Translator

Thursday, July 26, 2012

Masjid Jin: Antara Realiti & Misteri

IMG_1279

Lokasi : Jalan Panchang Bedena
Panchang Bedena, 45300 Sungai Besar, Selangor
Coordinate: N 03 41.725’ E 100 57.612’

Pernah mendengar tentang masjid Djin? Yang nyata, aku dengar dari Sirah Rasululullah SAW mengenai sekumpulan Jin yang terpesona dengan bacaan quran dari Rasulullah lantas mereka memeluk islam. Untuk memperingatkan pengislaman kumpulan Jin ini Rasulullah telah membina masjid khusus dan dikenali sebagai Masjid Al Jin. Terletak ±1 km sebelah utara dari Masjidil Haram dan di Barat makam Ma’la . Ia juga dikenali sebagai Masjid Haras(Penjaga). Di Masjidil Haram pula, ada satu lagi tiang unik yang dipanggil ‘Tiang Jin’. Ketika Masjidil Haram sedang dibina, tiang jin tersebut telah dicari oleh jin untuk dipasang di masjid tersebut. Mereka yang boleh jumpa tiang ini mungkin boleh nampak alam jin. Kononnya siapa memeluk tiang jin ini semasa orang lain wukuf di arafah akan menjadi tuan jin. (Tok sah dok buat kot, khurafat tu)

Di Indonesia juga ada masjid yang dibina oleh Jin. Di Malaysia tidak kurang juga cerita-cerita misteri yang dikaitkan dengan jin ini. Tapi fokus aku ialah ke sebuah kampung di Sungai Besar yang mana masjidnya dikaitkan dengan Jin. Kebetulan melalui kawasan Sungai Besar lantas aku singgah ke Kampung Panchang Bedena bagi melihat senibina lama sebuah masjid yang kini di letak di bawah seliaan Muzium negeri Selangor (atas keunikkan senibinanya). Masjid ini mula dibina sekitar tahun 1905 dengan melalui beberapa perubahan dan tambahan. Kini ia dibina semula dan diperbaharui dengan mengekal ciri-ciri traditional. Tidak pasti samada ia masih digunakan lagi oleh penduduk.

Ia dikaitkan dengan misteri dari cerita penduduk kampung(kononnya) yang pernah bersua dengan makhluk yang dipercayai Jin dan mendengar zikir dialun dari masjid ini pada waktu malam. Cerita misterinya pernah dimuatkan dalam majalah bercorak kisah misteri iaitu Variasari pada Bulan Julai 2004. Entahlah, aku tidak mau mengiakan atau menafikan kerana Jin adalah makhluk Allah dan ada juga yang beriman. Seperti Firman Allah : Tidaklah Kami ciptakan jin dan manusia, kecuali untuk beribadah kepada-Ku." (Adz-Dzariyat [51]: 56).

Aku berminat dengan senibina lama dan sering merakamkan gambar-gambar masjid atau rumah lama sebagai sebahagian dari koleksiku jadi sudah semestinya masjid ini menjadi salah satu subjekku. Aku meninjau keseorangan ke kawasan dan masjid ini dengan menghayati senibina dan mengambil beberapa keping gambar, cuma pada satu ‘tempat’ bulu ‘kudukku’ meremang secara tiba-tiba… WALLAHUAKLAM.

Peta sungai Besar

Peta lokasi: Klik gambar untuk pic lebih besar

_MG_1630

Masih kelihatan pembesar suara

_MG_1647

Tampak dari verandahnya

_MG_1632 _MG_1634

Senibina yang diperbaharui/perbaiki

_MG_1642

Gambar lama: Masjid ini pada tahun 1905

_MG_1640

GAmbar lama: pembinaan masjid baru kot?

Saturday, July 21, 2012

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan, Selamat Datang RB

 

Tarikh: 21 Julai 2012 – Hari Sabtu

Ramadhan datang lagi. Musim ibadah yang menjanjikan Rahmat dan keberkatan kepada yang beramal. Bulan yang mulia, yang di dalamnya diturunkan Al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Dikesempatan ini aku menasihati diriku dan rakan-rakan untuk menggunakan kelebihan yang ada dalam bulan ini untuk mendidik kembali nafsu disamping melipatkan ibadah serta aktiviti yang mulia.  

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK

Pada tahun ini permulaan Ramadhanku adalah di perantauan

Kedatangan Ramadhan juga bermulalah era aku menceburi ke dunia RB. Bukanlah aku mengejar kelajuan tetapi cuba memahami dan merasai kepelbagaian jentera 2 roda tanpa enjin ini. Walaubagaimanapun  aktiviti MTB dan DH tetap seiring. Ini kerana aku bermula dengan MTB dan seharusnya tidak melupakan jatuh dan bangunnya dunia  MTB. Aku masih mempunyai beberapa agenda yang bakal dilaksanakan seperti Great Adventure - Bandung 2013 dan seterusnya pencarian trek sekitar Jitra.

