Translator

Friday, May 31, 2013

Garmin: Panduan Convert IMG file ke MapSource

INGATAN: Panduan ini untuk memperingati diriku tentang tatacara memasang(install) img fail ke  MapSource.

Perisian : MapSource or BaseCamp      
Map     : Thailand StreetMap 2013.10 NT (English Version)

1. Download file TH-gmapsupp.rar

2. extract the downloaded file to a folder on your hard disk

3. Run the GMapTool.exe


4. Hit "ADD FILES" and add the "gmapsupp.img" file (step 2)

5. Click on "SPLIT" at the top

6. Select the directory where you want to save it

7. Make sure that "CREATE" is set to "files for mapsource"

8. Make sure there is a tick in "compile map preview"

9. Mapset name is "Thailand or whatever"

10. Tick "set mapset FID"

11. FID is 2896 and PID is 1 ……. or (FID:2006)

12. Click on "split all".

13. Wait until it is done, should take a couple of minutes.

14. Close GmapTool.exe

15. Open the directory from step 6.

16. Locate install.bat and run it.

17. Tadaaaa …… That should be all you need to do to install maps into mapsource.

Indonesia GPS map – NavNet V240 NT : 21 April 2013

Wednesday, May 29, 2013

Khuan Don: Melatih Diri, Menikmati Mee

Tarikh  :  26 Mei 2013, Ahad      
Rider    : 4 Orang
Jarak   :  ± 72 km 
Mula    :  Kampung Aman, Kaki Bukit, Perlis, Malaysia.
Coordinate : N6° 39.694 E100° 12.361 (Mula)

Khuan Don adalah sebuah daerah di dalam Provinsi Satun, Thailand. Pekan Khuan Don terletak ±25km dari sempadan Malaysia/Thailand. Pintu sempadan Wang Kelian menjadi sibuk pada hari Sabtu/Ahad kerana ramai pengunjung bertandang ke Pekan Wang Kelian/Wang Prachan untuk mengunjungi pasar sehari dan bebas keluar/masuk (tanpa pass sempadan/passport).

Kebelakangan ini aku sering berada sekitar kawasan ini, sudah ditakdirkan rentetannya di sini. Walaupun hari ini ada program kayuhan  di Gunung Jerai (DH) namun atas sebab untuk melatih diri dan sebagai persediaan diriku ke arah Kayuhan Muhibbah Bandung pada 18 – 25 Jun 2013 aku memilih ke sini juga.

Aku memarkir kereta di perkarangan ‘Kedai Pokok Ceri’, Kampung Aman. Nampaknya sudah ramai rider yang telah berkayuh ke Wang Kelian berdasarkan kereta yang turut diparkir di sini. Jam 8.30 pagi aku dan Abang Ronn memulakan kayuhan. Permulaan kayuhan yang sememangnya memerlukan kekuatan fizikal dan mental kerana perlu mendaki Bukit Wang Kelian setinggi 313 meter.

Sampai di pekan Wang Kelian, kelihatan ramai pengunjung di sana. Dari sempadan kami bergabung dengan Bro Them dan Bro Erin untuk mengayuh lagi 24km untuk menikmati mee/bihun sup di pekan Khuan Don atau nama asalnya ialah  ‘Dusun’ (bahasa Melayu). Kedai ini (N6° 47.111 E100° 04.730) menyediakan bihun/mee yang halal dan pasti membuka selera pelanggannya. Pada waktu tenggahari akan sesak dengan pelanggan. Dibuka dari jam 10.00pagi – 7.00 petang.  

Dipertengahan jalan berjumpa dengan papan tanda kubur lama yang bertulis rumi. Kubur misteri DATUK WAN AHMAD LAKSAMANA GARANG RAYA LELANANA PADUKA TUAN.  Tidak sempat untuk bertanya khabar kerana kesuntukkan masa. INSYAALLAH aku akan kembali untuk merungkai gerangan siapakah Datuk ini dan lokasi sebenar kubur...!!

Fuhhh …. permulaan yang memenatkan

Bergabung dengan Bro Them dan Erin merentas sempadan

Daerah Khuan Don majoriti penduduk islam. Banyak masjid disepanjang jalan

Pusara Bangsawan Melayu. Siapakah dia ???

Masih lengang lagi.  Kedai ini dibuka dari jam 10.00 am – 7.00 pm(Waktu Malaysia).

Tauge percuma disediakan

Kenyang perut suka hati. Jalan pulang – panas terik membakar kulit.

Di Sempadan(Wang Kelian) – Sempat berbual dengan Saudara Sabri Bin Md. Noor  adalah orang pertama yang meneroka/membuka kedai barangan di Wang Kelian (sekitar hujung tahun 70an atau awal 80an). Kedai ini  di bina oleh pihak Kemajuan Negeri. Jalan ke Khuan Don masih berbatu & bertanah merah.

