Translator

Wednesday, June 30, 2010

HOMESTAY DI Titi Gajah, Alor Setar

Pada yang datang ke Kedah terutama Alor Setar, yang ingin melancung atau menghantar anak ke institusi pengajian tinggi atau menghadiri kenduri, temuduga dan memerlukan satu persinggahan berbentuk homestay?
SINGGAHAN SABRINA dapat menyediakan kemudahan penginapan utk anda

Terletak ditepi jalan utama A/Setar - Kepala Batas(Lapangan Terbang)
10km ke Alor Setar
2 km dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim
1 km ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Bandar Muadzam Shah, 06500 Alor Setar
5 km ke Muzium padi, Gunung Keriang
15km ke Jitra
35 km ke UUM
ianya terletak di : 243, Batu 5 ¾, Titi Gajah, 06550 Alor Setar, Kedah
Harga RM: 200.00 sehari

MOHON MAAF, KAMI TIDAK LAGI MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN HOMESTAY - Mulai 01 Jan 2012

Berminat! Hubungi: 019-4800 116(En. Saifuddin) atau 019-4717 500 (Puan Zakiah)
Ruang tamu yang luas
Kipas di setiap ruang (semua bilik ada)
3 Bilik ada Aircond
Ada TV
mempunyai 3 bilik - berkeluasan 11' x 12'(standard rumah kos sederhana)
Mempunyai 2 tandas/bilik ayer
Ruang dapur yang luas, ada kipas, ada dapur utk memasak, pinggan mangkuk dan peti ais.
Homestay ini boleh memuatkan lebih dari 15 orang
Halaman yang cukup luas..boleh buat BBQ .. lampu jalan yg cerah menerangi kawasan. Bagi yg minat memancing - dibelakang ada sungai kedah - Lubuk Kaloi,, penulis pernah membantu pengail menaikkan ikan toman 13Kg
JANGAN MALU, JANGAN SEGAN: HUBUNGI 019-4800 116 JIKA BERMINAT !!
2 unit rumah sewa di belakang homestay
1 unit masih kosong: Berminat hubungi no. Tel diatas

Tuesday, June 29, 2010

Kayuhan Santai: Menyeberangi Ke Pulau Bunting

Tarikh : Sabtu-26 Jun 2010

Mula : 5.15pm

Jarak : 14km

Tiba : 6.45pm

Mula: Masjid Sultan Abdul Halim, Sungai Limau Dalam, Yan

Rider : 3 orang - Pudin, Zn Gerek Baru dan Art TT Besi

Memandangkan pada paginya ada komitmen yg lebih penting, beberapa aktiviti yg dirancang terpaksa dibatalkan. Perancangan utk kayuh sebelah petang diatur secara mengejut. Untuk menjimatkan masa, kami membawa kereta tempat permulaan. 

Pulau Bunting terletak  di antara pekan Sungai Limau dan Sedaka. Ia semangnya tempat yang sesuai bagi kaki pancing disamping pemandangan yang indah. Dari atas jambatan kita dapat melihat Gunung Jerai, beberapa buah pulau yg berdekatan seperti Pulau Telur, Pulau Songsong, dan Pulau Langkawi. Cuaca yg terang hari ini membolehkan Gunung Keriang dan menara Alor Setar kelihatan.

Untuk makluman, jambatan Pulau Bunting dibina dalam tahun 2002 dan 2005 oleh pihak JKR (main contractor : Gamuda Berhad) bagi menghubungkan tanah besar dengan Pulau Bunting. Panjangnya ialah 2.3km dan luas 13.0m.


Memulakan kayuhan dari Masjid Sultan Abdul Halim, Sungai Limau Dalam: Cantik kampung ni


Pulau Bunting, tampak dari Kuala Sungai Limau



Menghampiri ke bahagian hadapan(kepala) jambatan


Tudia, pintu masuk besar ni sahaja, pasaitulah kereta tak boleh masuk


Rider yg hadir: berlatarbelakangkan Gunung Jerai


Dipertengahan titi


Hari ini ada operasi dari pejabat agama, AADK; sebabtulah tak ramai kelihatan orang di kawasan pulau; Art dan Zn disoal siasat oleh ahli SRS.