Sebagai permulaan aku hanya menggunakan RB Jenama Polygon 2012 model Helios 500 yang didatangkan dengan komponen Shimano 105 yang aku rasakan sesuai dengan keperluan dan kemampuan aku.

image
Art TTBC
Sebelum ni sentiasa dok ikut geng ni.. Mana tahan >35km/h
Koleksiku: Si Putih/Emas(RB) bersama-sama Si Puteh/Merah(HT) & Si Puteh/Biru(FS)

Friday, July 20, 2012

Durian Batu Kurau: Menikmati Rasa, Aroma & Suasana

IMG_0468

Tarikh : 20 Julai 2012, Jumaat (sehari sebelum Ramadhan 1433H)
Lokasi : Kampung Sempeneh Chempaka, Batu Kurau, Perak, Malaysia 
Coordinate: N4 55.181 E100 49.589

Batu Kurau merupakan sebuah kawasan pengeluaran durian yang terkenal. Duriannya memang sedap dan  terkenal sehingga kisahnya pernah disiarkan dalam Majalah 3 dan 360

Dari Rancangan 360

Pada tahun ini, pengeluaran buah duriannya bermula sejak  Jun lalu dan akan berterusan sehingga bulan Ogos/September 2012. Semasa aku ke sini pada awal Jun lalu,  durian baru dok ‘belajar luruh’, buahnya pada masa tersebut mahai laa (±RM5 sebiji). Sekarang buah tengah ‘jenoh’ harga pun dah turun(± RM2.00) dan dalam puasa rasanya harga akan turun lagi.

Aku berkesempatan mendekati salah seorang peraih yang agak terkenal di kampung Sempenah Chempaka iaitu Pak Yeh. Melihat bagaimana durian/manggis/pisang dan lain-lain hasil kampung dikumpulkan di halaman rumahnya dan diborong oleh peraih untuk dihantar ke Singapura. Khabarnya setiap hari lori berulang alik menghantar buah ke sana sebanyak ± 11 tan. Birasku memaklumkan bahawa pendapatan pekebun boleh mencapai antara RM5,000 – RM30,000 semusim(mungkin lebih lagi) bergantung kepada keluasan. Ada pekebun yang mengusahakan sendiri (mencari, memungut, mengangkut dan menjual) dan ada juga yang memawahnya dengan kadar samarata dengan pihak tertentu. Buah-buah yang dijual dikelaskan mengikut saiz dan keadaan(elok). Aku cuba mendapatkan maklumat tentang klon buah di sini, namun mereka pun tak pasti apa nama klon. Dari  semakan aku ada beberapa klon yang pernah didaftarkan(Klik).

Walaupun pelbagai klon diperkenalkan, walau pelbagai nama yang ditonjolkan, namun durian Batu Kurau mempunyai keistimewaannya tersendiri. Duriannya adalah durian asli, durian kampung dan bukanlah klon hibrid. Rasanya yang sedap lemak manis, isi yang tebal bertekstur halus dengan warna kuning menarik (ada juga yang berwarna kuning air/lembut). Keistimewaan itulah yang menjadikan ia sebagai salah satu kawasan pengeluar durian terbaik di Malaysia.

IMG_0462

Bermalamku di sini sebelum ke KL

IMG_0474

Pak Yeh sedang menyemak akaun dan daftarnya. Dengan motor(dibelakang) beliau ke Kedah tempohari

IMG_0471 IMG_0478

Antara produk tempatan

IMG_0482 IMG_0489

Buah-buah dikelaskan dan diisi ke dalam raga sebelum dimuatkan ke atas lori

IMG_0491

2 Pekebun/Penjual muda yang ‘menolak’ durian kepada Pak Yeh

IMG_0495

Suasana pagi hari. Pekebun memungut hasil untuk dijual kepada peraih

IMG_0509

Pada musim ini apabila memasuki kampung pasti terhidu aroma durian

Monday, July 16, 2012

Jamboree SAZA: Harapan dan Kejayaan

IMG_0392

Tarikh : 14 Julai 2012(Sabtu)
Mula : 07.30 Pagi
Lokasi: Tasik Darulaman Perdana, Bandar Amanjaya, Sungai Petani, Kedah 
Jarak Kayuhan : ± 42 Km  
Coordinate: N5 38.959 E100 32.867

Jamboree anjuran Kelab SAZA, SP dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Ia berjaya menarik lebih dari 1,400 orang peserta dari seluruh Malaysia menyertainya. Ia adalah Jamboree ke 3 yang aku sertai dalam tahun ini. Team Jitra yang berdaftar di bawah Gerek Baru menghantar penyertaan seramai 17 orang.