Wow - Rumahnya: Hasil dari usaha perniagaan yang dijalankan sejak muda

Balik dengan menelusuri laluan yang pernah digunakan oleh orang-orang kampung suatu ketika dahulu (Denai Warisan) tapi AWAS – laluan simen yang berlumut lagi licin

Sunday, May 26, 2013

Karnival Kahwin-Kahwin & Pesta Makanan Tradisional Negeri Kedah 2013

Tarikh :  24 & 25 Mei 2013       
Masa  :  10.00 am – 10 pm
Lokasi : Perkampungan Tradisional Gunung Keriang, Alor Setar, Kedah 
Coordinate : N6° 11.440 E100° 19.637

Karnival Tahun ke 2 anjuran Seri Panglima Sdn. Bhd. (SPSB) dengan kerjasama Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Kerajaan Negeri Kedah dan Lembaga Muzium Negeri Kedah Darul Aman. Kali ini membawa konsep yang bertemakan perkahwinan dalam taman. Acara di meriahkan dengan pertandingan masak kawah, demonstrasi masakan dari Chef Kamal, pertandingan mewarna bersama Upin dan Ipin, pertandingan andaman pengantin, pertandingan fotografi serta kugiran, persembahan lesung berirama, persembahan wayang kulit Seri Asun,  ice carving dan lain-lain lagi. Juga dimenfaatkan dengan pesta Makanan Traditional. Acara kemuncak adalah majlis resepsi pasangan pengantin yang akan berkahwin dan disandingkan.

Kebetulan aku ke pasar bersama keluarga, jadi tidak melepaskan peluang mengunjungi Karnival ini yang secara tidak langsung menonjolkan budaya, masakan masyarakat kampung dan kuih-kuih tradistional kepada orang ramai. Hanya sepagi aku disana dan tidak dapat mengikuti keseluruhan karnival ini yang berlangsung selama dua hari dan mendapat liputan dari TV9 untuk rancangan ‘Nasi Lemak Kopi O’ dan mungkin TLC disamping berpeluang berjumpa dengan beberapa personaliti TV dan chef tersohor.

Karnival dirasmikan oleh YTM Tunku Panglima Besar Kedah, Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Tuanku Abdul Halim

Pameran & Jualan Kuih Tradisional

Pertandingan Masak Kawah dari 4 buah kampung iaitu Kampung Gelong Ayer, Kg. Gunung Hilir, Kg. Sematang Gunung & Kampung Pulau Kerengga

Bang Mat, sahabatku(asal orang kampungku) yang turut menyertai Pertandingan

Hasil masakan diarak ke hadapan juri

Juri merasai untuk menentu juara

Liputan langsung dari TV9 dan penyiar media lainnya

Sempat bergambar dengan Farah AF yang menjadi pengacara Rancangan ‘Nasi Lemak Kopi O’ di TV9

Juri Pertandingan Masak Kawah - Datuk Dr Fazley, juara MasterChef Selebriti Malaysia

Personaliti TLC/Singaporean Model - Denise Keller aka Siti Denis

Pertandingan melukis

Digerai jualan .. Maskot RHB

Booth TDC – berpelamin sekeluarga

Aku cukup minat senibina rumah tradisional melayu

Friday, May 17, 2013

Perlis International Green Ride 2: Ada Sentuhan Diraja

P5122083

Tarikh  :  12 Mei 2013, Ahad      
Rider    : 350 Orang
Jarak   :  ± 66 km 
Mula    :  Kompleks Basikal Lasak Perlis, Jalan Bukit Ayer, Batu Pahat, Perlis, Malaysia.
Coordinate : N6° 32.197 E100° 10.129

Acara ini bersempena dengan sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail ke-70. Seramai 350 peserta termasuk 30 dari Thailand menyertai acara ini. Perasmian dan perlepasan dilakukan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Kayuhan bermula pada jam 9.00 pagi dengan melalui kawasan Ladang jati – memasuki ladang getah – merentasi sawah padi,  memasuki ke Gua Kelam, menelusuri Denai Warisan dan berpatah balik mendaki Bukit Wang Kelian, memasuki kawasan empangan Timah Tasuh lalu tamat di Kompleks Basikal Lasak Perlis.

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail  turut berbasikal dari Pejabat Empangan Timah Tasuh ke Gua Kelam sejauh hampir 14km. Kayuhannya turut diiringi  oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Azizan Hamid, Ketua Polis Perlis, SAC Zull Aznam Haron, ketua-ketua jabatan dan lain-lain tetamu berjumlah hampir 100 orang. Sebelum itu,  baginda berbesar hati menyerahkan sumbangan agihan bantuan sara hidup daripada Majlis Agama Islam Perlis kepada anak sdr Jamzuraimi (salah seorang penunggang MTB) yang terlibat dalam kemalangan tempohari.

