Translator

Friday, July 30, 2010

Ke Arah Kedah Jambore 2010 : Menjejaki Laluan Baru

Tarikh: 30 Julai 2010, Jumaat
Jam: 7.00 am
Mula: Redflag Cycle, Jitra Kedah
Rider: 6 Orang:- Jeff, Lontruth, Ai, Art TT Besi, Cikgu Fisol dan Pudin.
Laluan: Kota Mengkuang - Kaki Bukit Kelubi - Wang Tepus
Saudara Lontruth mengajak mencari laluan baru yang membolehkan satu jaringan laluan bersambungan di sekitar Bukit Bukau Jitra ini. Team mereka telah berjaya menjumpai laluan penurunan dari Bukit Kelubi sehingga ke Kota Mengkuang pada minggu lepas (tidak hadir kerana ke Wang Panjang) bagi menilai laluan penurunan tersebut. Dari laluan penurunan inilah pencarian dimulakan setelah mendapat makluman bahawa ada laluan sehingga ke Wang Tepus. Laluan ini telah dicerahkan oleh peneroka untuk projek tanaman getah. Kelebihan ini banyak membantu pendakian dan pencaian kami. Laluan ini berjaya dicari dan dihubungkan sehingga ke 'Trek Balak' (Laluan Kedah Jamboree 2009 lalu).
Laluan ini akan menjadi  sebahagian dari cadangan dan pilihan untuk KEDAH JAMBOREE 2010 nanti.
7.15am hujan renyai - menanti Cikgu Fisol
Mini Tar Kota Mengkuang: Bukit nun dibelakang sana akan kami terokai.
Permulaan penjelajahan. Minggu lepas gang ini turun dari atas sana melalui sini. Nampak seperti rendah sahaja. Dimaklumkan bahawa 2 orang rider jatuh akibat kelajuan semasa DH.
Tudia Sweeper kami hari ni ...
La Tak Habih tolak lagi .. ish ish ishh .. takpa DH satgi dia la di depan kami. 'Hero Hindustan', alah dulu, menang kemudian. bersusah dahulu bersenang kemudian.
Dari kiri: Cikgu Fisol, Lontruth, Art TT Besi, Jeff dan Pudin.sedang menikmati keindahan alam ..lihat ada kabus
Pencarian kami tamat sehingga sini .. kiri gambar anda akan ke Trek Balak .. ke kanan akan turun ke Wang Tepus.
Mendaki tangki air Kota Mengkuang
Randuk semak utk mencari laluan baru
10.40am selepas minum dah balik dah .. 

Thursday, July 29, 2010

Badminton - Pusingan Pertama


Tarikh: 29/07/2010 Hari Khamis

Masa : 4.00 - 6.00pm

Lokasi : Dewan ASRC, Kanchut, Alor Setar

Kejohanan Tetutup Badminton 2010 antara unit  

Seramai 12 Peserta lelaki mengambil bahagian yang terbahagi kpd 2 kumpulan

Kena lawan Team ni .. Sdr. Zamzi (kiri sekali)pernah mewakili MBAS, MAKSAK, wakil kedah dan pernah berada pada ranking ke 8 BAM suatu ketika dahulu

Team 2 beradik

Tak Aci ..depa kuat


TAPE DECK: Jenama National

Mini Siri TV Mission Impossible suatu ketika dahulu amat popular. Dikeluarkan oleh CBS network dan sirannya dari September 1966 hingga Mac 1973. Apa yg menarik tentang siri ini ialah penyamaran ejen IMF dan Gajetnya. Yang paling popular ialah tape deck yg memberi arahan kpd agennya dgn ayat "this tape will self-destruct in five seconds", kemudian akan keluar asap dan tape itu akan musnah sendirinya.

Tape yang dipaparkan di sini bukanlah yang digunakan spt dalam siri tersebut tetapi adalah satu teknologi yg serupa yg menggunakan tali tape (casette) yg besar. Bayangkanlah teknologi berkembang maju dan alat rakaman menjadi semakin kecil. BAhkan MI3 telah menggunakan spek MP3 berteknologi tinggi...

Jenama National.. masih berfungsi. Dibeli awal tahun 1970 an

Kasetnya

Sony Mixer.. digunakan bersekali dgn nya.

