Translator

Friday, March 30, 2012

Royal Belum: Berjalan-Jalan Ke Hulu, Berakit-Rakit Ke Hiliran

Belum6

Hari Kedua

Tarikh  :  15 Mac 2012 
Lokasi  :  Sanghur, Taman Negeri Royal Belum, Ulu Perak

Pagi ini bangun awal dan menyorok nasi goreng. ‘Makan pagi seperti raja’ kerana perlukan tenaga untuk meredah hutan antara 3 – 5 jam untuk menuju ke Kg. Kebeng. (±13km)

Sebelum memulakan perjalan, Pak usop menasihati kami agar jangan celupar, jangan mengambil sesuatu tanpa izin. Jika sampai ke perkampungan nanti (dekat kubur) hadiahkan al Fatihah. Sambil-sambil itu beliau menceritakan kisah-kisah misteri untuk dikongsi. (hmmmm….)

Dalam perjalanan singgah juga di ‘lubuk’ kelah, namun entah, tidak ada rezeki  kami, sekoq ikan pun tak teringin nak makan umpan ..

Sampai di kampung Sanghur, pak usop tanya apakah kami mahu main rakit. Pasti majoriti bersetuju kerana ada juga kelainan. Maka setakat sinilah destinasi perjalanan kami kerana selepas ini tidak ada lagi hutan buluh yang sesuai untuk dibuat rakit. Jam 1.00pm kami berehat sambil memasak makanan.

Untuk membuat rakit Pak Usop cadangkan setiap orang mencari 5 batang buloh menjadikan 40 batang. Sesungguhnya kerja menebang buloh memang sukar. Dengan miangnya, berat dan sebagainya memang mencabar. Kalau lomah semangat, pasti ajak balik jalan kaki dari tebang buloh.

Proses membuat rakit memakan masa hampir 3 jam. Kami membuat dan mengikat buloh-buloh dengan akar kayu untuk menjadikan 2 buah rakit sambil diawasi oleh Pak Usop. Usai pembuatan, maka jam 5.00pm kami pun mulalah berakit. Dalam kelompok kami rupanya ada seorang yang tidak tahu berenang..Alamak!. Sampai di satu jeram, pak usop menasihati sahabat tersebut untuk turun berjalan (Kerana jeram permulaan ini agak ganaz dan keutuhan/kekuatan/kekemasan rakit belum teruji) yang lain mengharungi jeram pertama dengan lancar dan mencabar. Alhamdulillah selamat, namun rakit aku terputus tali ikatan, nasib baik ada bawa akar simpanan boleh dibaiki segera. Seterusnya kami bersama mengharungi sungai dan melalui 6 jeram dengan selamat. Kami tiba di tapak perkhemahan hampir jam 8.00 malam. (Salah satu rakit tersangkut dijeram kerana kayu penolak patah dan diakhir jeram. beberapa batang buloh telah terkeluar). Malam tu selepas makan, letak jer kepala aku .. ‘kelam’ hingga  subuh menjelang…(letih la tu)

Sesunggguhnya pengalaman berakit yang dibuat sendiri amatlah menyeronokkan, sunguh teruja! Keseronokkan ini dibayar dengan rosaknya kamera aku terkena air (kamera ter’on’ sendiri plak) ..Huaaaa ..tiada gambar dirakit dan gambar keesokkan harinya dan seterusnya .. kena beli baru. Salut pada sahabat-sahabatku atas keazaman dan keberanian walau pertama kali berakit di jeram,  terimakasih pada guide kami (Pak Usop dan Burn) yang membimbing dan menunjuk ajar teknik berakit)

Royal Belum 05

Taklimat dari Pak Usop .. [Gambar ini dan di atas adalah dari Kamera Abid(TQ)]

IMG_8346

Berjalan selama 4 jam

  IMG_8356-horz

Jumpa sarang kelulut & tersangkut

IMG_8371

IMG_8423

Rehat & Rawat

IMG_8417

    IMG_8388

Di Lubuk Kelah

IMG_8350

 IMG_8403

Ronda & jumpa tahi gajah

  IMG_8409-horz

Dok dengar Pak Usop bercerita sejarah kampung Belum

IMG_8425-horz

Cari Buloh

IMG_8428-horz

IMG_8436-horz

Buat Rakit

IMG_8434

Menguji ..