Walau kelmarin agak keletihan namun menggagahi diri menyertai kayuhan ini . Aku adalah peserta paling akhir memulakan kayuhan, namun aku sudah biasa dengan laluan ini dan bertindak sebagai sweeper bersama bro Them dan Arin. Sememangnya menarik kayuhan menelusuri laluan ini namun ianya amat meletihkan terutama pada 15km terakhir. Kukuatkan semangat menghabiskan kayuhan ini ditengah rembang dan selamat tiba pada jam 12.45 tgh.

Aku amat bersetuju dengan titah Raja Muda Perlis untuk menarik ramai peggemar basikal menelusuri laluan ini kerana ia  terletak dalam kawasan ekopelancongan. Tambah baginda betapa perlunya trek laluan basikal diperbanyakkan. Bagi aku berbasikal merupakan salah satu kaedah pengangkutan yang dapat membantu mengurangkan masalah pencemaran dan melindungi alam sekitar. Dengan pengwujudan trek laluan dan pusat basikal ini dunia basikal dapat ditingkatkan lagi sebagai satu bentuk sukan rekreasi.

P5122018

P5122031-horz

Sumbangan kepada waris saudara Jamzuraimi Bin Jamaludin

 

P5122041

Tuanku berbesar hati ‘melepaskan’ peserta

P5122062

Tabung Derma Kutipan dilancar

P5122066

P5122068

Geng TRM

P5122072

P5122078

Pelbagai bentuk rupabumi

P5122080

Pelbagai lapisan

P5122086

‘Feeding Point’ berdekatan pintu masuk Gua Kelam

P5122090

Peluang untuk mengayuh dalam Gua Kelam

P5122100

Peluang untuk menikmati panorama di Empangan Timah Tasoh

P5122106

Cikgu Fikri

P5122108

P5122109

Berteduh di hutan buluh

Tuesday, May 14, 2013

MTB Gerek Challenge 2013: Penganjuran Kecil Untuk Impak Yang Besar

Tarikh  :  11 Mei 2013
Jarak   :  XCO 2.3 km (1 Pusingan)
           :  DH   850 meter 
Lokasi : Darulaman Bike Park, Bukit Nara, Bandar Darulaman, Jitra, Kedah, Malaysia
 

Coordinate : N6° 14.527 E100° 26.978

Akhirnya setelah mengerah keringat, menarah bukit membuat laluan dan denai, bukit ini mendapat perhatian pihak Majlis Sukan Negeri(MSN) Kedah & Persatuan Lumba Basikal Negeri Kedah. Setelah beberapa kali bermesyuarat, maka satu kejohanan ‘pemanas badan’ berjaya dianjurkan. Kejohanan yang mengabungkan acara XCO dan Downhill yang dikenali sebagai Kejohanan ‘MTB Gerek Challenge 2013’. Ia berjaya dilaksanakan hasil dari kerjasama beberapa team sekitar Jitra dan Alor Setar seperti GK2, KeDh, JcyC, Redflag, Gerek Baru, Cleats, Airod dan individu.
Dengan masa yang agak suntuk kami berjaya menyediakan trek yang bersesuaian dengan sedikit sentuhan pada trek XC. Walaupun jumlah penyertaan yang kecil tetapi impak kepada trek ini amat besar. Insyaallah beberapa kejohanan yang bersesuaian akan dilaksanakan disini. Disamping ia akan menjadi tempat latihan kepada atlit berbasikal MSN.
Lagi Gambar di FACEBOOKku
Bukit Nara2
Bulan Feb 2013 -  Atas minat trek dibaiki untuk kegunaan sendiri
Mesyuarat perlaksanaan MTB Gerek Challenge pada 23 April 2013
Mashall pada hari kejohanan
 
Disertai oleh beberapa team Pro sekitar kawasan utara
seperti diduga Maizatul menjadi juara
WOW! Acara downhill juga disertai oleh team ASSBT yang menggunakan Hardtail
BOTAk @ Mohd. Izzani berjaya mencatat masa terpantas dalam semua kategori (1 Min 44 saat)
Bertuah sungguh! .. Semua peserta berjaya mendapat hadiah
KEPERIHATINAN : Dari rider untuk rider. SYABAS
Tabung derma yang diusahakan oleh rider Perlis untuk membantu meringankan bebanan  keluarga saudara Jamzuraimi Jamaludin yang masih terlantar di hospital akibat  kemalangan(dilanggar oleh motosikal semasa sedang berjalan)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...