Translator

Monday, September 24, 2012

Bukit Telipong: Misi Mencari Buat Menambah Koleksi

IMG_1752

Tarikh : 22 September 2012  
Masa : 8.30 Pagi (mula) 12.30 tgh (tamat) 
Jarak : 20.4 km
Rider : Pudin TTG, Adi Hariman, Mohd. Noor, Khairil Adli & Zol
Trek  : Bukit Telipong, Changloon, Kedah Darul Aman

Mewujudkan pasukan pencari yang kecil tetapi berkesan dan akhirnya dapat menawan bukit ini. Laluan yang dicari bagi menambah koleksi trek yang boleh dikongsi. Aku pernah ke sini bersama saudara Tandope. Baca catat ini  (Bukit Telipong:  Harapan Awal & Bukit Telipong: Pusingan Pertama) untuk sedikit maklumat awal.

Kayuhan hari ini diatur setelah saudara Mohd. Noor mengusulkan hasratnya untuk ke sana bagi mengisi aktiviti mingguan. Kami bermula dari kampung Lembah Palas, Changloon menuju ke kampung Baru dan memasuki laluan madrasah (lama) Nasyanbandi dan terus mendaki. Wow! kini kawasan ini sudah ditumbuhi dengan pokok getah. Walaubagaimanapun kawasan atas sudah diterangani. Setelah bersusah payah mendaki dan mencari ahirnya kami berada di permatang(ridge). Disini kerja-kerja pencarian menjadi semakin mudah. Pada ketinggan >390 meter jelas dapat melihat 2 negeri dan sayup memandang ke arah laut, UniMap, Politeknik, Ladang tebu, Kodiang, Tunjang dan Changloon.

Setelah penat mendaki maka ‘reward’ pasti menanti. Laluan menurun yang sedikit curam dipenuhi batu-batu longgar, rock garden dan single trek yang sungguh mengujakan. Di penghujung laluan ada dusun dan charok(anak sungai) dan di sini kami melepaskan lelah sambil membuka bekalan nasi lemak yang dibawa. Masih banyak lagi laluan yang boleh diterokai. Namun Alhamdulillah dengan penemuan trek ini, setidaknya dapat menggantikan trek Hosba yang bakal di cerahkan untuk pojek tanaman semula.

Lagi Gambar di FACEBOOK

Bkt Telepong

IMG_1678

Di Tapak permulaan

IMG_1683

2 tahun dahulu aku bergambar di sini gak

IMG_1688

Hutan buluh dibakar ditanam dengan anak getah

IMG_1689

Cabaran awal

IMG_1701

Pasukan merisik: dari kiri: Zol (ACM), Adi Hariman, Adli, Cikgu Fisol, Mohd Noor dan Pudin

IMG_1707

Dibelakang sana ladang tebu

IMG_1721

Huh … cuaca yang menarik

IMG_1732

Nasib baik pancit disini

IMG_1754

teres yang indahdi bawah. Dok kira nak ragaih bukit mana plak

IMG_1756

KoK Deng dibelakang sana

IMG_1760

Nak turun ikut mana nih?

IMG_1768

kawasan dusun: membuka bekalan

IMG_1773

Akhirnya.. jalan pulang dijumpa

Sunday, September 23, 2012

Saturday Night Ride: Kayuhan Santai Yang Meriah & Menarik

IMG_1659

’ALOR SETAR SATURDAY NITE RIDE 2012’

Tarikh : 21 September 2012  
Masa : 8.00 Malam 
Jarak : 15 km
Mula Lokasi: Menara Alor Setar
500 Peserta

Kayuhan yang berkonsepkan Family Funride. Tourism Malaysia Kedah dengan kerjasama Majlis Bandaraya Alor Setar menganjurkan program ini. Ia dibawakan oleh Danish Event Management.

