Translator

Friday, December 30, 2011

Kellie Castle: Mencari Penunggu Di Istana Tinggalan

_MG_0167

Kellies Castle terletak berdekatan Batu Gajah, 10km  dari simpang jalan Gopeng – Ipoh. Binaan ‘Cinta Kasih Sayang’ kepada isteri seorang peladang Scotland bernama William Kellie Smith pada tahun 1910. Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah Istana Moghul di India. Buruh binaan juga di bawa khas dari India, Mempunyai 14 bilik,sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia yang dilengkapi dengan lif iaitu yang pertama di Tanah Melayu. Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal dalam tahun 1926.

Misteri yang menyelubungi rumah ini dengan mengatakan ‘entiti’ (Bukan roh naaa…) berkeliaran sekitar istana tersebut terutama di koridor bilik utamanya. Meremang bulu romaku apabila berada dan melintas kawasan tersebut..

Adalah dipercayai terdapat 4 terowong bawah tanah yang menghubungkan istana ini ke Tokong hindu sejarak 500meter yang menjadi laluan rahsia. Kini terowong tersebut telah ditutup kepada pengunjung atas sebab keselamatan (kalau buka aku pasti nak ‘ronot’ punya). Banyak lagi rahsia terowong yang belum terbongkar .. (3 terowong telah ditemui dan 1 masih menjadi rahsia!)

Kini untuk masuk ke istana ini dikenakan bayaran:

Masa Lawatan  :  Setiaphari, 9am -  6pm
Bayaran Masuk:  Dewasa RM4.00 Pelajar/Kanak-kanak RM3.00

 _MG_0183

_MG_0208

_MG_0213 _MG_0217

_MG_0223

_MG_0231

IMG_0074 IMG_5928 _MG_0207

Sedikit fakta tentang istana ini:-

  • William Kellie Smith mula menetap di Tanah Melayu pada tahun 1890 semasa berumur 20 tahun
  • Sebelum beliau berjaya memiliki istana itu, beliau telah bertemu dengan pemilik estate iaitu Alma Baker yang telah diberi hak oleh kerajaan untuk menguruskan hutan seluas 360 hektar di Perak.
  • Perkongsian bersama Alma Baker dalam perniagaan meneroka hutan mendatangkan hasil yang membolehkan beliau menceburkan diri dalam industri perlombongan dan menjadi pemilik Kinta Kellas Estate dan Kinta Kellas Tin Dredging Company.
  • Kembali ke Scottland dan berkahwin dengan Agnes. Selepas berkahwin, beliau kembali ke Tanah Melayu bersama isteri pada tahun 1903. Hasil perkahwinan mereka telah dianugerahkan 2 orang anak iaitu anak pertama perempuan yang diberi nama Helen dan anak kedua lelaki yang diberi nama Anthony.
  • Kelahiran anak kedua membawa tuah yang lebihbaik kepada Smith dan beliau mula mengubahsuai rumah dan memperbesarkan menjadi sebuah istana yang dinamakan Kellas House sempena nama kampung halaman beliau di Scottland.
  • Pembinaan istana ini menyerupai ciri-ciri seni bina di India. Pekerjanya juga diupah dari India dan mengambil masa selama 10 tahun. Pada Awal 1920-an berlaku epidamik ‘Spanish Flu’ menyebabkan ramai pekerja mati lantaran itu kerja-kerja pembinaan terhenti.
  • Kejadian itu menyebabkan Kellie Smith berlayar ke Portugal dan meninggal dunia di sana pada Disember 1926 akibat  pneumonia.
  • Kematian Kellie Smith, menyebabkan isterinya membuat keputusan untuk balik ke Scottland dan menjual ladang dan Istana itu kepada British Company iaitu Harrisons and Crosfield.
  • Istana ini pernah dijadikan lokasi penggambaran filem Anna and The King yang dilakonkan oleh pelakon terkenal iaitu Chow Yuen Fatt dalam tahun 1999.

