Translator

Monday, November 30, 2009

AIDIL ADHA 2009

Tahun ini Aidil Adha dirayakan sederhana oleh keluargaku. Tidak semua keluargaku yang balik. 



Korban dilakukan oleh ibu mertuaku pada hari raya kedua di masjid TTG. Hanya jamuan keluarga diadakan dari daging korban tsb.

Bapaku juga mengadakan korban, jamuan keluarga diadakan di kampung Bukit Berangan, Binjal, Jitra.

Perut Lilit


Kerabu daging mentah = Anyang

Resipinya: - Daging mentah di cincang halus, Serai, Lengkuas, hala, lada hitam ditumbuk bersekali. Dicampur serbuk beras, kerisik, asam limau dan semua bahan itu digaul bersekali menjadi menu ANYANG




Monday, November 23, 2009

PENDANG MTB

21/10/2009 - Seawal pagi lagi aku dah bertolak dari rumah dan menanti rakan lainnya di pekan Pokok Sena untuk sama-sama ke Bukit Perak.

Telahanku berbetulan..kami mengayuh di sirami hujan. Lecak, licin menjadi cabaran untuk menamatkan kayuhan. Cabaran paling utama, ketika brekku tidak berfungsi, nasibku baik kegagalan ianya  berlaku ketika hampir di penghujung CP4

Tidak mahu komen apa-apa tentang penganjuran kerana sudah banyak yang dikomen oleh rakan kita lainnya. 

Kehadapan.. perlukan peningkatan. 

Menanti rakan

No. 1

No. 2 - Tayar pancat - gigih menolak ke kejayaan

Depa lagi

No. 1 Kategori Vateran

Hang pon ada no. no?

Harap2 lain kali aku akan berada dalam kelompok ni


Monday, November 16, 2009

Get Together Ride

TARIKH  :     15 November 2009 (Ahad)
MASA      :      7.30 pagi - Berkumpul
TEMPAT :    Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Ulu Pauh
OBJEKTIF:  Kayuhan Sosial – Kenal Mengenal
LALUAN:     Trek Ulu Pauh

JARAK  :         30 km
PENYERTAAN : Terbuka kepada semua

PENGANJUR : Perlis MTB



NOSTALGIA BANJIR

Apabila banjir berlaku baru-baru ini, terkenang aku akan banjir besar yang melanda negeri-negeri utara pada  18 – 26 Disember 2005 lalu.

Sesungguhnya ia adalah banjir besar yang mengakibatkan penerbangan di LTSAH tergendala, bekalan air dan letrik terputus lebih dari seminggu. Jiran-jiranku semuanya  berpindah.

Sek. Keb. Titi Gajah, yang menjadi pusat permindahan juga terpaksa dipindahkan ke pusat lain akibat banjir ini.

Apabila bekalan makanan berkurangan dan lilin sudah tiada, aku terpaksa mengharungi banjir dengan MTB ku ke Alor Setar mencari bekalan.

Layanlah gambar kenangan itu.

Rumah lamaku..paras pinggang

Masjid Tuan Hussin TTG 

Sekolah TTG

Pandangan ke rumahku dari atas Sekolah TTG - dikelilingi oleh air ..macam dok tengah tasik

MTB pertamaku tulah yg digunakan utk meredah banjir . depan rumah abangku, Taman Lumba Kuda, A,Setar

belakangnya adalah Airport SAH 

 selepas banjir surut

Sunday, November 15, 2009

KAYUHAN BANJIR 14/11/2009

14/11/2009

Sudah hampir seminggu hujan asyik turun jer. Nasib baik pagi ni cuaca baik ..Semalam Yeh dah antar masej ajak kayuh.

Minggu ni seramai 12 orang peserta terlibat dgn kayuhan juga ke Trail Bukit Wang. Yeh tak pi kerana ada komitmen lain. Kayuhan diketuai oleh Cik Senu dan dimulai pada jam 7.30 am

Kali ini kayuhan kami meredah kawasan banjir sekitar Paya Tok Teh, Jitra.  Layan gambar jer ...

Persinggahan Bukit Wang. Menunggu rakan & Rehat

Kayuhan bermula, Cik Senu jadi kepala

Biar gambar bercerita sikit

DH ..pelan sikit bang

Awat AT ..minyak habis ka?

Lan ..hang pi dulu ..apapun hang dulu ..ni area hang

Tunggu!! satgi hampa tau la

HAA. dah tanggung dah,, sayang gerek la tu



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...