Tujuan program ini adalah untuk memperkenalkan aktiviti pelancongan berbasikal di Bandaraya Alor Setar dan menjadikan acara berbasikal sebagai pakej pelancongan serta memupuk semangat bersukan di kalangan warga Malaysia khususnya para remaja. Ianya disertai oleh kelab-kelab berbasikal sekitar Alor Setar dan lain-lain kawasan, agensi-agensi kerajaan, pelajar-pelajar dari institusi pendidikan di Kedah serta seisi keluarga.

Jam 8.00 malam kayuhan bermula yang di ‘flag off’ oleh Datuk Chong Itt Chew (Ganti Dato’ Seri DiRaja Mahdzir Khalid). Bermula di Jalan Istana Kuning, melalui hadapan Masjid Zahir menuju ke Persiaran Sultan Abdul Hamid melalui Lebuhraya Sultan Abdul Halim dan kembali berkumpul  ‘refreshing’ dengan minuman ringan di hadapan Pekan Rabu. Kembali mengayuh mendaki jejambat jalan Langgar memasuki Jalan Sultanah dan kembali ke menara Alor Setar.

Berbagai gaya dan ragam pengayuh kelihatan dan sesuai dengan temanya family ride, ramai sahabat yang turut membawa keluarga dan anak-anak umtuk kayuh bersama. Aku juga membawa keluargaku ke menara sahaja. Pertunjukkan pentas dan lain-lain turut dihidangkan.

Sesungguhnya sesekali seronok mengayuh dalam program sebegini, santai dan menghiburkan. Lagipun bukan senang nak kayuh dalam bandaraya Alor Setar tanpa ganguan lalulintas.

Dengan bayaran RM10.00 berbaloilah dapat baju, air mineral, no. plet, buah epal, makan malam dan peluang untuk cabutan bertuah.

Saturday Nite Ride

Laluan kayuhan

IMG_1649 IMG_1645

Aku dan keluarga Bonyamin berlatarkan menara Alor Setar

IMG_1651

Art di hadapan Masjid Zahir, mana Art TTBC?

IMG_1652

Ustaz Raja – berlatarkan Masjid Al Ghuffran

IMG_1654

Ustaz Raja & Cikgu Fisol – Depan Kereta Kuda

IMG_1657

Rosma, Hanif, Ustaz Raja dan Hashim

IMG_1658

Putra Shariman, Jazkun & Cikgu Fisol

IMG_1661  IMG_1662

IMG_1666  IMG_1669

Pelbagai gaya & ragam

IMG_1671

Adi Hariman & keluarganya

IMG_1675

Man & anaknya

IMG_1672

Tok Megat & Mizi Kulim (Danish Event)

Saturday, September 22, 2012

Restoran Mekah: Juadah Ala Arab Di Alor Setar

IMG_1396

Alamat: No. 38 Taman Bandar Baru, Mergong  
             05150 Alor Setar, Kedah Darul Aman 

Telefon: 019-386 1769

Coordinate: N 06 07.843 E 100 20.510

Nasi Mandhi(Arabic: المندي‎) adalah nasi kukus @ nasi wap . Ada juga yang menggelarnya nasi kubur kerana asalnya dimasak dalam tanah yang diperbuat dari batu atau tanah liat dan ditutup rapat dengan bara api. Ianya dikatakan berasal dari Yaman. Nasinya dari beras panjang bermutu (Basmathi) yang dimasak bersama Ayam atau Kambing dan bebrapa rempah. Ia dihidangkan bersama dengan ‘sos tomato’, sayur-sayuran dan adakalanya dihidangkan bersama sup(rebusan ayam/kambing).

Restoren Mekah diasaskan oleh 2 orang sahabat iaitu Ustaz Nasir dan Ustaz Bihaki pada bulan Julai 2011. Pada bulan November 2011 lalu Ustaz Bihaki mengambil alih sepenuhnya perniagaan ini. Dengan pengalamannya yang dibesarkan di Mekah( bersekolah di sana hingga  ke peringkat Universiti di Mekah) beliau telah mempraktikkan cara masakan Mekah di sini. Walaupun sibuk menghabiskan pengajian Sarjananya di Insaniah, namun beliau masih dapat membahagikan masanya mengurus restoran ini.

