Translator

Sunday, November 25, 2012

Bukit Telipong: Deraan Fizikal Menguji Diri

IMG_3427

Tarikh :  Sabtu, 24 November  2012  
Mula/Akhir : 8.30am /12.05 tgh
Mula : KMK, Changloon Kedah
Rider: 9 Orang 
Jarak : ±20.4 km

Kesinambungan kayuhan ke bukit Telipong diatur sebagai satu persediaan kepada rakan yang akan ke  event ‘Kayuh Lasak X Rated yang bakal belangsung  minggu hadapan(2 Dis 2012). Seramai 9 orang rakan hadir untuk merasai kesukaran aku mencari laluan ini tempohari. Pelbagai rintangan yang perlu dihadapi. Dari laluan curam yang berbatu longgar akibat hakisan hujan, laluan semak dengan rumput liar menyekat jalan dan perit panas membakar diri. Sememangnya semangat dan minda diuji, kuderat terpaksa dikerah untuk mendaki, keberanian diperlukan untuk  menuruni,  laluan yang curam lagi licin. Laluan banyak yang terputus dan berlopak serta berbatu akibat hakisan air.

Panas dipuncak, redup dan hujan  di penghujung. Alhamdulillah semuanya selamat walau ada beberapa rakan yang jatuh akibat kelicinan.

Sebenarnya Bukit Telipong hanyalah setinggi 390 meter sahaja. Dari puncak dapat melihat panorama luas utara Kedah/Perlis. Dari pemerhatianku, banyak laluan yang boleh dicari lagi, bahkan bukit ini bersambung dengan laluan RUN10 (Perlis Jamboree 2010 lalu).

Lagi Gambar Di FACEBOOKku

Bkt Telipong

IMG_3425

Permulaan yang mendera

IMG_3434

The Magnificent Eight (egg)

IMG_3467

memujuk diri & rakan, meyakinkan kemampuan

IMG_3473

Fuhhh …

IMG_3474

Sesi penerangan teknik DH

IMG_3476

Membetulkan kedudukan, menetapkan posisi, mengira ketinggian

IMG_3457-horz

Memandang ke puncak … ishhh, bila nak sampai puncak nih

IMG_3487

Hadangan, ada yang gembira…

IMG_3512

Berjaga-jaga

Bkt Telipongzam

Tudiaaaa …. ada yang tergolek

Saturday, November 17, 2012

Citarasa Titi Gajah: Menikmati Makan Malam Di Kampung Halaman


IMG_3379

Tarikh  :  17 November 2012 
Lokasi  :  Lot 1137, KM10, Titi Gajah , 06550 Alor Setar, Kedah Darul Aman 
Coordinate: N6 11.927 E100 23.305

Satu ketika dahulu(25 Julai 2009) Persatuan Bonsai Kedah pernah bermesyuarat di sini dan aku sering ke sini semasa Hijrah Cafe menjalankan perniagaannya.  Setelah beberapa ketika, restoran ini  sedang diubahsuai dan sekembalinya aku dari Korea lantas melihat Restoran ini sudah dibuka, maka malam ini aku mengajak keluargaku untuk menjamu selera ke sana.

Restoran ini dibuka pada 08 November 2012 lalu dan dimiliki oleh seorang anak muda yang berwawasan,  Abu Bakar Zainal Abidin (cucu kepada  Allahyarham Tuan Haji Arshad (Pak Chat). Ianya  dibuka dari jam 4.00pm – 12.00 tgh malam. Menyediakan hidangan ala Melayu, Siam & Western. Pengunjung boleh mencuba hidangan istimewanya iaitu ikan Bakar, asam pedas dan nasi goreng pekasam Titi Gajah. Semasa menanti hidangan tiba, pengunjung akan diberi minuman air mineral berperisa pandan. Restoran ini mudah dicari kerana ia berada di simpang 3 untuk ke Lapangan terbang Sultan Abdul Halim

Dengan wujudnya Restoran ini memberi pilihan kepada aku dan rakan-rakan menikmati hidangan yang berkualiti dan yang pentingnya dekat dengan rumah. (Boleh menjamu kawan-kawan sementara menanti kapalterbang mendarat/berlepas).