2.3km panjangnya Jambatan ini.



Ada kedai jual laksa(Laksa Pulau) di sini


6.15pm dah nak balik dah ..posing sat di depan kepala titi

Sunday, June 27, 2010

Kayuhan Santai: Menjejaki Tuntung

Tarikh: 24 Jun 2010 - Khamis

Masa : 6.00pm

Laluan: Titi Gajah - Kepala Batas - Bukit Pinang - Kampung Padang Hasan.

Jarak : 20km

Kayuhan hari ini tanpa paksaan, tanpa tekanan, tanpa pecutan, hanyalah bersantai. Jam 6.00 mula berkayuh ke Bukit Pinang utk misi melawat pusat ternakan tuntung di Padang Hasan, Bukit Pinang.

Tidak ramai yang mengetahui tentang kewujudan Pusat Konservasi Tuntung ini. Penulis pernah beberapa kali ke sini pada mula-mula berjinak dengan basikal beberapa tahun lalu.

Pusat Konservasi Tuntung ini mula dibuka pada 1982, dengan keluasan kira-kira 0.8 hektar. Terdapat 9 buah kolam utama iaitu sebuah untuk ibu tuntung dan selebihnya untuk anak tuntung yang perlu sentiasa diberi perhatian bagi tujuan pemuliharaan. Species yang dipulihara terdiri dari species Tuntung Laut(Painted Terrapin: Callagur Borneoensis) dan Tuntung Sungai(River Terrapin: Batagur Baska). Tuntung adalah species akuatik dan omnivor. Terdapat perbezaan di antara tuntung laut dengan tuntung sungai ialah kaki dan cengkerangnya. Tuntung sungai berjari empat, cengkerangnya pula berwarna kelabu kehitaman dan berbentuk leper. Tuntung laut pula berjari lima, cengkerangnya kekuningan dan berbentuk cembung.

 Di Kedah, selain di Kampung Padang Hasan, Bukit Pinang,  beberapa tempat lain yang menjadi tempat pendaratan tuntung ialah sekitar sungai di Sidam Kanan, Kulim.


Dari KEpala Batas menuju ke Hutang Kampung belok ke Pekan Bukit Pinang. Anda akan melalui Pusat Perbersihan Air Bukit Pinang

Lebihkurang 4km anda akan berjumpa dgn papantanda ini. Ikuti papan tanda sehingga tibe ke tempat yg nak di tuju 

Keindahan kawasan kampung ..budak-budak mandi di anak sungai yg jernih airnya ..uhh nostalgianya

Sebahagian dari aksi kanak-kanak dlm perjalan ke sana


Tampak dari belakang ..dari sungai
Inilah rupanya tuntung 

Disamping pemuliharaan Tuntung, beberapa species burung juga ada di dalam sangkar
 
Semoga Dengan Adanya Pusat Konservasi Ini, Species Tuntung Tidak Akan Terancam Dan Generasi Kemudian Dapat Melihat Kewujudan Tuntung Di Sungai Kedah Ini.

Wednesday, June 23, 2010

Anak Mat Lela Gila: Novel Pak Sako

 

Sebuah novel karya Ishak Haji Muhammad(Pak Sako) -Novel ini dikeluarkan dalam tahun 1941(dalam cetakan jawi) dan mendapat sambutan hangat waktu tersebut dan di terbitkan semula oleh Federal Publication LTD bagi pihak Pustaka Antara  dalam tahun 1960(dalam ejaan Rumi)

Ianya mengisahkan si Bulat seorang bayi yang tidak pernah menangis dipelihara oleh Mat Lela yg dikatakan gila oleh orang kampung. Sesuai dgn namanya bulat, maka seringlah ia bergolek sehinggalah beliau mengembara ke seluruh Tanah Melayu dan menjadi penyanyi pujaan ramai (memiliki buluh prindu) dan ending yg menarik apabila di akhir ceritanya bertemu semula dgn ibu bapanya yang akan mengerjakan haji.

