Translator

Monday, December 31, 2012

Satun: Singgah Bermalam

 

_MG_3082

Tarikh : Selasa, 25 Disember  2012 
Lokasi : Pekan Satun, Mueang Satun, Satun 91000, Thailand 
Coordinate: 6°36′53″N 100°4′5″E 

..bersambung

Dari Wong Sai Thung aku kembali ke pekan Satun dan bermalam di hotel Rin Nam House Resort (Coordinate nya : N06° 36.588’ E100° 04.509’) yang terletak di Sarit Phuminat Road. Hotel ini berdekatan dengan sungai dan bilik penginapanku agak selesa, luas lagi murah (THB400).

Untuk makluman wilayah Satun adalah wilayah Islam dan hampir 75 peratus penduduknya adalah Melayu Islam, jadi tiada masalah mencari makanan dan masjid disini. Malamnya kami keluar meronda sekitar pekan Setoi(Satun). Pekan yang agak sederhana besar dan malamnya tidaklah terlalu sibuk.

Singgahan pertama kami ialah ke pasar malam yang terletak di SatunTanee 3 (Coordinate: N06° 36.988’ E100° 03.976’). Pelbagai makanan yang halal dijual termasuk kuih-kuih tradisional Melayu Setoi. Selepas itu kami ke Restoran Negara (Coordinate: N06° 36.878’ E100° 04.014’) untuk menikmati makan malam. Disini tidak melepaskan peluang menikmati daging salai disamping masakan lainnya. Restoran terletak berhampiran dengan Masjid dan tidak silap aku di Sarit Phuminat Road juga.

_MG_3093-horz

Pasar Malam dengan pelbagai juadah makanan

_MG_3127-horz

_MG_3114-horz

Restoran Negara: Menikmati daging salai

IMG_7075-horz

perubahan semasa.. kini daging salai dibakar dengan dapur letrik

Wednesday, December 26, 2012

Wang Sai Thong: Rehlah Keluarga Di Air Terjun Batukapur

_MG_3034 

Tarikh :  Selasa 25 Disember  2012  
Lokasi:  Tambon Nam Phud, Langu, Satun 91110 Thailand
Coordinate: N07° 05.450 E099° 54.550

Percutian ke daerah Satun diteruskan….  Selepas menikmati makan tengahari dan lelap seketika di Pak Bara, menuju ke arah ‘Manang’ untuk menikmati deruan air terjun batukapur yang dikenali sebagai  Wong Sai Thong (Bunyi cam Wong Fei Hong plak hehe). Sepanjang perjalanan hujan renyai turun dengan jalan yang sedang diperbaiki mengotorkan lagi keretaku yang sedia kotor. Nasib baik hari ini bukan musim cuti sekolah di Thailand, jadi dapat menikmati keindahan tempat ini secara lebih ‘privasi’ sambil membiarkan anak-anakku bermain air.

Cuaca yang redup membantutkan niatku untuk berkayak dan meneroka gua sekitar terutama PhuPhaPhet.

Wang Sai Thong adalah antara tempat peranginan dalam wilayah Satun. Terletak di amphoe Langu dan jaraknya ± 38 km dari Pak bara. Nikmati keunikkan air terjun batu kapur bertingkat yang berwarna emas yang menambah kecantikkannya. Air gunung yang mengalir masuk ke kolam dan teduh dinaungi oleh pokok-pokok besar. Satu tempat yang sesuai untuk berkelah dan beriadah. Kini kemudahan calet dan parkir sudah tersedia dan bagi yang minat dengan aktiviti lasak boleh mencuba kayak atau berakit (difficulty of rapids is at the Level 1-2) sambil meneroka gua disekitarnya.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :-

Nanamtok Home Stay
+668 4195 5208
+668 0714 6317
www.nanamtokhomestay.com

_MG_3023

laluan untuk ke air terjun

_MG_3079

_MG_3054-horz

air terjun batukapur bertingkat yang berwarna emas

_MG_3046-horz

_MG_3050-horz

anak-anak gembira bermain & mandi manda

Tuesday, December 25, 2012

Pak Bara: Syurga Makanan

_MG_2939

Tarikh : Selasa, 25 Disember  2012 
Lokasi : Pak Bara, Tambon Pak Nam, Amphoe La-ngu, Satun, Thailand 
Coordinate: N06° 51.058 E99° 43.976