Pada Jamboree ini aku mensasarkan untuk menamatkan kayuhan sebelum jam 10.15 am.  Aku membawa Si ekor keras, Sang Morewood. Amat jarang aku membawa HT dalam mana-mana Jamboree atau offroad. Namun apakan daya harapanku hampa kerana takdir menentukan, rantai basikalku terputus pada km 15, keadaan ini menyebabkan aku terpaksa menukar rentak kayuhanku kepada santai sambil melayan dan menemani rakan dan sahabat pula. Jamboree ini juga mungkin adalah satu ‘penilaian’ku sebelum beraleh ‘genre’(??)

Secara keseluruhannya aku amat berpuashati dengan penganjuran ini. Ia antara yang terbaik pada tahun ini. Aku sendiri hadir ke surau/bilk gerakan dan melihat cara mereka bekerja. Cantik gaya pengurusan dan Team SAZA mendapat kerjasama yang baik disamping mempunyai azam yang kuat. SYABAS DAN TAHNIAH

Trek

Amat bersesuaian dengan slogan Jamboree iaitu ‘Santai & Mencabar’.  Hampir 90% adalah offroad, 10% onroad. Bagi aku trek ini sesuai untuk pelbagai lapisan. Treknya cantik dan menarik ditambah dengan cuaca yang redup membuat kayuhan tidak meletihkan. Ada beberapa drop yang melalui kawasan anak sungai kecil. Cabaran DH dibukit Digi(116m) dan Bukit Pengsan dan Bukit Apollo(122m) .  Beberapa rider jatuh semasa DH di sini akibat laluan licin dan juga batuannya yang longgar. Aku hampir sahaja melanggar rider yang jatuh dihadapanku, nasib baik pakai HT. Pendakian yang mencabar adalah di bukit Pengsan yang ketinggiannya ± 125m(Bukit yang tertinggi)

Terdapat 4 CP iaitu di permulaan, km11, km22 dan km36. Akses yang mudah, laluan sentiasa di pantau oleh pasukan bermotosikal dan marshall yang ramah dan tidak jemu-jemu menasihati akan bahaya dan risiko dihadapan.

Makanan & Minuman

Terdapat 2 Feeding Point , pada FP1 disediakan air mineral, pisang dan suntonic dan di FP2(CP4) minuman juga disediakan. Tiada rungutan dari rider mengenai minuman kerana aku melihat banyak air disediakan. Cuma makan tengahari, lauknya sudah habis awal. (kesian kat kawan aku tu). Aku difahamkan penganjur buat kenduri dan jemput semua makan. Itu suatu langkah yang baik tetapi sebaiknya ada petugas mengawal agihan lauk kerana ada yang ambik berlebihan.

Hadiah & Cabutan Bertuah

Aku bergegas pulang awal kerana ada sedikit hal. Dimaklumkan 3 orang sahabat dari Team kami berjaya memenangi cabutan bertuah(Alhamdulillah) dan Ustaz Raja memaklumkan bahawa no. plet aku juga bertuah, tapi …….

Layan gambar dibawah - Lagi gambar di FACEBOOK

Peta Jamboree SAZA

IMG_0278

Antara Yang berusaha dan menjayakan. Sebelum acara bermula. Persiapan ‘marking’  trek

IMG_0292

CP1

IMG_0307

Bukit Digi

IMG_0328

CP2 @ KM11

IMG_0332 IMG_0338

IMG_0341

Licin di sini

IMG_0344

IMG_0345

Ahhh.. rantaiku putus. Nasib baik Bang Ronn membantu

IMG_0351

Melintas sungai

IMG_0365

FD 1 @ KM22

IMG_0368

Mad karan .. antara orang kuat Jamboree SAZA.