Kaset jenama AGFA

Tertulis disitu: Petikan dari Siaran Radio Malaysia pada 10/08/1970 jam 4.45pm

Tuesday, July 27, 2010

Berbekam Di Malam Nisfu Syaaban

Tarikh: 14 Julai 2010, Isnin Malam Selasa

Jam: 10.30pm

Lokasi: Rumah Ustaz Raja Azriffudin

Rider: 7 orang

Dari Ibnu Abbas ra, sabda Rasulullah saw yang bermaksud,
“ Sebaik-baik ubat adalah berbekam kerana ia menghilangkan penyakit pening kepala, meringankan pinggang dan mencerahkan mata”.

Dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim, sabda Nabi saw yang bermaksud,
“ Semasa aku berjalan pada malam Isra’ bersama para malaikat, mereka selalu berkata : Hai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam, barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah Taala”.

Cadangan utk mengayuh malam ini terbatal krn hujan yg turun. Ust Raja membawa usul tergempar bagi di buat acara berbekam di rumahnya. Seramai 7 orang rider dari team Gerek Baru menghadirkan diri di majlis tsb dan 4 orang bersedia menyerahkan tubuh mereka utk dihisap darahnya dari tabib Ustaz Zakaria Ahmad.

Apa itu bekam : KLIK SINI

Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah saw bersabda:
"Barangsiapa berbekam pada hari ke 17 dan 19 serta 21, maka dia akan mendapat kesembuhan dari segala macam penyakit" :
(Riwayat Abu Dawud dalam Shahih Sunan Abi Dawud).

Wallahu a’lam


Senu merelakan dirinya di bekam oleh Ustaz Zakaria (HPA)


Tiada torehan tetapi guna Accucheck



Monday, July 26, 2010

Pagi Jumaat Di Wang Panjang

Tarikh: Jumaat 23/07/2010

Jam: 8.30am

Lokasi : Pusat Informasi Dan Kegiatan Basikal Bukit(MTB) Perlis, Bukit Ayer, Perlis

Rider: 8 Orang:

Team kami terdiri dari Pudin, Zaim, Fisol dan Alias manakala Team Perlis ialah Abng. Ronn, Sdr Din Tmn Hijrah, Syam &  Adi

Trial Wang Panjang terletak berhampiran Hutan Lipur Bukit Ayer. Jaraknya +- 13 km dari Kangar dan terletak di Kompartmen 9 dalam Hutan Simpan Bukit Bintang. Kawasan hutan lipur ini terdapat  Rimba Herba, Taman Primat, Taman Botani dan Taman Ular. Mempunyai beberapa kemudahan riadah.

Trial ini memang terkenal dikalangan rider Perlis dan pihak kerajaan negeri telah menganugerahkan  satu tempat kpd pihak Perlis MTB utk melaksanakan aktiviti mereka di sini.

Selama ini penulis hanya membaca mengenai trial ini dan bila menerima undangan dari Abang Ronn pasti peluang sebegini tak dilepaskan. Memang menarik..permulaan dakian yg agak memenatkan, melalui dusun buah-buahan dgn pemandangan yg cantik(musim buah la nii) dan yg paling best DH  yg sememangnya agak teknikal. Tidak hairanlah ramai yg memujinya dan penulis menarafkan 5 bintang utk trial ini.

Terimakasih kepada sahabatku 'Matju' kerana memberi serba sedikit maklumat yg berguna semasa kayuhan ini. Sekurang-kurangnya ada persediaan(beringat) pada tempat2 tertentu yg kalau tak berhati-hati .. alamatnya sakit lamaku akan berulang kembali(jatuh ler).

Kayuhan dikepalai oleh Abang Ronn dgn sweepernya 'aku' ler 

Dari Jalan besar memasuki laluan mini tar

Permulaan utk mendaki

Dah mula dah ... macam nak keluar balik nasik lemak yg makan tatsat.

Pit Stop Pertama .. berenti sat oooiiii.. aku dah penat ni.

Kawasan dusun ..buah moktan bergayutan

Cantik pemandangan. Musim buah-buahan kawasan telah ditebas dan dicerahkan

Geng ni pantang jumpa DH ..terjun tak brek dah ..

Tang ni Chon mesti brek punya dan turun angkat gerek.. takut kotor gereknya tu.

Alias yg daring berhati kering(Biasala: ex sojar)

Fisol(adik senu), jauh datang dari KL semata-mata nak kayuh di sini. Kayuhannya setanding Team Giant yg berbaju biru

 Laluan yg menarik lagi unik

Geng Perlis ni .. Din dan Adi


Utk makluman, semalam hujan turun dan menyebabkan laluan menjadi licin

AWAS jaga kpala anda

10:15 dah tamat kayuhan .. puas berkayuh di sini. Pasti ku datang lagi bersama beberapa ahli team kami.. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...