Translator

Saturday, November 27, 2010

KEDAH Drag BiKe Challenge 2010

Tarikh: 27 – 28 November 2010

Masa: 8.00 pg – 6.00 ptg

Lokasi: Taman Jubli Emas, Jalan Suka Menanti, Alor Setar, Kedah

Bagi yg meminati motyosikal ini dipersilakan hadir.

Minggu ini rutin mingguan agak terbatas kerana penulis dan geng  banyak yg terlibat dgn kenduri kendara. Mungkin beberapa jadual kayuhan terpaksa di pinda.

Tuesday, November 23, 2010

SHIMANO UUM Bike Challenge 2010

Tarikh: 21 November 2010, Ahad

Lokasi: UUM, Sintok

7:45am Road Bike Race flag-off
8:15am XC Race flag-off
8:20am XC Fun Ride flag-off

Jarak: ± 55km

Jamboree ini sepatutnya diadakan pada 06/11/2010 tetapi terpaksa ditunda ke 21/11/2010 kerana masalah banjir yg melanda Kedah tempohari.

Perserta yg berdaftar melebihi 1000 orang tetapi yg hadir kurang dari itu ..kenapa hah?

Ada 3 katagori kayuhan dgn 2 laluan yg disajikan. Bagi RB laluannya dihalakan ke Kuala Perlis. Bagi MTB, perserta race dan fun ride berkongsi  laluan di sekitar UUM dan bukit bukau berdekatannya. 

Malas rasanya nak komen, kerana sesiapa yg pernah melalui Jamboree ini pasti mengenali dan tahu situasi. Ada kedengaran banyak juga suara-suara ‘garau’ di luar sana dan itulah yg perlu didengari penganjur. 

Sedikit pembaharuan dalam treknya(bantuan geng Banai ) tetapi dgn musim hujan terkini, ada sedikit  ‘gangguan’lah. Lecah,  licin, lunyai lagi berlumpur bahkan laluan menjadi semakin ‘tough’ dengan alur-alur hakisan dari air.

Penulis sudah pernah melalui beberapa laluan tersebut sebelum ini(lihat posting dahulu-kayuhan pembuka tirai, Bukit Lebai Hussin). Bagi penulis, laluan dalam kampuslah yg paling menarik dan cantik kerana ada nostalgianya disitu.

Soal makan tgh – tak mewah krn tak kenyang(catuan ka?)

Soal hadiah dan lucky draw, memang tak boleh lawan punya sehinggakan majlis tamat hampir jam 2.30pm. Sejarah pada Geng Gerek Baru kerana berjaya membawa balik hadiah frame Specialized dan beg pinggang air Camelbak. Rezeki dan tuahnya pada saudara Senu dan Hasnizam(masih di Australia – present paper) ..Tahniah..

LAYAN Gambar : Lagi gambar di facebook

IMG_0655GB bersama Team Perwaja. MARILAH KITA KE JMJ’11 pula pada 16/01/2011

DAri kiri – Zn, Cikgu Nusi, Ustaz, Pudin, Mohd Yakub Toni dan Amiruddin

IMG_0659

Team Jitra – tak sabar nak kayuh ni – Dari kiri : Kapten Jamal, Kapten Shahrin, Senu, Sham(KFC), Ustaz Raja, Zn Gerek baru dan Along Aiman

IMG_0674Dok depan ni - mau tak cepat sampai . nak pukoi habis kategori race

IMG_0667

IMG_0677Menaruh harapan padanya

IMG_0698Andy Fella(Alor Setar – Merida Clan) dan Amiruddin dari Perwaja Team

IMG_0699Kapten Jamal menggalas cabaran Redflag - yg lainnya mempunyai urusan resmi di luar negara

IMG_0703

Keluar dari mukadimah

IMG_0714Maka bermulah offroadnya

IMG_0717IMG_0720Memasuki laluan berselut .. Sdr. Abu Hassan dari SAZA Sg Petani .. Haritu di  Kuale harini di sini 

IMG_0721Tayarpun boleh lekat kerana dihisap oleh selut jenis ni

IMG_0731

IMG_0741

Beberapa orang jatuh di sini .. banyak  alurnya

IMG_0737Antaranya rider dari Fhadilat Thaaji – terkeluar sendinya

IMG_0745  Semakin luas angkara penebangan hutan

IMG_0746

    Semakin lecah ..

IMG_0750Cabaran masih ringan, nanti dulu - satgi kat area Bukit Kachi - tahwan la 

IMG_0755

Aku hampir pasti nak memintas Maizatul(anak Emas MSN yg  mendapat tempat ke 6 di sukan asia).

