Translator

Monday, May 31, 2010

Festival Belon Udara Panas, Kedah 2010: Sesi Ke 2

TARIKH: Sabtu, 30 Mei 2010

MASA : 5.30pm

TEMPAT : Taman Jubli Emas, Suka Menanti, A/Setar

Lanjutan dari cerita yg sama pagi tadi, maka petangnya bersama anakku bermotosikal ke lokasi. Memandangkan kenderaan yg banyak, maka ambil jalan belakang(laluan Kayuhan Jelapang Padi 2010) - dekat benar dgn lokasi, tak payah jalan jauh.

Tertinggal kad, terpaksa guna backup kamera(kamera kompak) sahaja la.. LAYAN Gambarnya...

Persediaan utk mengisi udara ke dalam belon

Penerbang professional dari luar negara spt Belgium, Japan, Perancis dan Amerika di datangkan bagi mengemudikan belon ini

Pelancaran belon ini bergantung kpd keadaan cuaca, ianya ditangguhkan hampir 15 minit apabila hujan ranyai mulai turun. Namun ku dapati beberapa belon telah mendarat di Sek. Men. Tunku Malik dan berhampiran sawah berdekatan rumahku

Bersua dgn saudara Rashdan http://rushdonemtb.blogspot.com/ yang begitu asyik sekali mengambil gambar.
Masa balik jumpa rider ni ..kayuh dari A/Setar ke Jitra patah balik ..Alan KBS(training ni...)

Sunday, May 30, 2010

Festival Belon Udara Panas, Kedah 2010


Tarikh : 28 - 30 Mei 2010
Tempat : Taman Jubli Emas, Suka Menanti, Alor Setar, Kedah
Bayaran Masuk: Percuma - Nak naik sahaja kena duit
Masa: 10.00am - 9.00pm

The Royal Kedah International Hot Air Ballon Festival 2010 adalah julong kali diadalan di sini selepas Puterajaya. Hanya Pertunjukan belon akan diadakan utk 2 sesi, awal pagi jam 7.00 - 9.00am dan petangnya 5.30 - 7.00pm. sedikit bayaran dikenakan bagi pengunjung yg ingin menaiki belon tsb.

Disamping itu ada gerai-gerai jualan, pertunjukan kapalterbang/helikopter kawalan jauh, para glaider, go cart dll.

Program ini adalah anjuran Kerajaan Negeri dgn kerjasama Jabatan Kerja Raya, SADA, MBAS, Kementerian Pelancongan Malaysia, Tourism Malaysia, Yayasan Sultanah Bahiyah dan Jabatan Pengankutan Jalan.

Lain-lain agensi yg terlibat adalah Jabatan Pertahan Awam(JPA3), Lembaga Perlesenan Kenderaan Persekutuan, Transnasional, MARA Liner dan MADA

Acara ini akan di adakan secara tahunan ..


Belon kawalan

Helikopter kawalan jauh ..wow kawalan yg cekap dgn berbagai aksi sukar..

Kesilapan kawalan, terhempas - namun petang ini ia akan beraksi semula

Kapal terbang kawalan jauh sedang berlepas - ia membawa bendera malaysia

Tricycle: bayaran RM10.00 dikenakan

RD ..SRAM 3 dan brek Tektro

Beberapa istilah berkaitan Air Ballon

Para Glider - 4.30ptg baru dia nak beraksi

Sketch your face

PaintBall ..hendak mencuba..RM3.00 jer

Jika dah terlepas, tahun depan sila datang kembali

Wednesday, May 26, 2010

MAJALLAH DIAN: Dijes(??) Melayu

Majalah Dian adalah majalah digest (mungkin yg pertama) di Tanah Melayu. Ia diterbitkan oleh Pustaka Dian, Kota Baru, Kelantan yg diasaskan oleh Yusoff Zaki Yaacob(Dato' Haji Yusoff Zaky Bin Haji Yaacob . Berdasarkan gambar di atas, majalah itu adalah keluaran bulan Februari 1963(Bil 1, Tahun 11), maka dapatlah disimpulkan bahawa keluaran pertamanya ialah pada bulan Februari 1962.

Siapakah Yusoff Zaki? ada bolehlah membacanya di sini KLIK,

Majalah Dian juga telah menjadikan jawi sbg satu standard dan memperkenalkan PEDOMAN EJAAN DIAN. Sistem ejaan jawi ini diperkenalkan kerana sejak dalam Akta Bahasa 1963 yang menjadikan dan menetapkan tulisan Rumi sebagai tulisan rasmi bagi bahasa Melayu, ramai orang Melayu tidak dapat membaca tulisan Jawi. - Fakta dari DBP



Majalah ini diperolehi dari almari bapaku yg masih ada lagi beberapa naskahnya, termasuklah beberapa buah buku dan novel lama.


Gambar di atas adalah 2 versi majalah Dian(Dian Digest). Sebelah kiri adalah milik bapaku, versi asal (jawi) April 1963 (Bil 2 Tahun 2) yg berharga RM1.00 Keluaran Pustaka Naim, Kelantan dan yang kanan adalah milikku keluaran Ogos 1982 (Bil 142) versi rumi, yg berharga RM2.00 keluaran Dian Darul Naim Sdn. Bhd.