Sempena penghujung cuti ini aku membawa keluargaku untuk Trip (2S) ke Selatan Thailand (Satun/Songkhla). Masuk ke Thailand melalui pintu sempadan Wang Kelian untuk mengelak kesesakkan pelancong terutama pada hari cuti perayaan ini

Kunjungan pertama kami adalah ke Thale Ban National Park yang merupakan kawasan hutan simpanan yang  bersempadanan dengan Malaysia (hanya 3.9km dari pintu masuk sempadan). Diistiharkan sebagai National Park yang ke 20 di Thailand dalam bulan Oktober 1980. Taman ini seluas 196 km2 dan terletak di lembah yang terjadi akibat perubahan rupa bumi(terbenam) jutaan tahun lalu dan kemudian menuju ke pantai Pak Bara yang jaraknya sekitar 80km dari Wang Kelian. Di sini kami singgah ke Gerai Nabila untuk menikmati makanan tengahari. Masalah utama di sini adalah komunikasi lisan (majoriti penduduk Satun adalah melayu dan beragama islam), mereka tidak dapat berbahasa melayu(Kecuali dibeberapa tempat). Disini sempat merasai beberapa hidangan istimewa yang sangat lazat seperti Kensom, Sontam, daging bakar, kerabu sotong dan lain-lain lagi dan yang istimewanya dapat merasai belangkas bakar. Aku memang tidak pernah memakannya ( cerita mengenai belangkas dalam postingku dahulu ). Bagaimana dengan rasanya ? Hmm boleh tahan sedap. isi takdak (???), telurnya yang berbiji dan ditambah dengan salad @ kerabu bagi menaikkan lagi rasa dan aromanya.

Jika berminat untuk mengunjungi Taman Laut Tarutao (untuk ke Koh Lipe, Koh Adang, Koh Rawi & Koh Tarutao), pengunjung boleh menaiki feri di Jeti Pak Bara (maklumat tambahan BACA catatan lamaku DISINI)

Sesungguhnya Satun kaya dengan makanan traditional melayu dan istimewa. Makanan laut yang mewah dengan harga yang berpatutan. Jika ingin menikmati juadah yang sedap, datanglah ke sini.

_MG_2927

Urusan Imgiration yang mudah dan lancar

_MG_2947

Mungkin permulaan Jarak di sini

_MG_2964-horz

Santai di pantai

_MG_2997

Wow ! … Dok tunggu makanan lain lagi tak sampai

_MG_2972-horz

_MG_3009

Tudia .. Belangkas Bakar. Harganya THB400 tapi berbaloi untuk makan.

Bukit Temin: Mencari Puncak, Mengayuh Di Kakinya

IMG_3866

Tarikh :  Sabtu, 22 Disember  2012  
Mula/Akhir : 8.00am /10.30am
Mula :Kg. jenalik, Changloon,  Kedah Darulaman
Trek : Bukit Temin, Changloon, Kedah 
Jarak Kayuhan : ± 11.5 Km  (Naik & Turun & Pusing)
Kehadiran: 2 Orang 
Coordinate: N6° 23.776 E100° 26.033 (Puncak)

Bukit Temin terletak berdekatan dengan Changloon. Ketinggiannya hanyalah ± 150 meter sahaja dan memanjang selari dengan Lebuhraya Utara Selatan. Dulu rakan-rakanku sering mengajakku untuk mandi di tangki air yang terletak di bahagian utara bukit ini. (Beberapa rakan Changloonku pernah mengayuh sehingga ke tangki air ini). Sebelum ke sini aku meninjau dahulu dengan  bertanyakan kepada beberapa penduduk tempatan laluan untuk ke sana dan denai yang  ada di atas.

