Translator

Friday, December 31, 2010

Sorotan 2010: Satu Rumusan

Jumlah Posting: 135

Hari ini adalah hari terakhir bagi tahun 2010. Membelek kembali kisah sepanjang 2010 ini sambil memperingati  beberapa perkara yg sebelum ini kadang-kadang tidak diambil endah. Ada jua cerita yg tidak sempat atau terlupa utk dicatatkan. Biarlah coretan ini meninggalkan kenangannya.

Soroton pilihan 2010: -

IMG_4615

Membuka Tirai – Kayuhan ke Bukit Lebai Hussain – laluan ini sebahagian(10%) dari laluan UUM Jamboree tempohari. Kayuhan di hutan balak dan terowong komunis. Pencarian ini menjadi titik tolak pertama dalam mencari laluan2 sekitar utara Kedah ini.

IMG_4800 5 – 11 Feb – lawatan sambil belajar ke Turki .. satu pengalaman yg amat menarik

14 March – RUN 10 yg menjadikan antara Jamboree terbaik

24 April – Khao Nam Khang, Thailand –  bandit tunnel - antara laluan yg mencabar

DSCN0310

1 Mei - Kayuhan Terang Malam: Pertama di utara ke 2 Di Malaysia - Pencapaian di bawah 100

IMG_6748

22 Mei – Kayuhan Jelapang : Kemalangan kecil tetapi membawa kecederaan lutut yang sehingga kini masih belum sembuh

DSCN1011 11 Jun -  Aluan Rombongan dari Malaysia di Sadao – Bersama keluarga ke Hadyai dan Satun –

12 Jun – Hadyai Jamboree – antara Jamboree yg menarik dihadiri.

17 Julai – Thompson Trail, Cameroon Highland – antara laluan yg menarik -  bersantai

1 Ogos  – NTMTBA Darjah 2

04 Ogos – Fistulectomy prosedur : Pembedahan Perianal Fistula

DSCN1597 7 September - Pembatalan Kedah Jamboree 2010: satu keputusan yg berat

20 Oktober : My New Gadget: EOS S95

01 November – Jamboree Kuala Kangsar – antara Jamboree terbaik

IMG_0414

03 November – Banjir Besar melanda Kedah/Perlis

21 November -  UUM Bike Challenge 2010: Ahli Team Gerek Baru dapat frame Specialized dan tali pinggang berbotol air camelbak

Best Pic 2010 – pencarian laluan Kedah Jamboree

Thursday, December 30, 2010

TREK TERJUNAN BUKIT KELUBI: PEMERIKSAAN & PENILAIAN

Tarikh: 28 Disember 2010 : jam 5.30ptg

Lokasi: Bukit Kelubi- Belakang Taman Tunku Sarina, Jitra, Kedah

Misi: Melihat, Menilai dan Mencuba Trek DH

Aku sudah beberapa kali diajak untuk menjamah trek ini, namun masih belum tergerak hati untuk ke sana mungkin kerana ‘genre’nya yang berbeza. Oleh itu masih samar-sama kedudukannya dimana lokasi trek ini yg bakal dijadikan sebagai salah satu event didalam Kalendar DH di Malaysia.

Rupa-rupanya lokasinya tidaklah jauh dari bukit-bukit yang selalu kami daki, bersebelahan benar dgn bukit yang pernah kami redahi.  Lokasinya  bersempadanan dengan Kelab Golf Darulaman (DGCC). Berada dalam  kawasan  elit, kawasan yang rata telah diterangkan menjadi sangat lapang sesuai utk parkir kereta kami.

Setelah melihat sendiri trek ini, tahniah diucapkan kepada ZAM and the gang, Alor Setar Street Bike dan yang seangkatan dengannya. Kini bolehlah kita sama berdiri  tanpa rasa rendah diri maknanya kita mampu menjadikan dan mempelbagaikan trek di sekitar Jitra ini. Segala usaha mereka pasti akan berbaloi. Tahniah juga pada sdr Lont yang tidak jemu-jemu memaklumkan kesedarpan menunggang DH bike sambil mencurah racun dan asid yang berbisa kepada kami.

