Translator

Wednesday, February 27, 2013

Kayuh & Daki : Santai Melatih Diri

Tarikh  :  23 & 24 Februari 2013           
Jarak   :  ± 47 km(Sehala)
Lokasi  : Salak Denai Chalet, Jln Peranginan Batu Hampar, 06900 Yan, Kedah, Kedah, Malaysia 
Coordinate : N5.78244° E100.39394°

Hari ini menyertai kayuhan anjuran Kelab Berbasikal Penjara Alor Setar. Kayuhan bermula dari hadapan penjara Alor Setar ke Chalet Salak Denai, Yan, Kedah. Kayuhan ini adalah satu program latihan kecergasan kepada kakitangan Penjara Alor Setar. Ianya turut disertai oleh Pengarah Penjara Alor Setar, Tuan Saidi Bin Hamzah. Program yang dikendalikan oleh Tuan Khairul dan Ustaz Shabani.

Aku bersama Adihariman, Saiful Azman & Md. Noor bersama 2 orang kakitangan Plus (Fadzel & Ibrahim) menyertai kayuhan ini. Ia sebagai satu latihan kecergasan kepada Team kami yang akan ke Bandung nanti.

Seramai 18 orang menyertai kayuhan ini. ‘Flag Off’ oleh Pengarah Penjara Alor Setar pada jam 2.30 petang. Kayuhan santai merentas sawah padi melalui batas ‘ban’.

Check in Chalet pada jam 5.30 petang. Pengisian program dengan tazkirah , sembahyang dan BBQ.

Pagi esoknya tidak balik mengayuh bersama kerana kami berempat yang turut disertai oleh isteri Man dan Adi, mendaki gunung Jerai melalui Titi Hayun sehingga ke The Regency. Pendakian sejauh ±4.7km sahaja.

Dihadapan Penjara Alor Setar: Taklimat perjalanan oleh Ustaz Shabani sebelum Flag Off oleh Tuan Pengarah Penjara Alor Setar (berdiri: Baju putih/seluar hitam)

Rider dari Oman pun ada. Madkrie akan kembali ke sana

Kayuhan melalui batas ban dengan tiupan angin lintang (sampai senget basikal)

Chalet Denai. Untuk maklumat lanjut sila lawati http://salakdenai.blogspot.com/

Antara pengisian aktiviti yang dijalankan. BBQ, mandi, solat jemaah & tazkirah Maghrib/Subuh oleh ustaz Bani

Mendaki Gunung Jerai: Sebahagian Team Great Adventure Bandung 2013

Laluan hiking.. laluan ini juga digunakan oleh Geng Downhill

Adihariman & Saiful Azman bersama isteri masing-masing.

Persiapan latihan mendaki sebelum ke Kinabalu (berpasangan) dalam bulan Mac 2013 nanti

Tuesday, February 19, 2013

Bukit Semeliang: Kayuhan Solo Menjejaki Laluan

Tarikh  :  14 Februari 2013           
Jarak   :  ± 9 km      
Lokasi  : Bukit Semeliang, Kampung Sawa Kechil, Pendang, Kedah, Malaysia 
Coordinate : N5° 58.154 E100 ° 32.987

Bukit Semeliang terletak berdekatan dengan kampung Sawa Kechil, Pendang, Kedah. Jaraknya  ± 11km dari pekan Pendang dengan mengikuti jalan Kg. Baru ke Sungai Tiang. Bukit ini memanjang ke arah kampung Pokok Asam sepanjang hampir 3km.

Sudah lama aku mengidam untuk ke bukit ini, lama benar ku memerhati dari kejauhan. Menyimpan hasrat dan menanti  peluang yang sesuai. Hasratku semakin membuak lantas sejak beberapa minggu lalu, aku bertanyakan kepada penduduk tempatan dan rakan, mencari maklumat mengenai ‘situasi’ dan jalan masuk ke bukit ini.

Pagi ini berbekalkan maklumat, aku membawa basikal dan parkir di kawasan bekas kuari/tapak longgokkan balak. Aku bermula pada jam 8:30 pagi. Sendirian aku disini, tiada manusia hanyalah kera dan lutong melompat-lompat di pokok. Setelah mengayuh dan mendaki hampir 800 meter akhirnya aku berada dipuncaknya yang ketinggian ±220 meter. Dipuncak aku disambut oleh 3 ekor anjing yang mengawal kawasan dan terdapat sebuah pondok didirikan di sini.