Restoren ini juga menghidangkan masakan Arab seperti Laham Mafrum(daging kisar), Syaksyukah (Telor kisar), Kibdah Dajaj, Syaurma Dajaj yang boleh di makan dengan roti arab. Keistimewaan Nasi Mandhinya adalah pada isi kambing (biri-biri) yang lembut dan pastinya sedarpppp.

Restoran ini dibuka hari Sabtu – Khamis dari jam 12.00 tgh – 10.00 malam. Cuti pada hari Jumaat

Restoran ini juga menerima pesanan/tempahan. Hubungi Ustaz Bihaki di:- 019-386 1769

Catatan Restoran Makanan Arab Di Alor Setar:

 

Restoran Mekah

Restoren ini terletak berhampiran dengan Tesko Mergong. Masuk ke Persiaran Bandar Baru Mergong lebihkurang 150 meter buat pusingan U dan belok ke kiri setelah 50 meter dan terus hingga ke penghujung dan kelihatan Kedai Amway yang berselang 4 pintu sahaja darinya.

IMG_2767

Restoren Mekah : Kelihatan geng team Jitra di Restoran pada Julai 2011 lalu

IMG_2763

2 Sahabat yang berkongsi membuka Restoran ini. Ustaz Bihaki(kiri) dan Ustaz Nasir(sedang mengalunkan lagu Arab dengan gambus): Gambar Julai 2011

 IMG_1395

Pemandangan dalam Restoran

IMG_1398

Perghhhh …Nasi Mandhi kambing

IMG_2758

hmmm Laham Mafrum

IMG_1406

Ustaz Bihaki Bin Abdul Aziz Al Fatani

IMG_1409

Pelajar Arab Saudi sering mengunjungi Ustaz Bihaki

Friday, September 21, 2012

Kasturi Syifa: Wangian Sunnah, Terapi Jiwa

IMG_1373

Gangguan dari Jin dan Syaitan boleh berlaku dalam pelbagai bentuk dan cara. Kadangkala apabila kita leka atau nipisnya ‘benteng’ diri maka mudahlah ia ‘memasuki’ ke dalam diri kita. Sekiranya amalan-amalan kerohanian seumpama amalan fardu dan sunat (sunnah) dititik beratkan/ditingkatkan, INSYAALLAH boleh mencegah gangguan ini. Sebagai satu ikhtiar,  minyak wangi boleh digunakan sebagai bahan(medium) untuk tujuan di atas. Memakai wangian adalah sunah dan sebaik sebaik haruman adalah kasturi (riwayat muslim).

Wangian KASTURI SYIFA keluaran Cinta Aroma Enterprise adalah pilihan yang boleh digunakan. Ianya ditilawahkan 30 JUZUK AL-QURAN oleh huffaz yang terpilih (diiktiraf oleh panel perawat), diruqyah dengan ayat ayat ruqyah, DOA SYIFA', Al Mathurat, Al Muawwizat, ASMA UL HUSNA, selawat tafrijiyyah dan lain-lain lagi disamping memohon kepada Allah Taala melalui solat hajat.

Selain dapat memberi keharuman, INSYAALLAH boleh digunakan sebagai ‘benteng’ (Dengan Izin Allah SWT) dari gangguan manusia,syaitan,jin dan pelbagai lagi. Malah MENCANTIKKAN AURA TUBUH BADAN. Bahkan boleh menenangkan jiwa bila dihidu.

Aku selalu menggunakan wangian ini apabila sering mengayuh atau memasuki hutan. Disamping memakainya sebagai mnenggantikan minyak wangi jenama tersohor dapat juga menyumbangkan ekonomi ummah.

