di mountain springs pool

P9073172

P9073191

P9073226

Thursday, September 12, 2013

Telaga Air Panas Trong: Menjejaki Air Panas Alami dari Perut Bumi

Tarikh  :  06 September 2013, Jumaat   
Lokasi  :  Telaga Air Panas Perubatan (TAPP), Kampung Batu 9, Jalan Trong, 34850 Changkat Jering, Perak 
Coordinate : N4° 45.158 E100° 43.276

Perjalananku ke Kuala Lumpur dimanfaatkan dengan beriadah bersama keluarga. Bukan lagi masa dikejar tetapi masa diambil untuk bersama. Bersama untuk menikmati dan menghayati alam, bersama menanamkan semangat mencintai alam. Kolam air panas menjadi salah satu tumpuanku sepanjang perjalanan ke Selatan dan Telaga Air Panas di Trong, Perak adalah salah satu sasaran singgahanku. Sebenarnya sudah lamaku memendam rasa untuk ke sini. Semasa Jamboree Bukit Gantang aku sudah ternampak lokasi ini namun masa yang terbatas (ada kenduri sepupuku di Kuala Kangsar) menyebabkan aku tidak sempat singgah.

Bermula dengan mencari lokasi, mendapatkan koordinate dan memperuntukkan waktu untuk ke situ. Jam 11.00 pagi aku mengambil susur keluar (exit  146) Changkat Jering. Keluar dari tol, belok ke kanan (menuju ke Trong- Setiawan-Lumut). Lebih kurang 3.5km akan jumpa Masjid Trong Batu 9 (sebelah kanan) dan ada papan tanda ke lokasi TAPP ini  yang terletak ± 150 meter sahaja dari jalan utama(Masjid).

Agak kecewa kerana tidak dapat menikmati kehangatan merendam kaki dan badan di sini kerana kolam baru dicuci dan masih ditutup dan akan dibuka pada petang harinya.

Walaubagaimanapun aku sempat bersembang dengan cucu pemilik dan pemiliknya iaitu En. Samsudin Ahmad. Menurutnya, sumber air panas dari dalam bumi ini dikatakan sudah wujud sejak 100 tahun lalu. Ianya diwarisi kepada En. Samsudin Ahmad dari ayahnya. Beliau adalah generasi keempat selepas  Ahmad Mydin (generasi ketiga) dan  Mydin Nana Ibrahim (generasi kedua). En. Samsudin telah memajukan kawasan ini secara komersil sejak Januari 2002 lalu dengan menyediakan pelbagai kemudahan untuk keselesaan pengunjung seperti parkir yang luas dan lain-lain lagi.

Terdapat 2 telaga utama yang mengeluarkan air panas dan disalurkan ke kolam-kolam buatan seperti kolam Puteh, kolam Jepun, 5 bilik mandi tertutup, 2 bilik VIP yang boleh memuat 2 orang.  Pengunjung hanya dikenakan bayaran RM3 sejam untuk menggunakan bilik mandi: kolam biasa (RM2); bilik mandi 'VIP' (RM10 sejam) dan kolam khas (RM30 sejam) yang boleh memuatkan kira-kira 10 pelanggan pada satu masa. Beliau menambah dengan berendam di dalam air panas ini, insyaallah dapat melancarkan aliran darah serta membantu merawat beberapa penyakit terutama penyakit kulit. Wallahu a’lam.

TAPP dibuka kepada orang ramai setiap hari mulai pukul 8 pagi hingga 12 malam termasuk pada hari cuti kelepasan (kecuali pada cuti hari raya). Untuk tempahan dan pertanyaan bolehlah menghubungi En. Samsudin dengan menelefon 05-8553 990.

IMG_1801

Papantanda ditepi jalan (bertentangan masjid batu 9, Trong)

IMG_1800

En. Samsudin Ahmad – pemilik TAPP

IMG_1770

dihadapan kolam – masih belum dibuka

IMG_1794

Pandangan kawasan air panas

IMG_1777

Kolam Puteh – boleh memuat 30 orang

IMG_1778

Kolam Jepun – sesuai untuk keluarga

P9063048-horz

Bilik berendam dan pandangan dalam bilik

IMG_1775-horz

Kolam utama yang mengeluarkan air panas

Tuesday, September 10, 2013

Kayuhan Antara 2 Bukit

Kayuhan berlatarkan Gunung Jerai

Tarikh  :  05 September2013
Jarak   :  ± 16 km 
Lokasi : Bukit Bubus, Junun, Kedah Darul Aman, Malaysia.
Coordinate : N5° 55.474 E100° 28.796

Setiap kali aku menuju ke arah selatan pasti aku akan memerhati laluan ‘kampung’ yang selari dengan Lebuhraya Utara Selatan sambil mencari-cari masa yang sesuai untuk mencubanya terutama pada km72 kerana di situ aku melihat ada beberapa buah bukit dan jalan yang menarik.