IMG_8437

5.00pm bersedia untuk berakit balik .. 4 jam mai  3 jam balik

Wednesday, March 28, 2012

Royal Belum: Melangkah Masuk

IMG_8405

Hari Pertama

Tarikh  :  14 Mac 2012 
Lokasi  :  Sungai Ketir, Taman Negeri Royal Belum, Ulu Perak

Di saat akhir, Sham Radix menarik diri lantaran urusan yang tidak dapat dielakkan. Tinggal kami berenam meneruskan trip ini.

13/03/2012, jam 10.30pm kami bertolak dengan 2 buah kenderaan. Pemanduan santai dan tiba di Jeti Awam, Pulau Banding pada jam 2.30am(14/03/2012). Mencari tempat parkir yang sesuai di hadapan Pengkalan Polis Marin Pulau Banding lantas lelap sahaja di padang rumput. (Nota: membentangkan poncho sebagai alas dan selimut)

Sehingga jam 9.00am gerai makan masih belum dibuka, meneruskan perjalanan tanpa sarapan. (Nota: roti gardenia dan ‘roti mayat’ menjadi alas perut.)

Hujan kebelakangan ini menyebabkan air di Tasik Banding naik hingga membanjiri gerai-gerai di Jeti awam ini. Walaubagaimanapun ada kebaikkannya kerana air yang banyak menyebabkan kami dapat memudik ke hulu melewati Base Camp terakhir di Sungai Kejar (jimat masa dan kudrat ± 1.5 jam perjalanan.)

Melawat pulau x-ray bagi melihat bunga rafflesia yang masih belum berkembang dan melawat perkampungan orang asli suku Jahai. Ada antara mereka yang masih gemar tinggal di rumah yang dibina sendiri(natural) berbanding tinggal di rumah yang agak moden yang dibina oleh pihak kerajaan.

Sebelum masuk ke Royal Belum, perlu melaporkan kepada petugas di pusat pemeriksaan Taman Negeri di sebuah pulau khas. Setelah melewati Kem Sungai Kejar, memudiki Sungai Perak dan  pengemudi bertungkus lumus mengelak bot berlanggar batu sungai, jam 11.45am kami tiba di tempat pemunggahan.

Jam 12.00 tgh mula trekking. Singgah dibeberapa tempat melepaskan lelah dan memasak maggie(Nota: maggie mudah dimasak cepat dimakan..Kurma dan Coklat menjadi pengalas dan pemberi tenaga). Jam 3.00pm baru tiba di tapak perkhemahan kami  berdekatan Sungai Ketir. Terus memasak untuk makan tengahari sambil menyiapkan tapak perkhemahan dengan memasang khemah, hammork, mencari kayu api dan lain-lain lagi.

Jam 9.00pm, bergerak trekking malam sambil mengintai kijang dengan ditemani lampu picit (Nota: lampu basikal dan headlamp digunapakai). Kelam gelemat apabila berada di dalam hutan dan yang unik dan indah apabila lampu dipadam dan mata mula membiasakan dengan suasana, dapat melihat dedaun kayu yang gugur bercahaya. (tindakbalas dari kulat)

12.00am , baru tiba ke khemah semula lantas mencari ‘bantal’ buat meletak kepala untuk mencari pengalaman baru esoknya! Unggun api semakim malap, lampu kabat menerangi hingga ke pagi (Nota: bawa 2 unit lampu dan beberapa bungkus kabit(Kalsium Karbida @ CaC2)

Pengalaman berjalan malam di dalam hutan sememangnya memerlukan kepekaan kepada persekitaran disamping perlu mahir dengan selok belok hutan.

IMG_8258

9.00am sudah bertolak tapi masih belum bersarapan

IMG_8264

9.15am di Pulau X-ray nak lihat bunga pakma berkembang

IMG_8269-horz

CP oleh pihak Taman Negeri Belum

IMG_8274-horz

IMG_8282

Di Perkampungan orang Asli suku Jahai

IMG_8277-horz

antara rumah tradisi & rumah diberi

IMG_8289

dari kiri: Kang Daud, Abid, Pudin TTG, Zol, ketua suku Jahai, Alias dan Cikgu Wan

IMG_8290

Back 2 basic

IMG_8291

Kem Sungai Kejar(Kem terakhir sebelum memasuki Belum)

IMG_8300-horz 

12.00 tgh mula gerak dengan mengalas beban

IMG_8310 

Di sira Rambai(salt lick)

