Translator

Tuesday, June 18, 2013

Kayuhan Muhibah Bandung: Ukhwah, Riadah & Jelajah

logo

Tarikh  :  18 – 24 Jun 2013     
Rider    : 11 Orang (Great Adventure Team Malaysia)
Jarak   :  ± 300 km 
Lokasi  :  Bandung – Tangkuban Perahu – Situ Ciburuy – Kawah Putih – Ciwidey – Garut

Dengan Kerjasama Triple C - Cimahi Cycling Community & KGC – Garut Mountain Bike

Sejak pertengahan tahun 2012, aku merancang untuk ke Bukit Tinggi, Indonesia tetapi setelah berbincang bersama Adi Harriman, kami membuat keputusan untuk ke daerah Bandung. Lalu kami merancang perjalanan dan laluan sebelum menjemput rakan-rakan Great Adventure untuk turut serta.

Perancangan Awal 

Day 1 – Penang – Bandung (Airasia)
Day 2 – Bandung (700m) – Takuban Perahu (2000m) – Situ Ciburuy, Cipatat 55km
Day 3 – Situ Ciburuy (600m) – Ciwidey (1100m) (Kawah Putih and Tea Plantation) 50km
Day 4 – Ciwidey (1100m) – Garut (800m) 86km
Day 5 – Garut (800m) – Bandung 70km
Day 6 – Bandung – Penang (evening flight)

Membuat Perancangan kewangan

Budget
Flight Tickets (Alor Setar – KL) RM52
Flight Tickets (KL – Bandung) RM230
Sport equipment (Alor Setar – KL) RM100
Sport equipment (KL – Bandung) RM120
Airport tax – RM25
Trans Studio Bandung – RM67
Other entry fee – RM20
Food – RM30 x 6 days – RM180
Accommodation – RM40 x 5 – RM200
Car rental RM150 per day for 5 day – RM750 – RM75 per person
Total cost per person – RM1069

GA Bandung

Tetapi apabila AirAsia membatalkan penerbangan dari Penang ke Bandung pada 2 Oktober 2012, kami terpaksa merombak semula jadual dan bajet perjalanan. Beberapa siri perbincangan dan pembahagian tugas dibuat. Menyertai  beberapa beberapa event sebagai antara siri latihan. Berusaha menyediakan Kertas Kerja dan  surat memohon tajaan. Alhamdulillah selain dari PowerBar dan Danish Event Management, beberapa syarikat sudi menaja kami.

Perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah memverifikasikan laluan. Kami menghubungi bebeberapa rakan  di Bandung untuk mendapatkan gambaran laluan, senarai hotel dan sebutharganya.  Alhamdulillah kami diketemu dengan Kang Coe Wae Lah. Beliau dan rakan-rakannya banyak membantu menasihati laluan yang sesuai, mencari penginapan dan merancang jadual yang bersesuaian.

Makanya pada 18 Jun 2013 kami akan bertolak Alor Setar pada jam 9.45 malam dan dari LCCT ke Bandung pada jam 6.20 pagi 19 Jun 2013 dan

20/06/2013 – Bandung - Tangkuban Perahu - Situ Ciburuy - Cimahi (74km)

21/06/2013 – Cimahi - Kawah Putih (60km)

22/06/2013 – Ciwidey – Gambung – Kamojang - Garut (108km)

23/06/2013 - Garut Situ - Bagendit- Bandung (72km)