Hasrat awalku hanyalah untuk meninjau laluan/melihat kawasan dari puncak bukit ini, namun masa yang masih terlalu awal dan terlihat ada laluan yang menganjur memanjang menurun, maka membuat keputusan menjejaki laluan tersebut. Laluan yang sunyi dan agak usang. Aku mengikuti laluan ini hampir sejauh 2.8km dan keluar ke kawasan tanaman semula getah/ kebun kelapa sawit. Sempat bertanya khabar kepada penduduk tempatan(penoreh) mengenai laluan keluar . Alhamdulillah selamat sampai pada jam 10.00 pagi

Jarak yang agak pendek, walaubagaimanapun ada beberapa bukit lagi yang boleh dijelajah  bagi memanjangkan laluan ini.

Hampir ke puncak

berlatarkan Puncak Kedah @ Gunung Jerai (nun di sana)

Bukit Perak, Bukit Tegor di belakang sana

 

 

Dari puncak , nampak  laluan menurun ni

Penghujung: Kawasan tanaman semula, ladang getah & kelapa sawit dan ada 2 bukit lagi disana nuuu..

Sunday, February 17, 2013

Alor Setar Saturday Nite Ride 2013: Santai & Meriah

Tarikh :  15 Februari 2013
Jam    :  8.00 malam  
Acara  :  Alor Setar Saturday Nite Ride 2013

Bersempena dengan ulang tahun Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) Kali Ke-9, acara JOM PI KARNIVAL @ BANDARAYA ALOR SETAR diadakan selama 10 hari iaitu dari 10 hingga 19 Feb 2013. Pelbagai acara turut disusun sepanjang sambutan itu antaranya ekspo jualan, cabutan bertuah, persembahan pentas, pertandingan memasak dan forum wacana ilmu.

Salah satu program kayuhan basikal yang dikenali sebagai 'Alor Setar Saturday Nite Ride 2013' turut diadakan bagi memeriahkan sambutan. Kayuhan sejauh 21km yang bermula dari Menara Alor Setar dan menuju ke Kepala Batas dan berpatah balik ke menara. ‘Flag-off’ oleh Datuk bandar Alor Setar, Datuk Mat Noh Ahmad pada jam 8.00 malam.

Aku turut menyertai aktiviti ini (walau tak berdaftar..heh heh) dan mengayuh dari rumah seusai solat maghrib dan menyertai kelompok ini di pertengahan jalan. Kayuhan santai ‘membuntuti’ pickup yang turut disertai /membawa Datuk Bandar. Ramai juga sahabat-sahabat menyertai acara ini yang datang dari seluruh pelosok negeri Kedah.

Aku bawa RB malam tu kerana ‘Morewood’ku masih diservis

Kepelbagaian ragam & basikal … Peserta di hadapan Istana Anak Bukit

Amiruddin & isteri dari SP  dengan tandem bike dan Rider MSN

Thursday, February 14, 2013

Kayuhan Angpau: Menuju Puncak Jitra

Tarikh  :  11 Februari 2013, Ithnain 
Lokasi Mula: Sharifah Collection, Jln PJ 6,Pekan Jitra 2, Jitra, KEDAH
Coordinate: N6° 15.518 E100° 25.151 (Mula) 
Jarak   :  ± 31 km
Peserta:  28  orang 

Sempena cuti sambutan Tahun Baru Cina, team RedFlag Jitra telah menganjurkan satu kayuhan ‘Jelajah Puncak Jitra’. Kayuhan mengelilingi/menjelajah  bukit bukau yang melatari Jitra dan seterusnya mendaki ke puncak tertinggi, Bukit Payung. Seramai 28 rider menyertai kayuhan ini, gabungan baru & lama.

Kami memulakan kayuhan pada jam 8.00 pagi dari Kedai Sharifah Collection di Pekan Jitra 2. Mengambil jalan Kelubi dan menuju ke Taman Tunku Sarena. Disana seramai 11 orang rider lagi sedia menanti dan bergabung dengan mendaki Bukit Kelubi sehingga pada ketinggian 129 meter lalu membelok ke kanan mengambil laluan menurun ke arah Kota Mengkuang. Menyaksikan pemandangan yang cantik dan DH yang menerujakan sejauh hampir 800 meter ( tetapi AWAS! batu-batu longgar yang boleh menyebabkan kegelinciran) sebelum berhenti menanti rakan di persimpangan (perkampungan). Bermula dari sini laluan Kedah Jamboree 2009 disusuri.

