Translator

Sunday, March 31, 2013

Songkhla & Satun: Santai Ke Air Terjun

Tarikh  :  26 Mac 2013          
Laluan  : Sakom Beach – Hadyai – Satun – Thale Ban
Jarak   :  ± 265km 
Lokasi : Sakom Beach, Tanjung Pauh & Yaroi Waterfall, Thailand.
Coordinate :

… Dari Ban Khlong aku meneruskan perjalanan melewati pekan Na thawi dan terus ke pekan Chana(keduanya adalah pekan kecil dalam wilayah Songkhla). Sebenarnya aku pakai redah jer perjalanan kali ini tanpa perancangan, tanpa ‘research’ lokasi menarik sekitar kawasan ini. Aku singgah ke pusat jualan penduduk setempat yang menjual barangan hasil lautan (segar dan kering) di pantai Sakom sebelum menuju ke pantai Soi Sawan (N6° 53.506 E100° 55.881).  Merehatkan minda sambil menikmati keindahan pantainya yang panjang dengan pasirnya yang halus. Merasai tiupan angin timur laut yang segar dari Teluk Siam.

Ingin aku meneruskan perjalanan sehingga ke Patani(hanya beberapa km sahaja lagi), namun atas nasihat rakan (dan kami pula masuk pakai ‘border pass’ sahaja) maka aku menetapkan haluanku ke Satun bagi menikmati makanan laut di Tanjung Pao Seafood (N6° 35 26.3 E99° 56 55.3). Selepas makan, terlelap dibuai angin yang nyaman ditepi pantai laut Andaman.

Bermalam di Palm Resort (N6° 37 29.7 E100° 04 28.1) dengan kadar THB350 sahaja dengan bilik yang agak luas dan selesa dan kemudahan Wifi.

Keesokkan harinya ke Yaroi waterfall(N6° 45 30.1 E100° 09 16.7). Air terjun sembilan tingkat yang terletak dalam kawasan hutan simpanan Thale Ban.

Walaupun perjalananku kali ini tanpa dirancang, sedikit sebanyak aku sudah mendapat gambaran laluan sebagai persediaan untuk membuat kayuhan ala ‘touring’ ke kawasan ini dan seterusnya ke wilayah Patani.

Pusat Jualan Hasil Tempatan,Sakom Beach, Thailand

Sakom Beach

Soi Sawan Beach, Thailand

Menikmati rasa dan panorama di Tanjung Pauh

Palm Resort. Kadar sewaan bermula dari THB350

Yaroi Waterfall. Kami adalah pengunjung paling awal

Thaleban National Park, Thailand

Salah satu air terjun dalam kawasan Thaleban National Park

Patani

Dalam Perancangan ! … Kayuhan ke wilayah petani sambil bersantai di Tanjung yg unik ini (dalam bulatan)

Friday, March 29, 2013

Songkhla & Satun: Aroma Belerang di Ban Khlong Hot Spring

Tarikh  :  25 Mac 2013          
Laluan  : Sintok – Padang Sanai – Durian Burung – Na Thawi – Chena – Hadyai - Satun  
Jarak   :  ± 460km 
Lokasi : Ban Khlong Hot Spring, Nathawi  
Coordinate : N6° 31.612 E100° 41.508

Sempena cuti sekolah, perancanganku adalah untuk membawa keluargu bersantai ke beberapa lokasi air terjun sekitar  Setoi namun dipertengahan  jalan aku berubah fikiran lalu menukar haluan dengan mengambil laluan Sintuk - Padang Sanai untuk memasuki Thailand melalui pintu masuk sempadan Kota Putra, Durian Burung.

Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Kota Putra di Durian Burung  (N6° 28.357 E100° 42.486) mula beroperasi sepenuhnya pada 20 Januari 2010. Merupakan pintu masuk sempadan kedua di Negeri Kedah selepas Bukit Kayu Hitam. Manakala ICQS Ban Prakob (Thailand) yang masih dalam pembinaan (± 95%).

Aku tidak pernah memasuki melalui pintu sempadan ini, jadi agak ekok sedikit di sini. Seusai urusan imigresen aku melalui jalan utama mereka yang masih belum siap sepenuhnya, ± 3 km aku terpaksa melalui jalan yang berbatu lagi berdebu. Di pertengahan jalan (± 1.4km) aku ditahan oleh pihak askar Thailand yang memeriksa barangan di dalam keretaku. Kelihatan mereka sangat ramah dan baik.

Lokasi singgahan ku yang pertama adalah di kawasan air panas di Ban Khlong, Ban Prakob ( ± 11km dari sempadan ). Terpaksa melalui jalan kampung lebihkurang 2km sebelum sampai ke sini. Memasuki kawasan ini sudah terbau belerang dan apabila aku melihat anak sungai yang jernih terus sahaja aku meranduk masuk tanpa menyedari dipinggir (tebing pasir) sangat panas. Ditengahnya pula mengalir air yang sejuk dan bercampur-campur. Sayang sekali beberapa kemudahan yang disediakan sudah rosak dan usang. Mungkin tidak ramai pelancong yang berkunjung ke sini.

