Translator

Friday, July 29, 2011

Prison Trail: Kayuhan Santai di Tepian Pantai

Tarikh: 23 Julai 2011, Sabtu

Memendam rasa apabila rakan-rakanku di Alor Setar sana mengayuh dalam   Alor Star Heritage Nite Ride 2011 semalam. Bagi mengubat rasa, pagi ni ajak beberapa rakan yang berminat untuk mengayuh. Tidak kisah walau terpaksa menyewa basikal dengan kadar RM10.00 per jam. Kaunter untuk kayuhan hanya bermula pada jam 9.30am. Laluan yang di hala dikenali sebagai ‘Prison Trail’. Ianya sejauh 3 km sahaja. Melalui laluan tepi pantai sambil menikmati pemandangan Pulau Pinang di seberang sana. Laluan mendatar yang mudah sambil membimbing rakan2 yang tidak ada pengalaman ber MTB. Meninjau beberapa tinggalan sejarah lalu yang masih tinggal.

Cuba untuk melalui Balkis Trail, namun dengan masa yang terhad dan rakan yang kepenatan (mungkin tidak sesuai bagi beginner) maka terpaksa batalkan cubaan laluan tersebut. 

Razak Trail yang kami tempuhi kelmarin sangat sesuai untuk aktiviti Downhill. Kalau aku bawa FS, pasti aku mencubanya.

IMG_6003

_MG_5865

Berhampiran jeti asal

IMG_6094

_MG_5853

_MG_5855

IMG_6089

Laluan tepi pantai

_MG_5879

IMG_6107

Mengepalai platoon

_MG_5878

Tinggalan yang masih tinggal – dimamah usia dan masa

_MG_5941

Menikmati makan tengahari di Restoren Pen Mutiara Curry House. Restoren Eksklusif hidangan kari kepala ikan. RM30.00 per head. Perghhhhhh …. sodapppp. Terima Kasihhh Boss dan rakan-rakanku.

PK Curry House
Wisma Nelayan
Pelabuhan LKIM Batu Maung
11960 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Tel/Fax: 04-626 4615/1084

KINI AKU DIPERANTAUAN – SALAM DARI BUMI ANBIA – DIDAHULUI DENGAN SALAM RAMADHAN JUA

(25 Julai – 11 Ogos 2011)

Tuesday, July 26, 2011

Pulau Jerejak: Mengukuh Pasukan Di Pulau Buangan

Tarikh  :  22 - 23 Julai 2011
Lokasi  :  Jerejak Rainforest Resort, Pulau Pinang
Tujuan :  Kursus Pemantapan Pasukan(Team Building) Siri 1/2011

Seramai 21 orang kakitangan pejabatku  telah mengikuti satu kursus pemantapan pasukan. Ia adalah anjuran Unit Sumber Manusia dimana matlamat utama ialah memperkasakan sebuah pasukan ke tahap  yang ideal dan bersenergi.

Kursus ini secara tidak langsung untuk : -

  • membentuk individu supaya lebih berkeyakinan dan berkesan terhadap kumpulan
  • menyeimbangkan jati diri, mental, kerohanian dan kecergasan fizikal, dan mengharmonikan diri dengan alam murni ciptaan Ilahi. (fuhhh)
  • Untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain dalam organisasi;
  • Memupuk semangat kepercayaan dalam pasukan;
  • membentuk komuniti dan umat yang membangun dengan Islam.
  • menyuburkan sifat ehsan dan saling membantu dan seterusnya membangkitkan semangat yakin diri serta kegembiraan di kalangan pasukan;
  • Membentuk pasukan berdaya saing;
  • Membentuk diri individu mahupun kumpulan kepada ketahanan fizikal dan mental dan seterusnya melahirkan individu dan kumpulan yang kental dan serba boleh.

