Translator

Tuesday, January 29, 2013

Bukit Payung: Retrospeksi Di Puncak Indah

P1260428

Tarikh  :  26 Januari 2013
Jarak   :  ± 29 km
Peserta:  7 orang  (Mehat, Megat, Pudin, Helmi, Ming, Che E dan Ah Chiau)
Coordinate: N6° 17.057 E100° 28.564 (di Puncak)

Sudah lama aku mengidam untuk menjejaki puncak bukit ini. Ia merupakan puncak tertinggi dalam gugusan Hutan Bukit Payung. Kalau dahulu aku hanya mendaki hingga ke pertengahan jalan akibat laluan yang dihadangi dengan balak dan pokok tumbang disamping laluan yang tidak sempurna. Kini bukit ini sudah ‘diterangi’. Dari kejauhan sudah dapat melihat kelibatnya, kepingin benar untuk mendaki sambil menanti ‘ketika’ dan rakan yang sesuai bagi menjejaki semula laluan ini. Peluangku terbuka apabila melihat Bang Ya dan team Redflag yang aktif menjejaki semula laluan sekitar kawasan ini. Maka hari ini beserta 6 orang pengayuh yang ‘tabah dan tegar ‘mendera diri’ untuk mencari kepuasan dengan menghala ke situ.

Kami memulakan kayuhan pada jam 8.00 pagi dari Kedai Makan Kak Ani di PJ2, Jitra. Mengambil laluan Trek CP3 dengan melewati ‘reban ayam’ sebelum memintas ke kanan setelah melewati kawasan berpagar (± 400meter). Laluan yang agak cerah tetapi berbatu, sesetengah tempat aku terpaksa menolak naik. Aku hanya mendaki hingga ke pondok di ketinggian 403km dan puncak tertinggi iaitu Bukit Payung berada pada ketinggian 431m.

Dari bukit ini dapat melihat jelas pekan Kodiang, Tunjang, Jitra, Alor Setar, Malau, Paya Pahlawan dan kawasan sekitarnya. Dari atas aku mengamati dan mengingati semula laluan-laluan yang pernah kami jelajahi dahulu. Ada banyak lagi pecahan laluan keluar seperti ke Charok Langsat, Kg. Padang Panjang, CP2, trek balak(dahulu), Kota Mengkuang, Kelubi dan lain-lain lagi.

Selepas berehat dan menghayati panorama, maka ‘reward’ ialah penurunan (DH) yang panjang (±4.5km hingga ke jalan raya) tetapi perlu berhati-hati kerana batuan longgar.

Sesungguhnya kayuhan ini memang menarik kerana dapat menikmati panorama indah sekitar kawasan Jitra sambil mengimbau kembali jejak-jejak lama. Terima Kasih kepada sahabat dari ReDfLag kerana menjemputku menyertai kayuhan ini. Insyaalah akan kita sama-sama memartabatkan trek sekitar Jitra ini.

Trek bkt payung

peta lokasi dan jejak-jejak lama

P1260372

P1260378-horz

P1260386

rehat mengambil nafas mengumpul tenaga

P1260399

7 pengayuh membelakangi Tunjang

P1260405

P1260415-horz

P1260419

Dari Kiri: M. Ming, .., Pudin, Megat, Che E, Mihat dan Helmi

P1260425

P1260427-horz

Hiayahhh!

P1260440

Seat post Scandium pun patah

P1260430-horz

DH yang menerujakan

Saturday, January 26, 2013

Satun: Kembara Ketam Rebus

Tarikh  :  25 Januari 2013 
Lokasi  :  Tanjung Pao, Satun, Thailand 
Coordinate: N6° 35.433 E99° 56.929

Minggu lepas di Satun, minggu ni pi lagi.. Mungkin tiada aktiviti pada hari ini, spontan aku mengajak keluargaku ke Setoi untuk mencari lokasi ketam rebus seperti yang dimaklumkan oleh sahabatku tempohari. Berpandukan ‘garmin’ aku bertolak dari Alor Setar pada jam ±11.00 pagi. Berhenti untuk solat jumaat di Masjid Nurul Ehsan ± 10km dari sempadan. Selesai sembahyang aku singgah di rumah seorang petani berdekatan masjid itu melihat projek pertanian dan ternakan ikan/itik secara integrasi. Kagum dengan ketabahan beliau untuk mengerjakan projek dengan bimbingan kerajaan(???) di tanahnya yang luas hampir 15 relong. Beliau juga menyediakan homestay untuk pengunjung.