Sebuah novel apabila diselami mendalam mempunyai maksud yang  tersirat dgn  kritik sosial. Pembaca akan merasa sedih, gembira, lucu, jijik, geram dan kesal. Pandangan Pak Sako ke hadapan sesuai dgn beberapa isu semasa kini.

Novel ini sukar diperolehi kini, terdapat di beberapa perpustakaan luar negara. Masih lagi dalam simpanan bapaku yg dibelinya dalam tahun 1961


FAKTA: Ishak Haji Muhammad ialah pengarang Melayu pertama yang mendapat bayaran dengan jumlah $200.00 bagi karyanya Anak Mat Lela Gila.Karya yang diiklankan oleh Annies Printing Works, Johor Bharu ini sebenarnya bukanlah dalam bentuk royalti atau honorarium, tapi ‘harga’ untuk karya ini. Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada ‘harga’ ini diterima Ishak atau tidak.

Sebelum lahirnya Anak Mat Lela Gila ini, penulis-penulis novel tidak pernah dibayar harga atau royalti dalam bentuk wang, melainkan ‘hadiah ikhlas’ dalam bentuk naskhah novelnya sendiri sebanyak 50 atau 100 naskhah. Seterusnya, buku ini akan dijual sendiri oleh pengarangnya bagi mendapatkan wang royalti. Rujukan: http://www.esastera.com/rekod/

Monday, June 21, 2010

Gunung Jerai - Mendaki Dengan Berjalan Kaki

Tarikh : Sabtu - 19 June 2010

Masa : 7:45am

Lokasi: Kaki Gunung Jerai

Hari ini aku kembali mendaki lagi Gunung Jerai tetapi dgn berjalan kaki. Pendakian ini dianjurkan oleh unit Sumber Manusia, LKPPK sebagai program jatidiri ke arah kecergasan dan motivasi peserta. Seramai 30 orang peserta hadir dgn pendakian diketuai oleh Ybhg Tuan Haji Hakim Ariff bin Mohd. Noor. 

Bagiku dan beberapa sahabatku ini adalah sebagai salah satu latihan pendakian ke arah program "Jom Tawan Kinabalu 2011". Walaupun lututku masih sakit akibat kemalangan tempohari, namun aku mampu melaksanakan misi ini dalam tempoh 2 jam. (7.45am - 10.50am), (kira ok la, naik gerek pun dekat 90 minit). Hari ini, tidak ramai pulak bersua dgn rider mendaki Gunung Jerai. (<= 10 orang sahaja).

INSYAALAH dgn kejayaan misi ini, beberapa program pendakian akan menyusul selepas ini

Melakukan sedikit aktiviti regangan sebelum memulakan pendakian

7.45am - pendakian bermula di ketuai oleh Yang Ariff Tuan Haji Hakim Ariff

AWAS: refleksi di kona patah

Ni antara beberapa calon yg bakal ke Kinabalu

Di Muzium Perhutanan, 3 km lagi nak ke Jerai Resort

Banyak pokok Kelat Gelam(Eugenia Cerina) di kawasan Rekreasi ini. Pokok yg unik dan mempunyai banir yg cukup cantik 

Kepada sahabat Bonsaiku! jangan terkeliru, pokok yg kelihatan spt cucur atap sebenarnya adalah pokok Cina Maki(Leptospermun Flavescens)

Beberapa pandangan indah dari Ayer Terjun Sungai Teroi ini

Beberapa pemandangan di The Regency: Jerai Hill Resort

Untuk makluman, Resort ini telah dirasmikan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darulaman pada 18 Mei 2010 lalu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...