Translator

Wednesday, April 27, 2011

Hatyai MTB Jamboree: Bahagian Kedua

Tarikh : SABTU 04 Jun 2011 (Cuti Sekolah dan Cuti Hari Keputeraan YDP Agong)

Jarak: ± 40km

Hadyai MTB Jamboree kembali lagi tahun ini(2011). Bagi yang berminat untuk menyertainya (terutama kawasan Jitra & Alor Setar) bolehlah mendaftar di Redflag Bike Shop, Jitra. (No. Tel: Abang Ai: 012-545 3293, Pudin:019-4800 116 )

Pihak Redflag tidak tertakluk untuk menyediakan kemudahan penginapan di Hadyai

Yuran Penyertaan seperti berikut: -

PAKEJ 1 – FEE RM75.00

PAKEJ 2 – FEE RM165.00

PAKEJ 3 – FEE RM55.00 UMUR DIBAWAH 15 TAHUN

  1. Bicycle Jersey
  2. T-Shirt
  3. Number Plate
  4. Goodies Beg
  5. Groups Insurance (Coverage)
  1. Bicycle Jersey
  2. Bicycle Short
  3. ARM Glove
  4. T-Shirt
  5. Number Plate
  6. Goodies Beg
  7. Groups Insurance (Coverage)
  1. Bicycle Jersey
  2. T-Shirt
  3. Number Plate
  4. Goodies Beg
  5. Groups Insurance (Coverage)

Borang boleh didapati di Kedai Redflag atau DOWNLOAD DI SINI

CEPAT : Tarikh tutup penyertaan 08 Mei 2011. Tarikh Tutup Penerimaan Borang di Redflag ialah 06 Mei 2011

Catatan Jamboree Hadyai 2010 lalu:-

1.  HARI PERTAMA – SAMBUTAN DI SADAO

2.  HARI KEDUA – KAYUHAN

3. MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH DAN PERTUNJUKAN KEBUDAYAAN

Jersey Jamboree: Tertakluk kepada Fe

Monday, April 25, 2011

CP3: Gabungan Kayuhan 2 Negeri

Tarikh: 23/04/2011, Sabtu : Masa 8:00am

Tempat: Taman Tasik Darulaman, Jitra, Kedah

Rider: ± 50 orang

Kembalinya kerjasama kayuhan team GB Kedah dan team GB Perlis. Disertai juga oleh Team Changloon, Team Toyota dan beberapa rider sekitar menjadikan acara ini meriah bak mini Jamboree.

Memulakan kayuhan memohon keberkatan, bacaan doa dipimpin oleh Ustaz Raja Azriffudin Al Hafiz. Kayuhan dikemudi oleh Art IKBN dan sweepernya adalah penulis. Kayuhan bermula dari Parkir Taman Tasik Darulaman melewati Kondo 900 terus ke Darulaman Bike Park bagi meninjau, melihat  dan mencuba sebahagian trek terjunan yang bakal mejadi gelanggang kejohanan Malaysian Downhill siri ke 3 pada 29/05/2011 nanti. Kemudian mendaki Bukit Malau(CP3) melalui kawasan ternakan ayam(reban ayam). Walaupun ada beberapa rider yang jatuh semasa DH, namun ini adalah asam garam dalam dunia MTB.

Sesungguhnya kayuhan ini berjaya mengeratkan lagi tali silaturahim sesama rider. Gabungan kayuhan sebegini akan diteruskan lagi dimasa akan datang bagi sama-sama menikmati laluan-laluan tertentu.

Dari Rokan ke Indragiri

Membawa tinta ke Kuala Linggi

Baliklah tuan rehatkan diri

Esok, lusa bersua lagi

LAGI GAMBAR DI FACEBOOK

2 kepala GB

Permulaan di Tasik Darulaman

GB Perlis

Di Tapak Darulaman Bike Park: Lokasi acara Malaysian DH Siri ke 3

Kerjasama: Dua-dua tayar bocor sekali

En. Bunyamin: Selamat Datang

Veyron & Tandope(Penghulu Team Changloon)

Zaim pastinya meluncur laju di sini

Oppss! hati-hati! Beberapa orang dah jatuh di sini

Wednesday, April 20, 2011

Dinos Alive @ Pusat Sains Negara

Tarikh: 18 April 2011

Kebetulan berada di Kuala Lumpur dan peluang diambil melawat Pusat Sains Negara. Memang dah lama plan untuk melawat ke pameran ini.