C2C

Urusan imigresen di kaunter kayu.

Tiada wang pelincir. Caj borang kastam utk kereta sebanyak RM5.00

Komplek Imigresen Thailand (ICQS Ban Prakob) masih belum siap sepenuhnya. Ia lebih besar dari ICQS Malaysia

Air panas di ban Khlong. Aku diatas pasir yang panas. Air sekitar pasir ini amat panas sekali

air sungai yang ditengahnya mengalir air yang sejuk

Belerang.. Pasir yang panas

P3250771

Sayang ! Beberapa kemudahan sudah rosak, papan tanda dah tiada

Tuesday, March 26, 2013

Air Terjun Sungai Kechil: Mencari Petunjuk Awal

Tarikh  :  17 Mac 2013, Ahad          
Rider    : 2 orang = Pudin TTG & Md. Noor
Jarak   :  ± 18.6 km 
Mula    :  Laka Corner, Jalan UUM – Changloon 
Coordinate : N6° 26.607 E100° 28.613

Teringin benar aku untuk mengunjungi air terjun ini. Coretan Chan NXT ke sana bersama geng Perlis suatu ketika dahulu menaikan semangatku.Beberapa kali aku mengayuh sekitar Wang Perah namun rakan kayuhanku keberatan untuk ke sana dengan alasan banyak pacat (gambaran mereka pacat melata hingga atas basikal).

Hari ini bersama Md. Noor bertekad untuk meninjau laluan ke sana. Aku tidak mempunyai koordinate air terjun ini hanya berpandukan gambaran dari rakan yang pernah ke sini. Bermula dari Batu 8, Jalan Changloon – UUM, kami mengayuh menghala ke Changkat Setoi menelusuri laluan ke arah Hutan simpanan Bukit Perangin.

Setelah melewati Kem Rimba Rekreasi Sungai Kechil yang telah ditinggalkan kami terpaksa berpatah balik kerana laluan berpagar. Dipertengahan jalan bersua dengan 2 orang ranjer hutan yang sedang membuat  pengawasan penebangan hutan di kawasan ini (En. Zambri & Abang Chot). Sambil berbual aku bertanyakan khabar mengenai air terjun tersebut dan bukit-bukit sekitar kawasan ini.

INSYAALLAH, aku akan kembali menjejaki air terjun ini disamping menjelajah bukit-bukit sekitar kawasan ini NAMUN perlu berhati-hati kerana ranjer ini memaklumkan ada sepasang Sang Belang di sini dan SiHitam.

Tak silap aku dahulu laluan ini single trek jer, kini sudah berubah

Melintasi 2 anak sungai

Di Kem Rimba Rekreasi Sg. echil yang telah ditinggalkan

Jernih & tenang tetapi air yang kurang

patah balik

kawasan bukit/hutan yang digondolkan untuk projek pertanian (???)

Masa tak mengizinkan sempat berborak dengan 2 orang ranjer hutan

Friday, March 22, 2013

Nexo: Air Panaih Vs Air Sejuk Gathering

Tarikh  :  15 & 16 Mac 2013          
Peserta: 19 Orang 
Lokasi  : Ulu Legong & Lata Bayu, Baling, Kedah, Malaysia

Coordinate: N5° 49.008 E100° 56.165

Kisah Raja Bersiong yang  diceritakan dalam Hikayat Merong Mahawangsa, Rundingan Damai Baling 1955 (antara Tunku Abdul Rahman dan Chin Peng), Peristiwa Memali tahun 1985 telah menonjol nama Baling dalam persada negara suatu ketika dahulu. Kini kolam air panas di Ulu Legong yang dikatakan yang terbesar(3.4 hektar) dan beroperasi 24 jam menjadi salah satu tarikan di Baling.

Aku pernah ke sini pada tahun 2012  (Klik SINI untuk catatan lalu) dan tahun ini aku kembali lagi ke Ulu Lengong, kali ini bukan sekadar untuk berendam di air panas sahaja tetapi  di air sejuk juga Kunjunganku juga untuk memeriahkan acara perhimpunan keluarga Northern Exora Owner's Club (4439/2011) (NEXO) . Acara yang dihadiri oleh 19 exorian yang diselitkan dengan beberapa aktiviti yang menarik seperti mandi air panas/sejuk, BBQ, treasure hunt dan lain-lain aktiviti kekeluargaan. Acara yang dikenali sebagai “AIR PANAIH VS AIR SEJUK” dikendalikan oleh bro Suhimi b Ahmad (Nexo 71).

Aku kali ini menginap di Poolview chalet dan check in lebih awal iaitu pada jam 5.00 petang. Peserta lain datang secara berkonvoi dan check-in pada jam 11.00 malam. Ada juga peserta yang membawa khemah dan pastinya kesempatan berendam didalam kolam air panas dan ‘bergebang’ sehingga ke awal pagi.

