Translator

Sunday, January 31, 2010

Kayuhan Mingguan

Sabtu - 30/01/2010
Bukit Wang, Bukit Malau ...
Top Speed: 58km/h
Rider : 8 orang
Mula: 7:45am

Rutin mingguan, berkumpul di kedai Yeh, Kampung Gelam.
Memandangkan Sdr Zaim tidak hadir, kayuhan ke Bukit Tampoi ditunda. Agenda biasa.. ke Bukit Wang.

Kayuhan kali ini disertai oleh Kapten Jamal. Beliau bersama Cikgu Lotfi dan Yeh telah menjadi pasukan peninjau..utk meninjau beberapa trek yg bersesuaian bagi tujuan MTB.. satu gotong royong akan diadakan pada jumaat hadapan bagi merintis jalan-jalan tersebut. Insyaalah..kalau berjaya ..setandinglah kita cam Kiara.. (insyaallah)


Ehemmm... blogger Zn. GEREK BARU - pasti kayuhan mu hari ni penuh bermakna


Hari ni kami masuk melalui jalan hadapan Bukit Wang ...
Memandangkan hari ni kapten kita hadir .. LAN sedang memberi hormat laluan.
Dalam perjalanan, jumpa Mat Salleh dok gantung kamera lens 1000mm. dia mai nak tengok burung ka? Nak skoding ka?


Tudia ..Pasukan Peninjau memulakan gerakan ..patut ler pakai baju hijau hari ni..


Wow kelajuan penurunan mencecah 58km/h ..yea la jalan tarmac ..konfiden ler


MTB sila ikut kiri ..



Dari sini .. dgn terpisahnya pasukan peninjau ..beberapa orang dah buat akai ..


OK.. dah mula nak mendaki bukit Malau (CP3 ler tu ..Jambori Kedah)


Yang ni ..kompom buleh menghabiskan kayuhan.


Ahh.. awat pulak, rosak RD ko?????? takpa !! jgnn tak followwwww



Aik ..dua orang saja yg ikut !!


Gondolan tanah .. ada beberapa kayu balak telah sedia terbelah ..kalau mai naik kereta ..pasti aku rembat sebatang dua ni..lagipun setakat sebatang dua ..tak luak punya




Dua blogger berada dipuncak .. huii sayup nuuu .. nampak bukit Tunjang


Tolak & Tanggung ..patut laaa ... awai lagi dah buat akai.


di sebalik sana nuuu, ada geng Zero Gravity dok DH


Dia ni sibuk semedang talipon berbunyi tak berenti renti .. pengurus RFC Sg. Petani


Ni la bukit Malau ..tak la tinggi sangat tapi penat
Kami keluar melalui Kilang DXN .. masa nak turun tadi pasukan peninjau sudah kembali bersama ..cepat sungguh depa ni .. DH .. terjun terus .. tak brek dah ..hebat..pasai tu la bengkok habis kong gerek.

Tuesday, January 19, 2010

Arau - Satu Nostalgia

Salah satu hobi ku adalah fotografi. Banyak juga situasi, alam dan kehidupan yg sempat terakam olehku.

Baru-baru ni bila aku menyelongakar kembali almariku di rumah ibuku di Ayer Hitam, Kedah terjumpalah negatif filem dahulu (banyak juga), jadi aku scan kembali utk tatapan dan kenangan disamping dapat berkongsi nostalgia dan sejarah.


Aku mulakan dengan ITM Arau...LAYANNNNNNN

din

Gambar ini sekitar tahun 1983.. Kelihatan beberapa asrama. Dari kanan Jati(tak kelihatan dalam gambar), Damak, Halban, Mayang dan Siding. Dihadapan adalah padang hoki.. kini sudah terbina bangunan pentadbiran. Bangunan kayu di kanan (hadapan) adalah kelas/kuliah dan perpustakaan. Pada masatu Perpustakaan dan bangunan kuliah sedang dalam pembinaan. 


Kelihatan di tengahnya adalah bangunan pentadbiran baru.
Dikiri adalah dewan lama. Disitulah beberapa filem terbaru(masatu la) ditayangkan
Dikanan adalah dewan baru.. (peperiksaan dilakukan disini.)
Gambar ini di shoot dari stadium kompleks sukan(tempat bermain badminton dan squash)

AHHHH... satu kenangan indah disitu dan pada waktu tu

Monday, January 18, 2010

WANG PERAH

Tarikh: 16/01/2010
Rider : 18 orang
Jarak : =>32 km
Masa : 7.45am -> 11.00am
Mula: Hadapan Public Bank, Changlun
Kayuhan dipanduarah oleh Tandop(EN SHAHRIZAL)

Wang Perah - lokasinya berdekatan Changlun - melalui kampung darat, wang perah, melintasi Changkat Setoi dsbg.
Laluan denai - ke arah kawasan dusun, jalan dan laluan berbatu, kebun getah dan kampung.