PicYes …. digarisan penamat. Ustaz tersenyum dalam kesakitan! – TQ Pn Shapiah atas pic

IMG_0762

Makan tgh – nasi ala nasi lemak ..ayir Thaaji sebotoi – tembikai sejerong: mana cukup ,,lapaq woiii – menyorok makan roti planta ja .. pisang takdak, kurma mesti tak jumpa- powerbar jauh sekali laa

IMG_0794Berbaloi  tunggu sampai kul 3.00  – dapat S-Work plak – 1.2kg

IMG_0799Hak ni pun dapat jugak – tapi tuannya ada di Melbourne: ..RM1XX

IMG_0807  IMG_0810Pastinya kegembiraan dikongsi bersama dgn kenduri di Restoran Sri Atap, Jitra. Semoga inilah permulaan rezki utk hadiah seterusnya ..AMIN

NOTA: Menyesal bawa EOS S95 ke dalam Jamboree – terjejas sedikit akibat pasir halus.

Friday, November 19, 2010

SIDANG DUN KEDAH

Tarikh: 14-16 November 2010

Lokasi: Dewan Undangan Negeri , Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah

Sidang Kali ini adalah Pembentangan Bajet 2011

Penulis diminta menggantikan bos yg tidak dapat hadir di Sidang DUN  ini. Ianya bukan pertama kali penulis berada di sini bahkan setiap kali sidang berjalan pasti akan duduk di sini sejak beberapa tahun dahulu.

Seperti yang dijangka isu banjir menjadi topik utama disamping isu air(SADA), isu kuota 50% bumiputera bagi pemilikan rumah dan lain-lain lagi.

Apa yg ditunggu ramai adalah sesi penggulungan terutama dari YB Menteri Besar mengenai beberapa isu mutakhir seperti isu media, banjir dan lain-lain lagi. Tidaklah mahu penulis mengulas mengenai isu ini, biarlah pihak awam mengetahui mengenainya dari sumber rasmi. Cuma, adalah beberapa isu yg boleh diketengahkan utk aktiviti MTB(nak kaitkan). Idea ini sudah dicadangkan oleh saudara Adihariman, maka satu program yang boleh diambil peluang akan dibincangkan. tungguuuuuu………

syyyyy bulan depan(Dis) bagi kawasan yg dilanda banjir akan dapat potongon 30%.

Penulis mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Pandangan dari tempat duduk penulis

Kelihatan YB Pegawai Kewangan Negeri Kedah Darul Aman( Dato Fuad) sedang mendapat maklumat dari pegawainya. Kelihatan jua YB Dato’ Bashah(ADUN Bakar Bata) dan YB Suraya(ADUN Sungai Tiang)

Monday, November 15, 2010

2010 Kedah Jamboree Bantuan Banjir: Menyahut Seruan

Tarikh: 13 November 2010, Sabtu

Lokasi: Kg. Gunung Keriang

‘Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Memikul’ – Banjir meninggal ‘kesan’ yg mendalam kpd yg terlibat. Kerosakan barangan dan yg memenatkan nak cuci rumah.

Apabila Sdr Suheilmy(SUMI) menggerakkan 2010 Jamboree Bantuan Banjir penulis menyahut seruannya kerana merasakan ini adalah sebahagian dari sumbangan komuniti MTB kepada masyarakat.

Seramai hampir 20 orang terlibat, antaranya Tok Megat(Baling) dan keluarganya, Sumi(Kulim), Tandope, Chomelfz, Din Merida(Bersama anak-anaknya), 3 orang pelajar universiti dari Alumni Yayasan Tun Abdul Razak(YM Tengku Haris, Melvin & Racheal), saudara Rosdi dan Pudin.

Konvoi bermula dari rumah Din Merida di Tandop dan bergabung dgn penulis di Sekolah Kebangsaan Sungai Baru. Bagi memulakan kerja, kami singgah di pejabat penghulu Mukim Gunung bagi mendapat gambaran dan mengkoordinasikan kerja-kerja pembersihan.

Penulis merasa cukup terharu, apabila terdapat 2 orang pelajar Cina dan Tengku Haris(Kerabat Sultan Kelantan)dari Yayasan Tun Abdul Razak(YTAR) menyertai team kami sama-sama membersihkan rumah mangsa banjir. Dimaklumkan pada hari ini(Ahad) akan ada lagi pelajar dari YTAR ini datang utk bersama team Sumi membersihkan rumah ditempat lain pula.

KAYUH & KHIDMAT

Kenderaan Gerombolan yg lengkap dgn segala keperluan utk pembersihan

SUMI Dan DIN berbincang dgn pihak RELA sebelum memulakan kerja

Petugas RELA membahagikan kerja yg bakal dilaksanakan

  Perghhh ..cayalah .. Tandope, Chomel dan DIN Merida.. Tandope siap beli Water Jet baru semata-mata utk program ini.

