Translator

Monday, February 28, 2011

Bukit Wang: Mengerat Ukhwah Menjengah Usahawan

Tarikh: 26/02/2011 – Sabtu

Lokasi: Trial Bukit Wang – Ladang Getah Tok Teh – Kebun Jati – Bukit Gajah Teriak – Malau

Rider: 10 Orang – Ustaz Raja, Art TTBC, Suhaidi Celcom, Jaswadi, Yap Poli, Along, Hafizudin, Hafiz, Pudin dan sahabat baru Ustaz Masri (Selamat Datang).

Pelan asal hendak ke Bukit Kelubi via Kota Mengkuang – trek baru yang mengelilingi Banjaran bukit yang berlatarbelakangkan pekan Jitra itu. Adanya pendatang baru(ustaz juga) lalu pilihan trek yang kurang mencabar dibuat disamping beberapa tonggak utama Gerek Baru akan bertolak ke Jeli Jamboree.

Laluan ini tidaklah terlalu mencabar tetapi mempunyai perlbagai bentuk persekitaran dan rupabumi. Jalanraya , offroadnya yang melalui airterjun, kebun getah, melintasi ladang nenas dan merentasi sawah padi.

 

Permulaannya di D’ PAllas Bike Shoppe pada jam 8.00am

Rider pelapis.. dibawah program Pembangunan Rider Muda 

Di Rekreasi Bukit Wang - Titi terputus

 

Bersama En. Azhar aka Tok Penghulu. Gerombolannya yg  bermotosikal bermalam di Chalet Bukit Wang

Ustaz Masri: Sudah terlepas dari kemelut Di Mesir: - ‘Eranya’ di bawah rejim Husni Mubarak

Chewahhh ..bergaya sekali Si Din yg pangkal namanya adalah Hafiz  

 

Antara Aksi pendatang baru dan rider Jr

Awat ustaz; Terjun la

Hutan buluh

Bukit Botak yang sudah berjambul: lokasinya di Gajah Teriak, Jitra 

Hiahhhh!!! Din ..sama tinggi sama padan dengan basikal

DH yang best..namun hati-hati dengan batu longgar kerana ada juga yg kejatuhan di sana

Merentasi Sawah padi .. menanti untuk dituai

 

Menghala balik ke Malau

 

Bukan setakat nak promosi tapi juga nak dapatkan diskaun

Selepas mengayuh,  singgahlah kami  ke kampung Perupuk, Malau, Jitra. Rumahnya mentua Jaswady. Isterinya Mas adalah seorang usahawan kuih tradisional dan moden. Seorang pengusaha, yang menjual secara borong atau runcit, tak menang tangan hendak membuat. Kuih-kuih loyang moden, kek pisang, peneram, karas, maruku, rempeyek, tempeyek, keria, coklat muffin dan tat… Dijamunya kami dgn kuih buatannya yang sedap.. tak rugi singgah apatah lagi membeli

Berminat!!! hubungi Jaswady di 012- 464 9010

Rezeki di depan ..  menjadi habuan

 

Suhaidi, Jaswady(ni la suami towkei) dan Art TTBC

Sahabat baru yang akan join nanti, saudara Jimmy dari Kolej Matrikulasi Changloon. BAru beli basikal ni.. sedang  mencari sahabat mengayuh ..

Selamat Datang kami ucapkan .. Ayuh!

Wednesday, February 16, 2011

Gunung Keriang: Xplorasi Gua Di Hari Maulidul Rasul

Tarikh  :   Selasa – 15 Februari 2011 – 12 Rabiul Awal 1432
Misi:       Meneroka Gua Gunung Keriang, Alor Setar, Kedah DA
Peserta:  8 orang: Hairi, Sharin, Saiful Anuar, Along, Angah, Art TTBC dan Pudin.

Semasa kecil penulis sering diceritakan tentang mitos dan mistiknya gunung keriang ini. Tentang lagenda sumpahan ‘Kelembai’ dan batu-batu menyerupai manusia(pengantin di dalam guanya dll). Apabila remaja, penulis semakin teringin untuk mendaki gunung keriang apabila membaca beberapa buku, tetapi tiada rakan yang sejiwa untuk aktiviti  “meragas” gunung, lalu penulis menyertai Persatuan Rekreasi Kedah (ReKe – hujung 80an) juga tidak berpeluang mendaki gunung keriang ini (walau beberapa gunung yang jauh telah didaki).