Hari ini hanya aku dan Md. Noor sahaja yang meninjau laluan ini.. Kami bermula di km 13 Lebuh raya Utara Selatan(berhampiran AEON Nursery). Hujan yang turun petang semalam membuatkan suasana di sini berkabus dan dingin NAMUN ia juga menyebabkan tayar kami dibaluti dengan selut. Perjalanan kami santai sahaja kerana perlu mendaki bukit yang agak curam melalui teres yang dibina. Sampai di puncak (150 meter) aku mencari ‘permatang’ dan meninjau laluan/denai yang boleh diikuti. Memang ada laluan yang sudah dipenuhi dengan pokok-pokok renek TETAPI dalam suasana selepas hujan ini , hatiku berasa tidak sedap untuk meneruskan perjalanan lantas membatalkan misi ini dan turun sahaja. (Jarak dilalui 3.1km)

Selepas itu kami hanya mengelilingi bukit ini sejauh 8.3km sahaja. Mula-mula kami menyusuri jalan Bendang Perang sehingga ke Tangki air kemudian melalui single trek yang sedikit mencabar sehingga ke Kampung Jeragan dan seterusnya keluar ke Lebuhraya Utara Selatan dan berakhir di tempat permulaan. Dalam pemerhatianku ada beberapa lokasi yang berpotensi untuk di cari dimana ada denai sekitar kebun getah yang pasti mencabar dengan akar-akarnya.

 

Bukit Temin

Laluan Kuning adalah laluan mencari puncak.. Warna hijau adalah trek Kg. Jeragan

IMG_3859

Tudia Bukit Temin, tak tinggi mana aihh .. khabarnya ada batu (spesel) di atas sana

IMG_3864

Md. Noor dok tunjuk rumah dia

IMG_3869

Menghijau … Cantik permai di kampung sana

IMG_3871

Diseluputi kabus pagi - Dipuncak Bukit Temin : 150 meter

IMG_3874

Reward DH ..tayar pun dah dibaluti selut

IMG_3878-horz

Bukit Tangki, kini dah berpagar dan berkunci

IMG_3882-horz

Single trek yang menarik ..

IMG_3885

Di Loji pembersihan air Kg. Jeragan

Monday, December 24, 2012

Stargate Arabic Foods: Pilihan Makanan Arab Untuk Santap

IMG_3909

Tarikh  :  22 Disember 2012 
Lokasi  :  di No 260,BSG 10, Susuran Stargate, Lebuhraya Sultan Abdul Halim 05400 Alor Setar, Kedah.
Coordinate: N06° 04.632 E100° 22.079

Bandar baru Stargate terletak berhampiran dengan Tol Alor Setar Selatan. Ada Pasaraya Tesco dan Kampus Kolej Universiti Islam Negeri Kedah (KUIN = Insaniah). Ini menjadikan kawasan ini semakin berkembang. Kedai-kedai perniagaan semakin tumbuh, orangr amai mula mengunjungi kawasan ini. Kesempatan ini diambil oleh Puan Aniza dan suaminya Kifly untuk membuka perniagaan makanan ala arab. Kedai mereka dikenali sebagai ‘Stargate Arabic  Foods’ dan mula dibuka pada 22 Mei 2012, beroperasi dari jam 11.00 pagi hingga 11.00 malam. ( Mulai tahun 2013, kedai mereka akan ditutup pada setiap hari Jumaat.)

Hidangan yang disajikan adalah makanan Arab terdiri dari Nasi Mandi Ayam/Kambing, nasi Kabsah Ayam/Kambing,  Biryani, Nasi mandi mozah, Sup Mozah, macaroni, sandwich , roti arab syammi dengan luqdah ayam/kambing/daging kisar/hati ayam, kacang ful,  hummus dan sebagainya. Seperti biasa pilihanku adalah nasi mandhi ayam dan kambing yang dihidangkan dengan sup, sayuran dan chili yang sedikit pedas (mungkin menyesuaikan dengan selera kita).

Dengan adanya restoran ini, maka ia menjadi antara pilihan untuk aku dan pelanggan menikmati hidangan ala arab di sekitar Alor Setar ini.

Sebarang pertanyaan atau tempahan bolehlah hubungi : 017-566 3858 – Puan Aniza Binti Adnan

Catatan Restoran Makanan Arab Di Alor Setar yang lain: (Sila KLIK link)

Stargate Arab

Lokasi Restoran ini berdekatan Tesco Stargate

IMG_3916-horz

 

IMG_3921

mandhi ayam..Nohaih! ayam sebelah tu

IMG_3926

Mandhi kambing

IMG_3919

Roti Syammi dan Uqdah daging kisar

Thursday, December 13, 2012

Restoran Haji Sharin Low Grand: Makanan Cina Muslim Di Jitra

IMG_3760

Tarikh  :  12 Disember 2012 
Lokasi  :  di No. 2 & 3, Jalan PJ3, Pekan Jitra 3, 06000 Jitra, Kedah Darulaman.
Coordinate: N06° 15.700 E100° 25.115