Sampai di pekan Setoi, aku membiarkan GPS memandu arah laluan ke Tanjung Pao hingga ke sebuah warung/kedai iaitu ‘Tanjung Seafood’. Warung ini kepunyaan Bang Man (Othman) dan lebih mesra dikenali dengan ‘Pak Tam’. Keistimewaan warung ini ialah pada pada masakan lautnya dan yang menariknya ketamnya adalah segar (dicedok dari tempat khas). Perghhh puashati dengan makanan di sini. Sempat berbual dengan Pak Tam Man, beliau memaklumkan bahawa adiknya berkahwin dengan orang Kuala Jerlun, Kedah dan asal keturunannya dari Ayer Hitam, Kedah. Wahh ada hubungan nasab pa dengan aku, hingga beliau nak bawa aku berjumpa dengan waris yang masih hidup, namun aku terpaksa memohon maaf untuk mengundur diri kerana perlu pulang sebelum pemeriksaan imigresen ditutup pada jam 7.00 malam.

Untuk tempahan bolehlah hubungi beliau di No. 084-1895 542 atau 087-4751 323

Tanjung Pao (Pauh) terletak ±20km dari Pekan satun. Ia terletak dihujung tanjung dan mengadap lautan lepas(laut Andaman) jadi tidak hairanlah ia terkenal dengan hasil tangkapan laut. Masyarakat di sini kebanyakkan adalah orang melayu dan mereka boleh bertutur bahasa melayu.

Agro tourism petani di Satun

Tanjung Seafood

Yummy

Bersama Bang Man yang ada tali persaudaraan denganku(mungkin)

Tuesday, January 22, 2013

Kayuhan Sihat Perlis–Satun 2.0

P1200292

Tarikh  :  19 – 20 Januari 2013
Lokasi  :  Kampung Guar Tiram, Setoi, Thailand
Anjuran:  KMC MTB Team 
Peserta:  97 orang  (Kayuh 81)
Jarak   :  ± 110 km(pergi balik & ronda)

Sempena cuti Hari Keputeraan KDYMM Sultan Kedah Kali Ke-85, aku menyertai program Kayuhan Sihat Perlis-Satun kali ke-2 anjuran KMC MTB Team, Alor Setar. (Klik SINI untuk baca coretan kayuhan lalu).

Masih berkonsepkan kayuhan amal dan disertai oleh 97 orang peserta dari beberapa team sekitar Kedah/Perlis. Team kami (Great Adventure) diwakili oleh 15 peserta (4 orang ahli tidak hadir iaitu Zafizal, Azam, Sumi, Pian dan Aji) dan menjadikan acara ini sebagai satu program latihan ke arah kayuhan ke Bandung pada 19-24 June 2013 nanti. Ia juga merupakan peluang ahli berkumpul bagi memperincikan dan menyelaras tugas.

Aku tiba lewat ke tapak permulaan (± jam 9.20 pagi) kerana keretaku menghadapi masalah, terpaksa ditinggalkan di Stadium Negeri Perlis. Terima kasih kepada Sdr Jamaluddin kerana menumpangkan kami dengan bersesak di dalam pickupnya.

Kayuhan bermula dari Wang Kelian ± pada jam 10:15 pagi. Agak lewat kerana perlu menyelesaikan urusan imigration peserta. Kayuhan santai dengan diiringi oleh beberapa buah kereta urusetia dengan kelajuan sekitar 22km/j.

Hentian pertama kami adalah di Masjid Isala Hiya (N6° 46.523 E100° 06.478) yang terletak ±19.5 km dari sempadan. Di situ kami disambut oleh tuan imamnya beserta penduduk kampung. Setelah melepaskan lelah ± jam 11.30am kami mengayuh lagi sejauh ±16.2 km dan singgah di CP2 iaitu di Satun Provincial Administrative Organization (N6° 39.228 E100° 04.637) dan disambut oleh Timbalan Menteri Besar Satun dan berbesarhati menyediakan jamuan makan tengahari yang sedarp di hotel Rose Inn. Kemudian kami menuju ke kampung Tha Hin (N6° 37.379 E100° 01.287)  yang jaraknya ± 7km. Disana kami disambut oleh tuan Imam, Tuan Haji Rahim dan penduduk kampung. Seusai sembahyang kami memulakan kerja amal mengecat pagar dan kubah masjid. Jam 4.45 ptg kami balik ke hotel untuk check in. Penginapan peserta terpaksa di bahagikan kepada 3 tempat iaitu di Rose Inn (N6° 37.194 E100° 04.690), Satun Resort (N6° 37.319 E100° 04.407) dan Palm Resort (N6° 37.499 E100° 04.466).