   IMG_8319-horz

Ketika letih dan lapar semuanya sodap

IMG_8328-horz 

Pasang khemah

IMG_8341-horz 

Nak p Mengendap kijang

Monday, March 26, 2012

Perlis–Satun: Kayuhan Sihat KMC

IMG_8059

Tarikh  :  24 Mac 2012 
Lokasi  :  Kampung Guar, Satun, Thailand
Anjuran: Kelab Sukan & Rekreasi Kedah Medical Centre(KMC) 
Peserta:  46 orang  
Jarak   :  ± 63 km

Projek amal yang julong kali yang dianjurkan oleh Kelab Sukan & Rekreasi KMC di Thailand. Diramaikan lagi  dengan beberapa team seperti Bank Rakyat, Airod, Kolej Komuniti dan lain-lain lagi.

Team kami(Team Bank Rakyat) terdiri dari 6 orang iaitu Man Bank Rakyat, Pudin TTG, Adihariman, Din Merida, Sumi dan Nasir Motocross.

Team KMC bertolak dari KMC pada jam 7.oo pagi. Kami pula bertolak berasingan dengan 2 buah kenderaan dan menanti terus di pintu sempadan Wang Kelian, Perlis.

Usai segala urusan imigresen, taklimat dan doa, kayuhan bermula pada jam 10.00am. Perjalanan kami diiringi oleh pihak Polis Thailand dan beberapa buah kereta ‘backup’.

Perhentian pertama kami ialah  di Masjid Abu Bakar As-Sidik, Guar Petai, Khuan Don (± 22km). Di sini aku berjumpa dengan ustaz Ahmad yang merayu pada saudara seislam di Malaysia menyumbangkan sedikit dana bagi membeli tanah untuk menambun kawasan yang diatasnya terdiri asrama wanita(Madrasah Darul Ma’arif).

Tiba di Satun pada jam ±11.30am dan terus ke Pejabat Pentadbiran Mukim, Ban Khuan, Satun. Di sini ada program pemeriksaan kesihatan percuma kepada penduduk kampung yang rata-rata adalah orang Melayu beragama Islam bahkan bertutur bahawsa Melayu slanga Kedah. Sambutan yang hangat dari penduduk tempatan yang mengharapkan bantuan perubatan ‘halal’ dari saudara mereka dari Malaysia.

Kami disambut meriah. Program seterusnya ialah gotong royong mengecat pagar kubur(kena ikhlas baru dapat pahala ooo). Selepas itu dijamu dengan nasi dan makanan Satun yang sememangnya enak.  (Makan sampai ‘sengkak’. Dijamu dan makan sampai nak balik laaa. )

Sesungguhnya sambutan dari penduduk kampung sememangnya meriah, apabila aku  ke masjid berdekatan, disapa dan diajak berbual bahkan diajak makan lagi.. Huu terasa macam dok di kampung halaman lak. Manakan tidak, suatu ketika dahulu Satun merupakan sebuah mukim negeri Kedah Darul Aman di Tanah Melayu, dikenali sebagai Mukim Setul. Atas sebab tali persaudaraan yang sememangnya sudah tersemai menyebabkan ikatan kemesraan dan persaudaraan sentiasa ada.

Sedikit sejarah Satun .. KLIK SINI

LAGI GAMBAR DI FACEBOOK

IMG_7986

04.45pm – 22/03/2012, Taklimat Kayuhan di KMC

IMG_8002

9.30am – Di sempadan Malaysia/Thailand

IMG_8007

Yea! Fixie pun ada ..

IMG_8027

Doa dibaca ..

IMG_8042

IMG_8040

 Bilik Bacaan Dato’ Nazri,  Di Madrasah Maarif, Masjid Abu Bakar As-Sidik, Guar Petai, Khuan Don. Ramai orang Malaysia memberi sumbangan ke sini. Ustaz Ahmad mengajak melawat kawasan madarasah ini.

IMG_8049-horz

Pemeriksaan Kesihatan kepada penduduk Kampung

IMG_8088-horzIMG_8092

Bak kata sahabatku ..mai Siam semua sedap .. sememangnya makanan Setoi sedap

IMG_8104-horz

Aluan

IMG_8077

IMG_8083

papan kenyataan menceritakan

IMG_8071IMG_8095IMG_8097

Di Masjid Kampung Guar

IMG_8105

3.45pm – Kayuh pulang ke pangkal jalan

IMG_8112

Thale Ban

IMG_8120

Selesai cop

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...