Translator

Tuesday, February 28, 2012

Kayuhan Solo Di PCP

Tarikh  :  23 Februari 2012 
Mula     :  8:00am – 11.00am   
Lokasi  : Taman Cabaran Putrajaya(PCP), Presint 20
Coordinate : N2 53.223 E101 39.956

image

Kebetulan aku ada urusan di Putrajaya, kesempatan digunakan untuk mencuba trek PCP.

Seawal pagi, aku mengayuh dari hotel penginapanku(Pullman Lakeside, Precint 5) ke Putajaya Challenge Park(PCP) di Precint 20. Sesungguhnya mudah berbasikal ke sana, kerana aku boleh mengambil banyak laluan shortcut. 8.00 pagi aku dah terpacak dihadapan PCP, masih belum ternampak kelibat manusia. Dengan nasihat dan panduan dari Saudara Nasron, aku memulakan kayuhan di Trek No. 1 dengan bertemankan monyet yang meng’usha’ aku dari atas pokok. Aku keseorangan disini.

Hampir kesemua laluan yang jaraknya dalam lingkungan 10km aku lalui. Walaupun pendek, fuhh! penat bangat kerana tidak sempat menukar gear dan aku tidak mahu kudratku dikerah sepenuhnya kerana pada jam 2.00ptg nanti aku ada majlis. Aku tidak mahu terlalu ‘khusyuk’ nanti. Aku membuat 2 kali pusingan sahaja dan pada jam 10.00am barulah bersua dengan beberapa rider dan terpaksa menamatkan kayuhan pada jam 11.00am kerana perlu bergegas pulang ke hotel.

Taman rekreasi ini dibangunkan di atas tapak seluas 36.4 hektar yang merangkumi Kompleks Sukan Lasak, lapangan sukan luncur dan trek basikal lasak(MTB). Taman rekreasi yang membabitkan kos hampir RM38 juta ini dibuka kepada umum pada Jun 2009 yang lalu. Aktiviti berbasikal pula melibatkan dua lapangan sukan basikal lasak yang dibina iaitu untuk MTB dan litar BMX. Trek MTB hanya sejarak 9.1 kilometer sahaja, Dibina di dalam kawasan hutan semula jadi seperti ladang getah dan kelapa sawit bagi menguji tahap kehebatan sebenar pengguna beraksi di trek semula jadi. Demi keselesaan pengguna, bahkan di label dan dikategorikan tahap/keupayaan rider. Semua kemudahan sukan lasak di taman itu secara keseluruhannya dibina mengikut piawaian antarabangsa, manakala perancangannya dibuat dengan menerapkan ciri-ciri pengekalan tumbuh-tumbuhan serta cerun asal lereng dan mengekalkan kawasan hijau di sekitar Taman Cabaran. Trek ini direka oleh Diddie Schneider (designed the Winterberg trails) , dibuka setiap hari  dan adalah percuma.

INSYAALAH aku akan kembali dan kali ini pasti berteman

Trek No. 1 – Permulaan untuk kayuhan

Laluan Cantik & bersih

Perghh! best .. terbuka minda, insyaalah akan balik dan perkemas semula Jitra Bike Park

Laluan ini katanya baru dibuka minggu lalu – ‘pump trek’

Bertemu dua rakan dari KL , geng AMT (sori bro, lupa plak nama)

 

Tuesday, February 21, 2012

Trek EX-5: Memperkemaskan Sistem Rantai & Engkol

 

imageKini tiba masanya aku mengupgrade lagi T-Rex aku. Kali ini tumpuan kepada sistem rantainya dengan memasang ‘Bashguard’ dan ‘Chainguide’. Alat ini biasanya didatangkan lengkap dari kilang bagi gerek jenis DH & AMT. Tetapi tak kisahlah jika basikal XC aku diperlakukan sebegitu rupa kerana tak luak kudrat dan tampak ranggi lagi pa.

Pengalaman mengayuh dilaluan berbatu menyebabkan piring rantai(chainring) yang besar dan pertengahan terhempap kepada batu/objek keras dan mengakibatkan gegiginya (chainring teeth) ‘rongoh’ atau patah. Begitu juga apabila melihat beberapa rakan mengalami kecederaan di betis/kaki apabila jatuh dan terkena gegigi piring rantai ini. Oleh itu, kini aku bersedia untuk melengkapkan basikalku dengan bashguad jenama ‘Raceface’ dengan rona biru sedondon dengan jalur basikalku. Aku terpaksa berkorban dengan membuang piring besar bagi menginstall benda allah ini. Namun tak kisahlah kerana piring besar jarang-jarang digunakan dilaluan offroad hanya kadang-kadang digunapakai untuk mencapai kelajuan tahap gaban apabila berada dijalanraya(tarmac).