Thursday, December 29, 2011

Bukit Tinggi: Citarasa Yang Tinggi

IMG_5855

Percutian ke Bukit tinggi memang ditunggu-tunggu oleh anak-anakku. Sebelum ini hanya mendengar dan membaca dari internet mengenai keindahan tempat ini. Balik dari Pahang aku ambil kesempatan mengunjungi Bukit Tinggi (Berjaya Hills) yang hanya  10km dari lebuhraya Karak(Timur-Barat). Suasana yang sejuk lagi nyaman di ketinggian  2,700 - 3,500 kaki dari aras laut. Untuk memasuki ke Bukit Tinggi anda akan dikenakan bayaran  sebanyak RM12.00(dewasa) dan RM8.00(kanak-kanak)

Kunjungan pertama kami ialah ke Japanese Village atau Japanese Garden. Ia berada pada ketinggian 3500 kaki dari aras laut dan merupakan Taman pertama di hutan tropika di dunia ini. Di sini anda akan dapati lanskap taman jepun (zen garden), kolam ikan kap jepun, spa jepun, Sakura dan Ume Tatami Suites, boleh mencuba upacara minum teh jepun(kena duit la) yang dipersembahkan oleh gadis (???) berkimono.

IMG_5798

IMG_5815 IMG_5826

Dipertengahan jalan aku bercadang untuk menikmati Flying Fox tetapi masa agak suntuk, (maka terlepas lagi peluang laa). Bayaran sebanyak RM25.00 dikenakan untuk merasainya.

IMG_5843

IMG_5853 IMG_5895

Kemudian kami ke Colmar Tropicale yang terdapat senibina bangunan ala Perancis di era kurun ke 16 ( menyerupai sebuah bandar kecil di bahagian timur negara Perancis, iaitu Colmar) . Ia nya dibuka pada Julai 2000. Berada di ketinggian 2,000 kaki dari paras laut. Ada hotel-hotel dengan harga yang ‘berpatutan’. Hendak makan makanan autentik Perancis, singgahlah ke La Cigogne, Le Poulet Roti menghidangkan ayam panggang, Le Café Coffee, Le Blason Lounge (snacks and cocktails), Les-Bains-Douches Poolside, La Flamme Sidewalk Deli (for home-made deli), La Terrace (drinks and sandwiches), Le Glacier Ice-Cream Corner.

Colmar Tropicale Bukit Tinggi
P.O. Box 76,
28707 Bentong,
Pahang Darul Makmur, Malaysia.

Phone: 609-2888888

Tuesday, December 27, 2011

Jati Perik: Kayuhan Meraikan Sahabat

IMG_6068

Tarikh: 25 Disember 2011 – Ahad

Lokasi: Paya Terap, Perik, Kuala Nerang, Kedah

Rider: 25 Orang

Hari ini cuti. Sekali lagi Ustaz Raja mengatur aktiviti, Kali ini di Trek Jati. Yang istimewanya, sahabat dari Oman turut sertai yang hanya melalui internet aku kenali, Itulah Madkri.

Asal dari Kubang Siam, kini bekerja di negara Tok Arab sana. Banyak pengalaman ditimba mengayuh bersama warga asing dibumi gersang yang berpasir lagi berbatu. Sememangnya tiada masalah kayuhannya disini, lancar dan bertenaga.

Seronok dapat mengayuh bersekali dan dapat bertemu rakan dari Team Paya Lantau (En. Md. Noor), Cikgu Lan, Mad Karan(orang kampung) disamping rakan-rakan yang sekian lama jua tidakku kayuh bersekali.

Lagi Gambar di FACEBOOK  (add dulu)

IMG_6050

Bersama blogger MtbRide OnRock

IMG_6070

Dari Kiri Berdiri: Shkri, Rizal RB, Adli, Zaim, MdKrie, Md. Noor, Cikgu Wan, Amri, Zn, Adihariman, Zaidi, Mad Karan, Hanif dan Rosma (Duduk dari Kiri:- Along, Ustaz Raja, Suhaidi,  Pudin TTG, Yus dan Sham. Tak Kelihatan Sham Radix, Senu, Din Air Force, cikgu Lan dan Norizan

 

IMG_6039

Ustaz Raja mengepalai kayuhan

IMG_6040

Bang Man – baru ‘balik’(Tahniah)

IMG_6048

Di Sungai Perik

IMG_6049

Geng Celcom :

Saturday, December 24, 2011

Tasik Chini: Menjejaki Istana yang Hilang?