Cara pemakaiannya

  1. Berdiri menghadap kiblat, tarik nafas perlahan-lahan, santai dan tenang.
  2. Beristigfarlah dan mulai membaca Ummul Kitab Al-Fatihah.
  3. Berselawat 3x dan gemakan niat atau Doa ketika mulai menyapu kasturi.
  4. Gemakan niat seperti : “Ya Allah jadikanlah usaha ku yang sedikit ini asbab kepada penyembuhan ke atas rohani dan jasmani ku”.
  5. Kemudian hidu lah bau Kasturi itu sedalam-dalamnya.

Sebagai Perisai Diri / Shield (Aura Protection)

  1. Mulai menyapu kasturi pada kedua-dua belah kening dan dibelakang telinga
  2. Sapu dibahagian bahu kiri dan kanan
  3. Tangan (urat nadi) di kiri dan kanan
  4. Sapu juga pada leher serta hidulah bau Kasturi itu sedalam-dalamnya.
  5. Sekiranya terdapat kanak-kanak yang sering menangis di tengah malam, sapukan sedikit pada belakang telinga dan ubun-ubun kanak-kanak tersebut

Sebagai Perlindungan tempat kerja, rumah dan tempat peniagaan

  1. Sebaik-baiknya digunakan bersama air yang telah siap diruqyah dengan Ayat Al-Quran dan sebagainya.
  2. Sediakan satu bekas yang telah di isi dengan air, sapu Kasturi Syifa’ pada jari telunjuk
  3. Mulai dengan masukkan jari ke dalam air tersebut dan kemudian pusing air itu tadi dengan jari anda mengikut pusingan tawaf (Anti-Clockwise)
  4. Gemakan niat ketika itu, seperti “Ya Allah jadikanlah usaha ku yang sedikit ini asbab kepada terlindungnya diriku daripada kejahatan manusia dan jin”.
  5. Baca 3 qul pada air kemudian hembus perlahan-lahan.
  6. Masukkan ke dalam botol spray kemudian spray lah di dinding rumah atau di ruang pejabat atau di tempat-tempat perniagaan.

Maklumat lanjut boleh di lihat di www.kasturi-syifa.com

Kini Wangian ruqyah syariayah mempelbagaikan haruman dengan keluaran baru iaitu: -

As syafi - xtract ros : Ramai kaum hawa memilih wangian ini 
Al Kafi   - xtract gaharu : Lelaki gemar bauan ini
Al muafi - xtract bunga-bungaan (floral) : Pilihan kaum lelaki

Ust RajaUstaz Raja Azriffuddin Bin Raja Azam adalah Stokis Kedah Utara terutama kawasan Jitra. Pesanan melalui pos/temujanji boleh dibuat dengan menghubunginya di 017-3636 779

Al Anwar Al Quran Centre
Taman Darul Aman, Jitra
Kedah Darul Aman

Harga jualan sebotol (4ml) ialah RM35.90 (Semenanjung) / RM37.90 (Sabah/Sarawak).

Pengalaman ustaz Raja merawat dengan penggunaan wangian Kasturi Syifa ini boleh di baca di FACEBOOK ini (KLIK)

 

IMG_1371

As Syafi

IMG_1372

Al Muafi

IMG_1377

Al Kafi

Tuesday, September 18, 2012

Kayuhan Rentas Sempadan: Menguji Kemampuan, Menggarap Pengalaman

IMG_1555

Tarikh : 15 – 16 September 2012 
Kehadiran: 35 Orang 
Anjuran: Sungai Petani Cycling Club (SPCC)

Jarak Kayuhan: Hari Pertama => 150km 
                            Hari Kedua => 75km

2 hari, 2 Negeri, 2 Negara …

Sempena cuti hari Malaysia, kayuhan anjuran SPCC ini melibatkan rider dari Kedah/Penang/Perak seperti SPCC, JCyC, KORT, GMC Penaga, Pengkalan Hulu dan individu …… mengerah tenaga,menghela nafas menghala ke jiran tetangga(Betong Thailand).