Untuk mengawal rantai agar berada pada alur yang betul terutama apabila DH dilaluan yang berbatu atau di root section( yang akan ‘menghonggar’ basikal), maka alat untuk membantu melaras rantai (Chain guide) jenama Truvativ dipasang.

RACEFACE_BLU         11135_i_1 

Raceface Blue Ano Aloy             & Chain guide ‘meka’ Truvativ

image

Tudia …..hasilnya (crank aku dah tak nampak meka dah)

Thursday, February 16, 2012

Bonsai: Turn Table Mudah & Murah

Meja Putar(Turn table) bertujuan untuk memudahkan kita memusing bonsai yang diletak atasnya bagi mencari arah yang sesuai dan posisi yang berbeza. Biasanya digunakan ketika kita hendak mencari posisi ‘muka’ atau ‘depan’ yang bersesuaian. Boleh juga diguna semasa proses ‘prunning’ atau memasang dawai.  Sudah tentu kerja-kerja sebegini menyenangkan dan pantas.

Xcercise TwistSatu cara yang boleh menjimatkan adalah dengan menggunakan alat senaman berputar. Alat ini boleh didapati dikedai-kedai sukan atau pasaraya besar dalam harga lingkungan RM18.00 – RM60.00. Berat bonsai hampir 80kg(sama seperti berat manusia) boleh ditampung.

 

Boleh juga menggunakan kerusi pejabat yang rosak dengan melakukan sedikit ubahsuai di tempat duduk.

Untuk lebih bonsai yang lebih berat saya menggunakan ‘bearing’ mesin padi yang dikimpal besi di atasnya. Ia dapat menampung berat bonsai sehingga ke 200kg.

Pendek kata sebarang bentuk ‘bearing’ boleh digunakan di samping ditambah sedikit kreativiti untuk membentuk 2 tapak (berdiri dan menampung). Ia menjimatkan kos bahkan bahan buangan (terpakai)ini dapat dikitar semula.

Tuesday, February 14, 2012

Xplorasi Bukit Tiang Layar : Langkah Permulaan

IMG_7563
Tarikh  :  10 Februari 2012  - Jumaat 
Mula     :  5.30pm – 7.30pm   
Rider    :  Pudin TTG & Adihariman   
Jarak    :  18.5 km
Jitra berlatarbelakangkan bukit bukau,  menganjur ke utara sehingga Ke Sintok terus ke Siam(kot), ke Barat pula sehingga ke Kuala Nerang dan lagi…. Pastinya banyak laluan yang boleh diterokai.  Dek kerana itu aku dan beberapa rakan berkongsi membeli Garmin untuk kegunaan recce laluan. Tetapi aku tidak mempedulikan penggunaan alat ini (sebelum ini) sehinggalah merecce Trek Hosba baru-baru ini. Ditambah lagi dengan desakan dan cabaran dari Adihariman untuk menggunakan alat ini.
Maka sebagai permulaan kenalah belajar teori dan amali. Selepas Jumaat aku bertolak ke rumah Adihariman untuk menadah telinga mendapat sedikit penerangan berkenaan penggunaan Mapsource. Selepas itu kami berbincang mengenai beberapa lokasi yang dikenalpasti untuk tujuan explorasi ini. Setelah menetapkan matlamat, usai solat asar, kami memulakan kayuhan. Adi  bergantung kepada GPS nya dalam mencari laluan dan aku dengan kaedah tradisional iaitu sessi temubual. Dari penggunaan teknologi dan tradisional, kami berjaya menjejaki bukit bukau dan menetapkan sasaran kepada Bukit Tiang Layar. Memandangkan masa yang terhad maka kami ambil keputusan untuk  meninggalkan dahulu pendakian puncak tertinggi dalam banjaran Bukit Bukau ini untuk mencari laluan keluar(loop). Disini teknologi tidak dapat membantu, dalam suasana hampir gelap ini, pengalaman dan firasat digunakan,  Adi berjaya menjumpai denai laluan getah dan kami berjaya keluar dari kawasan bukit tersebut.
Ini adalah permulaan, Insyaalah kami akan datang lagi bagi melengkapkan jalinan laluan untuk ke puncak Bukit Tiang Layar dan mungkin  banyak lagi laluan akan kami cari (setelah aku dah mahir menggunakan GAMIN) bagi menambahkan lagi koleksi Trek kayuhan.
IMG_7550
5.30pm bersiap utk memulakan kayuhan
IMG_7553
Laluan menarik dicelah bungkah batuan
IMG_7559
Halangan , mencari laluan untuk ke jalanraya
IMG_7555
ada anak sungai
IMG_7558
Diketinggian ±250 kaki
IMG_7565
Di belakang sana ada banyak lagi trek yang berpotensi dan menarik