Semoga lancar segala perancangan dan perjalanan kami. INSYAALLAH

Peta Bandung

P5222138

Beberapa siri perbincangan – perancangan

P6160332-horz

16 Jun 2013– Pack basikal ke dalam kotak

P6160339-horz

17 Jun 2013 – wraping

ciwidey

Indahnya di Kawah Puteh

TangkubanPerahu

FILE7899

Rombongan isteriku ke Tangkuban Perahu tempohari


CORETAN BERKAITAN : Sila KLIK Lain di Bawah

1. PENGENALAN
2. HARI PERTAMA & SUAI KENAL
3. KAYUHAN HARI PERTAMA KE TANGKUBAN PERAHU
4. KAYUHAN HARI KEDUA KE KAWAH PUTIH
5. KAYUHAN HARI KETIGA KE GARUT
6. LAWATAN KE KILANG TEH GAMBUNG
7. KAYUHAN HARI KEEMPAT KEMBALI KE BANDUNG

Friday, June 14, 2013

Hari Keluarga 2013: Rehlah Merapat Ukhwah

Tarikh  :  06/06/2013 – 08/06/2013
Lokasi  : Bukit Gambang Water Park, Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
Coordinate : N 03° 42.315 E103° 02.985

Tagline : A Journey To Remember

Setelah sepakat bersetuju untuk melaksanakan Hari Keluarga 2013 tahun ini dengan tema air, maka jam 10.00 malam hari Rabu, 05/06/2013, 3 buah bas disediakan untuk mengangkut kami ke Kuantan Pahang. Kebetulan dapat 3 hari cuti berkembar kerana pada hari Khamis, 06/06/2013 cuti kerana ‘Isra & Mikraj’ .

Kali ini penganjuran Hari Keluarga dikendalikan oleh D Melodies Entertainment & Management yang beralamat di:-

1-22 & 1-23
2nd Floor, Hawker Centre Section 2
Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur
Tel: 012-384 2664

Pendaftaran masuk ke resort pada jam 3.00 petang. Berehat dengan acara sendiri, sambil  mandi kolam di kawasan Resort. Esoknya awal pagi diadakan acara telematch yang diadakan dipadang berhampiran resort dan disertai oleh semua keluarga. Antara acara yang dipertandingkan ialah:-

Gorilla Walk - Acara Untuk Dewasa & Kanak-Kanak
Musical Chairs - Acara Untuk Wanita
Fill The Bottle - Acara Kanak-Kanak
Waiters' Race - Acara Kanak-Kanak
3 leg Race - Acara Keluarga(Suami/Isteri
Balancing Race - Acara Wanita
Coconut Bowling - Acara Keluarga

Semua acara ini dikendalikan oleh Petugas D’Melodies dan kakitangan Resort

Selepas tamat permainan pada jam 10.00 pagi, kami memasuki pula taman tema air yang dipenuhi dengan ramai orang. Bahkan ada beberapa agensi turut menganjurkan Hari Keluarga di dalam Taman Tema Air ini.

Aku sudah pernah kesini(KLIK) dan kini Bukit Gambang memiliki Safari Park yang bertemakan Night Jungle To Wild Savannah. Didalamnya terdapat Singa Putih(first & only) yang dipelihara. Mempunyai koleksi terbesar spesis primate di Asia Tenggara. Boleh berinteraksi secara dekat dengan binatang tertentu dan mempunyai koleksi terbesar Nocturnal animals.

Malamnya diadakan Grand Diner dan tetamu istimewa menghiburkan kami ialah Azli dari Kumpulan Senario dan anak didiknya dalam Rancangan Bintang Mencari Bintang iaitu Kumpulan Gegau & Tocai.

P6060117

Kolam renang berhadapan dengan bilik penginapan kami(kiri)

P6060122

Pendaftaran

P6070238

Petangnya selepas pendaftaran, apalagi mandii kolam

_MG_5208

Esoknya acara telematch bermula

_MG_5188

Badut turut menghiburkan kanak-kanak

P6070143

Acara bakal bermula

_MG_5330

Acara ‘Balancing Race’