Keesokkan harinya, selepas sarapan, kami berkumpul di Rose Inn dan bertolak ke Satun Provincial Administrative Organization pada jam 9.30 pagi untuk perlepasan secara rasmi oleh Timbalan Menteri Besar Satun pada jam10:30 pagi. Laluan balik yang agak terik dan ditambah cabaran dengan rintangan angin. Alhamdulillah kami semua selamat tiba di Wang Kelian pada jam 12:30 tgh.

Sesunggguhnya kayuhan amal seperti ini menarik kerana pengisiannya membawa seribu rahmat dan berkat.

IKHLAS MEMBAWA BERKAH

Lagi Gambar di FACEBOOKKU

Kayuhan Sihat 2

Satun map

Peta Lokasi Perjalanan & Aktiviti (klik gambar untuk imej lebih besar)

P1190007-horz

Gembira… bergerak masuk ke Siam

P1190058-horz

CP1 (19km) di Masjid Isala Hiya (Bukit Kechik)

P1190063

Bertemu rakan sekuliah dahulu

P1190128-horz

Disambut oleh Timbalan MB Satun

P1190143

Bergaya dengan Timbalan MB. Dia ni dulu bekas pelajar UIA

P1190158

Perghhh, Sedarppppp! Makan Preee. Makanan di taja oleh Kerajaan Setoi

P1190171-horz

Rahim bertemu Rahim. Disambut Oleh Tuan Imam. Penduduk kampung ini boleh bertutur bahasa Melayu dan 100% muslim

P1190195

P1190211-horz

Kerja Amal, moga mendapat barakah

P1190216

Masjid Darul Iman

Selepas Cat. Pic kanan: Aku bergambar sebelum cat

P1190100-horz

P1190222

Kayuhan Santai menikmati pemandangan

P1190244

P1190248-horz

Ronda malam/pekena apa yang patut di Setoi

P1200268

Di hadapan Palm Resort. Harga bilik dari THB 350 – 700 sahaja, Murah!

P1200276

Telioq dok tunggu pulut durian

P1200290

Huuuu..kayuh ada orang eskot!

P1200301

Pekena Ayiaq nyok muda

P1200304

Geng sampai awai di Thaliban

Sunday, January 13, 2013

Restoran Jannatul Hadramawt: Makanan Arab di Jitra

P1120464

Tarikh  :  12 Januari 2013 
Lokasi  :  No. 19, Jalan PJ3, Pekan Jitra 3, 06000 Jitra, Kedah Darulaman.
Coordinate: N06° 15.697 E100° 25.057

Peta Nasi Arab Jitra

Fenomena makanan Arab mula menular ke kawasan utara. Kini sebuah lagi Restoran makanan ala Arab dibuka di Jitra. Diberi nama Jannatul Hadramawt. Terletak di kawasan perniagaan berdekatan dengan Pasaraya Anika. Berada dihujung sekali, sebaris dengan kedai Pusat Pakaian Hari-Hari

Restoran ini mula dibuka pada 24 Disember 2012 lalu.  Dimiliki oleh anak Jitra tempatan iaitu Ustaz Shahril Bin Azmi (bekas guru). Menyediakan makanan Arab ala Yaman (ketua Chefnya dibawa khas dari Yaman). Spesialitinya adalah kebab ayam/kambing yang agak unik disamping Mandhi kambing/Ayam, Syaksukah, Ukhdah, Sandwich, Kacang Ful dan lain-lain lagi. Restoran ini dibuka dari jam 11.30 pagi – 10.30 malam (Isnin – Sabtu) manakala hari Jumaat dibuka dari jam 3.00 petang – 10.30 malam.

Restoran ini pasti menjadi salah satu pilihan keluargaku apabila ingin menikmati juadah ala Arab kerana lokasi yang berdekatan dan rasanya serasi dengan selera kami sekeluarga

Sebarang tempahan/pertanyaan sila hubungi ustaz Sharil di 019-475 6657

CATATAN Restoran Makanan Arab yang Lain (Sila KLIK Link)

P1120478

Bersama Pengurus/pemilik Ustaz Sharil

P1120466-horz

P1120470

P1120473

Mandhi kambing yang sedarppp

P1120474

Kebab daging

P1120477

Syaksukah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...