Pihak mereka juga sedia menerima tempahan, sila hubungi 04-714 2129 En Abu Bakar/019-9573 141 – Noly

IMG_3375

Hidangan Istimewanya

IMG_3376-horz

Persekitaran yang tampak luas dan cantik

IMG_3395

Pemiliknya Abu Bakar (kiri)

IMG_3386-horz

Hidangan kami malam ni – western

IMG_3381-horz

Air mineral berperisa pandan dan minuman

Friday, November 16, 2012

Gunung Jerai: Cekal Hati Menguji Diri

IMG_3206

Tarikh :  Selasa, 13 November  2012  
Trek :  Trail Tangga Kenari, Gunung Jerai, Gurun, KEDAH 
Mula : Parkir,  The Regency Jerai Hill Resort
Fee: RM16.00 
Jarak : ±6 km jer

Sempena cuti Deepavali satu event telah diatur oleh saudara Nasrun yang dikenali sebagai “Enduro DH Gunung Jerai”. Berjaya menghimpunkan 51 peserta yang meliputi rider dari Jitra, Alor Setar, Sungai Petani, Kulim, Perlis, Pulau Pinang bahkan sahabat dari Kuala Lumpur(geng paraglider) juga turut bertandang.

Laluan Tangga Kenari di Gunung Jerai ini sangat popular di kalangan para hiker dan penggemar alam semulajadi. Laluan ini memberi satu perspektif baru kepada para downhiller yang sukakan kelainan dan adrenalin disamping menduga skill yang ada. Dengan batu-batu rock garden yang terbonjol, akar-akar besar berselirat menghadang, jalan yang curam lagi licin pasti akan menambahkan lagi nilai cabarannya. Aku pernah beberapa kali menuruni laluan ini namun kali ini agak mencabar kerana hujan petang kelmarin membuatkan laluan menjadi licin.

Kami bermula berkumpul di pekan Yan untuk bersarapan pada jam 7.30 pagi. Kemudian pada jam 9.00 pagi  memuatkan basikal kami ke dalam 2 buah lori dan semua rider diangkut naik dengan 2 buah van ke tempat permulaan iaitu parkir The Regency Jerai Hill Resort. Setelah selesai sesi foto, taklimat dan doa kami memulakan kayuhan pada jam 10.30pagi. Permulaan yang selesa dan sering bertembung dengan para hiker yang mengikuti laluan ini. Ia bukanlah satu pertandingan sesama sendiri tetapi lebih kepada bertanding dengan diri sendiri. Cabaran kepada  kemampuan diri dan kecekalan hati.

3 tempat kami berhenti untuk ‘regroup’. Di pondok terakhir kami mengikuti denai baru, single trek yang dibuka dengan kerjasama team Kedah/Perlis dan geng SP beberapa hari lalu.

1.50 petang kami semua selamat tiba kembali ke kawasan peranginan Titi hayun dengan seribu senyuman dan kepuasan walaupun amat meletihkan.

Lagi gambar di FACEBOOK

IMG_3179

Parkir persendirian di Rekresi Titi Hayun: kena bayar RM3.00

 

IMG_3207

kembar ?

IMG_3242

Memberi laluan …

IMG_3239-horz

IMG_3245

tidak mahu ambil risiko

IMG_3265

kelajuan terkawal

IMG_3278-horz

IMG_3281-horz

Akar yang berselirat menambah nikmatIMG_3285

Drop akar ..

IMG_3291

berhati-hati

jerai3

Hampir semua Team Great Advanture Bandung turun:  satu latihan gak ni

IMG_3312

langkah selamat

IMG_3327

Mandi-manda

Friday, November 09, 2012

Korea Selatan: Sinar Islam Di Seoul

IMG_2786

Islam merupakan agama yang minoriti di Korea. Namun, syiar Islam semakin hari semakin terserlah perkembangannya. Ada catatan mengatakan islam mulanya bertapak di Korea sejak kurun ke 9 lagi namun ia mula berkembang apabila askar Turki yang dihantar dibawah panji pasukan Pengaman PBB (1950-1953) yang turut mengajar tentang Islam kepada penduduk Korea.