Antara rumah yg terjejas

Student MAHSA, SUMI, ROSDI, Racheal, Megat Imran(Anak Tok Megat) dan Marvin

Bukan sekadar kerja sambil lewa maaaa .. segala selut dan kotoran akan dibersihkan.

Tandope dan kelengkapan servisnya. Nasi bekal pun dibawa bersama

Tukang sembor dan sapu

Ular ni nak tumpang join diketika kami sibuk membasuh

Sumbangan kepada Tahfiz SEKOLAH MENENGAH NAHDHAH HASANAH MELELE

Sumbangan pakaian perempuan kpd pelajar yg memerlukan. Sumbangan disampaikan kpd penolong pengetua, Ustaz Jamil yg merupakan anak kpd Dato’ Syeikh Tajuddin(Pengasas Maahad ini)

Sumbangan kpd Al Anwar Quran Centre. Kerosakan barang-barang dialami hampir 60%

Setiap aktiviti mesti diakhiri dgn agenda ni .. Pekena PASEMBOR Kodiang

Monday, November 08, 2010

Kayuhan Banjir: Satu Ujian

Tarikh: 03/11/2010 – 07/11/2010
Lokasi Tumpuan: Alor Setar – Kepala Batas
Kelihatan Lapangan Terbang SAH - Pandangan dari rumah penulis(bagaikan di tepi tasik)
Sesungguhnya banjir yang melanda negeri Kedah dan Perlis ini adalah yang terburuk pernah aku alami. Dimaklumkan hampir 40,000 orang mangsa banjir terpaksa dipindahkan dari beberapa daerah di Kedah meliputi daerah Padang Terap, Pokok Sena, Pendang, Kubang Pasu dan Kota Setar bahkan hampir keseluruhan Bandaraya Alor Setar turut dinaiki air. Dilaporkan 5 orang menjadi korban banjir.
Rumah aku terletak bersebelahan dengan sekolah KEb. Titi Gajah yang menjadi pusat perpindahan tetapi terpaksa berpindah dek  air yg semakin meningkat. 5 hari terputus bekalan elektrik dan air, terasing bagai berada di pulau. Malam yang terlalu panjang dan siangnya diisi dengan kayuhan bagi menghilang kebosanan tahap melampau. Apapun, ini hanya sekelumit ujian dari Allah kepadaku berbanding yang lain yang terpaksa berpindah bahkan mengalami kerosakan dan kehilangan harta benda. Di sebalik banjir yang melanda ini perlulah kita mengambil iktibarnya dan merenung hikmahnya itu
 IMG_6634Air semakin meningkat – Awal pagi Rabu 04/11/2010 posing dahulu sebelum nak lawat kawasan. Kesempatan nak cuci basikal tak sempat basuh sejak balik dari Kuale 
IMG_0516Bersama anakku(Shauqi)Tahap maksima ketinggian air – jalan memasuki rumahku
IMG_6644Bersua rakan MTB, sukarelawan sdr. Nasir (PBSM)  bertungkus lumus membantu penduduk yg dilanda bencana ini. Syabas Nasir! awat tak bawak gerek
IMG_0452    seronok anakku layan DSLR
IMG_0474
Art TIti Besi bergaya dihadapan rumahnya – rumahnya dimasuki air separas pinggang
IMG_0426Masjid Tuan Husin, Titi Gajah – oppss Solat Jumaat??? 
IMG_6668
Homestay – khemah dan kereta antara pilihan utk tidur.
IMG_6660Mempelbagaikan kenderaan merentas bah
IMG_2143IMG_0468Lepas ni kena servis laaaaa – randuk air
IMG_0462LTAH - Air membuak masuk ke sawah
IMG_0454Depan simpang ke Airport  - air dah mula masuk
IMG_2165Kapalterbang dah tak boleh nak terbang – landasan naik ayiaq
IMG_0525
IMG_6656Air makin naik - Kena pindah lagiiiiii
IMG_2174
Jiranku pun dah mula pindah – makin sunyi ler
IMG_6681Depan Masjid Intan Syafinaz, Anak Bukit – banyak kereta sangkut di sini 4x4 ok la
IMG_6682Kediaman rasmi Menteri Besar Kedah di Mentaloon  
IMG_6687Bersua rider yg dok kayuh dalam air jer – dia kata nak training otot – di hadapan Wisma Darulaman – Bilik Gerakan Banjir disinilah
IMG_6689Hari ke 4 – terpaksa naik basikal cari bekalan makanan dan lilin di Giant Alor Setar 
IMG_2186Air dah masuk halaman -  Anakku – syok sungguh main air naik gerek
IMG_2212Malam tak tau nak buat apa – bila terasa boring cari kamera petik apa yg patut
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...