IMG_0375

Bukit Pangsan.. mengagahi kudrat yang ada

IMG_0378

CP3: menghela nafas lega, seketika

IMG_0387

merenung azab di hadapan: 2km jer

IMG_0389

Ini Ubatnya: Aku jadi medic & sweeper

IMG_0394

IMG_0402

CP4 @ FP 2 @KM36

IMG_0408

Wow kagum …

IMG_0439

Menuju penamat.. letih & sakit diserang mengkarung

Monday, July 09, 2012

Bukit Kelubi: Puncak Yang Indah DH Yang Resah

 

IMG_0159

Tarikh : 7 Julai 2012 (Sabtu)
Mula : 07.30 Pagi
Lokasi: Trek Bukit Kelubi, Jitra, Kedah 
Jarak Kayuhan : ± 12.5 Km 
Rider: 24 Orang 
Coordinate: N6 16.154 E100 27.745 (@ puncak)

Hari ini geng Jitra, Alor Setar, Penang dan Perlis (GTG, Cilista dan individu) tampil bagi menikmati acara yang dikenali sebagai ‘Double Pleasure Ride’ . Kayuhan yang  diatur oleh saudara Md. Nasron dan berjaya menghimpun 24 orang penunggang sepeda bukit dari negeri berjiran. Keazaman dan kecekalan dan rasa tanggungjawapnya sebagai penganjur hingga sanggup tampil meraikan rakan-rakan walau baru menerima bayi(semalam). Tahniah diucapkan kepada saudara Nasron atas ‘komitmen’nya itu.

Bukit Kelubi diterokai oleh saudara Nasron bersama team Redflag(termasuk aku) sekitar penghujung tahun 2009 lalu. Berada dibelakang Taman Tunku Sarina dan terletak dalam kawasan hutan simpanan Bukit Payung yang mana masih ada lagi puncak lain seperti Bukit Sapi(330 m), Bukit Haji(360m), Bukit Payung(330) dan Bukit Lalang dan lain-lain lagi. Hutan sekitarnya sudah mula diterokai dan dicerahkan untuk tanaman getah oleh penduduk tempatan. Penerokaan ini secara tidak langsung mewujudkan banyak denai-denai baru yang ada potensi untuk diterokai. Ketinggian trek ini  sekitar 295meter sahaja. Diatas panorama indah yang jelas menampakkan keselurahan pekan Jitra, Kepala Batas, Wang Tepus, Tunjang dll. Wah! sekian lama kami tidak kesini (hampir setahun). Trek ini salah satu pilihan kayuhan mingguan kami dan menjadi sebahagian dari  rutin kayuhan malam terutama pada bulan Ramadhan(time ni hantu iblis kena tambat..tu yang rajin naik ke sini malam-malam  hi hi).

Di kenali sebagai ‘Double Pleasure’ kerana peserta akan menikmati penat dan adrenalin turut meningkat di dua buah bukit iaitu bukit kelubi dan Darulaman Bike Park. Setelah penat mengayuh dan menolak hingga kepuncak, rider akan menikmati ‘reward’nya iaitu DH yang panjang dilaluan yang terbuka luas sejauh hampir 3km. Kemudian akan melalui ‘single trek’ di Bukit Gundam sebelum ke Bike Park untuk mempelajari beberapa teknik asas DH. Single trek ini julong di dedahkan  kepada peserta luar. Insyaalah satu laluan XC akan dibangunkan bersesuaian  dengan jolokan ‘bike park’. Keseronokkan dikongsi terutama kepada team Perlis yang baru tukar menggunakan AM @ FS dimana mereka dapat mencuba dan merasai keenakan ‘empok’nya ekor lembut disamping mempelajari beberapa teknik DH asas.

Lagi Gambar di FACEBOOK

Bukit Kelubi

Elevation Bukit Kelubi

Tudia:.. dari kaki ke puncak hanya 2.45km jer

 

IMG_0131

Yamm .. bawa Mondraker hari ini

IMG_0135

Fasa Pertama: Menarik nafas panjang

IMG_0144

Fasa Kedua: Kayuh semampu yang boleh

IMG_0148

Fasa Ketiga: Halwa mata, Menikmati pemandangan

IMG_0151

Fasa Ke empat: Tolak basikal

IMG_0157

Fasa Lima: Rehat & Rawat

IMG_0161

Fasa 6: beratur tolak naik

IMG_0174

Sampai dahhh dipuncak.. kalau awal sikit pasti kami akan diseluputi kabus yang dingin

IMG_0179

Fasa 7: Bergambar di puncak Jitra

IMG_0202

Fasa 8: Reward setelah penat menolak dan kayuh …DH

IMG_0205

Jamu mata lagiiiiiii

IMG_0215

Laju ..tapi hati-hati ada batuan longgar

IMG_0232

Nak masuk single trek

IMG_0237

Single track yang teduh di belakang Darulaman Bike Park

IMG_0242

Latihan di ‘Tangga Kejayaan’(pump track)

IMG_0256

Ujian asas: Drop! how to it

IMG_0264

Praktikal: tackle drop 10 kaki ..haaa bolehpun. Betulkan teknik dan selebihnya biarkan gerek buat kerja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...