Bermulanya disini

Zaim sedang memfokas dusun durian ,,kot2 ada dua tiga biji ..buleh pi kait

Laluan yg bakal diturap

DH bukit lengoh .. 55km/h AWAS batu loggar, boleh bikin kegelinciran & kecederaan

Ikut kiri ke Lebuhraya Utara Selatan

Laluan kampung dan kebun getah

Thursday, January 07, 2010

SETAHUN YG LALU

07 Januari 2010 – Hari ini genaplah setahun rumah lama yang aku diduduki dahulu dirobohkan.

Banyak nostalgia dan sejarah rumah ini dengan usianya melebihi seratus tahun. Tersergam bersama berderetan dengan 2 buah lagi rumah lama yang dibina di era pemerintahan Sultan Ahmad Tajudin II.(Semuanya bersaudara ni)

Rumah yang dirobohkan adalah milik Abdussalam @ Abdul Salam Bin Omar dan diturunkan kepada Haji Ali Bin Abdul Salam dan kini diwariskan kepada anaknya.

Begitu sayu dan sedihnya aku apabila ianya dirobohkan kerana banyak memoriku ada di situ. Namun jika dibiarkan ianya mungkin semakin usang. Kayu-kayu yang dirobohkan itu digunakan semula untuk membina 2 unit rumah berkembar berhampiran sungai yang dicadangkan untuk dijadikan homestay.

Satu deretan rumah batu berkembar 4 unit dibina ditapak rumah lama itu. Ianya adalah untuk sewaan. Jadi pada yang berminat, terutama yang bekerja di kawasan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Bandar Muadzam, Anak Bukit dipelawa untuk menyewanya. Jarak lebihkurang 1 km sahaja.

Rumah ini berkeluasan 38’ x 20’, mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air – Dijangka siap dalam bulan Februari

Pada yang berminat sila hubungi saya(019-4800 116) atau Puan Zakiah (019-4717 500).

TTG (2)
Suatu Ketika dahulu .. rumah yg membawa banyak memori

Canon 400D 044
IMG_5148
Berdekatan ada beberapa buah rumah lama (bersaudara semua ni)
Katanya ia dibina diera pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II (1803-1843). Dibina sebelum kedatangan British.

IMG_2812
IMG_2840
Proses meroboh yg dijalankan
IMG_2910
FILE48897
IMG_4723
Binaan dari kayu-kayu asal rumah lalu ..tujuan Homestay
IMG_6682
IMG_6684
IMG_6696
Rumah utk sewaan .. dihadapan homestay itu

Monday, January 04, 2010

2010 - Kayuhan Pembuka Tirai

02 Januari 2010 - Setelah pulang dari Taiping ..Aku tak kemana, pabila masej dari Tandope ajak terokai Bukit Lebai Husin ..pastinya peluang ini tak akan dilepaskan.
Sememangnya lama dah aku tak menjejaki Sintok ..sejak tahun 1995 aku hanya sesekali menjengahnya di awal tahun 2000.

Bukit Lebai Husin terletak di dalam Kawasan Hutan Sintok yg dahulunya kaya dengan bijih timah dan sarang komunis. Ianya pernah menjadi kubu kuat beberapa rejimen Tentera Pembebasan Malaya(MLA).

Kini ianya telah bertukar wajah ..dan Penerokaan ke Bukit Lebai Husin telah membuktikan bahawa kemakmuran telah menjelma .. kawasan itu kini mula diterokai dgn pembalakan.

Rider : 15 Orang (kalau salah bilang)
Jarak : 22 km
Mula : 8.30 am
Tamat :2.00pm

Layanlah penerokaan kami

Parking kereta disini
Ni semua rider Changlun..
Bantuan dari Pakar yang mahir selok belok hutan Sintok
Jalan masuk ..penuh berdebu ...
Jumpa sungai pertama
Abang Ron dia pantang jumpa sungai ..takkan diranduknya
Kan dah kata .. Sungai kedua
Haa. tengok tu .. Ni sungai ke3
Kedatangan kami .. disambut dgn dentuman mercun ..macam pengantin aih
Bergabung disini ..setelah menanti beberapa rider yg ketinggalan
apa yg lucunya tu..
dah mola naik dah ... time la masih bergaya ..satgi tahhuan la
Dan ada yg naik lori ..Sori Amir .. hang naik lori ..RUGIIII .. CUTIII
Rabat lagi ..
check .. Rantai OK..Crank OK.. Sadle OK .. kaki tak berapa OK
Bila dah masuk tidak boleh berpatah balik ..kerana jalan ditutup
Kesan dari pembalakan
Aku suka air terjun ni ...
Lihatlah alam ..
Marilah menuju kepuncak ... Tuuu semangat tuuu
Makan tengahari - bekalan air no problem ..pisang ada ..nasik lemak 3 bungkus kuota
heh..heh.. heh ..hampa tau 4 x4 pon takleh naik bukit ni ..
Sham tanya tinggi lagi ka .. nak ke puncak
Kira tang ni pon dah cukup tinggi!!
Gerombolan yang ada masalah .. kena balik awai sikit
Lalu bokbaik Art ..
Ahhh .. terkeleceh ..
TAkdak apa ..takdak apa .
Silap jalan ni ..patah balik
Sini POWERBAR takdak KURMA adala ..
Ikut orang yg berpengalaman
Hah..betoi..sah jalan ni betoi dah
Berlatarbelakangkan runtuhan lombong ..
Takdaaa... belakang tu gua komunis jahanam
Hasrat hati nak masuk ke dalam..tapi atas nasihat abang Ron(orang kuat WWF) di nasihat jangan masuk ..Aroma yg tak menyenangkan dan banyak lipas serta berair
Banyak-banyak gerek ..gerek mahai pi bocor
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...