Aku , Art TTBC & Art Iron Fox bertolak dari rumah jam 5.30am. Parkir kereta di Kelab Cinta Syang dan mengayuh sejauh 8km ke tempat berkumpul di Petronas Taipan Square Sungai Petani. Selepas doa dan taklimat kami memulakan kayuhan pada jam 8.00. Kayuhan melewati pekan Kuala Ketil dan seterusnya memasuki Lebuhraya Kupang-Gerik. Berhenti di Caltex Kupang buat melepas lelah sambil menyegarkan badan. Kemudian cabaran bermula dengan menempun pendakian yang merentasi buit-bukau di Banjaran Bintang ini. Ku lihat lori pun meleret mendaki apatah aku ini, 10 gear penuh telah diengagekan, dengan kekuatan 2 lejang aku mengusahakan sehingga ke R & R Kuala Rui (nasib Baik regroup di sini). Apa yang menarik di sini adalah pemandangannya indah, sejuk dan sign board rusa melintas di beberapa lokasi.  15 minit berehat dan kayuhan bersambung di jalan yang turun-naik sehingga ke Restoran Kari Kepala Ikan Salim. Seusai menjamah makan bagi menambah tenaga, jam 1.30pm kami mula bergerak menuju kampung lalang/Nenering yang ternyata lebih mencabar  Dipertengahan jalan disimbah hujan yang membuat aku dan beberapa rakan diserang kekejangan otot….

Semua rider berkumpul di Bukit Dangdut sebelum berjemaah memasuki sempadan dan terus ke kedai Amin Betong(5.00pm). Beliau menghidangkan lengkong ais buat penghilang dahaga. Untuk bermalam, kami mendapat bilik berdua yang agak selesa di Patana House.

Day 2 – 16 September 2012: Hari Malaysia

Selepas sarapan, jam 9.00 pagi kami bergerak keluar ke pos sempadan. Seusai urusan imigration dan sesi bergambar, jam 10.00 pagi kami mula berkayuh menuju pekan Baling dan pastinya adrenalin teransang semasa DH gunung Inas, Kami berkumpul dihadapan Pejabat Tanah Baling(10.45pagi). Selepas ini kami bergerak dalam kelompok dan berhenti untuk regroup di Petronas Kuala Ketil(12.20tgh). Alhamdulillah selamat tiba di Petronas Taipan Square pada jam 1.05tgh

Jarak keseluruhan kayuhan ±235km namun meter basikalku hanya menunjukkan 201km(heh heh)Sesungguhnya ini adalah pengalaman pertamaku mengayuh jarakjauh dengan RB. Banyak cabaran yang menguji kesabaran dan minda. Banyak perkara yang ku pelajari secara langsung/tidak langsung. Sekurang-kurang teknik dan setting basikalku sudah diselaraskan pada kedudukan yang hampir sesuai. Terimakasih kepada SPCC terutama Bang Li, cikgu Fisol(Banyak memberi nasihat dan petua), sahabat-sahabat JCyC dan semua rakan kayuhan yang terlibat.

Lagi Gambar di FACEBOOKKU

IMG_1413

Art & Art

IMG_1419

Geng Jitra mari

IMG_1424

Memulakan acara dengan bacaan doa: Fuad Waksa

IMG_1431

Masih gaya XC

IMG_1437

IMG_1442

Cabaran bermula @ Lebuhraya Kupang/Grik

IMG_1474

Lunch @ Restoran Kari Kepala Ikan Salim, Simpang Gerik

IMG_1501

wa respek lu la Matkri… @ Di Bukit Dangdut

IMG_1516

Urusan Imigresen: – Border pass/Passport

IMG_1533

Di Kedai Amin Betong, pekena cincau ais

IMG_1556

Gambar kenangan

IMG_1581

Oppss tayar pancat

IMG_1601

1.05tgh Selamat tiba di Petronas Taipan Square Sungai Petani, Kedah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...