Kini sudah banyak Majalah Digest yang dikeluarkan di Malaysia dan apakah majalah DIAN masih dipasaran???

Tuesday, May 25, 2010

Ruby Mini Cycle

Awal 70 an .. basikal mini diperkenalkan. Cerita ultraman mempopularkan lagi basikal ini. 

Sebuah basikal yang dihias dgn. rambu-rambu di hujung kedua gripnya. Talian brek dihiasi dgn gelungan plastik yg berwarna menjadikan basikal tampak ranggi. Dan yg uniknya bunyi brek belakangnya yg mencerit nyaring.

Basikal mini ini dibeli oleh bapaku dalam tahun 1972/1973 sbg hadiah kpd abangku yang berjaya di dalam peperiksaan penilaian darjah 5 yg membolehkan dia memasuki asrama penuh(Sek. Men. Sultan Abdul Halim, Jenan). Basikal itu seterusnya menjadi milikku dan digunakan utk berulang ke sekolah, pasar dan kedai atas arahan ibuku.

65% masih lagi dalam keadaan asal, frame yg asal dgn logonya

Peti rantai - aku menggantikan dgn jenis terbuka bagi memudahkan rantai yg sering jatuh diperbetulkan, disamping mengelakan kotoran yg melekat di peti tsb

Yang penting breknya ... bunyi menceritnya dah kurang

No. sirinya ..(no. pendaftaran - ditulis di dalam gerannya)

Monday, May 24, 2010

KAYUHAN JELAPANG PADI 2010


Tarikh: 22 Mei 2010 Harinya Sabtu
Jarak : 53km
Mula: Stadium Darulaman, Alor Setar, Kedah
Peserta: >380 orang
Flag Off : 7:55am Oleh KDYMM Sultanah Kedah, Tuanku Sultanah Hajjah Hamimah Hj Hamidun

Cadangan asal nak mengayuh dari rumahku ke Stadium, dgn hujan yg lebat, maka terpaksalah ubah plan dgn menaiki kereta bersama Shafiq(mewakili Art Titi Besi) ke sana pada jam 6.30am.

Alhamdulillah dapat bertemu ramai sahabat(itulah seronoknya bila aktiviti sebegini diadakan) Kayuhan kali ini beraksi dgn Gary Fisher(alamak berlemoih- patutnya bawa Nakamura). Walaupun aku mengalami sedikit kemalangan namun aku berjaya menghabiskan kayuhan ini dgn jayanya.

Terimakasih, penganjur dan semua sahabat dan rakan-rakanku yang sama-sama menjayakan acara ini. INSYAALAH penulis tetap memberi sokongan sepenuhnya dgn menyertai semua aktiviti MTB terutama di kawasan utara ini.

Tidak banyak gambar kali ini kerana dibatasi dgn hujan.

Syafiq: Tahniah ..dapat tempat ke 93 walaupun pertama kali menyertai acara sebegini.

Oldman@Them: pertama kali bersua .. kayuhan yg bergaya dan Tuan Saifuzie (kanan)
Kiri sekali: anak didik Bang Man Airod: kuat depa ni .

Ravi..pemegang plet No. 2 .. antara top 10
Beberapa rider yang tidak sabar utk beraksi

Team PERWAJA: Saudara Halim dan Yusri

En. Azali dari GB team, antara yg berada di saf hadapan

7:53am ..Tuanku Hamimah nak membunyikan semboyan ..

8:07am, Jalan Bendang ..melepasi Jln Suka Menanti menuju ke Kg. Sg. Baru..permulaan utk berlemuih

8:35am: Hujan renyai: di jalan gunung ke Alor Janggus selepas melepasi CP1

9:40am - CP4 ,,berdekatan Sek. Keb. Sungai Baru ..

Beginilah suasananya di Bendang ..time menanam

Muhd Khairul Syafiq Bin Azahar di laluan tepi pantai(Kuala Kedah): TQ Adihariman atas fotonya

Orang kuat Gerek Baru & Gerek Bendang (GB & GB)

Friday, May 21, 2010

Hari Penyayang 2010

Hari Penyayang 2010 di anjurkan oleh Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) dan diadakan pada 21 Mei setiap tahun.

Bersempena dgn hari tersebut turut diadakan Karnival Amal dan merupakan karnival Amal yang terbesar di Negeri Kedah. Berbagai aktiviti dipersembahkan dan antaranya ialah KAYUHAN JELAPANG PADI. dan lain-lain lagi

Layannnn

Raja Gelek Malaysia, M. DAud Kilau sedang mempersembahkan lagu "Ikan Kalui" di hadapan KDYMM Sultan dan Sultanah Kedah di samping tetamu VVIP

Rakan Cop

Acara Driff

Kedatangan masuk kereta sport mewah

Pertandingan kereta kawalan jauh

Kereta Antik pun ada

Di Komplek Belia - Ambik Goodies(Ada Baju ..sib baik ada saiznya, Cloud 9, brochure dan sebtg pen) ..berbaloi RM35.00

Ahli asal Team Gerek Baru di tempat kerja - serah Goodies pada mereka

Apa tunggu lagi ..mai la le KARNIVAL

Semua rider SELAMAT MENGAYUH

bagi yang belum mendaftar, hari ini (21/05/2010) pendaftaran masih lagi dibuka utk Kayuhan Jelapang Padi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...