Ingin mencuba masakan ala cina yang halal di utara ini? Anda boleh mencubanya di Restoran Haji Sharin Low Grand yang terletak berhampiran Pasaraya Aneka, Jitra Kedah. Ianya merupakan restoran cina Muslim yang pertama di Kedah dan merupakan cawangan yang ke 8 yang dibuka di seluruh Malaysia. Mula dibuka pada penghujung bulan April 2012 lalu. Restoran ini dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 11.00 malam dan boleh menampung sehingga 100 orang pada suatu masa.

Anda boleh mencuba masakan istimewanya iaitu butter prawn, steam fish ala cina, marmite chicken dan lakshi crab yang merupakan resepi tradisi Tuan Haji Shahrin Low. ATAU nikmatilah hidangan itik panggang yang halal tanpa was-was (biasanya hidangan itik panggang menjadi kegemaran golongan cina). Terdapat lebih dari 190 menu  untuk pelanggan menikmatinya disamping pelbagai minuman dengan harga yang berpatutan. Masakan disediakan adalah 100% masakan cina muslim yang berasal dari Selatan China. Aku sempat menjenguk ke dapurnya dan melihat beberapa pekerjanya adalah terdiri dari bangsa cina muslim dan hidangan yang aku pesan tiba dengan cepat sekali (Tak perlu ‘melengung’ lama-lama).

Haji Sharin yang telah lama memeluk islam juga merupakan ahli jawatankuasa Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA). Operasi Restoran ini di Jitra dikendalikan oleh pengurusnya iaitu En. Abu Daud Bin Abu Nasir. Segala pesanan boleh dibuat dengan menghubunginya di No. Tel: 019-506 5723/019- 463 7642 – Azmi

Restoran Hj Sharin

Lokasi ke Restoran ( Cari Pasaraya Aneka dahulu)

IMG_3751-horz

Antara menu yang ada

IMG_3763

Nasi Ayam Black Paper

IMG_3764

Nasi Udang Kong Pau

IMG_3765

Pengurus Restoran: En. Abu Daud – 019-506 5723

Lagi gambar masakan boleh layan di FACEBOOKNYA di bangi

Monday, December 10, 2012

Bukit Kelubi: Kayuhan Kebah Demam

IMG_3682

Tarikh :  Sabtu, 8 Disember  2012  
Mula/Akhir : 8.00am /10.30am
Mula : Anjung Kelubi, Jitra, Kedah Darulaman
Trek : Bukit Kelubi, Jitra, Kedah 
Jarak Kayuhan : ± 9.5 Km  (Naik & Turun)
Kehadiran: 10 Orang 
Coordinate: N6 16.154 E100 27.745 (@ puncak)

Hampir 2 minggu aku demam(demam tonsil = radang amandel). Deria rasa menjadi ‘kabur’, makan dan minum menjadi tawar (tiada rasa ‘gurih’), otot-otot menjadi lenguh. Alhamdulillah hari ini aku rasa kembali sihat lantas mencari sesuatu aktiviti bagi meregangkan semula otot-otot, mengeluar peluh memecahkan toksid.

Bersama 10 orang rider, kami menghala ke arah Bukit Kelubi mengayuh naik dan turun melalui ‘Zig Zag Trail’ . Laluan curam dan semakin teruk dan terputus dek hujan lebat. Tanah lapisan atas di alirkan meninggalkan batu-batu longgar terbungkin yang memberi cabaran semasa DH bukit ini. Tidak menghabiskan kayuhan ke ‘Trek Che Yeh’ (CP3) kerana perlu pulang awal untuk menghadiri kenduri.

Dengan hanya jarak kayuhan sejauh 9.5km sahaja dan mengakhiri kayuhan pada jam 10.30am.

IMG_3662

Permulaan: Mendaki

IMG_3667

2. Rehat dipuncak: sambil tunggu rakan

IMG_3672

3. Reward setelah penat mendaki: DH

IMG_3674

4. Batuan longgar, menggoyah kawalan

IMG_3679

OPPS..brek gejut dari

IMG_3685

Tudiaaa ..tanah runtuh

IMG_3689

Cabaran di sini - Kena tanggung

IMG_3700

meredah hutan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...