TUNGGULAH JIKA TIADA ARAL MELINTANG, JIKA SEGALA PERANCANGAN BERJALAN LANCAR – Satu event DH bertaraf kebangsaan akan dibuat di sini, seawalnya pertengahan tahun hadapan … INSYAALLAH berjayalah hendaknya.  (yang penting:– kerjasama dan usaha)

Jalan masuk untuk ke trek – nun dihujung sana letaknya trek

Lonth di puncak kesedarpannya(adrenaline up)

Hu hu hu .. kecekapan diuji disini

lajuuuuuuuuuu

Aksi hebat .. hingga terkeluar tayar dalam

 

Teraju utama: Wan Blizt, Rizal, Gon Aterton, Yeti Yamm, Lont, Aku Botak,  Khairul, Wan dan Zam

Di belakang adalah panel penilai trek : Art IKBN, Kapten Jamal, Putera Shariman, Chomel(Ketua Juri) dan Chegu Geja Matobo

Lagi Gambar di facebook

Wednesday, December 29, 2010

GEREK BARU Di Majlis Perkahwinan Rider MTB

 

Tarikh: 28/12/2010 – Selasa

Lokasi: Taman Pasu, Jitra Kedah

Masa: 3.00ptg

Selamat pengantin baru
Semoga kekal abadi bahgia
Ke anak cucu sentosa murah rezeki
Alhamdulillah bertemu jodohnya
Berkat kesucian akhir terlaksana

Pabila sedang bersanding
Janganlah suka menjeling

Menjadi raja sehari tersenyum
Nampak berseri tenangkanlah hati
Dengan kesyukuran
Sabar menghadapi tempuh
Hidup baru

Oleh Anita Serawak: Selamat Penganti Baru

En. Ravi adalah antara rider yang cukup berpotensi lagi digeruni diutara.  Namanya terserlah di dalam KEDAH JAMBOREE 2009 apabila berjaya meraih tempat pertama dan antara top 10 dalam beberapa Jamboree. Kini beliau adalah antara pelumba team SBS GIANT.

Kelmarin 27/12/2010 beliau telah menamatkan zaman bujangnya apabila diijabkabulkan dgn Puan Suraya dari Yan Kedah. Syukur jua beliau telah memeluk islam tempohari dengan mengambil nama Mohd Shahrul Iman Bin Abdullah.

Pihak Gerek Baru melahirkan rasa syukur dan gembira dengan perkembangan ini dan mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU SEMOGA KEKAL KE AKHIR HAYAT ..

IMG_5704 Aksi sang juara

IMG_0336 Team Gerek Baru bersama pengantin

Art TTBC, Alias, Senu, Ustaz. Pengantin, Angah, Along dan Syam

Tuesday, December 28, 2010

KAWAT 2010: Jamboree Penutup Tirai

Tarikh: 26 Disember 2010

Lokasi: Perkarangan Hotel SSL Trade, Kamunting, Taioing, Perak

Flag Off: 7.30am

Jarak: 50km

Pnganjur event ini masih lagi K-Raitt MTB Club. Sedikit kelainan dgn menampilkan anak-anak Tahfiz Nur Qaseh, Kamunting. Flag off dimulakan dgn bacaan doa dari mereka.

Penulis hadir ke Jamboree ini kerana mengharapkan  penganjur memperbaiki beberapa kelemahan yang dilakukan pada acara terdahulu disamping untuk menikmati keindahan Taiping.

HAMBAR itulah yg penulis simpulkan dan berikut adalah catatan dan komen penulis.

PERHATIAN: SEGALA CATATAN INI  ADALAH PANDANGAN PERIBADI PENULIS 

Peserta

± 300 orang perserta mendaftar diri tetapi hanya ±150 orang yg tampil mengayuh. Penulis percaya ‘luka’ tahun lepas menyebabkan ramai orang berpatah arang bahkan ramai yg sudah bertalak 3 kpd penganjur ini. Disamping itu kurangnya promosi yg dibuat oleh penganjur.

HAMBAR kerana tidak ramai pesertanya.

Trek

Laluan kali ini adalah sejauh 50km yang banyak melalui jalan tar, jalan berbatu, jalan tanah merah dan melalui kawasan ladang kelapa sawit, kebun getah, kawasan perindustrian  dan kawasan perkampungan. Dibeberapa tempat laluan sangat lecah  kerana musim hujan sekarang ini.(nasib baik hujan tidak turun pada hari ini). Apa yang diharapkan oleh penulis yang juga dikongsi dgn beberapa rider lainnya, Taiping yg lanskapnya sangat cantik, berlatarbelakangkan bukit bukau yang menarik, pekan, taman dan tasik seolah-olah tidak diambil kira oleh penganjur kerana ini adalah kekuatan Taiping. Berterus terang penulis katakan inilah Trek Jamboree yang paling tak menarik dan boleh dikategorikan sebagai ‘laluan mudah’. Kali ini tiada bukit utk didaki, yang ada hanyalah  satu ‘gon’ di ladang kelapa sawit. Laluan tahun lepas jauh lebih menarik lagi.

Papan tanda yg kurang dan penanda juga agak mengelirukan bagi sesetengah rider. Rider perlu peka kpd plastik penanda yg digantung di pokok.