Pameran ini bermula sejak 01 Dec 2010 – 31 Mei 2011 dan dibuka dari jam 9.00am – 5.00pm. Di pameran ini anda berpeluang  kembali ke era Jurassic, melihat secara ‘live’  Tyrannosauraus atau T-Rex yang terkenal ganas dalam filem Jurasic Park, Apatosaurus yang tinggi lampai (23 kaki) dan lain-lain lagi.

Pameran ini dibuka setiap hari kecuali Ahad dan Cuti Umum. Bayaran masuk adalah seperti berikut:-

KATEGORI

UMUR

BAYARAN

Kanak-Kanak

4 – 17 Tahun

RM 5.00

Pelajar Sekolah

Pakaian Seragam atau kad pelajar

RM 5.00

Dewasa

18 ke atas

RM10.00

Keluarga

2 kanak + 2 dewasa

RM25.00

Selain tarikan Dinasour, tarikan lain di Pusat Sains ialah Aquarium, wonderspark, Eureka, pertunjukkan sains dan lain-lain lagilah. Amat baik untuk kunjungan bersama keluarga.

mencuba Harp tanpa ‘string’ .. hanya angin ..

Terowong aquarium ikan air tawar (32 species)

Ganazzznya

Menelusuri masa

Buat magik pulakkk .. semuanya asas sains

Saturday, April 16, 2011

KARNIVAL SKILLS MALAYSIA 2011:Mengarusperdana Latihan Kemahiran

Tarikh: 14 – 17 April 2011

Lokasi: Perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah

Yang berminat , ayuh kita ramai-ramai ke sana. Banyak menfaat terutama kepada pelajar lepasan SPM, STPM, Universiti dan lain-lain lagi. Peluang memasuki institusi kemahiran yang ditawarkan. Membuka minda sambil melihat teknologi Proton.

Ada pertandingan Kemahiran Malaysia, Pertandingan Myskills, Pameran latihan kemahiran, Simposium Kemahiran demo masakan Chef Sabri.

  • Pertunjukkan Demo Drift oleh Tengku Djan(Kalau beli barangan proton berpeluang naik kereta bersamanya)
  • Auto Show
  • Superbike Show
  • PROTON Showcase
  • Pameran kereta inovasi Proton
  • Pengambilan pekerja-pekerja Proton oleh HR Proton
  • Pertunjukan artis dari Ramli Sarip, Jay-Jay, Azlee & Mila

Masuk: PERCUMA

Kerjaya: mengasah Skill di IKM Berseri ..pandai buat kereta

Robot ciptaan pereka tempatan

Kereta bateri dari proton(prototype): Yang mushykil .. kenapa tempat duduk pemandu sebelah kiri ?

Huyooo .. batman mobile ka? .. driver sebelah kiri jugak ..(mmm buatan tempatan ka ?)

Proton ..solar

Enjin CAMPRO IAFM

barisan kereta WAJA yang berhias unik

Friday, April 15, 2011

KEDAH DH CHALLENGE 2011: Cabaran Bakal Bermula

Round 1 di Tokun telah berlalu, Round 2 di PCP, Putrajaya bakal menyusul pada 01 Mei 2011 dan Round 3 pula di Darulaman Bike Park, Jitra akan bakal tiba.  Ahad 29/05/2011 adalah harinya.

Segala persiapan sedang giat dilaksanakan. Pihak kami akan berusaha menjadikan acara ini antara yang terbaik dan menyeronokkan. Trek terjunannya hanyalah sejauh 1 km  sahaja. Kepelbagaian ‘jump’ dibina, ada ‘rock garden’, ‘mawar berduri’, ‘3 stooges’, ‘unta ride’ dan lain-lain lagi. Istilah di cipta untuk menggambarkan keadaan trek. Nak tau, marilah mencuba ... tetapi pastikan basikalnya DH.. hardtail(???) .. ada brani?

Layan..

