Translator

Monday, April 23, 2012

Jati Perik: Tetap Pendirian Tetapkan Kayuhan

Jati

Tarikh  :  Sabtu, 21 April 2012 
Lokasi  :  Trek Jati Perik, Kg. Paya Terap, Kuala Nerang (N6 20.406 E100 31.771)
Rider    :  7 orang   
Mula     :  8.00am @ Sek. Keb. Perik

Kayuhan Jati Perik ini di atur oleh Ustaz Raja. Mungkin hari persekolahan gantian yang  menyebabkan hanya 7 orang tampil. Walau ada komitmen kenduri, namun bukan ia satu alasan, berbekal akan janji dan semangat sambil meraikan rakan, kayuhan tetap diteruskan. Yang tampil hari ini ada yang belum pernah menjejaki ke trek ini, maka elok benarlah kerana dapat merasai kenikmatan dan keindahan dan  tidaklah perlu tergesa-gesa mengejar masa. Aku menjadi penunjuk jalan sambil ustaz dan Hashim sebagai sweepernya.

Jati Perik

Insyaalah selepas ini boleh ikut laluan Perik Sabok pula

Lihatlah pendakiannya: ketinggian tertinggi 148meter

dari kiri: Hashim @ Jazkun Maskun, Ustaz Raja, Pudin TTG, Md. ISa, Che Azali dan Md. Noor

Titi yang menyeberangi sungai Perik inimerupakan permulaan untuk mendaki

Md. Isa – Orang kuat Birut Jamboree

Sejak Azali berbasikal . Ini pertama kali menjejaki Jati

Huyoo ..koi laju koi konfiden

Bahana lama tak kayuh

Jaga-jaga alurrrr air

Best dan laju di sini

Nak sampai dah,  jarak kayuhan cuma 15km jer tapi ..

Friday, April 20, 2012

Bonsai: DIY Jin Tool

Jin tool @ carving tool adalah alat pengukir yang digunakan untuk melorek batang pokok bagi mewujudkan atau memperelok Jin, shari atau ‘batang buruk’. Harga alat ini (made in Japan) di pasaran tempatan ±RM100.00.

Tetapi sekiranya anda mempunyai kemahiran, ada pilihan bagi yang ingin menjimatkan kos disamping dapat mengitar semula bahan buangan. Anda boleh menggunakan ‘Motorcycle Connecting Rod’ . Pengalaman kami, ianya hampir setanding dengan yang sebenar.

Sebagahagian dari kepala  perlu dipotong(untuk membentuk lengkungan) dan diasah dengan baik.

Tuesday, April 17, 2012

Trek Che Yeh Via CP3: Kembali Mendekati

CP3

Tarikh  :  Sabtu, 14 April 2012 
Lokasi  :  Trek Che Yeh Via CP3, Jitra, Kedah (N6 17.224 E100 28.130)
Rider    :  17 orang   
Mula     :  7:45am @ D’Pallas

Trek Che Yeh adalah laluan baru yang diterokai oleh Alias D’Pallas. Ia adalah pecahan dari laluan CP3 yang pernah menjadi sebahagian dari laluan Kedah Jamboree 2009. Laluan sedikit berbukit dan melalui lereng antara bukit Haji dan Bukit Payung. Laluan single trek yang mempunyai 3 switchback, teduh di bawah lindungan pokok getah dan hutan renek.  Laluan ini akan bersambung dengan bukit yang penurunan melalui section akar yang agak mencabar yang menguji keyakinan dan keberanian rider.

Semenjak bukit di ditolak(dicerahkan) maka kenaturalannya sudah terjejas, terasa seperti hambar untuk berkayuh ke sini. Namun setelah Alias D’Pallas menemui single trek baru maka keinginan untuk mengulang dan mengulang berkayuh ke sini tidak akan pudar. Ada lagi laluan baru yang akan diterokai dan terus diterokai agar trek ini tidak menjadi ‘hambar’ dan lesu.

Hujan yang turun semalaman membuatkan kayuhan hari ini menjadi sangat nyaman dengan diringi deruan air yang mengalir. Tidaklah menjadi terlalu becak kerana laluan ini kebanyakkan adalah laluan berbatu. Kayuhan hari ini dikongsi bersama dengan 3 jejaka FS dari Perlis.

(Gambar atas dan terakhir dari koleksi Ustaz Raja –TQ)

Laluan berbatu yang berketul-ketul

Ustaz Raja cool di laluan yang sejuk lagi nyaman ini

Air banyak hari ni – randuk

Sahabat baru – Zainun , ‘orang hutan’ Kubang Pasu. 1st time offroad

Zahir – sedang nak mengona di switchback

Dia ni memang dah jadi tabia’at – asai naik bukit mesti nak tolak

Sedikit mencabar di laluan ini dengan akar getah mengganggu mental

Rider k-pop. Mengqadha’ kayuhan

Apakah Rizal RB akan bertukar selera ke RB?

Friday, April 13, 2012

Bonsai: Bebuas Pulau Gergasi

IMG_5588

Bebuas(Premna) ini diperolehi oleh team kami pada bulan Ogos 2009 lalu di sebuah pulau.

Tidak hairanlah kenapa pokok bebuas pulau mempunyai nilainya yang tersendiri. Berada di situasi alam yang banyak mempengaruhi sifat dan bentuknya.

Proses untuk mendapatkannya bukanlah mudah. Tenaga, wang ringgit dan masa sebagai satu pelaburan. Terpaksa menyewa bot, bertarung dengan ombak, mengerah tenaga mengorek dan mengangkut bahkan terpaksa melolos diri dari pihak Maritim Malaysia(heh heh). Video proses mengorek dan membawa pulang sudah hilang: alamak.