_MG_5359

Acara kanak-kanak – Waiters' Race

P6070147-horz

Gorilla Walk – Dewasa

_MG_5314-horz

Fill the Bottle

_MG_5241-horz

ping

_MG_5391-horz

Gorilla Race- Kanak-Kanak

_MG_5421

three leg race

P6070154

Musical chairs

P6070161

Coconut Bowling

P6070184

Mandi kolam di Taman Tema

P6070214

Bermain bola air bersama Azlee Senario

P6070256

Persembahan Silap mata

_MG_5494

Azli dan Anak buahnya (Kumpulan Gegau - Mohd SaffuanSamsuddin & Faizal Ibrahim; Tocai - Mohamad Tarmizi)

_MG_5623

Wednesday, June 12, 2013

Gajah Di Kuala Gandah: Mengenali & Mempelajari

P6060106

Tarikh : 07 Jun 2013
Lokasi: Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang Darul Makmur, Malaysia 
Coordinate :  N3° 35.518 E102° 08.663          

Dalam perjalananku dari Kuala Lumpur ke Kuantan melalui Lebuhraya Pantai Timur,  singgah ke Kuala Gandah (± 2 jam perjalanan) untuk mengunjungi Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan(PKGK). Ianya terletak ±15 km daripada pekan Lanchang, daerah Temerloh, Pahang.(±49km dari Pekan Temerloh),

PKGK ini ditubuhkan pada tahun 1989 oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara(PERLIHITAN). Satu-satunya pusat di Malaysia yang berperanan melindungan serta menempatkan semula gajah-gajah liar yang habitatnya diganggu. Ia juga berperanan meminimumkan risiko kepupusan gajah. Bermula sebagai Unit Pengurusan Gajah yang wujud sejak tahun 1974 dan ia bermula dengan 4 ekor gajah yang diimpot dari Assam, India.  Gajah ini diberi nama Ganesh, Paul Bahadur, Lokimala dan Bahadur.

Bayaran masuk adalah percuma. Selepas diberikan sticker, kami dibawa melawat dan memerhati kehidupan anak gajah yang dilepaskan secara bebas dalam kawasan keliaran yang dipagar dan turut memberi makan. Kemudian dibawa menonton dokumentari proses menyelamatkan gajah liar dari kawasan konflik ke habitat baru oleh Jabatan Perhilitan. Sementara menunggu gajah balik untuk dimandi sempat bergambar dan merakamkan gelagat anak gajah. Pada jam 11.00 pagi kumpulan gajah baru balik dari hutan dan dimandi dan dibersihkan oleh mahout. Selepas selesai mandi, kami diberikan penerangan oleh kakitangan bertugas lalu diperkenalkan dengan gajah-gajah tersebut sambil mempamerkan kebolehan asas mereka..

Selain dari aktiviti di atas, para pengunjung juga boleh mendapatkan khidmat Pemandu Pelancong Alam Semulajadi untuk menjelajah trail interpretasi sambil memerhati gajah dalam hutan semulajadi serta lain-lain flora dan fauna yang menarik di hutan hujan tropika.

PKGK dibiayai oleh Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia. Dalam usaha untuk meningkatkan kemudahan sediada dan untuk tujuan pembangunan dan penyelidikan, sokongan dan sumbangan amatlah diperlukan. Segala pertanyaan boleh dibuat kepada

Ketua
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah

Jabatan PERHILITAN
Kuala Gandah, 28500 Lanchang
Pahang Darul Makmur, Malaysia
Tel: 09-279 0391/Faks: 09-279 0398

Link Berkaitan

  • Kuala Gandah National Elephant Conservation Centre
  • Laman Web Rasmi PERHILITAN

    P6060030-horz

    DSC_2542

    Dipintu masuk kami diberikan sticker ini untuk dilekat dan dipamerkan

    _MG_4982

    Ada gerai yang menjual makanan untuk diberikan kepada anak gajah

    Gajah

    _MG_5101

    Besar Badan,  Jaguh Makan, memelihara Hutan

    Gajah sejenis mamalia dan adalah binatang darat terbesar di bumi.  Umur gajah biasanya mencapai 70 – 80 Tahun.