Minggu ini penulis tidak mengayuh akibat demam, tetapi apabila rakan yang kayuh pada hari Sabtu lalu memaklumkan bahawa ada cadangan untuk terokai gunung, terus sahaja hubungi saudara Hairi biar demam belum kebah sepenuhnya.

Xplorasi bermula pada jam 9.15am dari kawasan parkir, menelusuri kawasan kubur dan terus mendaki menghampiri gua langsir dan seterusnya memasuki gua dengan bantuan Saudara Zul sebagai jurupandu berjaya membawa kami keluar dan tembus  ke sebelah sana(muzium padi) pada jam 11.30am. Masih ada beberapa tempat lagi yang belum diterokai seperti ‘pokok sireh’ lokasi batu bersanding, gua tengkorak, gua kalat,  kolam di lantai gunung yang airnya jernih lagi sejuk.

NOTA: Untuk menjelajah gua di sini,  adalah dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat jurupandu tempatan yang mahir dengan laluan di dalam gua.

AKHIRNYA TERCAPAILAH IMPIANKU SEJAK KECIL

Lagi Gambar di facebook

 IMG_7130

Sebahaian peserta: dari kiri Sharin, Saiful, Art TTBC, Hairi, Along dan Angah

IMG_7137

IMG_7139

Pendakian bermula

  IMG_7140

Ada pondok rehat .ada jua yang sudah kecundang dipertengahan jalan

 IMG_7144

Gua Langsir: permulaan untuk menyusup

IMG_7150

IMG_7153

IMG_7158

di dalam gua

IMG_7171-horz

 IMG_7173-horz

IMG_7177-horz

Gelap: perlukan lampu suluh

IMG_7175-horz

IMG_7197-horz

IMG_7186-horz

Cantik! Beberapa bentuk batu yg menarik lagi unik

 IMG_7217-horz

IMG_7225-horz

Cabaran: sebahagian laluan perlu merangkak dan menyusup dan muat seorang sahaja. Ada yg mengalami Claustrophobia? ..Penulis ada terfikir untuk menyerah tetapi memikirkan bahawa tidak akan alami pengalaman ini, maka gagahkan jua ..

 IMG_7247-horz

Sudah keluar dari gua tembus ini.. berada dalam gua yang terbesar sekali.

IMG_7265-horz

ada pembangunan dari kerajaan negeri dengan menyediakan tangga. masih dalam pembinaan. NAnti pengunjung boleh naik lif sebelum memasuki gua ini

 IMG_7259

Berjaya - Explorer …Pudin, Hairi, Zol(penunjuk arah), Shahrin, Art, Saiful dan Angah(anak sdr. Hairi)

Menarik! itulah ucapan yang diluahkan – pasti ku datang lagi

 IMG_7272

 IMG_7269

GUA INI ADALAH  ANUGERAH ILAHI YANG TAK TERNILAI
MARILAH SAMA-SAMA HARGAINYA

Thursday, February 10, 2011

Bonsai: Pemangkin dari Sahabat

Tarikh: 09 Feb 2002

Lokasi: Titi Haji Deris, Alor Setar Kedah

Sudah lama penulis menyepi dalam  arena bonsai. Lama benar tidak menjengah rakan-rakan. Hari ini kebetulan ‘outstation’ ke Pendang singgah sebentar ke kedai saudara Mohd. Rizam Bin Ali di tepi sungai. Wow, nampak keazamannya dalam seni bonsai, walau banyak pokoknya dahulu sudah hilang dicuri, namun beliau bangun semula, bahkan kini ramai pengikutnya (dah jadi sifu). Mempunyai daya kreatif yang tinggi, pengamatan yang halus, ketertiban dalam kerjanya menjadikan bonsainya nampak kemas dan rebutan beberapa penggemar bonsai.

Melihat sahaja hasil kerjanya, timbul kembali semangat. Petang tadi mula menjengok pokok penulis yang sudah lama tidak diubahsuai. 

Beliau boleh dihubungi di:

  Kg. Titi Haji Idris

  Tajar, Alor Setar

  Kedah Darul Aman



No. Tel. 013-4148 966

 

Premna yang didapati dari pantai Kuala Kedah(area kawasan Kayuhan Jelapang)

 

 

Potnya berkarya bersama rakan di waktu malam – Buxus(hongyiang)

 

Cucur Atap((Beackea Frutescens): bernilai tinggi, hanya dan banyak diperolehi di Terengganu

 

Shimpaku – antara juniper yang bernilai & Juniperus chinensis (Chinese Juniper)

  

Tunggul bebuas pulau yang diperolehi dari lokasi sebuah pulau di pantai barat

Wednesday, February 09, 2011

Koh Lipe & Satun : Kembali Ke Pangkal Jalan

Tarikh: 4 – 5 Feb 2011

Misi: Ke Setoi  (Makan daging salai) dan balik

Tidur yang tiada gangguan, bangun dengan cergas, bersarapan kuih kacang gorengan makcik Hasnah dengan secawan kopi. Sengaja bertanya harga minyak masak disini - RM6.00 per kilo(biar btoi ni).