IMG_5780

Tasik Chini yang terkenal dengan lagenda Naga dan Misteri Istana yang hilang di dasar tasiknya. Tasik Chini merupakan tasik semulajadi kedua terbesar di Malaysia merupakan sebuah destinasi eko-pelancongan yang menarik.  Ia terdiri daripada kawasan hutan seluas 12,565 ekar. Ia terletak di tebing kanan Sungai Pahang dan terbentuk daripada pertemuan 12 saliran air yang juga dipanggil 'laut' oleh masyarakat tempatan.

Kesempatan ke Pahang meruntun hati aku ke Tasik ini. Untuk melihat sendiri keindahan alam semulajadi dan keunikannya. Walaubagaimanapun aku tak berkesempatan untuk menyusuri pulau-pulau  kecil di situ kerana musim hujan disamping bimbang masalah banjir. Kesempatanku hanyalah setakat menjengah ke Kampung Belimbing yang menjadi pintu masuk (pengkalan bot) untuk ke sana.

Insyaallah suatu hari nanti dapat jua ku berkunjung ke sana merungkai misteri Naga dan Istana yang hilang….

image

Untuk ke kampung Belimbing, dari Lebuh Raya Pantai Timur ambil EXIT 827(Sri Jaya). Kampung Belimbing jaraknya ±30km dari tol sini. Akan melalui Felcra Sri Makmur sebelum tiba ke kampung Belimbing.

IMG_5777

IMG_5788

Kg. Belimbing , Pekan, Pahang ..menjadi pintu masuk ke Tasik Chini

IMG_5787

Pengkalan Bot .. hujan yang turun, air sungai yang deras

IMG_5790  IMG_5789

Berdekatan ada Lata Mentagan

Thursday, December 22, 2011

Bukit Gambang: Santai Bersama Keluarga

IMG_5640

Tarikh:  15 – 17 Disember 2011

Lokasi: Bukit Gambang Resort City, Kuantan, Pahang

Menuju Kuantan sempena cuti sekolah dan menumpang program Hari Keluarga Dagang Net dimana isteriku menjadi salah seorang petugas. Lama benar aku tak ke Pahang, mungkin hampir 15 tahun. Jalan Karak pun sudah banyak berubah, selesa sekali perjalanan dan mengambil masa ± dua setengah jam dari Kuala Lumpur.

Bukit Gambang Resort City (BGRC)adalah salah satu peranginan taman tema air yang baru.  Dibuka pada Jun 2009 dan dimiliki oleh Sentoria Themeparks And Resort Sdn. Bhd., Dikelilingi rimba seluas 219 hektar, BGRC menawarkan percutian dan hiburan untuk keluarga yang  menjanjikan suasana yang mendamaikan, pelbagai aktiviti sedia untuk diterokai selain pelbagai kemudahan yang disediakan. BGRC menyediakan penginapan berupa pangsapuri mewah, Caribbean Bay Suites (CBS) Menawarkan 578 unit apartmen (enam blok), 440 unit suite keluarga, 120 unit suite studio dan 18 unit suite deluxe dengan harga berpatutan, CBS turut menyediakan kemudahan seperti kolam renang, jakuzi, bilik mesyuarat dan seminar, gimnasium, restoran dan kedai cenderamata.

BGRC adalah  taman permainan air terbesar di Pantai Timur dan dibina di kawasan seluas 60 ekar, kemudahan trem turut disediakan bagi kemudahan pengunjung berulang dari tempat penginapan dan dikenakan bayaran RM2.00(pergi balik). Bertemakan Stay Cool, Get Wet, terdapat crystal slide, galaxy slide, canopy slide dan family raft ride. Apa yang menarik padaku ialah Six Lane Racer, gelongsor air paling tinggi di taman tema air tersebut dan ia pastinya memberi pengalaman yang cukup ekstrem. 

Untuk tempahan serta maklumat lanjut, layari laman web, www.bgrc.com.my atau hubungi talian 09-5488000 atau 03-89419898.