Pulau Jerejak seluas 362 hektar dan dikenali sebagai Alcatraz Malaysia. Pernah menjadi penempatan untuk banduan yang dibuang negeri. Pulau ini ditutup sebagai tempat tahanan keselamatan pada 1993 dan dibangunkan sebagai pusat peranginan. Kaya dengan hutan tropika dan menjadi tumpuan trekkers. Setiap hujung minggu pasti ramai pengunjung melakukan pelbagai aktiviti luaran. Masih ada lagi tinggalan sejarahnya untuk dikunjungi.

Alamat

Jerejak Resort and Spa
Zone 4, Mk. 13, Pulau Jerejak, Karung Berkinci 203
11900 Bayan Lepas, Penang, Malaysia
Tel: 604-658 7111
Fax: 604-659 7700

www.jerejakresort.com

IMG_5576

Menaiki Bot menuju pulau

_MG_5914

Pengangkutan unik di pulau

_MG_5708

My team

DSC_0354

IMG_2808

_MG_5726

Menjelajah trial Razak: Best gak kalau bawak FS boleh terjun ni

_MG_5830

Titi Gantung dan Flying Fox 60m

IMG_5868

Jambatan Gantung: Best sini

DSC_0547

Hutan hujan yang masih dipulihara .. tumbuhan unik

IMG_5995

Best ! .. aku orang yang mula dan akhir; aku buat 2 kali aktiviti niiii

_MG_5900

meniti titian, mengimbangi badan

_MG_5904

Merasai cabaran sepertimana anak-anak merasai dalam PLKN

Monday, July 18, 2011

Kayuhan Amal: Memburu Jawapan Santapan Durian

Tarikh: Sabtu – 16 Julai 2011 = 14 Syaaban 1432
Flag Off: 8.30am – Dataran Kuala Nerang
Lokasi: Kuala Nerang
Fee : RM10.00
Jarak: ±50km
Kayuhan ‘funride’ yang berkonsepkan treasure hunt dengan ‘selitan’  aktiviti Amal dari Adun Kuala Nerang, Dato' Syed Sobri Syed Hashim. Aktiviti anjuran pejabat ADUN Kuala Nerang dan Agro Bank. Ianya  mendapat kerjasama yang baik dari pihak polis yang mengiringi dan mengawal lalulintas dengan sempurna.  Beberapa buah kenderaan ‘back-up’ disediakan disamping team motosikal sebagai mashall. Penganjuran dilaksanakan dengan baik. Syabas penganjur
Tidaklah ramai rider kerana penyertaan dihadkan kepada 100 orang sahaja tetapi meriah. DAftar dapat kain tuala, Sarapan nasi lemak disediakan, air yang sentiasa ada - minta saja, buah-buah segar dari dusun dan makan tengahari … berbaloi-baloi.
Terdapat 5 CP dan setiap kumpulan perlu menjawap soalan yang jawapannya berada disekitar setiap CP. Melalui laluan bertar dan melalui kawasan sawah padi yang menarik dan dusun. CP3 adalah yang paling menarik kerana ia adalah FP. Setimbun durian, selonggok rambutan dan seguni manggis yang segar disediakan kepada para rider di sini.
Nampaknya kali ini tuah menyebelahi team kami. Suhaidi, Ustaz Raja, Yus dan Along mendapat hadiah dalam cabutan bertuah. BAHKAN Team kami juga mendapat TEMPAT Ke-2 dalam acara Treasure Hunt ini.  NAMUN aku tidak dapat meraikannya bersama kerana terpaksa balik awai - setakat CP3 sahaja. (ada hal peribadi .. )
TAHNIAH MyTEAM dan SYABAS Penganjur.
Lagi Gambar di FACEBOOK
IMG_2694
Daftar & dapat tuala