    Di Alam semulajadi, gajah menghabis ¾ daripadanya harinya untuk makan. Gajah dewasa makan sebanyak 150 – 200 kg makanan. Ia perlu sentiasa makan kerana kerana tidak dapat menghadamkan makanan dengan sempurna. Gajah hanya mencerna dan menyerap 44% dari makanannya sebagai sumber nutrein, selebihnya dibuang sebagai najis. Najis yang dikeluarkan itu mengandungi 80 % lembapan, 10 % gentian yang tidak dicernakan dan baki 10 % mengandungi nitrogen dan ash yang sebahagian besarnya terdiri daripada kalsium. Disebabkan oleh kekurangan sistem penghadaman inilah, gajah terpaksa menghabiskan sekurang-kurangnya 18 jam sehari untuk makan bagi memenuhi diet yang diperlukan.

    Gajah adalah pemakan daun (herbivor). Oleh itu banyak binatang seperti rusa, pelanduk, seladang dan tapir menikmati lebihan makanan gajah yang ‘lazat’. Ia membantu tumbuhan bawah hutan menerima lebih banyak matahari apabila ia memakan daun-daun kayu. Ia juga membantu menyebarkan biji benih pokok dalam hutan.

    _MG_4922-horz

    Besar Tubuhnya Tidak dengar Bicaranya

    Biasanya kita mendengar gajah mendengus, menjerit-jerit dan berseru-seruan. Gajah mampu berkomunikasi sesama sendiri dari jarak jauh dengan menggunakan gelombang bunyi yang sangat rendah iaitu pada frekuensi 12 – 24 Hz

    Gajah juga mempunyai GPS tersendiri. Dengan hentakkan kaki ke tanah akan menghasilkan gegaran kecil (isyarat seismik) yang membolehkan gajah-gajah lain mengesan lokasi masing-masing.

    _MG_5040

    Mengancam , Terancam & Diancam

    Gajah liar tidak mempunyai pemangsa semulajadi. Tidak ada haiwan lain yang berani berhadapan dengan gajah.  Ancaman utama gajah adalah manusia. Oleh itu Gajah disenaraikan sebagai haiwan terancam dan dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716)

    Fakta: 33,000 Gajah Asia Di Dunia. 1,200 Gajah Asia di Semenanjung dan 1,000 Gajah Asia di Sabah

    _MG_5089-horz

    Belalai Gajah lebih dari sekadar Hidung

    Setiap Gajah mempunyai Belalai. Tetapi fungsinya lebih dari itu. Ia mengutip makanan dan mengangkat bebanan dengan belalainya. Bahkan sekecil kacang dan sehelai rambut boleh dikutipnya umpama tangan dan jari kita. Belali tidak bertulang dan mempunyai 40,000 otot yang sangat fleksibel.

    Belalai gajah boleh mencapai sehingga 2 meter panjang dan berat mencecah sehingga 140kg. Belalai ini boleh menyedut dan menyimpan air sehingga 8 liter. Seperti hos air, gajah menggunakan belalainya untuk menyembur dan mandi. Ianya juga digunakan untuk bernafas, membuat bising dan membelai anaknya.

    _MG_5054

    Memandikan Gajah.

    Dipusat Konsevasi ini gajah akan sentiasa ditemui dikawasan sungai atau berair. Tahukah kenapa? …  Gajah tidak boleh hidup lebih dari 24 jam tanpa air. Bentuk badan yang besar memnyebabkan ia memerlukan kuantiti air minum yang banyak iaitu 100 – 150 liter sehari (bersamaan 75 orang sehari)

    _MG_5058

    Gajah adalah perenang yang sangat baik. Ia berenang dengan keempat-empat kaki dan berupaya berenang dalam tempoh yang panjang. Badannya yang besar memberi kelebihan untuk terapong manakala belalainya menjadi snokel

    Gajah mempunyai kulit setebal 2.5cm. TETAPI bahagian dalam telinga gajah mempunyai kulit hanya setebal sehelai kertas sahaja. Ia seperti ‘radiator’ bagi membolehkan gajah mengawal suhu badan mereka. Darah akan dialirkan ke telinga untuk disejukkan dengan bantuan jaringan pembuluh darah yang luas pada telinga mereka. Telinga juga digunakan sebagai kipas untuk menyejukkan badan.