Lagi Gambar di Facebook

Barisan AJK .. Zam(peace) dgn imej barunya kini

Perlumbaan mengejar masa

Ada yang bekerja dan ada yang bermain .. pembikinan demi pembikinan ..semuanya demi kepuasan

Finishing … Silap lompat masuk paritlah jawapnya

Monday, April 11, 2011

Kayuhan Amal: Riadah Sambil Berbakti

 
Aktiviti: Kayuhan Amal Untuk Adik Muhammad Ariff Aizuddin
Tarikh: 09 April 2011
Jam: 7:45am
Lokasi: Petronas Taipan Square, Sungai Petani
Jarak: 80km
Wakil Team: Ustaz Raja, Haji Zaim, Rizal Arbi, Ustaz Masri dan Pudin
Kayuhan Amal ini bagaikan satu mini Jamboree. Satu aktiviti dari komuniti basikal(ada RB, MTB, Fixie) yang prihatin. Dengan daya usaha penganjur berjaya menghimpunkan ± 130 orang rider dari kawasan utara meliputi rider Perwaja, SAZA, RCT, Sungai Petani, Team-team  Kepala batas,MKH, Pulau Pinang, Alor Setar, Jitra dan lain-lain lagi. Kutipan  untuk tabung derma yang digerakkan penganjur berjaya mengumpul lebih dari RM5,000.00. Semoga sumbangan ‘tangan kanan’ ini akan meringankan bebanan sahabat kita ini. (Penulis sangat memahami masalah Mizi kerana penulis pernah melaluinya beberapa tahun dahulu – hanya dengan kasih sayanglah  sebagai penguat semangat.)
Tahniah penganjur(Bang Li, Ismail SP, Jatt, Lan, Tok Megat(sekadar menyebut nama) dan lain-lain, dengan hebahan melalui FB(notis yang singkat) telah berjaya menggerakkan aktivi yang sungguh bermakna ini.
Lagi gambar di FACEBOOK

7:50am – Mula kayuhan
Team Jitra: Haji Zaim dan Ustaz Masri
Kayuhan sebaris: Laluan yang banyak lori
9:10am – rehat sambil menanti rakan
Wakil Team Jitra, Rizal RB
1000am: Berhimpun menanti kelompok dari Kepala Batas
Adik Ariff Aizuddin,  anaknya Mizi
(Aduhhhh)Tengah Rembang: Kayuhan Balik

Friday, April 08, 2011

SEPAK TAKRAW: KEJOHANAN ANTARABANGSA DI ALOR SETAR

Kejohanan Sepak Takraw Jemputan Kelab-Kelab Antarabangsa 2011

Tarikh: 07 – 10 April 2011

Masa 8.00 am – 10.00 mlm

Lokasi: Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Alor Setar Kedah

Kejohanan ini bagi merebut piala Menteri Besar, Piala Exco Belia Dan Sukan dan Piala Dato’ Bandar MBAS.  

Kejohanan ini dianjurkan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kedah, Majlis Sukan Negeri Kedah, Majlis Bandaraya Alor Setar dan  Persatuan Sepaktakraw. Kejohanan yang ditaja oleh Belati Wangsa, Sinar Harian, Salim, Majuilzar Group dan Milo

Ia akan disertai oleh pasukan-pasukan Malaysia, Thailand, Singapura, Indonesia, Myanmar dan Kelab-Kelab dari seluruh Malaysia.

Perlawanan akan bermula pada hari Jumaat, 08 Aperil 2011

Masuk adalah percuma

Pasukan Myanmar sedang tekun berlatih

Pasukan dari Indonesia

Monday, April 04, 2011

Sidang DUN Kedah Yang Ke 12

Sidang Dewan Undangan Negeri – Mesyuarat Ke 3, Penggal Ke 3

Tarikh: 04 June 2011 /30 R. Akhir 1432

Jam : 9.00

Lokasi : DUN, Wisma Darulaman, Alor Setar

Hari ini pernulis sekali lagi berteleku di tempatnya sambil mendengar perbahasan Ahli-Ahli Dewan.

Ada beberapa  isu menjadi ‘panas’ terutama berkaitan SADA dan penghantaran pulang pelajar Malaysia ke Mesir tempohari. Tidak perlu penulis mengulas panjang biarlah akhbar dan media melaporkannya nanti.

Apa yang penting, Penyata Kewangan Agensi penulis bagi tahun 2009 telah selamat dibentangkan (Fuhh ..lega).

Dewan juga memilih melanjutkan tempoh Ahli Dewan Negara iaitu YB Senator Tuan Haji Yusoff Bin Hussain dan memilih seorang lagi calon setelah YB Senator Ir. Haji Zamri tidak bercadang untuk menyambung tempoh menjadi senator.

Setelah dicadangkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar, Dewan bersetuju melantik YBhg. En. Saiful Izham Bin Ramli sebagai Ahli Dewan Negara yang baru mulai 21/05/2011

Bakal Senator : YBhg Saiful Izham Bin Ramli(bersongkok)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...