IMG_2599
Ustaz dok chek soalan Treasure Hunt
IMG_2605
Our Team: Dari Kiri: Along Aiman, Cikgu Wan, Zam, Yus, Jas, Sham, Ustaz
IMG_2606
Penghargaan
IMG_2609
Sebelum bermula – acara regangan
IMG_2620
IMG_2629
8.30am : Dato’ mendahului kayuhan
IMG_2635
Orang kuat acara ini: Din
IMG_2637
CP1 di Sekolah Kebangsaan Toh Puan Sharifah Hanifah
IMG_2642
Pelepasan di CP1
IMG_2647
Melalui kawasan Bendang Raja
IMG_2655
CP2: – Mini Muzium Bendang Raja
IMG_2667
CP3: FP – buah-buahan terus dari dusun
IMG_2678
Jawapan dari soalan
IMG_2681
Sumbangan kepada anak buah DUN
Tamat
TAMAT (TQ ustaz atas Pic)
yus
YUS : dapat pam (TQ ustaz atas Pic)
2nd place
Ustaz : Tak sesia mengetuai kumpulan (TQ ustaz atas Pic)




Wednesday, July 13, 2011

Pedal Clip: Kaki Melekap

Rabu: 13 Julai 2011

Rm175

Sudah lama teringin nak pakai pedal clip. Memandangkan basikal digunakan untuk off road jadi tangguhkan dahulu. Kini setelah aku memiliki 2 buah basikal, maka Gary Fisher aku yang digunakan untuk kayuhan road perlu juga ditukar Pedal clipnya

Hari ini pakai jua pedal clip Shimano XT

image

      

Model Number PD-M770
Series   DEORE XT
Pedal System SPD
SPD Cleat Surfaces  both surfaces
Pedal Body Material aluminum / painted
Average Weight    350g (pair)

 

SH087G

Dipadankan pula dengan kasut Shimano - SH-R087G tampak secocok kot?

Kelebihan

  • • UPPER: Tough stretch resistant synthetic leather and mesh
    • Micro-adjust buckle and dual asymmetrical straps
    • Snug, durable and breathable comfort
    • LAST: Wide Fit
    • SOLE: Fibreglass reinforced polyamide midsole plate
    • Durable rubber tread offers excellent traction and walking comfort

Basikal & Bonsai: Satu Pilihan!


Tarikh: 09 Julai 2011
Lokasi: Jitra, Kedah
Seramai 14 orang rider tampil di tempat takung (pinjam istilah dari PK rider) di Kedai Alias D’Pallas, Taman Suria. 2 orang wakil dari Perlis (TQ- Fitri DBos) juga hadir. Hari ini hampir kesemua tampil dengan ekor lembut. Mereka menuju ke CP3 yang amat sesuai dengan FullSus yang mereka bawa.
TETAPI aku tak dapat join kerana terlibat dengan Karnival Pendidikan, Parlimen Kubang Pasu. Persatuan kami ditawarkan 2 lot  untuk acara tersebut. Perlu berkorban kerana sudah lama aku tidak bersama persatuan ini, sejak aku aktif berbasikal, jarang aku ‘menjengah’ mereka. Dengan acara ini mungkin satu permulaan baru untuk kami bergerak aktif semula.
Karnival  ini menampilkan pameran pendidikan dari pelbagai institusi pengajian tinggi, gerai-gerai jualan, pameran dari Pusat Sains Negara dan yang menarik kehadiran dan ceramah dari Dr. Sheikh Muszaphar Shukor
Karnival berlansung dari 09 – 13 Julai 2011 bertempat di Dewan Jitra, Kedah
_MG_5461
Wakil Dato’ Ali Rustam dan Dato’ Joe, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.
IMG_2539
Bebuas laut @ Premna .. kini menjadi pilihan penggemar bonsai
IMG_2459
Jejawi = Ficus : sebelum sentuhan
IMG_2531
Premna – lasak dan mudah diperolehi sekitar pesisir pantai Kedah(dulu la)
IMG_2533 Premna – dikacuk dengan species taiwan – Sold: RM100.00 jer
IMG_2538
Kemuning @ Sedap malam = Murraya Paniculata
IMG_2544 IMG_2546 Cucur Atap @ coreng atap @ sapu2 = Beackea Frutescens – Pokok ini  diperolehi dari Besut, Terengganu
IMG_2548 Premna – ada ‘shari’
IMG_2549
Kesinai = Streblus Asper
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...