IMG_5760

_MG_0140

Majlis diserikan dengan perantaranya Bell Ngasri dan Adzlee Senario

IMG_5642

IMG_5650  IMG_5658

Santai keluarga … Mencuba ATV plak

IMG_5661

Naik Kuda gak .. flying fox tak sempat ..ujan

IMG_5731

IMG_5746

IMG_5629  IMG_5742

IMG_5755  IMG_5757

Ujan yang turun hampir sepanjang hari membantutkan aku nak kembali jadi cam anak-anak

image 

image

Monday, December 12, 2011

Trek Hosba: Selamat Mencuba, Selamat Merasa

IMG_5444

Tarikh: 10 Disember 2011

Lokasi : Trek Hosba @ Kg. Alor Janggus, Mukim Hosba, Jitra, Kedah

Mula: 8.00pagi

Rider: 20 orang = Pudin TTG, Md. Nasron, Zaim, Ustaz Raja, Fauwaz, Sham, Yus, Zam KBS, Rizal RB, Tandope, Senu, Sham, Zaini, Spark XC, Syamin, Am, Azizul, Shafiq, Rosma & Hanif

Sekali lagi Ustaz Raja mengambil inisiatif menghimpunkan rider utara bagi menjayakan kayuhan Ukhwah di pagi sabtu ni. Tidak ramai yang hadir hari ni mungkin kerana beberapa rakan mempunyai agenda ‘bertindih’. 20 orang rider tampil bersemangat untuk mengayuh di trek baru ini. TQ geng Changloon, geng Jitra dan geng Alor Setar atas kesudian hadir pada hari ini. Pelbagaian peringkat & kategori yang hadir,  bahkan ada yang pertama kali ‘masuk’ offroad.

Kebanyakan rider berhimpun di gerai berdekatan simpang masuk ke Pusat Industri Kecil, Napoh. 2 orang geng Gerek Baru mengayuh dari Jitra. Alhamdulillah semuanya menepati masa…

Sedikit taklimat diberikan sebelum kayuhan bermula dan seperti yang diwar-warkan, geng Fullsus memang mendapat ‘kelebihan’ di Trek ini, namun geng ‘ekoq keras’ pun tidak mahu mengalah, adrenalin meningkat semangat teruja.. Hari ini beberapa orang rebah menyembah bumi. Bukan sahaja dari kalangan yang baru tetapi yang  senior juga. Bukan  kerana trek ini bahaya, tetapi kerana kesilapan ‘teknik’ sahaja.

Rezeki mengayuh, lepas kayuh ada kenduri pulakkkk

Apapun layan gambar di bawah …  Lagi Gambar di FACEBOOK

IMG_5363

Penampilan sulong dengan FS ‘meka’ specialized Epic

IMG_5376

Cikgu yang sentiasa membimbing anak muridnya .. tunjuk ajar dan setting ‘diperturunkan’

IMG_5377

Huyoooo ..sedarpppp! oooo

IMG_5369

Selamat Datang En. Zaini (Tuan ampunya Secret Recipe) 1st time mai offroad

IMG_5383

Meneruuuuu …

IMG_5390

Yang ada ‘qiang’ takdak masalah sini

IMG_5402

laju tuuuu !! Kan dah kata …. sedarpppp …

IMG_5412

IMG_5413

IMG_5477

Syamin: Berani dan berSkill .. hasil bimbingan sdr Spark XC

IMG_5419

Mantop !

IMG_5423

Oppsss!!! silap teknikkk tuuu

IMG_5432

Arkitek Azizul

IMG_5467

Kayuhan bebas merentas batas

IMG_5476

Adik Syafiq (anak buah Azizul) .. mmmm berani

IMG_5480

Di perumahan Felda Guar Napai

IMG_5489

Dari Kiri Duduk: Pudin TTG, Spark, Am & UStaz Raja

Belakang kiri: Fauwaz, Yus, Syamin, Sham, Nasron, Syafiq, Zam KBS, Tandope, Rizal RB, Zaim dan Rosma … Aik !mana lagi 4 orang ..

IMG_5494

Spark yang sentiasa ‘mengawasi’ dan membimbing anak muridnya

IMG_5495

Ahhhhh …… terkejut!

IMG_5498

Ustaz berkerut muka .. kecut gak tengok kejatuhan

IMG_5500

AM .. ‘tabah’ dengan godaan ….mencuba gerek AMt …

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...