Cabaran sebenar bermula pada ±km 13 selepas melewati dangau dimana pendakian bermula sehinggalah terpaksa menolak naik sejauh ±300 meter. Bukit yang agak curam yang menyukarkan untuk mengayuh dengan batuan yang longgar bahkan untuk melangkah pun sukar kerana kasut tidak mencengkam. Di sini aku sudah kekeringan air, dengan hanya berbekalkan 500ml air, perit, panas dan kudrat diguna untuk menolak, aku sudah kehausan dan keletihan namun aku berjaya juga sampai ke ke pondok di ketinggian 403meter. Rehatkan badan sambil meneguk air dari camelbak Md. Noor. Alhamdulillah aku kembali segar.

Jam 11:45 pagi, bermulalah ‘reward’ dengan DH sejauh ±4 km.

Terima kasih pada team Redflag atas penganjuran acara ini. Sesungguhnya kayuhan ini menyatu yang baru dan lama, memperbaharui semula laluan sambil  memartabatkannya. Boleh diketengahkan  dan memberi pilihan kepada peminat-peminat MTB untuk dinikmati.

Lagi gambar di FACEBOOK

Jeljah Puncak Jitra

laluan jelajah puncak Jitra

Tempat bermula: Jln PJ 6,Pekan Jitra 2, Jitra, KEDAH

Mehat the Navigator

Aksi Muhammad Shahrul Iman (Ravi) & Ah Pang

Mendaki Bukit Kelubi

DH ke arah Kota Mengkuang

Laluan Kedah Jamboree

Jaga kepala Zann

Cabaran bermula

barisan sweeper

penderaan fizikal

Geng UNIMAP : Bae & Min

Permatang antara 2 bukit

huuuuu

Aksi Din .. DH yang panjang. Awas batuan longgar

Thursday, February 07, 2013

Bukit Pak San: Bertiga Mengulang

Tarikh : 02 Februari 2013 , Sabtu 
Mula : 8.15 pagi 
Jarak : 11.6 km
Rider: 3 orang – Pudin TTG, Abang Ronn & Zam KBS. 
Trail Guar Batu Hitam 1, Changloon, Kedah. 
Coordinate: N6° 23.735 E100° 22.287 (di Puncak)

Pelan asal untuk ke Sungai Badak Changloon tetapi ditukar ke sini kerana untuk memberi peluang kepada Abang Ronn meninjau dari kejauhan Bukit Telipong sebelum cubaan untuk mendaki dan mencari laluan sambungan hingga ke Trek RUN10.

Kami memulakan kayuhan pada jam 8.00 pagi dari kampung Guar Batu Hitam. Melalui kawasan tanaman semula kebun getah. Di kawasan ini terpaksa menolak naik untuk sampai ke puncak kerana laluan curam dan batu-batu yang longgar. Tiba dipuncak, menikmati pemandangan dan sarapan nasi lemak di pondok. Selesai sarapan aku cuba untuk mencari jalan turun hingga ke kampung Kolam namun terpaksa dibatalkan atas faktur masa dan kurang persediaan.

Berpatah balik ke pondok dan aku cadangkan untuk mengikuti laluan dahulu namun ± 200 meter aku melihat ada denai baru. Mengikuti denai ini sehingga berjumpa kawasan yang diterangkan untuk tanaman getah. Di sini kami dapati teres-teresnya agak curam dan menurun hingga ke lembah disamping banyak berlaku runtuhan akibat hakisan air.

Setelah terlihat ada laluan maka kami berpakat untuk mengikuti laluan tersebut dan menurun hingga terjumpa pagar yang berkunci. Laluan ini keluar ke Felda Guar Napai. Kayuhan tamat pada jam 11.30 pagi

Kawasan tanaman semula getah (±700 hingga puncak)

Huaa kuat

Di belakang sana Bukit Rawa

Cikgu Alias & Abang Ronn

Menikmati sarapan pagi dipuncak

Denai: Abang Ronn pernah ke sini ±10 tahun lalu

Meninaju & Menilai Laluan (curam ooo & tiada laluan)

Akhirnya jumpa laluan ini tetapi seperti usang(lama ditinggalkan)

Alamak depa boh pagar pulak

P2020556-horz

Haaa kena ragas! (sori tuan tanah)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...