Kini, penyebaran agama Islam di negara ini dijalankan oleh sebuah organisasi dakwah yang ditubuhkan dalam tahun 1967 yang dikenali sebagai Korea Muslim Federation (KMF). Ianya berpusat di Seoul Central Mosque dan berperanan sebagai badan yang menjaga kebajikan, dakwah dan pendidikan masyarakat Islam Korea. Masjid ini dibina dalam tahun 1976 dan merupakan masjid yang pertama di Korea. Ianya terletak dalam kawasan komuniti Islam iaitu Itaewon, Seoul. ( Hannam-dong, Yongsan-gu)

Kawasan Itaewon ini banyak terdapat peniaga-peniaga muslim dari India, Pakistan, Arab yang menjual makanan halal dan barangan pengguna. Sepanjang lawatan ke Seoul, kami sentiasa singgah ke kawasan ini untuk bersolat dan makan. Aku  agak cerewet tentang makanan dan amat peduli tentangi kehalalalannya, jadi kawasan ini sentiasa menjadi pilihan utamaku untuk menjamah makanan ala Pakistan/Arab seperti nasi, beriyani dan roti.

IMG_2581

IMG_2583-horz

IMG_2592

IMG_2750

IMG_2756

Hari –hari di Seoul dengan makanan Ala India & Pakistan

IMG_2764-horz

Solat Jumaat di Seoul Central Mosque

IMG_2777-horz

Suasana dalam Seoul Central Mosque

IMG_2772

Selepas solat Jumaat, ramai pelajar Malaysia yang berkumpul di sini

IMG_2790

IMG_2793

Afghanistan

IMG_2911

IMG_3082

Sepanjang jalan ini ramai peniaga Muslim

IMG_2798

Nama Restoran Malayu, tapi pemiliknya Arab(Mesir) Tukang Masak Indonesia

IMG_2875-horz

Makanan Arab

IMG_3079-horz

Makanan Turki, citarasa berlainan sekali berbanding kunjungan ku ke Turki 2010 lalu

IMG_2879

Sarapan pagi

Thursday, November 08, 2012

Kimchi: Makanan Peram Kegemaran Rakyat Korea

IMG_2530

Kimchi adalah makanan kegemaran rakyat Korea. Ia diperbuat dari sayuran yang diperap yang terdiri dari kobis, lobak, garam, serbuk cili, green onion, bawang puteh, halia, sos ikan dan lain-lain lagilah. Menurut Health Magazine Kimchi adalah antara World's 5 Healthiest Foods. (Lentils, Yogurt, Natto & Olive Oil). Kaya dengan Vitamin A, B1, B2, C, Niacin, Lipid, Protin, gula dan lain-lain lagi. Proses pemeraman menghasilkan banyak bakteria berguna iaitu lactobacillus yang sangat baik untuk proses penghadaman. Ianya berguna untuk mencegah kanser kolon. Kandungan fiber dalam kimchi dapat menurunkan bad cholesterol di dalam darah kita.

Aku diberi peluang untuk mempelajari cara-cara membuat makanan ini di sebuah pusat @ sekolah khas yang terletak di Myeongdong, Seoul. Penerangan dan tunjuk ajar diberikan dengan lengkap dari asal-usul, bahan dan sebagainya. Kebersihan pembuatan amat dititikberatkan dimana kami perlu memakai apron dan sarung tangan semasa membuatnya. Kami juga diberi peluang merasai kimchi sotong(mentah)..hmm rasanya sedap jugak. Untuk makluman terdapat lebih dari 100 jenis kimchi di Korea ini.

Selepas itu berpeluang mencuba pakaian tradisional Korea yang dikenali sebagai ‘hanbok’

IMG_2531-horz

IMG_2532

_MG_2217-horz

‘Perkakas’ membuat Kimchi dan tunjukajar dari Aweks

IMG_2543-horz

IMG_2552

Hasil kerjatanganku

IMG_2553-horz

Pakat merasai keenakkan ‘kobis perap’

IMG_3089

Kimchi halal

IMG_2563-horz

Bergaya dengan Pakaian Tradisional Korea

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...