Sunday, February 12, 2012

Trek EX-7: Menyelenggara Frame @ Suspension System

IMG_7527
Hampir sekian lama dok ‘melatu’ T-REX aku. Semua kondisi telah dilalui, basah, kering dan berdebu di mana sungai dan lembah diranduk, bukit dan gon didaki, kini mula ‘melompat’ pula. Tidak hairanlah kebelakangan ini, aku sering didendangkan dengan bunyi-bunyian yang dihasilkan dari basikalku. Beberapa kali dok servis, namun tindakan  ‘menyevis’(servis) pada beberapa komponen asas tidak memadai kerana FS mempunyai beberapa  ‘moving part’. Nekad!, sesuatu yang ‘lebih’ perlu dilakukan,  frame T-ReXku dileraikan dan kerja-kerja ini diserahkan kepada sudara Alias D’ Pallas.

sus_fuelSuspension system Trek mempunyai 8 unit sealed bearing iaitu:-
4 unit 6900 VRS JNK (Magnesium EVO Link)
2 unit 6901 RS   JNK   
2 unit 6903 VRS/10 JNK (Main Pivot)





Semua bearing akan diganti/diservis, maka aku berkunjung ke kedai SLS Bearings(M) SDN. BHD di No. 55, Lorong Putih 8, Taman Rakyat Mergong, Alor Setar yang menjadi pengedar sah bearing jenama SKF. Harga yang lebih murah(dalam lingkungan RM20.00 sebiji). Bearing juga boleh dibeli secara online
DI SINI. Bagi bearing 6903 VRS/10 (the main suspension pivots) ianya unik dan sukar untuk mendapatkannya, jadi hanya meminyakkan dan servisnya sahaja. 
Kini T-Rex aku sudah kembali empuk dan tiada lagi bunyi ‘krek’ yang mengganggu.
Sesekali kita perlu ‘overhaul’ basikal dengan memeriksa segala yang berkaitan dengan bearing.
IMG_7531
 3 unit Bearing asal dan bearing gantian(dalam kotak & plastik)
IMG_7532
Frame yang dileraikan

Monday, February 06, 2012

Trek Hosba: Himpunan Rider Utara

IMG_7338
Tarikh  :  04 Februari 2012  - Sabtu
Mula    :  8.20 – 12.00 tgh  
Lokasi  :  Kg. Alor Janggus, Mukim Hosba, Jitra, Kedah 
Coordinates :  N6° 23.379’ E100° 24.234’
Sekali lagi atas dayausaha ustaz Raja  berjaya menghimpunkan seramai 34 orang rider dari kawasan utara Kedah termasuk dari Penang dalam aktiviti kayuhan yang dikenali sebagai ‘Kayuhan Ikatan Mesra’. Ia adalah kayuhan riadah bagi mengeratkan lagi silaturahim sesama rider. Rider-rider bukan sahaja berpeluang menikmati hampir keseluruhan trek ini bahkan dibimbing untuk memperbaiki skill terutama semasa DH.

Trek Hosba adalah ‘single trek’ sejauh ±22km dan mempunyai 4 seksyen dan 4 tahap kesukaran DH nya. Bermula dengan DH ‘pump trek’ sejauh hampir 100 meter. Di sini, jika terlalu laju, rider boleh ‘terbuang’ akibat lambungan. Seksyen 2, penurunannya sedikit curam dan berbengkang bengkok  di celah pokok getah dan terus ke jalanraya. Seksyen berikutnya lebih curam dan kesukaran ditambah dengan akar-akar pokok(V) dan batu-batu(rock garden). Trek ini agak teknikal oleh itu keyakinan, daya tumpuan, kesabaran skill dan teknik diperlukan. Walaupun ramai juga rider yang jatuh, alhamdulillah tiada kecederaan yang serius berlaku.

Lagi gambar di FACEBOOK

IMG_7417
34 Rider girang
IMG_7319
Agenda Pertama: Doa dipimpin oleh Ustaz Raja
IMG_7320
Aluan & Taklimat dari Md. Nasron
IMG_7340
Seksyen 1: Ustaz memperagakan Jersey dan Skill
IMG_7366
Jas – Aksi dengan FS baru
IMG_7370
Tok Imam mengepalai jemaah
IMG_7392
Seksyen 2: Nizar, semakin mantap skill
IMG_7423
Pakat dok scan laluan di seksyen 3
IMG_7429
Tandop memulakan terjunan
IMG_7457
IMG_7465
Abang Jai Perwaja … cool jer! Di Seksyen 4
IMG_7471
Yakin dengan Teknik Yang betul – pasti mudah
IMG_7486
Laluan ‘Akar ‘V"’ : Cikgu sedang menunjukkan cara
IMG_7488
R & R – disimpang Empat pokok Buluh
IMG_7489
Off camber dicelah pokok buluh: tarak masalah
IMG_7493
Halim dok cari jalan  camna nak turun ni
IMG_7494
Laluan akar


LAYAN VIDEO

TQ ,,Yus & Tandope atas movie ni



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...