Pagi besoknya jam 8.30 pagi kami bekonvoi ke Lata Bayu (N5° 43.044 E100° 48.839) untuk berendam di air sejuk pula disamping menjalani aktiviti yang dirancang.

Sesungguhnya aktiviti kekeluargaan seperti ini amat bermakna kerana dapat mengerat hubungan sesama ahli. Jutaan Terima Kasih kepada saudara Suhimi dan lain-lain ahli yang bertungkus lumus menjayakan acara ini.

Lagi gambar di FACEBOOK

Di Rekreasi Ayer Panas Ulu Legong, Baling. Aku mendaftar awal manakala lain-lain peserta tiba pada jam 11.00 malam. Ada yang memasang khemah berdekatan kolam air panas.

Bayaran masuk RM3.00(dewasa) dan RM1.00 (Kanak-kanak). Sewa Tapak Khemah RM6.00. Chalet dari RM

Menikmati kehangatan SPA semulajadi.

Terdapat 5 kolam air panas disini. Satu kolam UTAMA menjadi sumber air panas, 2 kolam mandian dewasa dan selebihnya kolam mandian kanak-kanak. Biasanya selepas jam 10.00 kolam disini akan dipenuhi dengan pengunjung dari seluruh pelusuk negara.

Keluarga Nexo yang hadir

Nak mula Berkonvoi

Di Lata Bayu

Hidangan tengahari yang disediakan

Acara menyelam paling lama

Tempat kedua acara treasure hunt

Penyampaan hadiah & cabutan bertuah

Monday, March 11, 2013

Gua Kelam: Menelusuri Denai Warisan

Tarikh  :  09 Mac 2013, Sabtu = 26 R.Akhir 1434          
Rider    : 3 orang = Pudin TTG, Art TTBC & Abang Ronn 
Laluan  :  Bukit Ayer – Guar Jentik – Kaki Bukit – Guar Kelam – Wang Kelian   
Jarak   :  ± 76 km 
Mula    :  Kompleks Basikal Lasak Perlis, Jalan Bukit Ayer, Batu Pahat, Perlis, Malaysia 
Coordinate : N6° 32.197 E100° 10.129

Denai Warisan adalah laluan pejalan kaki yang pernah digunakan oleh penduduk tempatan dari Kaki Bukit ke Kampung Wang Kelian. Laluan bersimen dicelah lereng bukit dan sehingga ke Gua Kelam.

Seawal pagi aku bertolak bersama Art TTBC bertolak dari rumah menuju ke Rimba Herba, Bukit Ayer, Perlis yang terletak ± 11.8km dari Kangar. Kami memulakan kayuhan pada jam 8.55 pagi dengan diketuai oleh Abang Ronn. Kami menelusuri laluan di lereng bukit bermula dari Bukit Bintang – melalui kawasan Ladang hutan jati Perlis – memasuki kawasan tanaman getah – merentasi sawah padi, menjumpai beberapa kawasan bekas lombong sehinggalah memasuki ke Gua Kelam. Dari Gua Kelam(N6° 38.674 E100° 12.231) kami menelusuri Denai Warisan yang berada dicelah/antara 2 kompartmen hutan iaitu hutan simpanan kekal Wang Mu dan hutan simpanan kekal Mata Ayer. Laluan bersimen yang agak usang dan dikelilingi oleh hutan yang kaya dengan flora dan fauna. Kayuhan melalui denai (dari Tasik Meranti) sejauh ± 5km dimana kami tidak perlu mengayuh mendaki bukit dan keluar sehingga ke kampung Wang Kelian. Kami meneruskan kayuhan merentasi sempadan memasuki Thale Ban (N6° 42.538 E100° 10.174) untuk menikmati makan tengahari disana.

Sesunggguhnya kayuhan ini menarik kerana ia melalui pelbagai bentuk rupabumi dan teduh dinaungi pokok-pokok kayu, Cuma pada laluan balik terpaksa menahan perit terik panas di laluan tarmac.

Kayuhan ini mungkin untuk menilai laluan bagi merealisasikan suatu event yang bakal di laksanakan (????).

Lagi gambar di FACEBOOK

Green Ride

Laluan kayuhan sejarak 76km

Di Kompleks Basikal Lasak, Bukit Ayer

Air terjun batu kapur di laluan Bukit Bintang

Masalah teknikal

Di kawasan bekas lombong. Gua dibelakang boleh tembus sehingga ke gua kelam

Gua Kelam - gua tembus batu kapur sepanjang 370 m. Dahulu menjadi laluan penduduk tempatan berulang dari kaki Bukit Ke Wang Kelian.

Denai Warisan

Merentasi sempadan menikmati hidangan tomyam di Thale Ban, Thailand

Bersama Abang Don dari TV Islam Thailand

Balik melalui tarmac.. kawasan ini akan dibangunkan untuk projek tambahan pengairan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...