Awal pagi menjelajahi pulau kecil ini, melawat pantai-pantai dan sekolah. MEninjau laluan berbukit yang mungkin ada potensi(hmmm). Pukul 10.00 bersedia nak balik, alamak feri terlepas. Terpaksa menaiki bot laju pada jam 11.00am yang menghenyak dan melambungkan basikal kami(lajuuu). (Tiket feri boleh digunakan untuk naik bot laju ini)Kena bayar RM5.00 lagi kat depa(Ishhh mudah buat duit nooo) kerana bawa basikal. Bot ini singgah dibeberapa kepulauan spt Koh Mulut untuk menurunkan dan mengambil pelancung dan kami tiba di Pak Bara Pier pada jam 12.45pm

1.00 tgh makan tgh di tepian pantai Pak Bara dan seterusnya mengayuh sejauh 60km menghala ke Satun. Singgah dibeberapa Pot MTB, spt Tarutao Bike dan Satun Bike. Tidak sempat ke Muzium Satun yang merupakan kediaman Ku Din(Tengku Kudin – Raja Setoi). Untuk makluman untuk memasuki ke muzium ini akan dikenakan bayaran sebanyak THB200.00 seorang.

Menghala ke hotel Rean Nam yang sungguh selesa dgn bilik yang luas(VIP room) yang cuma berharga RM45.00 jer. Malam keluar berjalan-jalan sekitar bandar Setoi yang agak lengang. Tetapi ia kaya dgn kepelbagaian makanan yang menarik lagi sedap.

Awal pagi esoknya bersarapan di Kedai Pak Lid (Pot Satun Bike Corner). Satun Bike Corner adalah team asal yang kemudiannya berpecah kpd beberapa team lain lagi. Pot ini juga menjadi pot burung dan pot larian marathon. Pak Lid sememangnya kuat, dalam usia 61 tahun beliau dan teamnya  memenagi tempat ke 3 dalam kejohanan marathon tempohari. Berjumpa juga dengan Kavee Pathan seorang jaguan Satun dalam arena MTB. Katanya baru balik kayuh dari Wang kelian(keluar sejak jam 5.30am lagi). Beliau adalah wakil Satun dalam siri MTB race Thailand.

UNTUK MAKLUMAN: pada 11 Februari 2011, Satun Free Ride akan kembali, iaitu acara berbasikal mengelilingi pekan Satun (T –Shirt akan diberikan – penyertaan percuma).

Selepas sarapan menziarahi Pok Yed, salah seorang rider Satun(veteran) yang lumpuh akibat kemalangan(dilanggar oleh motor semasa ber MTB). Pukul 10.00am, Kami mula mengayuh lagi sejauh 50km menghala pulang ke Wang Kelian dan tiba di tanah air pada jam 12.15tgh .

Secara keseluruhannya kayuhan ini memang menarik dan apa yang mencabar apabila terpaksa berlawan dengan rintangan angin dan terik panas matahari.

Bang Ronn dan Restorennya

Kepelbagaian warna dan aura

kanak-kanak sekolah

IMG_2681

Sempat lagi tu…cikgu  sekolah ban ko adang

Menuju ke ponton

12:45tgh – selamat Kembali ke darat

IMG_7047

Tiada duit … mai sini

Kensom

Pekan Chalung: Pemandangan biasa di sini

Pot Tarutao Bike : Pengurunya saudara Zol dari Chiengmai

Rumah Ku Din Ku Meh: Raja Setoi

Hotel Rean Nam: VIP Room RM45.00 jer

Pergh .. daging salai sendiri ..ala steam boat di Negara Restoren

Tukang buat murtabak : sedap murtabaknya ada sikit kelainan

IMG_2693

Pasar makanan

Al-Ikhwan: legasi Al Arqam – restoren dan hotel – nampak cantik

Bersama Pak Lid .. di Satun Bike Corner

Kavee sedang tarik ..perghhhh laju

11:35am - Sudah tiba di Thaleban national Park

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...