Hari ini aku bertekad untuk mencari sebuah bukit yang sudah ku kenalpasti dari kejauhan. Aku memulakan kayuhan dari lorong Bukit Bubus berhampiran kampung Sungai Durian. Menelusuri lorong-lorong kampung mencari bukit yang dari jauh kelihatan sudah ‘diterangkan’. Akhirnya aku dapati bukit tersebut adalah sebuah jirat cina lalu aku meneruskan kayuhan ke Bukit Langkap yang pernah aku daki bersama saudara Adihariman tempohari. Bukit ini kelihatan sedang ‘dicerahkan’ dilereng-lereng dan kakinya hingga ke puncak sebelah selatan. Memandangkan hujan yang turun semalaman, aku membatalkan pendakian ini kerana jalan yang mungkin ‘melekit’ dan licin. Aku meneruskan kayuhan menelusuri jalan  ‘ban’ sehingga ke stesyen keretapi Junun dan mencari-cari laluan untuk mendaki Bukit Junun yang dikhabarkan ada kawasan pendaratan helikopter tentera. Memandangkan masa yang agak terhad lalu aku menangguhkan pencarian ini. Sesungguhnya kayuhan ini memberi ilham kepadaku untuk merancang satu kayuhan peribadi menelusuri laluan-laluan kampung yang selari dengan Lebuhraya.

P9053037

Memulakan kayuhan dari sini

P9053023_fhdr

mendaki sebahagian bukit langkap

P9053025

Projek landasan keretapi berkembar, Diatas jejambat berlatarkan Gunung Jerai

P9053028

Berteduh seketika

P9053034

Laluan ‘belakang’ yang menarik dan cantik

Sunday, September 01, 2013

Kelab MTB MRSM: Bersama Menyemarakkan Semangat Kemerdekaan

Tarikh  :  29 Ogos 2013, Khamis     
Mula :  MRSM Kubang Pasu, Jitra, Kedah. 
Destinasi : Wisma Darulaman, Alor Setar, Kedah
Jarak : ± 50 km
Coordinate : N6° 18.011 E100° 24.913

Hari ini aku menyertai ‘Kayuhan Sambutan Merdeka’ anjuran kelab MTB Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kubang Pasu. Kayuhan bermula dari MRSM melalui Kampung Gelong – Pulau Pisang – Sungai Korok – Sungai Baru – Pantai Johor – WISMA DARULAMAN dan kembali ke MRSM melalui Anak Bukit – Kepala Batas – Jitra. Acara di ‘lepaskan’ oleh Pengetua MRSM, Puan Nik Zainun Nik Abu Bakar pada jam 7.50 pagi.

Mengambil ikhtibar dari kegigihan perjuangan terdahulu, semangat kecekalan diterapkan kepada para pelajar dalam aktiviti ini. Walaupun pertama kali, ditambah dengan semangat yang kental, para pelajar berjaya menempuhi cabaran ini dalam masa yang ditetapkan. Kemuncak acara ini adalah perjumpaan dengan YAB Dato’ Paduka Mukhris Bin Tun Dr Mahathir, Menteri Besar Kedah. Kata-kata semangat dari YAB Dato’ Paduka Mukhris kepada pelajar akan menjadikan satu azimat dan peransang untuk tekad berjuang di dalam bidang pelajaran dan aktiviti luaran.

Kelab MTB MRSM ditubuhkan hasil dari minat guru sejak tahun 2012 dan dijadikan sebagai kegiatan kokurikulum pada tahun 2013. Kelab ini dibimbing oleh 3 orang guru iaitu cikgu Muhamad Zaher Yaakub, cikgu Azaidi Abdullah dan cikgu Shaza. Kini ia dianggotai oleh 17 orang pelajar.

P8292737-horz

P8292738

Memulakan acara dengan doa

P8292758

Keselamatan pelajar dititikberatkan

P8292764

P8292795

P8292847

Kedahan

P8292848

Diperkarangan Wisma Darulaman

P8292868

Gembira berjaya ..

P8292891

Kedatangan YAB Dato’ Mukhriz pada jam 10.00 pagi

P8292894

walaupun sibuk dengan jadual yang padat YAB Dato’ sempat meluangkan masa bertemu dengan pelajar MRSM ini. Untuk maklumat Dato’ Mukhriz juga adalah bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Bharu.

P8292911

P8292923

Berminat ?

P8292929

semangat patriotisma

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan

31-8-13

Merdeka 55

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...