    _MG_5082

    Dierkenalkan lalu menunjukkan kebolehan

    _MG_5011-horz

    Tengkorak dan gigi gearaham gajah yang berusia ±35 tahun

    Gajah perlu dipulihara. Jika tidak generasi akan datang hanya dapat melihat dan mengenali menerusi rangka dan tulangnya sahaja. Gajah mempunyai 4 batang gigi geraham yang berat satunya mencecah sehingga 4kg.

    P6060025-horz

    P6060087

    P6060094

    Kawasan Persekitaran cantik yang terletak di pinggiran Rizab Hidupan Liar Krau yang merupakan rizab hidupan liar terbesar di Malaysia

  • Thursday, June 06, 2013

    Gunung Jerai: The Wild, Wild, Wet

    Tarikh  :  2 Jun 2013, Ahad      
    Rider    : 21 Orang
    Jarak   :  ± 7.5 km 
    Lokasi  :  Gunung Jerai, Kedah Darulaman, Malaysia.
    Coordinate : N5° 47.868 E100° 26.230(Mula)

    Seawal pagi hujan turun dengan lebat sekali. Sepanjang perjalanan aku ke Yan masih tidak menunjukkan tanda-tanda hujan akan berhenti.  Sampai di pekan Yan hujan sudah mulai ’sereyat’. Beberapa rakan sudah sedia menanti di gerai makan. Sambil bersarapan dan menanti beberapa rakan  dari Perlis, kami membuat keputusan untuk meneruskan jua acara  pada hari ini walau hujan tidak berhenti. Setelah basikal diangkut dengan lori ke Puncak Gunung Jerai, jam 11.30 pagi, acara bermula dalam suasana berkabus dan dingin. Di pertengahan jalan hujan kembali turun. Antara tawar dan masin, kami dibasahi dengan hujan dan keringat. Terpaksa mengharungi laluan yang semakin sukar dan mencabar. Air yang mengalir deras di laluan bagaikan alur, akar kayu dan batu-batu menjadi semakin licin. Secara jujurnya aku tidak  mahu mengambil risiko, beberapa kali aku tergelincir bahkan aku menggunakan pokok dan tebing bagi memperlahankan kelajuan kerana brek aku semakin tidak berfungsi. Yang paling mendukacita fork aku juga tidak berfungsi . Ia menjadi mampat mungkin kerana kebocoran angin. Kami selamat tiba ke kaki Junung Jerai (Titi Hayun - N5° 47.639 E100° 24.099) pada jam 1.40 ptg.

    Apapun seronok juga berkayuh dalam suasana sebegini. Satu pengalaman baru dan lebih tuntun dari tunggang kali ini.

    Enduro G Jerai-vert

    Lokasi Trek DH Gunung Jerai – 7.5km

    Downhiller

    Memohon berkat & Selamat – Doa dipimpin oleh Ustaz Raja

    Permulaan cabaran

    Tangga Kenari

    Tersilap laluan akibat teruja – mampoihhh!! kena tanggung patah balik

    Tayar pancat – sempat merehatkan diri

    Hadoi – paling menyeksakan di seksyen ini. Licin dan curam

    Tumbuhan berusia ratusan tahun

    Tak mau ambil risiko – Licin dan aliran air

    Berteduh di pondok

    Sambung semula – seksyen paling menarik

    Sampai dan selamat ke Jalanraya

    Sebelum & Selepas: Tidak dapat merasai nikmat henjutan

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...