HAMBAR kerana laluan tidaklah mencabar

Goodies

Goodiesnya tidaklah semewah, biasa sahaja seperti lain-lain Jamboree.(OK la tu). Di dalam beg tersedia Jersey berlengan panjang, sepeket suntonic dan botol airnya, sebotol air mineral 500ml, no. plet + dawai pengikat, baucer potongan 20% utk makan dikedai pasembor kader dan kopitiam dan risalah pekan Taiping.

Makanan

Masalah minuman tidak berulang lagi. Kali ini setiap CP ada tersedia air mineral. Di CP3 pula ada air dan pisang.

Makan tengahari, 2 mata hidangan dan tembikai mencukupi lagi sedap. Air suntonic dan teh ais yg lebih dari mencukupi di sediakan di khemah.

Hadiah

Kali ini penulis berjaya mendapatkan kedudukan yang agak baik dan mencatatkan masa yang agak baik juga. Mungkin ada beberapa faktur(di atas) yang memberi kelebihan pada penulis?

Semestinya Top 10 akan diberikan hadiah bahkan peserta terakhir juga mendapat hadiahnya.(alhamdulillah – penghargaan kerana berjaya jua sempurnakan kayuhan – ±12.15 tgh).

Seperti biasa, penulis juga tidak bernasib baik kerana semua cabutan bertuah dimiliki oleh  rider lainnya.  Hadiah utamanya adalah  berupa 2 unit frame GIANT ATX 7.

HAMBAR kerana masih tidak bertuah

Penyokong dari kalangan anak-anak Tahfiz wooooo

8.15am di CP2 – sdr Nordin   - mai minum ayiaq dulu

Nasib baikla tak ujan pagi tadi – kalau tidak !

9.10am – Di CP3

Bukit ni la yang mencabar sikit - kalau naik fixie pun boleh lepas ni

9.30am - CP4

9.45am : Yeah .. 135 minit - berjaya menyudahkan hingga ke  CP5

Sdr Raja dari Lumut – masih bersemangat utk kayuh kali ini

Si cilik pun dapat hadiahnya – tempat ke berapa tu?

Lelaki di belakang Tabir - KUALE JAMBOREE ; Sdr Razak

Kemenangan berganda

Barisan hadiah kpd pemenang dan pada yang bertuah sahaja

Menaruh harapan : Frame GIANT ATX 7 (> RM1,000.00: Mahai tuuuu)

Makanan Tengahari: 2 mata + buah tembikai

Lagi gambar di FACEBOOK

Wednesday, December 22, 2010

Volkswagen: DAS AUTO

VW’s new Tagline:  DAS AUTO ( in English The Car)
Ini adalah model Austalian Country Buggy
Dalam tahun 1967 volkswagen Australasia Ltd telah memulakan projek utk mereka bentuk kenderaan (a jeep type vehicle) yg bersesuai dgn rupabumi Australia. Mula dikeluarkan pada tahun 1967 dan dilengkapi dgn enjin VW 1300cc.
VW buggy ini tidak banyak dikeluarkan dan menurut rekod ± 1956 unit sahaja dikeluarkan. Ianya hanya diexport ke beberapa buah negara sahaja spt Philipphines (dikenali sbg "Sasakyan" ), Singapore dan NZ, oleh itu ia akan menjadi satu kenderaan yg sukar dijumpai kini.
Air cond tak diperlukan, tapi jangan sesekali pasang komponen radio yg mahal - utk elakkan dari pendengar tegar menumpang dan mendapatkan hakmilik padanya. Seriyau juga nak parking merata tempat - takut kena kebas ni .. dah la takdak alarm
Kereta utk menikmati limpahan cahaya suria dan titisan hujan(kalau tak pasang bumbung la).
 
Jangan terkeliru dgn Volkswagen Kübelwagen ini (Kübelsitzwagen, meaning "bucket seatcar"). Penulis rasa ia tidak terdapat di Malaysia. Ianya direka oleh Ferdinand Porsche dan digunakan secara meluas oleh Jerman semasa Perang Dunia ke-2 
Combi atau Type 2(generasi ke 2 – diperkenalkan pada tahun 1967). Sangat popular zaman Hippies dahulu. Rasanya keluaran akhir tahun 60an atau awal 70an. Penulis pernah naik model ini rombongan ke Pahang pada tahun 1971 utk majlis perkahwinan Pak Menakan.
97a0a8b9b91b4a4b974a1d3071f769b0_p
VW microbus concept – kelahiran semula combi(takdak la di Malaysia )
 
Apakah ini porshe atau VW ? Aku semasa di zaman remaja. Bersama Nikon SLR FM1. Hampir semua event aku pasti ada. Lokasi: Jalan Kolam Air: Dibelakang sana adalah perpustakaan lama sebelum terdirinya bangunan baru (Gambar tahun 1990)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...