Species ini mungkin berusia lebih dari 50 tahun. Mempunyai batang yang keras dan cukup tua. Mempunyai ‘shari’ asli lagi unik. berukur lilit 8 kaki dan tingginya juga ± 8 kaki(setelah dipotong).

Sengaja memaparkan species premna ini untuk mengimbau kembali bagaimana ianya dijumpai. Insyaalah tiba waktunya, kami akan memaparkan tranformasinya yang terkini.

Nota: ‘The art of larger bonsai is very much focused on a single tree as an expression of nature. Power, grace and the impression of age’ – Morten Albek.

Dibawa pulang menggunakan tong bagi mengapungkannya

Antara sahabat yang bertungkus lumus - Dari Kiri Ust Yusri, Azizi, Amin, Ali dan Radhi

sudah ada pertumbuhan – panjang perjalanannya lagi untuk menjadi bonsai yang sempurna

Thursday, April 12, 2012

Trek Pak Mail: Kayuhan Bersama SPCT

Tarikh  :  Rabu, 11 April 2012 
Lokasi  :  Trek Pak Mail, Sungai Petani, Kedah
Rider    :  22 orang   
Mula     :  8:10am di Parking The Carnival (N5 39.656 E100 31.494)

Bersama Asnizam di Bukit Tebuan

Hari ini cuti umum sempena Istiadat pertabalan  Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14. Banyak aktiviti kayuhan rakan-rakan MTB diatur pada hari ini. Morewoodku masih dalam servis lalu aku memilih untuk ke Sungai Petani bagi merasai off road di bukit-bukit sekitar Sungai Petani, di trek yang dikenali sebagai ‘Trek Pak Mail’.

Trek ini sejauh lebih dari 25km(lupa bawa garmin pulak). 7 bukit berjaya didaki yang hampir keseluruhannya adalah melalui kawasan ladang kelapa sawit dan getah.  Seingat aku bukit yang didaki adalah : -

1. Bukit Tungging Buyong – Ladang Getah
2. Bukit Botak 1 & 2
3. Bukit Tebuan 
4. Bukit 3 Beradik
5. Bukit Kemucut
6. Bukit Batu
7. Bukit Ayam

Fuhh! letih gak nak perabih dakian kesemua bukit tersebut. Trek yang bagus dan ada potensi untuk diketengahkan (buat mini Jamboree la).

Terimakasih kepada sdr Aznizam(penunjuk arah), Pak Mail dan lain-lain geng SPCT.

Zaidi – kayuhan tanpa helmet (tertinggal)

IMG_8441

22 rider - 2

Lepak lepas kayuh & pekena menu RTM
 


Sembah Tahniah

photo-722469


Gempa Bumi

Gempa

Satu gempa bumi kuat magnitud 8.6 melanda perairan utara Sumatra petang ini,jam 4.38 petang itu dikesan pada kedudukan 431km barat daya Banda Aceh, Indonesia dan 962km di barat Kuala Lumpur. Satu lagi gempa kuat 8.8 skala Richter dilaporkan berlaku di daerah Simeulue, Aceh kira-kira pukul6.45 waktu Malaysia) Gempa susulan dengan kekuatan 6.4 skala Richter menggegarkan Aceh pukul 7.52 malam.

Monday, April 09, 2012

Trek Hosba: Meraikan Sang Juara

IMG_8352

Tarikh  :  Sabtu, 07 April 2012 
Lokasi  :  Kampung Alor Janggus, Mk. Hosba, Jitra
Rider    :  7 orang  

Hari ini Downhiller pro, saudara Yamm Emnine(Mohd. Ikram Shamsuddin) bertandang ke trek Hosba. Tandang sebagai satu permulaannya ke ‘genre’ baru. Tidaklah mengayuh dengan DH bike nya iaitu Intense M9  sebaliknya menggunakan basikal XC baru iaitu Mondraker Foxy Travel 120mm. 

Saudara Yamm sudah lama beraksi di persada Downhill(sejak awal 2000). Banyak negeri dan negara telah dilawati untuk beraksi. Banyak kejohanan disertai, banyak jua pingat digondoli. Beliau adalah rider pro(DH) tajaan KSH Bike & Oakley. Menjadi penasihat teknikal kepada team KeDh dalam penganjuran Darulaman Downhill Series 4 di Jitra dalam tahun 2011 lalu.

Nampaknya setelah sekian lama berDH, kini ingin merasa kelainan dalam dunia XC pula. Nantikan kehadiran beliau dalam beberapa Jamboree tempatan.

Sesungguhnya bertuah dapat mengayuh bersamanya hari ini. Dapatlah jua menciluk beberapa teknik DH.

IMG_8350

Back 2 Basic: Adlee yang kehilangan gerek baru-baru kembali kepada gerek seperti beliau mula berjinak dahulu

IMG_8359

Bersiap untuk DH: dari kiri, Wan, Lontruth, Zaim, Yamm dan Art

IMG_8360

IMG_8362

IMG_8363

Section pump trek

IMG_8366

IMG_8369

Section ini dikenali sebagai ‘Hope’: Penurunan yang agak lanjut dan sedikit mencabar

IMG_8373

Hujan semalam menyebabkan laluan sedikit becak

IMG_8375

Sahabat kayuhan dari Padang Perahu

IMG_8380

Laluan Akar: .. takdak masalah padanya disini, kacang jer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...